Khamis, 1 Mac 2018

CARA DAFTAR ASB ONLINE MELALUI KIOSK ASB

Assalamualaikum semua sahabat

Hari ni paparea nak kongsi cara untuk mendaftar ASB online. Ramai yang bertanyakan bagaimana cara nak daftar MyASNB @ lebih senang ASB online.

Sebelum ni Paparea ada maklum pada entri CARA BUKA AKAUN ASB UNTUK ANAK (AKAUN BIJAK @ REMAJA)  tentang ini, penyata tahun dan urusniaga ASB semuanya secara elektronik.

Mula2 Paparea nak cerita tentang Cara Mendaftar MyASNB di ASNB Kiosk step by step.

Step 1:

Pergi ke Cawangan ASNB tempat korang masing2 atau ejen ASNB iaitu Maybank, CIMB Bank, RHB Bank, Pos Malaysia, Affin Bank, Bank Simpanan Nasional, Alliance Bank, AmBank. Jangan lupa bawa bersama My Kad @ Kad Pengenalan.

Kalau di cawangan ASNB, terus ke mesin ASNB Kiosk. Kalau tak tau guna, jangan panic, nanti adala staff ASNB guide korang waktu tu.
** Mesin ASNB Kiosk **

Sebelum ke ASNB tu kena la tau apa keperluan yang nak kena isi dalam mesin tu. Butiran peribadi kita, nama penuh, alamat surat menyurat, emel, akaun bank dan macam2 lagi dalam tu.

Step 2:

Masukkan Mykad korang mengikut arah macam gambar di bawah. Jangan jadi macam Paparea, silap masuk, sampai kesudah tak detect kad tu. Bila dah masuk kad terus tekan “SAHKAN MYKAD” di touch screen tu. Lepas tu tunggu sehingga lampu merah dan letak ibu jari korang di pengimbas cap jari. Mykad telah disahkan benar dan keluar Nama Penuh dan No. Kad Pengenalan korang.


Bila nama dan no kad korang betul terus tekan “HANTAR”.

Step 3:

Bila dah keluar paparan seperti gambar bawah ni, tekan “Kemas Kini Maklumat”. Kalau nak semak baki pun boleh, tapi kemaskini dulu emel korang, sebab penyata ASB akan dihantar ke emel korang jugak. Takut nanti tak boleh tengok penyata pulak. Korang try la tengok, paparea terus update je. Last baru semak baki.

Step 4:

Di bahagian ni korang masukkan la butiran peribadi korang mengikut keperluan mesin tu.

Untuk bahagian dalam kotak merah ni, tak boleh ubah sebab dia amik dari data dalam Mykad korang. Kalau nak ubah jugak, kena la maklum pada staff ASNB atau pun sebelum p ASNB, p dulu JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) di negeri masing2. Tukar maklumat dalam Cip Mykad sahaja (tanpa keluar kad baru) kena bayar RM2.00 saja. Kalau nak tukar kad terus pun boleh, RM10.00 saja. Kalau nak confirm, klik Link ni www.jpn.gov.my/kp/permohonan-gantian-tukar-alamat-kad-pengenalan/


Bahagian ni wajib isi, no telefon yang aktif, alamat emel korang. Untuk maklumat Bank, nak isi pun boleh, nak abaikan pun tak da masalah. Isi kemudian nanti di Portal MyASNB.

No telefon ni wajib isi dan yang paling penting perlu dikemaskini sebab untuk kegunaan pengesahan berlakunya transaksi akaun kita TAC nombor. Transaction Authorisation Code (TAC) ialah Kod Keselamatan untuk membuat sebarang transaksi tertentu untuk melindungi akaun bank anda daripada diakses pihak ke 3.

Ala sapa2 yang pernah beli online, macam tu jugak la. Tetap guna TAC no. untuk pembayaran kan3. Online Banking @ Internet Banking.

Yang lain2 tu isi la bagi habis di bahagian Alamat Surat-Menyurat dan Maklumat Pekerjaan.

Step 5:

Bahagian last ni, PERSETUJUAN MENERIMA DOKUMEN SECARA ELEKTRONIK. Korang pilih je YA atau TIDAK.

Kalau pilih YA, korang akan terima segala penyata berkaitan akaun pelaburan korang melalui emel yang didaftar tadi.

Kalau pilih TIDAK, penyata korang tak masuk la dalam emel. Tu jela. Tapi takda masalah, next time korang just tengok dalam Portal MyASNB je. Segala transaksi akaun korang ada dalam tu.

Tekan “Simpan & Cetak”. Mesin tu akan print penyata urusan kemaskini korang tu. Tekan YA atau TIDAK.

Step 6:

Bila semua dah siap update, boleh la korang nak Semak Baki Tunai dalam akaun. Tekan “Semak Baki Tunai”.

Keluar la macam ni. Tak payah nak pi beratur panjang tunggu kaunter. Memang berjam2 tunggu nak sampai turn kita. Tambah2 lagi kalau awal tahun, dividen masuk akaun, waktu tu la berkerumun orang menbanjiri ASNB nak keluar duit dividen.

Kalau korang nak cetak pun boleh untuk simpanan korang, tekan je “Cetak”. Nanti keluar la penyata kecik dari mesin tu. Penyata tu macam ni je.
** Tercatat Nama, No Akaun and Baki Terkini **

Untuk penyata akaun ni, bila korang dah daftar alamat emel dalam mesin ni, dia secara automatik akan hantar ke emel korang. Rupanya macam ni. Paparea guna Yahoo Mail je.
** emel dari PNB - Semak Baki Pemegang Unit ASNB **
** macam ni je la penyata baki akaun. Lebih kurang je macam paparan mesin tadi **

Kalau korang nak minta dari kaunter pun boleh, cakap pada staff tu kita nak penyata akaun ASB. Nanti diorang print keluar. Penyata dia tu macam ni.

Last Step:

Last sekali, puashati apa yang korang update tadi tu, Tekan je “Tamat Transaksi”. Then bagi la kredit sikit pada sistem diorang tu. Ikhlas korang nak bagi yang mana. Hehehehe…

Selepas selesai semua pendaftaran melalui mesin ni, ASNB akan send emel berkenaan Kemaskini Maklumat Pemegang Unit ASNB ke alamat emel kita. Boleh la semak emel korang nanti.
** Kalau ada perubahan @ salah ka, boleh ulang kemaskini di ASNB @ guna MyASNB. Nanti kita kongsi sama2 caranya. **


** UPDATE 06 MAC 2018 **
PNB akan hantar Penyata Pengagihan Pendapatan ASN/ASB yang tahun lepas ke emel kita, ala penyata yang tahun2 sebelum ni PNB hantar surat by POS ke rumah. Cuma kali ni dalam bentuk format PDF, print sendiri kalu nak print la. Ni PNB hantar ke emel Paparea macam gambar di bawah.

Korang Klik ‘Save’ File PDF tu untuk tengok penyata tu dengan cara yang diarahkan dalam emel tadi.
** Ni semua tercatat jumlah dividen yang kita dapat. **

Okay, selesai sudah pendaftaran data di ASNB kiosk. Lepas ni dah boleh buka Portal MyASNB pulak nak daftar ASB Online. Serba sikit yang boleh Paparea kongsi tentang Daftar Kiosk MyASNB ni. Kalau ada yang salah boleh komen je. Sama2 membantu ye.

PERHATIAN & NOTIS PENTING
Kepada semua IBU BAPA atau PENJAGA, untuk akaun anak di bawah umur 18 tahun ataupun masih di bawah nama ibu bapa @ penjaga TIDAK PERLU lagi mendaftar dengan Mesin ASNB Kiosk ni. Sebab, dia automatik dah ada dalam sistem di bawah nama ibu bapa @ penjaga yang berdaftar dengan ASNB. Tak payah lagi duk rajin bawak anak ramai2 p ASNB pulak.

** Akaun Remaja yang disenaraikan di atas merupakan akaun yang didaftarkan menggunakan nama anda sebagai penjaga ketika akaun dibuka. Akaun lain yang tidak disenaraikan mungkin menggunakan nama penjaga yang lain selain anda ketika pendaftaran. **

Nak pasti lagi, bila korang buka Portal MyASNB, dalam tu tercatat maklumat ni. Macam gambar di bawah ni.

Untuk makluman korang semua MyASNB bukannya Online Banking macam maybank2u / cimbclicks DLL. Paparea ada tanya staff ASNB sendiri, diorang cakap bukan online banking, ia hanya jalan mudah untuk semak akaun, transaksi urusniaga dan urusan transfer dari mana-mana akaun bank ke akaun ASB dan seangkatannya. Contoh untuk tambah pelaburan melalui Maybank2u ke Akaun ASB sendiri @ akaun anak2.


** Sebarang urus niaga jualan balik, pertukaran antara akaun atau pemindahan tidak boleh dilakukan di portal pada masa ini. Anda boleh melakukan urus niaga tersebut di mana-mana cawangan ASNB dan/atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara. **

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang akaun anak dan apa yang ada dalam MyASNB, tunggu di entri seterusnya Cara Daftar Portal MyASNB (ASB Online).

CARIAN YANG BERKAITAN:

1.    Cara Daftar MyASNB Online
2.    Cara Mendaftar ASB Online
3.    Cara Daftar Melalui Mesin KIOSK ASNB
4.    Semak Penyata ASB Online
5.    Semak Baki Dan Penyata Online ASB
6.    ASB Online Dan Penyata Online

Harap semua sahabat dapat serba sikit makluman tentang perkara ni. kita sama2 kongsi pengalaman.

Entri seterusnya Cara Daftar Portal MyASNB, Sila ke link di bawah....


Sekian, terima kasih kerana sudi singgah Blog MamaPapaRea kami ni.

Jumpa lagi.

By:

PapaRea
Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...