Hai semua, apa khabar? Lama Paparea tak ON blog
ni. Biasa la sibuk memanjang, anak dah 3, saling tolong menolong ler dengan
MamaRea wat keja rumah ni.
Baru2 ni Tanggal 19 April 2018, lahirlah seorang
lagi putera dalam MamaPapaRea Family,
anak yang ketiga, yang diberi nama
REA AYDAN DARWISH
Alang2 dah tunjuk, Paparea belanja cikit gambar kami.
* 1st
Day, baru beberapa jam kelahiran darwish *
* Kaka Nana nak bergambar dengan adik *
* Hari 1st bawa darwish cek kuning di
KK KP *
Ni gambar Last Day amik darah cek kuning (jaundice) bilirubin.
Alhamdulillah, semua lancar dan dipermudahkan dari mula baby lahir
hinggalah sekarang.
Kalau nak tahu bab urusan uri anak & sijil
lahir anak bolehla klik LINK di bawah ni. Tambahan nak tahu cara buka
akaun ASB anak pun ada.
Untuk entri kali ni , Paparea nak kongsikan
sedikit cara untuk mendaftar ADAM50 untuk anak. Paparea nak kongsi ni sebab
anak paparea lahir bulan 4 tahun 2018, jadi confirm dah layak untuk ADAM50 ni. Rezeki depan mata jangan
ditolak. Alhamdulillah.
...Kurang Sambutan, Program ADAM50 DITAMATKAN...
Tiada Lagi Insentif RM200 untuk Anak...hmmmmm
Apa itu Amanah
Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50)?
ADAM50
merupakan satu program baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan dengan kerjasama
Permodalan Nasional Berhad (PNB) kepada semua bayi warganegara Malaysia, yang
lahir dalam tempoh masa 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022. Objektif
utama ADAM50 adalah untuk menggalakkan budaya simpanan dan pelaburan rakyat
Malaysia daripada seawal usia baru lahir, dengan pemberian unit insentif percuma
sebagai modal pelaburan permulaan. Unit insentif percuma akan dikreditkan ke
akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera atau Amanah Saham
1Malaysia (AS 1Malaysia) bagi bayi bukan Bumiputera setelah proses pendaftaran
dibuat di Cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Ejen ASNB.
Syarat2 untuk pendaftaran ADAM50 ni, Umur anak tidak
melebihi 1 tahun dari tarikh anak dilahirkan.
Kalu korang
semua nak tahu lebih lanjut tentang ADAM50 ni, boleh layari laman ASNB di http://www.asnb.com.my/v3_/adam50.php.
Dalam ni, semua jawapan korang boleh tahu tentang ADAM50 ni.
Ok, jom terus
ke perkongsian ADAM50 ni.
Sebelum mula
proses ni, kenala ada Sijil Kelahiran Anak @ MyKid anak dulu. Semasa Paparea buat sijil lahir anak di JPN,
staff di sana akan bagi kita boring daftar kelahiran dan diselit bersama boring
ADAM50 ni. Nak isi terus pun boleh. Nanti pihak ASNB negeri akan datang collect borang tersebut. Tapi Paparea
tak isi pun, klu isi jugak, boleh, tapi kena jugak pegi ke ASNB. Baik selesaikan
dulu bab sijil lahir ni.
Lagi satu,
untuk memudahkan proses mendaftar ADAM50 ni, perlu ada MyKid. Sijil lahir saja pun
ok. Nak cepat dapat MyKid, baik pegi buat d UTC JPN. Di sana, tak sampai 2jam
dah siap MyKid. Kalu di JPN, sebulan jugak la nak dapat. Tapi bergantung la
pada tempat korang.
Step 1:
Pergi ke
mana2 cawangan ASNB. Sediakan Mykad Ibu Bapa, MyKid @ Sijil Kelahiran anak dan
jugak sebatang PEN HITAM. Bawa la pen sendiri, maklumlah di ASNB pen
disediakan, tapi ramai yang nak guna, dari nak tunggu pen tu baik bawa sendiri
dari duk buang masa nak berebut sebatang pen tadi tu.
Step 2:
Maklumkan pada staff ASNB
untuk daftar ADAM50 anak. Akan diberikan DUA Borang untuk diisi iaitu Borang Pendaftaran Akaun melalui
Insentif Percuma (ADAM50) dan FATCA
& CRS Declaration Form. Borang2nya macam dibawah.
Borang Pendaftaran Akaun melalui Insentif
Percuma (ADAM50) - 2 page
FATCA & CRS Declaration Form - 4 page
Borang2 ni korang boleh
terus download and print. Buat siap2
di rumah, borang fotostat pun xpa asalkan print out depan belakang. Ni Paparea
sediakan LINK untuk download borang
ni.
Borang Pendaftaran Akaun melalui Insentif
Percuma (ADAM50)
http://www.asnb.com.my/pdf/perkhidmatan/lainlain/Borang%20Pendaftaran%20Akaun%20melalui%20Insentif%20Percuma__.pdf
http://www.asnb.com.my/pdf/perkhidmatan/lainlain/Borang%20Pendaftaran%20Akaun%20melalui%20Insentif%20Percuma__.pdf
FATCA & CRS Declaration Form
http://www.asnb.com.my/pdf/perkhidmatan/lainlain/FATCA-CRS_DeclarationForm.pdf
http://www.asnb.com.my/pdf/perkhidmatan/lainlain/FATCA-CRS_DeclarationForm.pdf
Kalu nak tahu dari mana
sumber ni, boleh ke laman di bawah ni
Di ASNB pun borang
fotostat jugak. Ini contoh borang yang Paparea isi di ASNB.
Kalau
korang ada nak tambah lebih lagi boleh la isi borang ini. Tambah seberapa yang
korang nak.
** Borang Pelaburan - ASNB PT **
Step 3:
Bila dah siap isi semua butiran. Amik nombor giliran.
Tunggu sehingga
no kita dipanggil. Serah semua dokumentasi pada staff di kaunter. nanti depa urus semua.
Selesai
semuanya, dah siap pendaftaran ni.
Untuk
makluman korang semua Duit Insentif RM200 ni xboleh amik tau, dividen dia pun
sama. Yang hanya boleh amik duit tambahan yang kita masukkan sahaja boleh
dikeluarkan. Nak RM200 ni tunggu anak berumur 18 tahun. Baru boleh amik duit
ini dan dividen bagi insentif ini.
Jadi korang
dah boleh semak akaun anak yang baru daftar ni menggunakan Portal MYASNB. Masuk
ke LINK ini https://www.myasnb.com.my
kalau korang
masih belum daftar MyASNB boleh ke LINK ini. http://mamapaparea.blogspot.com/2018/04/cara-daftar-portal-myasnb-asb-online.html
Di dalam MyASNB akan terus tercatat maklumat
akaun ASB anak yang kita daftar.
Korang boleh
tengok insentif RM200 tu di Blok. Yang
penting dah selesai semua.
Ohya, pada
yang mana teringin nak buka akaun ASB untuk anak @ pun diri sendiri boleh ke entri
tentang ASB. Boleh Klik LINK di bawah ni.
CARA BUKA AKAUN ASB UNTUK ANAK (AKAUN BIJAK/REMAJA)
Okay la,
setakat ini jela Paparea boleh kongsikan cara mendaftar ADAM50 untuk semua.
CARIAN YANG
BERKAITAN:
1. Cara Daftar ADAM50 dengan mudah
2. Cara untuk daftar Amanah Dana Anak Malaysia
2050 (ADAM50)
3. Cara mohon skim ADAM50 Amanah Dana Anak
Malaysia 2050
4. Bagaimana nak dapat duit RM200 ADAM50?
5. Cara Buka Akaun ADAM50 Untuk Anak
6. Insentif ADAM50 Rm200 untuk anak
Sekian, terima kasih kerana sudi singgah Blog
MamaPapaRea kami ni. Jumpa lagi di entri seterusnya.
By:
PapaRea