Isnin, 14 Oktober 2019

CARA KUNCI WORD DARI DICOPY DAN DIEDIT YANG PALING MUDAH

Assalamualaikum semua sahabat, lama sangat Paparea tak update blog ni. Busy ckit la ni. Takdan nak kampoi. Raya lagi baru² ni, memang takda isu nak memblog.

Untuk entri kali ni, nak kongsi la
CARA KUNCI FILE WORD DARI DICOPY DAN DIEDIT YANG PALING MUDAH.

Apa yang buat Paparea fikir nak kongsi tentang ni, biasa la dah kerja pejabat mesti banyak surat menyurat @ dokumentasi yang ada. Masalahnya, ada yang KAKI PEMALAS kerja nak minta copy ja. Alasan nak buat semakan la apa kejadah. Yang kita ni hempas pulas buat sendiri siap kena tegur dengan pegawai lagi, yang depa senang² nak ciplak. Dah la tu, jenis takda buat copy lain, terus overwrite yang ORI. Sakit Hati oooo...

Kali ni memang tak dapat korang copy my ayat². Klu member² yang kenal takda la lock macam ni. Bagi saja la, jangan kedekut. Kecuali dokumen rahsia, noooo wayyyyy...☻☻☻☻


Untuk cara ni, Paparea guna Microsoft Word 2010. Klu Word 2007 @ 2013 ka, rasanya sama kut. Ni sebab PC Paparea 2010 punya. Untuk versi lain tu, nanti Paparea update. Kena cari PC lama dlu. ☺☺☺☺☺

Jom mula dengan Bismillahirohmanirrohim...

Step 1:

Buka 1 file word  yang nak di kunci@lock. Ni contoh ja la yang Paparea tunjuk.

Step 2:

Di sini ada dua cara nak buka melalui menu tab File dan juga menu tab Review.
1st, klik pada menu tab File  dan klik pada Info.
Surat ni belum dikunci lagi, apa² perubahan boleh dibuat.

Klik pulak pada petak yang ditulis Protect Document.
Permissions : Anyone can open, copy dan change any part of this document.
 dan klik pada sub menu Restrict Editing.
Yang kotak sebelah kanan tu. Restrict Formatting and Editing...

Untuk cara 2nd, hanya klik pada menu tab Review .

Then, klik sub menu Restrict Editing. Keluar la macam gambar diatas tu jugak, bahagian petak kanan tu.


Step 3:

Dalam petak tu ada 3 bahagian.
1.         Formatting restrictions
2.         Editing restrictions
3.         Start enforcement

Untuk kunci, guna Bahagian 2. Tandakan pada petak kecik tu. (Allow only this type of editing in the document)

Dan klik pilihan petak bawah tu. Dan pilih Filling in forms.

Step 4:

Bila dah tukar bahagin 2 tadi. Klik pada bahagian 3, petak yang tertulis
Yes, Start Enforcing Protection

Step 5:

Bila klik Yes, keluar la paparan ni. Kat sini la kita nak letakkan password apa² yang kita nak.

Masukkan la password korang tu. Letak yang mudah² ja, yang korang mudah ingat. Then, klik Ok.
Jangan letak yang susah ingat tau, nanti terus tak boleh unlock dokumen ni. Taip semula la jawabnya. Jangan bimbang, ada solution nya. Hehehe...

Step 6:

Dah ok, dokumen kita sudah dikunci dari diedit, dicopy apa semua yang boleh mengubahkan dokumen kita.

Korang boleh test la jadi ke tak. Taip apa² boleh tak. Amacam, klu klik kanan, pun tak boleh copy cut semua. Nak highlight pun tak boleh. Maknanya dokumen kita sudah kunci diaktifkan.

Selesai sudah, ehhhh belum lagi laaa...

Step 7:

Korang mesti kena Save  dulu dokumen ni. Klu tak save, kunci dibatalkan ke normal balik.

Ok siap sudah untuk kunci surat @ dokumen kita dari diciplak orang. Hahaha...

Bila dah lock mesti la nak tau jugak cara nak unlock kan³...

Step 1:

Buka semula surat @ dokumen yang dikunci tu.

Step 2:

Klik terus sub menu Restrict Editing.  Paparan macam gambar bawah ni.

Step 3:

Nampak tak petak kanan di bawah tu ada kotak yang tertulis, Stop Protection. Klik terus. Dan dia keluar tab Unprotect Document?

Then, korang masukkan apa password yang korang letak tu.

Ok, dah berjaya unlock. Dah boleh edit apa semua.

Step 4:

Seperti biasa, korang mesti kena Save  dulu dokumen ni. Okay...

Selesai sudah cara letak password pada dokumen word kita. Lepas ni takda sapa² boleh copy @ edit sebarangan. Tutorial lock ni just untuk protect surat @ dokumen sulit/rahsia kita daripada pengetahuan orang lain serta orang yang berniat jahat saja.

Kat sini di sertakan Tutorial dalam format video. Mudah la korang nak paham lagi kan³...


CARIAN YANG BERKAITAN:
a. Cara kunci file microsoft word yang mudah.
b. Cara lock file word dari diubah, dicopy dan diedit.
c. Cara letak password pada dokumen word (tidak boleh di edit).
d. Cara lock dan unlock file word yang mudah.
e. Cara kunci dokumen dengan kata laluan @ password.
f. Cara mengunci file word dari di edit paling senang.
g. Cara mengunci teks, tulisan pada word tidak boleh di edit yang mudah paham.

Ok lah, thanks uolls sudi singgah Blog Mamapaparea. Kalau ada lagi tips @ tutorial, nanti Paparea kongsi lagi.

Bye bye,

PapaRea
Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...