Rabu, 6 Jun 2018

CARA BASUH URI ANAK YANG PALING MUDAH



Assalamualaikum semua
Apa khabar? Harap semuanya sihat yer.

Alhamdulillah, Syukur Ke Hadrat Illahi...

Tanggal 19 April 2018 jam 06.58 pagi, lahirlah seorang bayi lelaki MamaPapaRea, anak yang ke-3.
** MY BABY BOY **
** Nama diberi REA AYDAN DARWISH **

Sempena kegembiraan menyambut kelahiran anak kami, Paparea nak berkongsi Cara Membasuh Uri Anak Yang Paling Mudah.

Dulu masa lahir anak sulung, Paparea memang tak tau nak buat. Upah orang je, tukang urut buat semua dari urus uri, dan bercukur. Biasa la pertama kali dapat anak. Memang ZERO la. Untuk anak kedua ni baru la Paparea belajar buat sendiri. Belajar dari kawan2 dan Mr. Google jugak ler.

Yang paling penting, Kita ni sebagai Suami/Bapa kepada anak2 kita, baik kita yang uruskan semua tu sendiri. Ini antara tanggungjawab penting buat suami/bapa perlu tahu dan pelajari dari membasuh hinggalah menanam uri.

Okay, jom kita mula. Ni uri anak Paparea yang lahir baru2 ni. Betul2 punya, takde Copy Paste ye...

Tapi sebelum tu...

** Tujuan entri ini serta kandungan gambar dalam ni adalah sekadar perkongsian bersama untuk menambah pengetahuan dan pembelajaran kepada semua para sahabat yang bergelar suami isteri, ibu bapa dan semua yang beragama Islam mahupun bukan Islam (cara basuh sahaja). InsyaAllah semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. **

Step 1:

Mestila ada uri anak yang baru lahir tu. Semasa di hospital, nurse akan serah uri anak kita, siap kena sign akuan terima pada borang serah uri lagi.

Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri saling memerlukan bersama bayi semasa di dalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.

Bila dah amik uri, janganla simpan uri hingga dua tiga hari baru nak basuh, nanti busuk la. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Macam Paparea sendiri, anak lahir pagi, terus dapat uri tu balik rumah simpan dalam peti sejuk. Tengahari pada hari yang sama terus Paparea basuh uri tu untuk ditanam.

Step 2:

Sediakan bahan2nya terlebih dahulu seperti di bawah. Kena beli siap2 sebelum isteri bersalin (due date). Nanti jadi kelam kabut pulak.

1. Asam Jawa
2. Garam Kasar
3. 4 Biji Limau Nipis
4. 3 Keping Asam Keping
5. Beg Plastik mudah reput. Contoh: Beg Plastik K-Ceria/Tesco/Giant/Mr.DIY
6. Kain Napkin Putih (lama).

** Bahan2 di atas ni bukan la benda wajib semua kena ada, tapi ia bertujuan untuk membersihkan darah dan menghilangkan bau hanyir darah pada uri tu. **

Step 3:

Sebelum mula membasuh, baca Bismillahirrahmanirrahim.
** Ertinya: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang **

Step 4:

Cuci uri dengan air bersih dan bilas sehingga hilang darah pada uri tu.
Masa cuci uri ni bukannya 1x saja basuhan darah semua hilang. Tak...
Paparea buat berulangkali hinggala air basuhan tu kurangnya warna darah.

Waktu bilas dengan air bersih tu, berselawat la dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci).
** Soalan: Berapa kali nak selawat?
Jawapan: Banyak kali pun takde masalah, lagi bagus. **
** Yang ni lebih kurang 5-6 kali basuhan. **

Step 5:

Masukkan garam kasar pulak. Gaul @ lumur garam tu pada kesuluruhan uri tu. Bilas bersih-bersih.
Garam ni  tujuan dia sama jugak la nak hilangkan bau darah tu semua. Bila letak je garam, lagi banyak darah yang kuar.

Step 6:

Masukkan Asam Jawa pulak. Pun sama gaul/lumur pada uri tersebut. Dan bilas lagi hingga bersih.

Step 7:

Perah limau nipis dan gaul sehingga rata.
Air perahan limau ni bertujuan untuk menghilangkan bau2 yang tidak menyenangkan. Jadi ada la bau sedap cikit.

Step 8:

Dah siap, masukkan ke dalam beg plastik.

Step 9:

Letakkan asam keping ke dalam beg plastik tu bersama2 uri tadi.

Dan ikatkan plastik tu dengan kemas.

Step 10:

Bungkuskan plastik tadi dengan kain napkin dan ikat kemas2 seperti bentuk sup bunjut.

Step 11:

Dah siap bab membasuh uri. Boleh la pi korek/gali tanah seberapa dalam mungkin untuk proses tanam. Lagi dalam lagi bagus sebab mengelakkan dikesan oleh binatang seperti kucing, anjing, biawak @ apa2 saja binatang.

Paparea tanam di kawasan tepi rumah je. Ukuran kedalaman tanah tu lebih kurang dari hujung jari hantu hingga siku Paparea. Nak dalam lagi, lagi baguusss. Asalkan kawasan tu bersih dan selamat.
** NO PICTURE **
Takde gambar sebab tak sempat, menanam waktu tengahari buta ni, matahari terpacak atas kepala, panas lit lit, terus lupa nak snap. Nak cepat siap.

Step 12:

Masukkan bungkusan uri tadi ke dalam lubang tanah tu. Baca Bismillahirahmannirrahim dan Selawat serta Doakan baik2. Kemudian kambus tanah tu hingga rata dan kemas.

** Peringatan **
1. Jangan letak sebarang benda asing seperti pen, pensel, duit, lilin dan sebagainya dikhuatiri boleh membawa kepada syirik dan khurafat.
2. Tanam di tempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid, kawasan rumah pun boleh.
3. Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain. Ini kalau kawasan sekeliling tanah tu ada binatang2 yang kemungkinan dapat menggali tanah tersebut.
4. Tidak perlulah nak bakar sabut nyiok/kelapa atas tanah tersebut. Tapi ikut suka la, fikir perlu @ tak perlu.

Hukum Menamam Uri Anak Adalah HARUS.
1. Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh binatang.
2. Uri orang2 Islam adalah suci dan dengan itu ia tidak boleh dibakar atau dijual. Setiap orang Islam yang melahirkan anak di hospital @ di mana2 sebaiknya membawa balik uri tu untuk ditanam di tempat masing2.
3. Amalan menanam uri bayi dengan paku, pensil, pen dan sebagainya yang difikirkan mendatangkan kelebihan pada anak adalah amalan syirik dan khurafat.

Alhamdulillah,

Selesai semuanya, Paparea berharap perkongsian entri ni dapat la membantu para suami/bapa melakukan sendiri urusan uri anak. Uri anak kita yang keluar dari perut isteri kita, sebaik-baiknya biarla kita sendiri yang menguruskannya.

Ohya, bagi yang tinggal rumah Flat ka, pangsapuri ka @ masalah takda tanah nak ditanam, boleh la cari insentif sendiri contohnya tanam di kawasan Surau @ Masjid. Apa2 pun minta kebenaran dulu la, jangan sesuka hati nak tanam.

Paparea belajar dari sahabat2 yang dah berkahwin dan berpengalaman tentang ni. Jadi, persoalananya, Adakah Kita Sebagai Suami/Bapa Boleh Melakukan Sepertimana Suami/Bapa Lain Lakukan Untuk Keluarga Mereka Sendiri?

Fikir2kanlah...

CARIAN YANG BERKAITAN:
a. Cara Basuh Uri Anak.
b. Cara Membasuh Dan Menanam Uri Anak.
c. Bagaimana Cara Mengurskan Uri Bayi?
d. Cara Urus Uri Bayi Yang Paling Senang.
e. Cara Basuh Uri Bayi Mengikut Panduan Islam.

Lepas ni, Paparea nak kongsi Cara Daftar Sijil Kelahiran Anak pulak. Nantikan di entri seterusnya...

Terima kasih pada korang semua yang sudi layan Blog Mamapaparea.
Ok, selesai sudah. Jumpa lagi. Bye2...

Paparea

Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...