Ahad, 10 Oktober 2021

KEBENARAN RENTAS NEGERI BERMULA ESOK 11 OKTOBER 2021


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Apa khabar hari ini. Semoga semuanya baik-baik sahaja. 

Hari ini ada khabar menggembirakan namun tetap selalu berjaga-jaga ok.  Alhamdulilah, kebenaran rentas negeri oleh kerajaan akan bermula esok 11 Oktober 2021 selaras dengan kadar vaksinasi tahap dewasa yang telah mencapai 90%.  InsyaAllah kalau kes semakin reda, kewangan semakin mencukupi, maka boleh Mamapaparea family balik ke Sabah menziarahi orang tua dan adik beradik yang ada di Sabah. Hehe. Terlalu rindu dengan kampung halaman tempat Mamarea dibesarkan dahulu. 




Ok, di sini saya selitkan beberapa point penting tentang SIDANG KHAS MEDIA PERDANA MENTERI pada pukul 3 petang tadi untuk rujukan ringkas buat pembaca setia Mamapaparea Blog.











Semoga kita semua sentiasa berjaga-jaga dan amalkan SOP di mana jua. Elakkan tempat yang sesak nah. Bye. 


Love,

MamaPapaRea

Continue Reading

Sabtu, 9 Oktober 2021

CARA ATAU PANDUAN KENALI JENIS KULIT

 CARA KENAL JENIS KULIT KITA




Sebelum ni kita dah tahu ada 5 jenis kulit kita kan.  Jadi, sekaran kita nak tahu macam mana nak kenal jenis kulit kita samada:-


  •  Normal
  •  Berminyak
  •  Kering
  •  Kombinasi
  •  Sensitif


Setiap daripada kita mempunyai jenis kulit berbeza dan ada keunikannya tersendiri.

Terdapat juga pengaruh lain membuatkan kulit kita berubah-ubah termasuk:-


  • Cuaca/Iklim (suhu), 
  •  Gaya hidup (stress dan lain-lain), 
  •  Keseimbangan hormon, 
  •  Kesan ubat-ubatan mahupun 
  •  Kesan daripada bahan produk yang kita guna. 
  •  Terdapat juga faktor lain seperti genetik dan sebagainya. 

So, macam mana nak kenal?

☝1st kena ada BLOATING PAPER atau kertas minyak. 

LANGKAH 1

Basuh muka dari sebarang kekotoran. Sebarang kekotoran maknanya dari segala jenis mekap, krim, pelembap, sunscreen atau apa saja.


LANGKAH 2

Tunggu sekitar 30 minit atau lebih dan jangan sentuh muka.


LANGKAH 3

Ambil 5 helai kertas minyak dan lekat pada dahi, kedua-dua pipi, hidung dan dagu. 


LANGKAH 4

Perhati elok-elok hasil dari lekatan kertas minyak tadi. 


HASIL


  • Jenis kulit normal -  Ada sikit atau tiada kesan minyak pada kertas.


  • Jenis kulit berminyak - Terdapat kesan minyak pada kertas sehingga nampak lutsinar. 


  • Jenis kulit kering – Kertas minyak bersih dan kering. Tiada langsung kesan minyak pada kertas minyak.


  • Jenis kulit kombinasi - Kertas berminyak pada dahi, dan hidung. Ada sedikit atau tiada kesan minyak pada pipi dan dagu. 


  •  Jenis kulit sensitif - Tak dapat dikesan melalui cara ini. Caranya hanya dengan buat PATCH TEST. Apa yang dimaksudkan dengan PATCH TEST ya? Patch test ni adalah kita uji sendiri kamdungan atau bahan sesuatu produk yang kita nak guna tu ke atas kulit kita samada sesuai atau tak sesuai. Contohnya kita sapu di kulit leher, kawasan rahang atau pergelangan tangan dengan sedikit sapuan, jika dalam beberapa tempoh masa naik radang contohnya bengkak, gatal-gatal atau kemerahan maksudnya tak sesuai lah tu ok. InsyaAllah akan dikongsi cara-cara patch test nanti ya. 

Opss...saya tak tahu bloating paper sis.Tak kenai la. Nak beli mana. Boleh p cari kat drugstore atau beli online nah, nah klik terus sini nah  kalau nak beli online

 => Beli bloating paper di sini (SHOPEE)


Tak tahu juga...??? boleh guna tisu ok. 


CARA 2 : MENGGUNAKAN TISU 


LANGKAH 1 

Ambil 5 helai tisu dan lekat tisu kat muka 5 bahagian muka tadi. 


HASIL


  • Jenis kulit normal -  Semua tisu melekat sekejap dan jatuh. 


  • Jenis kulit berminyak - Tisu semua lekat elok aih kat muka.


  • Jenis kulit kering – Semua tisu jatuh tak lekat2 dah tekan pun tak lekat juga.


  • Jenis kulit kombinasi - Dalam masa yang sama ada yang melekat/melekat seketika kemudian jatuh dan ada yang jatuh tak lekat langsung.

  •  Jenis kulit sensitif - Tak dapat dikesan melalui cara ini. Caranya hanya dengan buat PATCH TEST

So, apalagi jom try cek kulit masing-masing. Share jika bermanfaat ya😊

#SkincaretipsbyMamarea

Jangan lupa follow media sosial Mamapaparea ok. Terima kasih semuanya. 

INSTAGRAM MAMAPAPAREA => https://www.instagram.com/mamapaparea


FACEBOOK MAMAPAPAREA => 

http://facebook.com/mamapaparea


YOUTUBE CHANNEL MAMAPAPAREA => 

https://www.youtube.com/c/MamaPapaRea


Love, 

MamaRea 

Continue Reading

KENALI JENIS KULIT : 1001 TIPS SIHAT CANTIK MAMAREA


Macam mana nak tahu JENIS KULIT ?




Hai, assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Semoga semuanya sihat-sihat sahaja nah. 

Hari ini, kita masih pkp (MCO3.0) ( waktu entri ini ditulis) duduk rumah pun kulit buat masalah huhu maklumlah pola tidur pun dah ke laut. Ngam pula dengan tentera dalam umah buat aktiviti cergas dan cerdas, pdpr pula...maka bertambahlah kedutan mak-mak di rumah ni. Huhuhu. Tapi tak mengapalah, ujian hidup ini kita redha sajalah hehe.

Ok, hari ini Mamarea nak buat ringkasan tentang 5 jenis kulit kita. Walaupun orang dah lama share, sayapun nak jugalah share manatahu ada pembaca yang suka baca blog kami yang tak seberapa ini. 

Untuk masalah kulit memang kita kena hadaplah dan kena fahami apa kemahuan kulit kita ni. Kadang dah ikut betul produk yang disarankan dan dinasihatkan untuk masalah kulit kita, tapi tetap masalah kulit sendiri sukar diatasi. Kadang elok kadang tak elok adui tak faham kan..Hehe. Tapi saya percaya ianya berkait dengan pelbagai punca dan keadaan. Jadi kita kena sentiasa kenali punca atau sebab kenapa jerawat atau masalah kulit lain terjadi, barulah kita dapat kawal dan perbaiki dari hari ke hari. Umur dah meningkat ni pun masih hadapi benda sama dengan anak-anak muda sekarang. Untuk yang takde masalah kulit tu memang rezeki ampa. Syoknyaaa hehe. 


Oklah, jom masuk kepada point entri kali ini.


Ada 5 jenis kulit yang biasa kita jumpa ye iaitu NORMAL, KOMBINASI, KERING, BERMINYAK dan SENSITIF.


1. NORMAL

- Sedikit pori terbuka pada bahagian Zon-T, jarang sekali alami breakouts. 

- Tak terlalu berminyak/kering


2. KOMBINASI

- berminyak dan kering pada masa yg sama pada bahagian tertentu. Biasanya berminyak di bahagian Zon-T iaitu dahi, hidung dan dagu tapi kering di bahagian pipi. 


3. KERING 

-  Kering dan tiada kilatan.

-  Saiz pori sangat kecil dan tidak kelihatan. 

- Mudah gatal/mengelupas/iritasi/kemerahan jika terlalu kering disebabkan cuaca sejuk dan faktor tertentu. 

- Lagi kering seiring bertambahnya usia apatahlagi selepas menopaus. 


4. BERMINYAK 

- Liang pori kelihatan. 

- Kulit berkilat saja tak kira masa. Pori terbuka dan mudah terjadi jerawat.

- Boleh berubah ikut cuaca dan hormon tubuh badan.


It's meeeee. Pori besar kawah, berminyak boleh mendadar telur. Hehehe. 


5. SENSITIF


- Kulit mudah naik ruam dan iritasi bila pakai produk yang kulit tak nak terima.

- Hanya anda yang kenal tahap mana sensitif kulit anda (mungkin alergik, eczema, atau alah pada bahan tertentu dalam produk yang anda pakai) 

- Kena betul2 peka untuk untuk kulit sensitif.



So, korang jenis kulit macam mana? Please tell me here, kita kongsi ya. Korang solve macam mana? Kadang Mamarea suka baca page-page yang bincang pasal tips skincare. Dekat IG, FB, TIKTOK, TWEETER ramai beautician yang rajin share tips kan. Mamarea takde follower sangat hehe, cuma apa yang saya tahu saya kongsi k...Huhuuu. 


Next insyaAllah saya bagitau cara nak tau kulit kita jenis macam mana. Lagu manaaa nak tau dia ni. Sat berkilat, sat macam keringgg semacam, sat naik ruam campur berkilat. Aduh pening lah mana satu.. Penting rujuk jenis kulit dulu sebelum pening-pening masalah bercampur baur. Baru kita boleh tau cara nak perbaiki dan sihatkan kulit kita ok. 


p/s : Kesihatan dalaman membantu juga untuk kita merawat kulit secepatnya. Contohnya Vitamin C dan Vitamin E ikut keperluan tubuh. 

#skincaretipsbyMamarea

JEMPUT FOLLOW : 

Terima Kasih banyak sudi membaca, 

MamaRea

Continue Reading

Isnin, 4 Oktober 2021

RESIPI SAMBAL BELACAN PALING SIMPLE DAN SEDAP MAMAPAPAREA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Ini entri kedua hari ini. Banyak sangat entri yang tidak dipublish jadi hari ini, saya siapkan yang mana mampu hehehe. 

Kebetulan tengahari tadi makan nasi buat sambal belacan sebab belacan yang diberi oleh abang ipar warnanya merah, bersih dan sangatlah sedap. Nanti kalau habis nak cari belacan macam tu juga sebab sedapppp yang amat. Korang suka belacan yang macam mana ye? Hehe, bolehlah share di komen supaya kita boleh berkongsi minat dan citarasa, ok. 

Ok, hari ini saya masak ni untuk makan tengahari. Kalau ada sambal belacan, nasi laju je makan kan. Hehe. 




Jom layan resipi sambal belacan paling simple dari Mamarea tumbuk-tumbuk je siap. Resipi ni untuk dua orang makan ok. Kalau nak buat banyak, boleh tambah apa yang patut ok. 


Bahan-bahan :

1 biji bawang merah*

2 biji cili merah besar*

3 biji cili merah kecil (kalau takde boleh ganti 5 biji cili hijau@melaka)*

1 inci belacan merah (bakar boleh tak bakar pun boleh)*

1 biji limau kasturi@ limau nipis ( perah setengah sahaja)

1 sb Gula (atau ikut citarasa)

1 st Garam (atau ikut citarasa)

Perasa jika mahu ( saya tak letak)


Cara menyediakan: 

1. Tumbuk bahan bertanda * ikut citarasa ( tumbuk kasar atau sederhana )

2. Masukkan gula dan garam dan perasa. Rasa dan tambah mana tak cukup. 

3. Masukkan perahan limau. Siap untuk dihidang.


Taraa, dah siap. 



SELAMAT MENCUBA !


Love,

Mamarea







Continue Reading

RESIPI NASI TOMATO SIMPLE TAPI SEDAP

Hai assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Semoga hari ini baik-baik saja. Alhamdulillah hari ini rajin sikit update resipi. Resipi ni lama dah simpan kat Instagram tapi lupa simpan dalam blog ni untuk rujukan bila teringin nak makan nasi tomato. Hehe.

Saya masak simple dan biasanya ikut selera sendiri, kalau rasa sedap maka saya akan simpan resipi tu hehe. Kalau kalian nak cuba, boleh adjust ikut citarasa masing-masing ok. Ada tiga bahagian dalam menyediakan nasi tomato iaitu memasak nasi tomato, lauk ayam masak merah dan acar timun nenas. 

Tanpa membuang masa jom tengok bahan-bahan dan cara menyediakannya. 


1. Nasi Tomato

- 5 pot beras basuh dan tos

Bahan tumis

  • 4 sekawan
  • Daun salam / bay leave (kalau ada)
  • 1 1/2 sb tomato puree (apa-apa jenama saya pakai kimball)
  • 1 sudu besar susu pekat manis (kalau tak nak boleh guna susu cair 1 cawan)
  • Daun pandan (gunting / koyak dan ikat)
  • 1 sudu kecil garam 
  • 1/2 kiub knorr atau apa pun perasa 
  • 1 biji tomato potong dadu/blend
  • 1/2 bawang holland hiris
  • 2cm halia dan 2-3 bawang putih (tumbuk)
  • 1 1/2 sb mentega @ minyak sapi 

Caranya :

1. Cairkan mentega/minyak sapi, yang ni saya guna mentega ya. Campur sedikit minyak, masukkan 4 sekawan dan daun salam. Tumis bawang halia dan bawang putih.

2. Masukkan tomato puree dan tomato yg didadu. 

3. Masukkan daun pandan. Gaul kejap.

4. Masukkan susu pekat atau susu cair saya guna susu pekat 1 sudu saja.

5. Masukkan beras yg ditos. Gaul kejap. Masukkan dalam ricecooker. Masuk garam dan kiub. Gaul rata. 

6. Tunggu hingga masak..Jangan lupa gembur bagi sekata. Masak mcm nasi biasa cuma kurangkan sedikir air drp biasa. Tapi kalau nasi putih kita selalu masak ngam2 saja tak lembik dan tak keras. So ikut saja sukatan biasa kita guna ok.


2. Ayam Masak Merah 

  • 1 sb tomato puree
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb sos cili
  • Gula + gula melaka
  • Garam 
  • Blend : 1 biji tomato, cili kering 21 tangkai (rebus dan kisar), 1 biji bwg holland, 1 bwg merah sederhana besar, 4 ulas bwg putih, 2cm halia.
  • 10 ketui ayam potong sederhana

Caranya :

1. Ayam letak garam dan kunyit, goreng setengah masak.

2. Minyak lebih buang tinggalkan ngam2 untuk nak buat ayam masak merah tomato. 

3. Tumis bahan kisar dan tomato puree. Masukkan sos tiram, sos cili, gula dan garam. 

4. Masukkan secawan air. Tunggu hingga mendidih dan kurang airnya. Masukkan ayam kacau sebati dan biar sampai pecah minyak. Api sederhana jangan sampai hangit

5. Bila dah pecah minyak boleh buh bawang holland dgn tomato pun boleh. 


3. Acar Timun Nanas

  • 1 biji Nanas saiz kecil (hiris nipis)
  • 1 biji Timun (garpukan kulit, belah dua dan hiris nipis)
  • 1 cili merah ,hiris
  • 2-3 bwg merah hiris
  • Sedikit cuka
  • Gula 
  • Garam

Caranya :

1. Hiris semua dan satukan dalam bekas makanan.

2. Masukkan garam, gula dan cuka. Gaul sebati. Tak perlu campur air. Sejukkan dalam peti ais. 


ok dah siap. Gambar dari Instagram saya hehe. Kalau sudi, sila follow IG, FB kami dan Youtube kami juga nah. 


Nasi Tomato dengan Ayam Masak Merah dan Acar Timun by Mamapaparea.

SELAMAT MENCUBA 


Love, 

MamaRea





Continue Reading

Isnin, 5 Julai 2021

REVIEW & PENGALAMAN GUNA HADA LABO CLEANSING OIL (REVIEW) : 1001 TIPS SIHAT CANTIK MAMAREA







Yes, alhamdulillah, pilih punya pilih dapat juga beli. Harga ada sale tapi sikit je potongan dia. Beli jugalah tengok bajet lebih sikit. Kurangkan bajet untuk alat mekap pula. Huhu.

Sebelum tu, boleh baca apa tu CLEANSING OIL dan kenapa perlu CLEANSING OIL ?


So, sikit ABOUT THE PRODUCT,

Product Name: Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing Cleansing Oil
Product Brand : Hada Labo
Product Type : Oil Cleanser
Volume : 200 mL
Price: RM 57.90 ( i buy at RM49++)
Where to buy : Guardian, Watsons, pharmacies, web shop 
Saya beli dari Shopee hehe ini linknya

SHOPEE LINK :
Boleh beli di sini dengan memilih mana satu yang paling murah dan banyak diskaun. 
   Link Pembeliaan Shopee : 


INTRODUCTION :
4 refined beauty oils
Removes all types of make-up
-        Olive Oil
-        Jojoba Oil
-        Macadamia Oil
-        Rosehip Oil
Cleansing Oil Makeup Remover Gokujyun

-        Takde colour
-        Bau pun takde hanya minyak sahaja. Tapi light je minyak dia.

CLAIMS :

Infused with 4 types of Beauty Oils - Olive Oil, Macadamia Oil, Jojoba Oil & Rosehip Oil to richly nourish skin and gently melt away all types of make-up, leaving skin feeling clean, balanced and moisturized.

HIGHLIGHTS :

4 Beauty Oils with wonderful skincare benefits, come in light & non-greasy textures, leaving skin feeling clean, fresh and moisturized after cleansing.
Super Hyaluronic Acid contains twice the moisture rentention capacity of normal Hyaluronic Acid(AH) to lock and retain larger volume of moisture in  skin for long-lasting hydration.
Absorbent Hyaluronic Acid has a strong moisture rentention function that allows moisture to be retained longer in the skin even after cleansing.

  • With enhanced cleansing ability to remove impurities and stubborn make-up, including waterproof make-up and sunscreen.
  • Enriched of 2 types of HA to deeply hydrate skin, leaving moisturized, nourished and radiant-looking.
  • Anti-pollutant Formula-contains Moringa Oleifera Seed Oil to protect the skin against environmental pullution and reduce the ability of pullution particles from adhering to the skin.
  • Low irritation - free of preservatives, alcohol, fragrance, colorant, and mineral oil.
INGREDIENTS:

Lama saya perhati ingredients dia ni tau, ada yang macam ok dan tak ok, tapi last-last saya beli jugalah sebab terpengaruh dengan macam-macam review positif. Hehe

Sikit mengenai ingredients dia saya ambil kat web CosDNA dan SKINCARISMA ni.

Kalau nak lebih details, boleh layari web skincarisma untuk cek ingredients dia ya.
https://www.skincarisma.com/products/hada-labo/gokujyun-makeup-removing-cleansing-oil#info-section






Nampak macam ok kan?

Mengikut dapatan CosDNA dan Skincarisma ni, terdapat Ethylhexyl Palmitate yang mana boleh menyebabkan comedo/acne dalam skala 4 dan Oleo Europaea (Olive) Fruit Oil dengan Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil dalam skala 2.

Tapi macam yang kita tahu sebelum ni, skincare ni kekadang subjektif sebab reaksi pada kulit berbeza-beza bagi setiap orang. Kadang pakai ini jadi pakai itu tak jadi. So kena try and error lah kan. Bak orang putih kata Your Mileage May Vary (YMMV). Gitulah...

Yang penting jangan pakai produk timbang kilo dahlah ye..Takde alasan untuk nak try and error. Tinggi sangat kandungan kimia boleh mengganggu kesihatan kulit dan tubuh badan dalam jangka masa yang panjang. Baca sini untuk CARA MENGATASI JERAWAT DENGAN BERKESAN DAN SEMULAJADI selepas breakout.





Botolnya amat praktikal, ada benda tu, apa nama tah tapi bagus ada tu taklah tertekan-tekan.

DIRECTIONS :

  1. Using dry hands, gently massage oil onto your dry face.
  2. Emulsify with water and transforms to a milky rich emulsion to dissolve makeup, oil and dirt.
  3. Rinse off thoroughly with water.
*For a better results, use Hada Labo face wash to double cleanse

And YES, memang saya beli CLEANSER HADA LABO gantikan pencuci muka lama saya yang dah habis iaitu NEUTROGENA BRIGHTENING CLEANSER. Best kedua-duanya. Nanti saya buat review dan juga skincare terbaik 2021 yang sangat best alhamdulilah. 

CARA SAYA MENGGUNAKAN:



1. Tangan yang bersih dan kering, muka kering. Jangan basahkan tau. Pump kat tangan 1-2 pump dah cukup banyak.
2. Lepas tu massage lembut-lembut kat muka, area mata yang ada makeup tu. Kalau macam saya, saya massage perlahan kat pipi dulu, then baru massage perlahan-lahan kat area mata dan kening.
3. Tambah air sikit kat tangan dan massage balik muka supaya nanti jadi milky senang untuk dissolve makeup, oil and dirt.


Ok, ni saya letak mekap kat tangan yang selalu saya guna bila keluar. Adoi lupa mascara takpelah ye, sebab eyeliner tu dah cukup waterproof dan matte hehe.


Saya swatch alat mekap yang waterproof dan always pakai kat muka kalau keluar.


Kemudian, saya letak 2-3 pump cleansing oil. 



Gosok mekap dengan sampai semuanya mencair gitu. Struggle sikit bahagian eyeliner tu. Kat wajah pun jadi gitulah terkejut anak-anak kalau ikut mandi sekali.Haha


Kena gosok lama sikit supaya semua kotoran mencair.



Lepas tu buh air dan gosok-gosok sampai jadi milky untuk dissolve segala kekotoran. 



Selepas tu bilas dengan air bersih. Taraa bersih dah. But, stop! jangan lupa cuci dengan face cleanser pula lepas tu nahhh. Yang ini step pertama je. Sebelum ni lap dengan wet tissue je. Hehe. 










PERSONAL REVIEW


Ok, saya suka sangat dengan cleansing oil ni. Sangat-sangat suka sebab lepas pakai kulit muka tak kering macam saya lap dengan wet tissue untuk remove segala mekap kat muka. Bukan je jadi kering tapi kadangkala kalau terlalu lap jadi pedih dan naik rashes. Tapi 2 tahun lebih ni duk pakai yang tu lah. Huhu. Pores tak bersih sangat rupanya. Patut pori nampak luas semacam, tapi dengan adanya supplimen, taklah menjadi teruk sangat. Untuk luaran memang kena jaga juga. Dua-dua penting. Nak sihat dalam juga luaran.


Tapi teruk lagi sebelum tu masa muka breakout zaman U, mekap tapi terus basuh dengan pencuci muka, pakai yang banyak buih pula tu dan tinggi sangat kandungan kimia punya. Dulu2 pakai yang takde buih tak puas. Lepas tau sikit pasal cetaphil baru ok. Oh..kesian sungguh takde ilmu tentang skincare time tu. Aduhai...(tepuk dahi sat)


So,

Apa yang saya dapat daripada double cleansing ni?
1. kulit tak kering macam saya guna wipe tissue anak-anak..hee
2. pori rasa bersih sangat berbanding sebelum ni
3. blackhead/whirehead nampak kurang daripada sebelum ni
4. sangat mudah dan cepat OK! (i love this)
5. kulit muka sangat lembap, not oily

Anak saya si Abang Daniyal tu main cat masa pak dia cat gril, pening saya cari solusi. Pakai sabun cuci2, gosok2 dan mandikan dia tak habis. Last-last kukorbankan my cleansing oil..huwawawaaa...ada banyak pump jugalah nak cuci tapi mudah tanggal juga tau. Kat tangan muka dan rambut. So, berkesanlah kan cleansing oil ni cuci yang matte-matte walau struggle sikit nak massage le. Hehe.

Oh ya, setakat hari ini Mamarea dah pakai 4-5 botol kalau tak silap memang terbaik, cuma kadang kalau bajet lari beli jugalah yang murah. Hehe. 

Oklah, sampai sini dulu. InsyaAllah lepas ni MamaRea akan banyak update pasal skincare juga manatahu boleh membantu korang mengatasi masalah jerawat yang tak de penghujungnya ini macam diriku. Dia ada je cuma banyak atau siki dan kekadang rasa bersih je muka ikut keadaan jugalah maklumlah jerawat ni banyak puncanya. Jadi, stay tune guys. 

Sekali lagi Mamarea share link pembeliaan shopee untuk produk ini ok. Korang boleh beli kat sini.

LINK PEMBELIAN SHOPEE PRODUK CLEANSING OIL HADA LABO MURAH (Klik saja mana-mana korang suka ok, cari yang paling murah dan review bagus. teheee)


DISCLAIMER : Segala produk yang Mamarea review dalam blog mahupun Youtube dibeli sendiri bukan ditaja melainkan jika diberitahu. Kulit tak sama mungkin ada yang serasi mahupun tak serasi, ini hanyalah pengalaman dan sedikit pengetahuan dari Mamarea. 


FOLLOW : 

Instagram Mamapaparea

Facebook Mamapaparea

Youtube Mamapaparea

Terima Kasih banyak sudi membaca, 

MamaRea










Continue Reading

Rabu, 16 Jun 2021

RESDUNG, IKHTIAR DENGAN ALFALFA & VITAMIN C SANGAT BERKESAN


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua..

Alfalfa untuk resdung..Ye, sangat berkesan..pada suami saya..alhamdulillah.

Jika dulu, suami makan sambal belacan, sekejap lg akan bersin dan hidung berair, gatal mata segala2 gatal..terus demam

Jika dulu, suami redah cuaca panas apabila baru keluar dari bilik aircond, sekejap lagi selesema..demam juga

Jika dulu kalo suami makan seafood, sekejap lagi bersin tak kira masa, terus batuk kahak sekali dengan demam.

Jika dulu, suami alergi, badan gatal dan bengkak-bengkak macam kena gigit nyamuk (kelopak garam dia panggil), sekarang alhamdulillah, jarang sangat nampak dah.

Jika dulu, habuk sikit pun bersin, wangi sangat pun bersin, bau menumis pun bersin berirama...tak lama trus selesema, mata dan hidung merah kemudian demam.

Cakaplah ubat apa pun dia dah cuba, rawatan kampung smpai ke moden pun sudah..akhirnya ubat klinik juga yang dia bertahan. tetapi untuk tempoh yang panjang risau jugalah efek ubat-ubatan  pada tubuh suami jika makan berterusan.

Search pasal resdung banyak tip-tips yang boleh dapat. Antara yang saya fikirkan logik ialah dengan memakan vit c sebelum kenal alfalfa.. Vitamin C memang sangat bagus untuk alahan dan resdung ini puncanya keradangan dan alahan kan. Pwermulaan kami beli Vitamin C dari drugstore sahaja. Cuma, masa tu sakit gastrik saya sangat teruk bila consume vitamin C tersebut. Perut saya agak sensitif dengan bahan yang digunakan.

1-2 minggu paling ketara tentang vit c ni adalah kesannya kepada kulit suami..Tona wajah dia nampak sekata dan sedikit cerah berbanding sebelumnya. Kemudian, Suami makin lama makin jarang demam. tidak macam dulu rasanya dalam sebulan 3-4 kali demam..selalunya akan makan ubat panadol@ soluble baru okey. Masa demam suami takde mood pun nak keluar. 

Disebabkan suami selalu terlepas makan vit c dan TIDAK konsisten, badan dia pula selalu gatal-gatal, bengkak..naik kelopak garam banyak-banyak maklumlah suami keja di langkawi time tu, tiada siapa nak tolong peringatkan dia nak makan suplemen(isteri penting tau utk suami..hehe). Tapi dia dah jarang sekali demam. bagus tau vit c lagipun suami tak gemar makan sayur walau dipaksa sekalipun..kalau kena cara masakan, dia makanlah... kalau tak kena cara..memang taklah dijamahnya dan paling tak suka SAWI. Uhuuu. Dia peminat tegar ayam. Masaklah apapun lauk ayam, dia suka.

PINDAH KERJA 

Aidilfitri lalu, suami dapat tukar kerja ke perlis. alhamdulillah. sangat-sangat dinanti selama lebih 2tahun PJJ.hehe.. Masa bersembang-sembang dengan biras saya, tanya itu tanya ini, last-last sembang pasal produk apa yangg kami consume. Dia bagitahu dia beli kat kawan dia produk shaklee alfalfa. Dengar-dengar shaklee ..hmm..pasti mahal harganya, sedangkan saya dah lama tau keberkesanan produk shaklee sebab selalu diwar-warkan dalam media sosial.

MULA MENCARI INFO ALFALFA

Beberapa hari, saya search pasal alfalfa shaklee..kebaikan dia, harga dia, berapa bulan tahan..wah, baru saya tahu, walaupun produk shaklee mahal dia tahan berbulan-bulan so, jimatlah kat situ. Saya tak tahu selama ini, bila baca berulang kali, tak tahan pula nak mencuba. So, bincang dengan suami..tentang alfalfa. Bincang elok-elok tentang harga, kesan dia, tentang testimoni, khasiat dia, segala-gala lah tentang alfalfa sahaja. Suami pun faham, 1, 2 ,3 kali jugalah explain. 


YEAY, ALHAMDULILLAH BERJAYA BELI ALFALFA

Akhirnya dapat beli. Keesokan harinya, terus bagi suami makan..kami start dos rendah saja iaitu 2-3 biji sehari. Saya konsisten bagi suami makan tiap2 hari ikut waktu dan keadaan. Seminggu kesan pada dia yang paling ketara ialah gatal-gatal atau kelopak garam tu berkurangan dari hari ke hari tapi masa itu, saya masih tak percaya, sebab suami hampir tiap hari kot gatal-gatal badan. Takkan kesan shaklee..hehe..dah tau berkesan masih mcm tak percaya kan. Tak lama lepas tu, dia start makan sambal belacan balik. Dia memang pantang makan sambal belacan sebelum ni, tapi kekadang teringin sangat tapi padahnya, gatal hidung bersin-bersin. Tapi, tengok suami relax ja tak gatal tak apa...heran jgk..hebat jugak penangan alfalfa ni ek..Apa yang membuatkan dia bagus? Oh, rupanya alfalfa adalah agen detox dan bahan semulajadinya yang dapat mengurangkan alahan.

Kalau nak tahu, suami tak suka dan tak akan mudah percaya pada suplemen bagai ni..noooo memanjang,..Kalau iklan untuk mencerahkan semua dia xpercaya, untuk menyihatkan badan semua dia tak percaya. Bukan sebab apa tapi disebabkan pengalaman dia makan "ubat kampung" yang mujarab tapi tinggalkan kesan tidak baik pada badan jadi dia serik. Oleh kerana isteri comel dia ni explain sungguh-sungguh, maula juga mencuba kikikik. Masih ingat tarikhnya, 2hb 10 2015, suami kata, "Memang bagus la alfalfa tu, dia makan sambal belacan banyak-banayk pun tak bersin dah". Siapa tak nak dengar suami cakap macam tu..alhamdulillah lah kan, kita hanya ikhtiar sesungguhnya. Dari situ, dia terus consume alfalfa dan Vitamin C Shaklee juga. Jadi, jom cuba nah. Mencegah lebih baik dari merawat tapi sebelum mencuba baiklah untuk kita baca dan gali info berkenaan produk yang kita nak cuba itu sebelum mengamalkannya ya....

Sila whatsapp ke ICON WHATSAPP tertera dalam blog ini untuk pertanyaan dan pesanan produk Shaklee sahaja ya. Selain dari Shaklee,maaf saya tidak layan ya.  

Julia Shaklee.

Continue Reading

PENGALAMAN MELAHIRKAN ANAK PERTAMA ATAU SULUNG

Pengalaman ni dah  lama berlalu dah, anak pun dah besar sekaran 2021 umurnya dah 7 tahun manakala draf entri ini juga berumur lebih kurang anak sulung hehe, Begitu lamanya saya tak aktif sangat dalam blog. Jadi hari ini cuma saja nak kongsikan sambil ingat balik agar bermanfaat di masa akan datang kepada saya juga kepada pembaca yang sudi baca blog MamapapaRea InsyaAllah, aamiin....

Saya dah ceritakan tips hamil dalam entri sebelum ini dan di situ saya juga telah beritahu macam mana saya dapat tahu saya mengandung. So, pada minggu ke6-7, saya dah start melalui morning sickness yang sangat teruk saya rasa. Saya jadi lembik tak bertenaga, selera makan mendadak turun, loya yang berpanjangan, lidah rasa pahit dan tawar sangat-sangat..lagi-lagi saya ada gastrik yang teruk merumitkan lagi keadaan morning sickness saya. Ada beberapa kali nak pitam, tapi saya terus duduk dan berehat. Pada masa itu, saya hanya mampu mengadu pada Allah agar dipercepatkan alahan itu, tak sanggup rasanya nak lalui. Macam demam tapi tak demam. asyik nak baring saja. Kalau boleh tak nak makan langsung walaupun perut kosong. Tetapi kerana gastrik yang makin teruk saya gagahkan juga jamah makanan. Kadang-kadang suami suapkan bila saya dah betul2 tak mahu makan. sebenarnya nak kena paksa dengan suami je, sebab memang dah tak daya nak makan..makan nak keluar balik, makan nak keluar balik. lagi-lagi kalo muntah paksa..muntah hijau tu..Ya Allah, masa itu, saya hanya mampu bertahan dan dari situ saya sedar betapa besarnya pengorbanan seorang ibu mengandungkan kita, melahirkan kita dan membesarkan kita. Terima kasih mama dan bapa..Tanpa mereka kita tak akan melihat dunia.


Habis trimester pertama saja kira-kira minggu ke 14, badan saya semakin sihat..deria rasa semakin pulih..Masuk sahaja bulan keempat, selera dah bertambah. Saya makan apa sahaja kecuali kerang dan gulai, xleh masuk lah sedangkan suka time tak prgnant. Disebabkan HB saya rendah bersangkut paut pula dengan tekanan darah rendah, malahan saya juga pembawa talasemia, memang teruklah jadinya. Nurse suruh saya makan iberet. Jadi saya pun makan iberet tu. Walaubagaimanapun, HB saya tetaplah macam tu juga..naik turun naik turun 9-10..tapi tak pernah normal iaitu bacaan 11. Sebab sayakan pembawa talasemia jadi hb rendah itu adalah normal bagi orang macam saya. Bila asyik menurun je HB, nurse suruh saya doublekan makan iberet. So far, okey. naik 10.2, 10.4..okeylah daripada 9. Masa tu tak tahu pasal Shaklee. Kalo tahu, dah tentu saya makan suplemen Shaklee..hehe.

PENGALAMAN MELAHIRKAN

Saya ceritakan ringkas sahajala ye secara kronologi. Apa yg masih saya ingat.

14/01/2014

Pada sebelah malam dalam pkul 12- 5 pagi macam tu, asyik terasa sakit macam senggugut. Kerap tapi tak menentu. Ya Allah, tak dapat tidur hingga ke pagi. Bagitahu suami, dah terlalu sakit, tapi tak de lagi tanda darah atau air ketuban. So, saya anggap mungkin kontraksi brixton..Tapi sakitnya tak tertahan. Saya kejutkan suami yg tidur nyenyak time tu esok kena pg hospital sebab saya dah tak tahan sakit.


15/01/2014

Pagi itu, saya bergegas ke toilet sebab sakit perut sangat, tapi cuma buang air kecil saja. Tapi kelihatan terdapat lendir darah. So, saya mandi bersihkan seluruh badan dan bersiap untuk ke hospital bersalin. Dalam hati berkata..dah nak bersalinka..sakit macam mana lah bersalin nanti ni, tak rasa sakit nak kluar baby lagi.boleh bergerak ke mana-mana lagi. Macam2 dalam kotak fikiran. Suami pun teman ke tingkat satu Hospital Tuanku Fauziah Kangar. Lama juga nak daftar. Cek urin sekali. Selepas cek urin doktor panggil buat VE. Time ni eloklah kita relax kan diri agar tak rasa sakit bahagian yang diseluk tu. Cek bukaan jalan masih dalam 2cm. Seorang doktor pelatih kata, nak suruh balik dulu sebab patient terlalu ramai, seorang lagi kata, takpe masukkan sahaja. Saya mengikut sahaja.nak balik pun dah malas. Satg balik, kena daftar lain pula kan.. Baik lagi tunggu saja. Lepas cek bukaan, buat CTG pula utk monitor degupan jantung baby. Lama juga, ada dua katil, sebelah pun ada orang, dan ramai lagi tunggu turn masing2. Suami dekat luar menunggu. Kesian pula.lama dari awal pagi sampai dah pukul 11 lebih. Perut pun dah lapar. Sambil buat CTG tu nurse pasangkan drip kat tangan. Darah semakin banyak keluar lepas buat VE.

Kira-kira pkul1 lebih barulah dapat katil. Itupun katil tambahan.alhamdulillah, sebab terlalu ramai sampai katil dah lebih dalam satu wad. Suami pun balik dan duduklah saya seorang di situ menuggu kelahiran si kecil.

petang tu, doktor scan. Alhamdulilah, kepala bayi tetap di bawah. Tapi mereka estimated baby 4kilo. Aiyo..dengan badan kecil begini, mereka jadi was2. So, scan lagi betul2..jadi mereka estimated baby dalam 3kg.

Sakit dah semakin kerap, beberapa kali doktor cek bukaan rahim. Pada pkul 10-11 malam bukaan dah 5 cm. So, menunggu katil d labor room sebab ramai jugak tengah tunggu nak bersalin. Dekat pkul12 malam macam tu saya pun dapat katil. Nurse suruh tukar baju cekciii...sakit makin kerap tapi boleh tahan lagi. Dalam kepala selalu ingat kata2 mereka yang dah pernah bersalin "bila dah nak beranak, sakitnye dah tak boleh senyum". So, disebabkan saya masih bpleh senyum rasanya tak lagi kot. Nurse masukkan ubat ke dalam   punggung untuk memudahkan proses membuang. Sambil dpasang alat CTG untuk monitor degupan jantung baby, saya baring di katil. Disebabkan susah nak detect janung baby, nurse suruh baring dan jangan bergerak. Dapat detect pada posisi baring menelentang. Saya pun tak bergerak langsung sebab risau tak dengar degupan jantung baby. Ya Allah beratnye menanggung perut sampai rasa macam patah tulang punggung..sakit yang teramat.

Mulut tak berhenti sebut..la illa ha illa anta subhanna ka inni kuntu minaz zalimiin..an la haula wala kuwata illa billa hil aliyyil azim..sungguh2 saya bacakan dan mohon pertolongan agar dapat dipermudahkan segalanya. Sakit setiap kali kontraksi berlaku. Setiap masa doktor cek bukaan rahim. Tak pun buka lagi.masih 5cm. Risau dibuatnya sebab dah pkul 1, 2 pagi..kata mereka, setiap satu jam akan buka 1cm. Tapi saya masih 5cm. Pkul3 pun tetap sama. Tak ingat doktor pecahkan ketuban pkul berapa. Sekali keluarkan urin. Sakitnye bila depa bubuh hos dan keluarkan urin.rasa pedih terkejut macam kena elektrik. Pkul 3pagi..doktor cek lagi, saya berhadap sangat dah buka 7-8cm sebab dah tak tahan tanggung sakit dari pkul 10malam tadi. Pkul3 dah start sakit yang sangat kerap, setiap 5minit sekali.sakitnya sampai genggam besi katil pun tak dapat nak rasa genggaman tu.sakit perut lagi skt.

Kawan sekali masuk dengan saya pagi tadi dah selamat melahirkan kat sebelah katil saya. Dia pun masuk dengan bukaan 5cm. Cuma dia bergerak2 dan menjerit2 kesakitan. Dia juga meneran walaupun tidak dibenarkan oleh nurse dan doktor. Mungkin kerana terlalu sakit, dia teran sehingga serviknya sedikit membengkak. Tapi syukurlah dia selamat melahirkan. Saya masih menunggu dan menunggu. Tentunya suami saya lebih risau sebab dia menuggu di luar bersama mak mertua. Kasihan. Dia tidak tahu apa berlaku di dalam, yang dia tahu dari pkul10 lebih tadi sudah masuk labor room.sepatutnya dah bersalin.

Pkul 5 pagi doktor datang cek lagi,  masih sama. Bukaan masih 5cm. Akhirnya nurse suruh teran sikit2 bila sakit. Sebab saya memang tak teran bila sakit pun.saya tahan dan tahan. 2x diberi suntikan. Saya pun tak tahu suntikan apa. Tapi cucuk kat punggung. Mungkin ubat tahan sakit. Saya dari semalam merayu minta air, sebab tekak dah kering dan terlalu pedih. Saya tak tahu yang kita tak dibenarkan minum dan makan pun bila dah masuk labor room. Saya merayu dgn doktor nak minum. Dia kata, nanti dia bagi. Tapi tak bagi2. Dah tak de suara dah.cukup pedih kerongkong. Sebab depa buat tak tahu, saya biarkan saja. Nurse pasangkan oksigen, air juga dimasukkan dalam badan. Saya tertanya2 kenapa saya tak bersalin lagi. Adoi sakit sungguh. Mungkinkah sebab saya tidur terlentang dan tak meneran sikitpun. 

Ada nurse seorang perasan saya dah sangat lama, jadi dia saran teran sikit saja bila sakit kotraksi datang, dia pesan sikitt saja dan dia suruh mengiring. Jadi bila sakit , saya cuba teran sikit sahaja. Setiap kali sakit saya cuba teran sikit. Akhirnya pukul 7 pagi saya dah rasa macam kepala baby dah nak keluar pun.saya panggil doktor..doktor tolong2..sakit nak terkeluar dah.. kebetulan nak tukar shift, jadi, mereka masih sibuk menulis. Saya dah tak tahan sangat. Saya takut. Syukurla, nurse datang dan sediakan apa yang patut. Cuma biasalah, sepanjang kehamilan selalu saya kena dengan jururawat pelatih. Seorang sahaja staf nurse yang lain semua jururawat pelatih. Tak mengapalah.Hehe

Disebabkan staf nurse masih menyediakan perkakas, sambil bercakap2 dengan pelatih2 tu, akhirnya saya tanya pelatih tu, saya kena teran bila sakit ka..sebab dia tengok je saya tak berkata apa-apa sambil pegang kaki saya. Dia kata. Ye ye..aduhai..apelah nasib. Hehe. Tapi tak mengapa..kerana saya dah baca banyak pengalaman blogger dan tips2 berharga daripada mereka, saya rasa saya faham apa perlu buat. So, bila sakit kontraksi, saya terannnnn sekuat hati..kemudian baru saya dengar staf nurse tu bagi semangat..okey, push..push..sikit lagi..pandai..pandai..dah nampak rambut..entah apa dia cakap tak ingat dah sebab saya tengah fokus, menunggu kontraksi dan menerannnnnn sekuat hati. Saya cuba tak curi nafas.. saya habiskan nafas sampai dah tak boleh lagi.. nurse kata, sikit lagi, dah nak keluar dah..sikit lagi....push..push..pandai..pandai...dia asyik sebut pandai2..jadi, saya terannnnnnnnnnnnn lagi sekuat hati saya sampai rasanya dah bunyi harimau mengaummmm...gigi dah ketap kuat2..alhamdulillah.... kepala selamat keluar dan kemudian nurse bantu keluarkan tubuh baby. Bila kepala dah keluar tu, badan baby keluar dah tak rasa apa dah..saya lembik sangat dan biarkan saja nurse buat apa yang patut saya melayan kepenatan huhu. Salah seorang nurse tanya baby apa. Saya jawab perempuan..kemudian dia bawa pegi mana pun tak tahu cuma saya tengok saja. Staf nurse tadi sibuk bagi penerangan kepada semua pelatih, sambil menyuruh salah seorang tolong keluarkan darah beku, seorang lagi berdiri di sebelah kiri saya sambil tengok je. Mungkin pengalaman pertama kali kot tengok. Dia diam saja. Tapi tak mengapa. 

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan mendengar arahan, akhirnya saya tak perlu digunting. Alhamdullah. Mungkin saya lama menahan kesakitan tetapi Allah permudahkan semasa saya lahirkan baby. Alhamdulillah. Cuma ada koyakan sedikit di bahagian dalam. Jadi nurse jahit sikit saja. Rasa macam semut ketik bila dia suntik bius sikit2, kemudian jahit. Suntik sikit kemudian jahit. Suntik bius tu yang rasa macam semut gigit.

Dah bersih dan dipakaikan baju anak saya yang comel, nurse suruh susukan dia. Lama juga dia menyusu..hati saya pula risaukan suami, dia dah tahu kah saya dah bersalin..saya tanya nurse, dia kata dia akan call.  Dia call tak angkat. Pegi mana pula.adoi. tak pe lah. Setelah baby disusukan. Nurse bawa keluar untuk di azan dan di iqamatkan oleh papanya. Alhamdulillah. Suami saya tentu suka bila melihat zuriatnya depan mata. Terima kasih Allah kerana engkau memberikan kami nikmat yang tak terhingga. Terima kasih yang tak terhingga. Syukur alhamdulillah. Sakit yang sangat-sangat berbaloi.hehe.

baru keluar dari perut mama pagi tadi..


REA HANNA SOPHEA nama diberi..lahir pada 16 januari 2014 dengan berat 3.1kg

Sekian dari saya dulu. Ceritalah pengalaman korang bersalinkan anak sulung, hehe. InsyaAllah, saya akan baca satu persatu.

Love,

MamaRea






Continue Reading

Selasa, 23 Mac 2021

JOM KENAL KOD WARNA WAYAR BAGI PERALATAN ELEKTRIK KITA



Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera pada semua sahabat². Semoga kita semua sentiasa diberikan rahmat kesejahteraan dan kesihatan yang baik, Amiinn...


Di sini, Paparea nak kongsi sedikit ilmu tentang jenis warna pada wayar bagi peralatan elektrik. Pada yang kurang KEMAHIRAN & PENGETAHUAN boleh la kita belajar sama².


Untuk pengetahuan korang semua, Paparea bukannya tukang elektrik @ elektronik yang profesional ya. Just kongsi serba sedikit pengetahuan dan kemahiran yang ada ni je.


Pada entri sebelum ni, Paparea ada berkongsi tentang cara menukar plug international iaitu plug jenis US/CHINA kepada plug biasa (plug UK/MY). Kalau nak tengok, boleh klik link tajuk di bawah ni. Versi YouTube pun ada.


CARA TUKAR PLUG US/CHINA KE PLUG MALAYSIA DENGAN MUDAH DAN SELAMAT


Entri ni Paparea nak cerita tentang warna wayar. Secara basic yang kita tau adalah warna wayar elektrik barangan Malaysia mempunyai beberapa warna iaitu pada plug pun dah sedia ada tercatat simbol pada setiap pin seperti ini:



Ini Paparea siap buatkan jadual warna wayar kita.



Ini adalah warna yang sering kita jumpa dalam wayar plug kan. Bukannya wayar suis kabel TNB tu, yang tu lain lagi ya. Warna lama dan warna baru ni masih lagi  digunakan pada peralatan elektrik kita. Jadi tak la pening sangat bab ni.


Masa Paparea tukar plug laptop sebelum ni, memang terkedu sekejap jumpa wayar warna putih. Apa fungsi wayar putih tu? Hijau selalunya wayar bumi/earth dan hitam ialah wayar neutral.


Setelah Paparea GOOGLE, tekaan salah rupanya. Jadi Paparea buatkan jadual tentang perbezaan warna wayar di negara² lain sama.


** Jadual ringkas perbezaan warna bagi negara tertentu sahaja. **


Hitam wayar HIDUP tu, kalau buat² pandai tanpa selidik dlu, tak ke naiya nanti barang terbakar atau short.


Jom kita tengok pulak apa nama simbol dan fungsi wayar mengikut jenis warnanya.



Oh ya, kadang² simbol wayar bumi/earth hanya huruf E.



Dan

 

** Earth / Bumi **

 

** Neutral **

 

** Life / Hidup **


Bila dah tau fungsi warna wayar tu dah kira boleh la pasang plug atau apa² yang berkaitan wiring barang elektrik di rumah. Sebagai contoh sambungan ikut wayar seperti ni:



Ini adalah plug US yang Paparea tukar ke plug biasa kita.





Okay la semua. Harap perkongsian ni dapat la membantu para sahabat semua yang ingin ber D I Y sendiri di rumah.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan semangat pada korang semua untuk lebih proaktif menjalani kehidupan yang selesa. Boleh klik gambar di bawah ke MamaPapa Rea YouTube Channel untuk dapatkan pelbagai video kami untuk tontonan semua. Jangan Lupa Subscribe, Like dan Share ya. 


Okay, jumpa lagi semua sahabat², nantikan macam².


Bye bye


By:

Paparea

Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...