Memaparkan catatan dengan label Ayam / Daging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ayam / Daging. Papar semua catatan

Isnin, 4 Oktober 2021

RESIPI NASI TOMATO SIMPLE TAPI SEDAP

Hai assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Semoga hari ini baik-baik saja. Alhamdulillah hari ini rajin sikit update resipi. Resipi ni lama dah simpan kat Instagram tapi lupa simpan dalam blog ni untuk rujukan bila teringin nak makan nasi tomato. Hehe.

Saya masak simple dan biasanya ikut selera sendiri, kalau rasa sedap maka saya akan simpan resipi tu hehe. Kalau kalian nak cuba, boleh adjust ikut citarasa masing-masing ok. Ada tiga bahagian dalam menyediakan nasi tomato iaitu memasak nasi tomato, lauk ayam masak merah dan acar timun nenas. 

Tanpa membuang masa jom tengok bahan-bahan dan cara menyediakannya. 


1. Nasi Tomato

- 5 pot beras basuh dan tos

Bahan tumis

  • 4 sekawan
  • Daun salam / bay leave (kalau ada)
  • 1 1/2 sb tomato puree (apa-apa jenama saya pakai kimball)
  • 1 sudu besar susu pekat manis (kalau tak nak boleh guna susu cair 1 cawan)
  • Daun pandan (gunting / koyak dan ikat)
  • 1 sudu kecil garam 
  • 1/2 kiub knorr atau apa pun perasa 
  • 1 biji tomato potong dadu/blend
  • 1/2 bawang holland hiris
  • 2cm halia dan 2-3 bawang putih (tumbuk)
  • 1 1/2 sb mentega @ minyak sapi 

Caranya :

1. Cairkan mentega/minyak sapi, yang ni saya guna mentega ya. Campur sedikit minyak, masukkan 4 sekawan dan daun salam. Tumis bawang halia dan bawang putih.

2. Masukkan tomato puree dan tomato yg didadu. 

3. Masukkan daun pandan. Gaul kejap.

4. Masukkan susu pekat atau susu cair saya guna susu pekat 1 sudu saja.

5. Masukkan beras yg ditos. Gaul kejap. Masukkan dalam ricecooker. Masuk garam dan kiub. Gaul rata. 

6. Tunggu hingga masak..Jangan lupa gembur bagi sekata. Masak mcm nasi biasa cuma kurangkan sedikir air drp biasa. Tapi kalau nasi putih kita selalu masak ngam2 saja tak lembik dan tak keras. So ikut saja sukatan biasa kita guna ok.


2. Ayam Masak Merah 

  • 1 sb tomato puree
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb sos cili
  • Gula + gula melaka
  • Garam 
  • Blend : 1 biji tomato, cili kering 21 tangkai (rebus dan kisar), 1 biji bwg holland, 1 bwg merah sederhana besar, 4 ulas bwg putih, 2cm halia.
  • 10 ketui ayam potong sederhana

Caranya :

1. Ayam letak garam dan kunyit, goreng setengah masak.

2. Minyak lebih buang tinggalkan ngam2 untuk nak buat ayam masak merah tomato. 

3. Tumis bahan kisar dan tomato puree. Masukkan sos tiram, sos cili, gula dan garam. 

4. Masukkan secawan air. Tunggu hingga mendidih dan kurang airnya. Masukkan ayam kacau sebati dan biar sampai pecah minyak. Api sederhana jangan sampai hangit

5. Bila dah pecah minyak boleh buh bawang holland dgn tomato pun boleh. 


3. Acar Timun Nanas

  • 1 biji Nanas saiz kecil (hiris nipis)
  • 1 biji Timun (garpukan kulit, belah dua dan hiris nipis)
  • 1 cili merah ,hiris
  • 2-3 bwg merah hiris
  • Sedikit cuka
  • Gula 
  • Garam

Caranya :

1. Hiris semua dan satukan dalam bekas makanan.

2. Masukkan garam, gula dan cuka. Gaul sebati. Tak perlu campur air. Sejukkan dalam peti ais. 


ok dah siap. Gambar dari Instagram saya hehe. Kalau sudi, sila follow IG, FB kami dan Youtube kami juga nah. 


Nasi Tomato dengan Ayam Masak Merah dan Acar Timun by Mamapaparea.

SELAMAT MENCUBA 


Love, 

MamaRea





Continue Reading

Ahad, 13 Mac 2016

RESIPI AYAM MASAK BUTTER ( BUTTER CHICKEN ) SIMPLE DAN SEDAP..YUMMY!!!

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,




Hari ini saja nak share resipi yang adik saya ajarkan dulu pada saya. Cuma resipinya saya dah ubahsuai mengikut citarasa saya dan suami. Almaklumlah, suami saya tak suka isi ayam semata. Dia suka bahagian-bahagian tertentu dan tidak gemarkan dada ayam. Huhuhu. Saya dah banyak kali buat hidangan ini sebab saya suka susu. Jadi banyak makanan berkaitan susu saya akan makan. Resipi ini saya suka ia cair sedikit sebab saya suka kuahnya.

First time buat dulu, saya gunakan isi ayam. Bagi saya yang gemarkan isi ayam pula, rasanya tetap sedap. Ia bergantung kepada anda sama ada nak guna isi ayam atau bahagian-bahagian ayam lain seperti paha dan sayap ayam.  So, silakanlah mencuba jika teringin.

Bahan-bahan :

Ayam ( Paha dan sayap, nak guna isi ayam saja pun boleh )
Tepung jagung ( Jika tiada, boleh ganti tepung kentucky)
1 biji telur
1 SK serbuk kari
150ml susu cair ( atau ikut kuantiti ayam )
2 SB butter
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
3-5 biji cili padi ( ikut citarasa pedas )
1 SB gula
1 SK garam




Cara Penyediaan :

1. Perapkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kari.
2. Celup ayam ke dalam telur dan golekkan ke dalam tepung serta goreng hingga masak.


3. Apabila dah goreng semua, sediakan bahan untuk kuah.
4. Masukkan butter tadi. Api sederhana.

\

5. Masukkan bawang putih yang dicincang, kemudian masukkan cili padi.




6. Masukkan daun kari. Gaul hingga naik bau. Kemudian masukkan susu cair dan gaul rata.



7. Masukkan gula dan garam ikut citarasa anda.
8. Masukkan ayam yang sudah siap digoreng tadi dan gaul sebati.


Siap..Taraaa!!!!




Continue Reading

Sabtu, 5 Mac 2016

MOIST ROASTED CHICKEN PALING SIMPLE DAN SEDAP

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, hari ni menu simple saja yang terlintas dalam fikiran. Disebabkan suami saya peminat tegar ayam maka selalulah bereksperimentasi dengan pelbagai menu berkaitan ayam. Selama ni,dah buat nasi ayam, nasi lemak ada ayam goreng, ayam masak kicap, ayam masak sambal, kari, kurma, kunyit, halia, ayam bakar pun ada..tak tahu dah nak buat apa dengan ayam oo ayam...hehe.

Akhirnya saya pun buatlah resipi terlajak simple menggunakan bahan-bahan yang sentiasa ada kat dapur rumah. Mudah sahaja. Bagi yang suka ayam, sedap dimakan dengan nasi putih. Ni kali kedua saya buat. So, mari kita lihat resipinya yang saya create sendiri. hahaha. Gelak pasaipaa.

Bahan-bahan

Ayam (saya guna dua ketul sayap dan 1 paha ayam, boleh saja lebih sikit)

Bahan kisar :
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 SK lada hitam (ditumbuk kasar dahulu)
1/4 kiub ayam Knorr
1 SK gula
1/2 SK garam
1 SB sos cili
1 SK sos perasa Maggi
3 titik minyak bijan (bagi wangi)

***Saya guna pemanggang ajaib, maka aluminium foil kena ada k.

Cara Menyediakan :

1. Panaskan ayam sekejap dalam pan untuk keluarkan air lemak ayam yang boleh hanyirkan rasa ayam. Sehingga ayam nampak kering sedikit.




2. Masukkan ayam tadi ke dalam aluminum foil. Masukkan juga bahan kisar dan ratakan. Cantumkan bahagian hujung foil dan lipat. Semua bahagian tertutup.



3. Panggang dalam pemanggang ajaib selama 35 minit dengan api kecil.

Taraaa!!! dah siap..senang sangat kan.



Rasanya sedap. Alhamdulillah.

k,

Much Love.



Continue Reading

Isnin, 19 Oktober 2015

GULAI/KARI AYAM UTARA SIMPLE TAPI SANGAT SEDAP

Sejak kahwin dan menetap di Perlis, saya terpaksalah belajar masakan kegemaran orang melayu terutamanya gulai, kurma, masak lemak, masak sambal, masak merah dan sebagainya. Beberapa tahun duduk sini saya dah boleh buat serba sedikit masakan orang utagha ni..cayalah kan. Lagipun semuanya menyelerakan ditambah lagi dengan sambal belacan pelbagai versi. Rasanya saya sudah mencuba pelbagai resipi di internet. Namun, saya suka gulai yang kuahnya cair. Sebelum ni, saya selalu masak kari kuah pekat tapi sekarang lebih suka kuah cair tapi tidaklah terlalu cair. Lain orang, lain citarasanya kan. Tetapi kalau nak mencuba resepi simple ini, silakanlah yee...


Gulai dah siap, cukup untuk makan tengahari dan malam..


BAHAN-BAHAN :
- ayam - saya ambil dua belah paha potong sederhana.
- 1 biji ubi kentang - belah 4
- Santan KARA 1/2 kotak ( Lagi sedap santan original ) - santan KARA je stok dalam rumah selalu.
- Garam
- Gula
- penambah perisa

BAHAN KISAR/ TUMBUK
- 1 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia

BAHAN TUMIS
- 4 sekawan - pelaga, kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang (Serba 3 semuanya kecuali kayu manis ambil setengah batang saja)
- 1 biji bawang merah ( hiris nipis)
- 1 ulas bawang putih ( hiris nipis )
- 1/2 inci halia ( hiris nipis )
- 2 tangkai daun kari

PASTE REMPAH
- 3 sudu besar rempah kari Allagapas + bahan tumbuk/kisar tadi + air sedikit. Kacau sebati.

CARA MENYEDIAKANNYA :

1. Panaskan minyak cukup untuk menumis bawang dan rempah nanti.
2. Masukkan bahan tumis. Saya masuk sekali gus. Kacau hingga bau harum.
3. Masukkan paste rempah tadi. Kacau hingga garing. Guna api perlahan dan kacau jangan sampai    hangus nanti gulai rasa pahit.
4. Sesudah rempah naik minyak, masukkan ayam dan gaul sebati. Masukkan air sedikit dan kacau.
5. Masukkan kentang dan kacau sekejap.
6. Masukkan santan dan kacau. Masukkan air.
7. Perlahankan api semula dan biar hingga pecah minyak. Lama juga nak tunggu minyak naik..

8. Apabila sudah pecah minyak, bolehlah angkat dan hidang dengan nasi putih.




Selamat Mencuba :)
Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...