Jumaat, 27 Julai 2018

CARA DAFTAR SIJIL KELAHIRAN ANAK PALING SENANG


Assalamualaikum, Alhamdulillah sudah seminggu umur anak kecil Paparea.
** Paparea belanja sikit gambar kami **
** 20 April 2018 1st Day check kuning di Klinik KKP **

Dah masuk hari yang ke-7 , tiba la tanggungjawab Ibu Bapa untuk Daftar Anak di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) Sijil Kelahiran dan MyKid.

Paparea nak kongsi pengalaman Cara Daftar Sijil Kelahiran Anak Paling Senang.

Semasa proses keluar dari wad bersalin, nurse akan serahkan SATU Sampul Surat Putih (Urusan Seri Paduka Baginda). Dan pada sampul tu ada di cop arahan pendaftaran sijil kelahiran seperti gambar di bawah:

Arahan yang tertulis pada sampul tu berkenaan pendaftaran kelahiran.

Baca dan sediakan segala dokumen yang diperlukan seperti yang diarahkan.

1. Sampul Surat Putih dari Hospital.
2. Mykad Ibu & Bapa - (Asal & Salinan)
3. Sijil Nikah / Kahwin - (Asal & Salinan)
4. Mykad Pemaklum (Selain Ibu Bapa/Penjaga) - (Asal & Salinan)
5. Buku Pranatal (Buku Pink) - (Asal & Salinan)
a.   Muka Hadapan

b.     Pemeriksaan Pertama

c.      Perihal Kelahiran

Semua dokumen yang diperlukan, pastikan wajib ada salinan fotostat. Kena ada bersama2 Dokumen Asal @ Ori dan juga salinan.

Bila semua dah ready¸boleh la ke mana2 JPN (Jabatan Pendaftaran Negara).
Paparea bawa My Princess Rea Hanna Sophea jadi peneman.

Pertama kali sebelum buat pendaftaran, pegi ke kaunter khidmat pelanggan untuk amik nombor giliran. Segala dokumen untuk permohonan sijil kelahiran akan disemak terlebih dahulu. Waktu tu, sampul putih akan dibuka di hadapan kita.

Untuk pendaftaran ini tak dikenakan sebarang bayaran pun kecuali kalau lewat daftar dari tempoh yang ditetapkan.

Dalam sampul tu terdapat borang Daftar Kelahiran / Daftar Kematian yang di isi oleh staf hospital yang mengurus proses kelahiran anak kita dan Borang Pengesahan Kelahiran.
* Page 1 *
** Page 2 **
** Borang Pengesahan Kelahiran **

Isi bagi lengkap semua.

Dah siap, tunggu sehingga no. giliran kita dipanggil.

Dah sampai giliran kita, serah semua borang serta dokumen yang diperlukan buku pink apa semua tu. Pegawai JPN tu akan semak dan terus proses. Staf tu akan Print Out  satu salinan sijil kelahiran. Untuk salinan tu, dia minta kita semak buat kali terakhir. Semak Nama, Alamat dan butiran dalam salinan tu betul seperti yang kita mohon.

Kalau ada salah, terus perbetulkan pada helaian tu, catatkan perkara yang betul. Kalau tiada salah, terus tandatangan yang mengesahkan setiap catatan dalam helaian tu, betul.

** Peringatan **
Nak ingatkan pada bahagian maklumat ibu pada borang daftar kelahiran tu, lihat pada alamat, bahagian tu bukannya isi alamat ibu. Tetapi alamat anak kita. Maksudnya, alamat tempat tinggal tetap kita.
Sebab, Paparea kali kedua silap isi bahagian ni, isteri orang sabahan, jadi alamat Sabah ler. Terus je isi alamat sana. Jadi salah la, isi balik alamat yang betul dengan tandatangan kecik/ringkas pada yang salah tu.

Ok, selesai dah daftar sijil kelahiran anak. Lebih kurang 30 minit proses untuk dapat sijil ni.

Oh ya, mesti korang tertanya2 tentang MyKid kan? MyKid boleh terus buat bersama2 Sijil Kelahiran tu Cuma di JPN sini, proses untuk MyKid amik masa 1-2 bulan untuk siap. Pegawai JPN cakap, kalau nak cepat siap, boleh ke UTC negeri. Kat sana boleh dapat segera MyKid tu.

Jadi dengan kadar segera Paparea terus ke UTC (Urban Transformation Centre) Pusat Transformasi Bandar.

Seperti biasa, amik no. giliran ke kaunter JPN. Untuk buat Mykid ni, perlulah isi Borang Permohonan MyKid dan sertakan Sijil Kelahiran Asal dan MyKad Bapa@Penjaga. Borang tu akan di beri oleh pegawai yang jaga di kaunter khidmat pelanggan tempat amik no. giliran tu.
** Borang Permohonan Mykid **

Dah sampai no. kita ke kaunter, serah borang dan sijil lahir asal serta Mykad kita. Tunggu proses tu dalam tempoh 2 jam macam tu, terus dapat Mykid.

Dah siap MyKid.

Jadi selesai sudah Cara Daftar Kelahiran Dan Juga Mykid. Mudah je kan.
Nak belanja gambar Paparea & Kaka Nana.

Untuk keterangan secara lebih jelas, boleh layari laman ni

Dalam ni semuanya tentang proses untuk Pendaftaran Sijil Kelahiran.

CARIAN YANG BERKAITAN :

1. Cara Daftar Sijil Kelahiran Anak
2. Cara Buat MyKid Anak
3. Cara Pendaftaran Sijil Kelahiran Anak Baru Lahir
4. Keperluan Untuk Daftar Sijil Kelahiran Anak

Sekian saja untuk entri ni, nantikan pelbagai lagi tips, resipi, kesihatan dan macam2 lagi di entri seterusnya dari kami MamaPapaRea. Bye2 dan jumpa lagi.

By:

PapaRea

64 ulasan:

  1. Sangat2 membantu bro. .terima kasih banyak..

    BalasPadam
  2. Salam, tq 4 info. Mmg jelas & paham.

    BalasPadam
  3. Bro...ibu bapa kena hadir ke untuk tandatangan dan cap jari (permohonan seksyen 13) depan pendaftar tu...?

    BalasPadam
    Balasan

    1. Ya bro. Ibu bapa mesti kena hadir sbb nak dftr sjil lahir anak, ibu bapa @ penjaga sahaja yg layak (yg diiktiraf hak penjagaan anak tersebut). Apa² kemusykilan ttg perkara ni, blh rujuk terus ke JPN. Sy sekadar brkongsi apa yg saya tau brdasarkan pengalaman saya. Tq Visit My Blog 😊😊😊

      Padam
    2. Jadi kena bawa isteri sekali la ya?

      Padam
    3. Kalau ikut prosedurnya, boleh kedua²nya sekali. Tapi tak perlulah, cukup salah seorang sahaja, SUAMI/BAPA @ PENJAGA. Yang penting dokumen pengesahan tu wajib yang original yang mengesahkan itu anak kita. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  4. Wassalam..encik.kalau suami sahaja datang daftar,boleh tak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Boleh suami saja yg ke JPN utk daftar sijil anak. Cuma perlu bawa mykad, surat kelahiran dr hospital & buku merah. Tahniah puan...
      Tq Visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  5. Salam. Bro. Bahagian nama penuh kanak perlu letak bin ayah dia ka. Atau tak perlu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, Perlu ada Bin/Binti nama Bapa. Klu tak letak, takda la nama bapa tu nanti. Tq Visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  6. Tq. Sangat2 membantu.

    BalasPadam
  7. Dah daftar nama ank hmpir sebulan baru teringat yg mykid dia x dpt. Ingatkn diorg skalikn sijil lahir & mykid tu. Org jpn pon x ckp pape psl mykid tu. Al maklum lh ni ank first. Masih blur. Thnk u yer kongsi, sgt mmbantu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hye HJ. Ya btul tu, org jpn xd ckp apa2 pun. Dr pglman tu, kita sndiri tya utk mykid tu. Sbb lain² borang dia, lain² prosedur dia. Apa²pun, tahniah. Tq visit my blog 😘😘😘

      Padam
  8. Salam tuan. Sampul surat dari hopsital tu memang kena bawa ke jpn ke. Sebab saya tak dapat sampul surat tu dari hospital

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, ya. Mmg wajib bawa. Hanya staf JPN saja berhak buka sampul tu depan kita untuk pendaftaran Sijil Lahir.

      Padam
  9. Salam encik, Nak tanya berkenaan borang pengesahan kelahiran tu, pada bahagian Ibu ada ruang untuk alamat. Kena isi alamat mengikut I.C ibu atau alamat tempat tinggal tetap (seperti borang daftar kelahiran)?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Bhgn ni kena hati². Slu tersilap ic. Alamat tu adalah alamat kelahiran anak. Klu ibu org Sabah, anak lahir dPerlis @ rumah tgl dPerlis, ic la alamat rumah dPerlis. Tempat kelahiran anak dilahirkan. Ok. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
    2. Salam encik, ok terima kasih untuk informasi ini.

      Padam
    3. W'salam, sama² sahabat. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  10. Nak tnya,kalau anak tak sah taraf,tapi ibu ada ic,dapat ke Buat sijil lahir anak dan MyKid,Sya tak ada sijil nikah dan pasangan,mohon penjelasan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai,pengetahuan saya, kalau nak mendaftar sijil lahir semua dokumen diperlukan macam yg saya share kena ada. kalau mcm kes awak, kena rujuk Jabatan Agama dulu utk dptkan sijil nikah dan ke JPN utk proses sijil lahir. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
    2. Mcm mane nk proses sbb borang ank sy slah alamat borang tu hospital mintak tukar..

      Padam
    3. Di JPN boleh tukar alamat. Waktu isi borang daftar sijil tukar alamt tempat tinggal sekarang.

      Padam
  11. Nak tanya yang sijil nikah tu kan..kene bawak dua2 yg belah lelaki dan belah perempuan ke? atau salah satu pon bole?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hye, bawa salah 1 ja, sama saja tu. Klu was², bawa kedua². TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  12. Asalam. Nak buat mykid ni kalau anak umur lebih 5 tahun. Boleh buat di mana sahaja atau kena ikut tempat asal kelahiran

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Untuk buat MyKid, xkisah la negeri mana pun dalam Malaysia ni boleh buat di JPN. Kalau d JPJ, memang tak boleh buat. 🙈🙈🙈
      TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  13. Assalam mahu bertanya untuk daptkn sijil lahir anak yg daftar lewat memang ambil masa berbulan ka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, bab ni kurang pasti, bila lewat JPN akan kenakan cas lewat untuk tempoh² trtentu dan kmgkinan atas kelewatan itu jugak myebabkan masalah pengeluaran sijil lewat. Untuk kpastian, boleh rujuk JPN sendiri. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  14. Assalamualaikum..

    G. PERMOHONAN MENGIKUT SEKSYEN 13
    ibu wajib dtg jgk ke utk isi maklumat wlpn masih berpantang?
    Mohon penjelasan tn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam

      Utk bahagian G tu, bapa saja pun boleh, ibu xperlu hadir. Hanya nak perakui d depan peg Pendaftar. Yg penting smua maklumat & dokumentasi pengenalan diri perlu wajib bawa. Pengalaman Paparea,mmg xbawa isteri (seminggu ooo, jalan pun xbetul lagi tuu). TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  15. Salam..kalo xde sijil nikah boleh ke daftar sijil anak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, tak boleh buat sijil lahir anak jika tiada sijil nikah mak bapa. Tp mgkin boleh secara maklumat tidak lengkap (TIADA MAKLUMAT). Jadi masalah pada anak bila membesar. Masalahnya pada Mykad, Hospital & paling berat nak daftar sekolah. Apa² mesti lengkap demi masa depan anak² yg cerah. Sbb penah nmpak pengalaman org dgn masalah ni. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  16. Nak tanya klu i/c ibu jer ada i/c suami yg ori tak ade bole ker daftar. Maksud i/c ori suami jauh nak kirim .klu fotostat jer ade

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikut Prosedur, mesti kena ada yang mykad ibubapa asli dan salinan. Dalam kes ini, perlu tanya di kaunter pertanyaan akan permasalahan ini. Nak pastikan boleh ke tak, ikut jawapan JPN. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  17. terima kasih puan ..membantu sangat2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam azrul azmi, ok. Sama². TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
    2. Salam nak tanya yang tanda merah tu semua kene isi ke

      Padam
    3. Wsalam, YA. Semua yang ada tanda MERAH tu WAJIB isi setiap maklumat yang betul. Kena lengkapkan semua keperluan dalam borang tu. TQ visit my Blog...😉😉😉

      Padam
  18. Mkasihh bnyk psl info nie.. Sgt² mmbantu. Bru mhu dftr bby minggu nie. L8 sikit di sbbkn pkp.. Tq agen..😊👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, sama. Maaf, saya bukan agen @ mana² staf yang berkaitan. 😁😁😁
      Saya cuma share pengalaman saya saja. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  19. Klau orang asing buat surat beranak tiga sijil nikah boleh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai. Maaf cik. Sy bukanya staff JPN. Sy cuma share pengalaman saja. Utk soalan cik, boleh cik tya terus ke JPN, nt staff sana akan terangkan pada cik. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  20. tumpang tnya kalau anak lahir kat negeri lain dftar jpn negeri lain boleh kea

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam muhammad khairul. Boleh ja nak daftar mn² pun, tempat kelahirannya tetap yang sama, cuma alamat tempat tinggal saja boleh mana². TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  21. saya nak tnya boleh tak daftar lahir di negeri lain. contoh lahir pinang, daftar kt perlis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, nanti kena sediakan semua la dokumen yg diperlukan tu. Utk no MyKid 2digit yg tengah tu (******-**-****) xpasti la pulak, ikut negeri kelahiran @ negeri dftar. Apa² pun takda masalah nak daftar mn pun. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  22. saya nak tanya kalau letak nama anak dekat sijil lahir tanpa bin boleh ke ? contohnya hanya letak nama anak sahaja di bahagian anak : muhammad naqib. tak ada bin, boleh ke ? tapi bahagian maklumat bapa still letak nama bapak la, kalau nak buat nama anak tanpa bin mcmtu nanti masa nak daftar tu kat borang tu isi mcm tu saje la ye ? awak buat mcm mana ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti plk. Dlu prnah la tya, staf jpn gtau isi penuh dgn nama bapa. Boleh la tya dlu nanti. Takut nanti, dalam MyKid hya nama anak saja plk, tiada bapa. Haru Biru nanti. Hehehe...

      Padam
  23. Aslmkum encik, knpa sya perlu guna wang post???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, Wang Pos untuk apa tu? saya takda pulak kena wang pos. Atas urusan apa yang Encik perlu guna Wang Pos? Untuk Urusan Sijil Kelahiran memang tak perlu wang pos. Terus sediakan dokumen, isi borang, serah pada pegawai JPN, tunggu, tandatangan, terus siap. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  24. Selamat pagi encik.Bolehkah Kita menggunakan s/o atau d/o dekat nama anak tanpa letakkan a/l atau a/p?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, tak pasti pulak. Nak tulis boleh, tak tulis pun xda masalah. Masa isi borang tu tulis siap² nama penuh anak. TQ Visit My Blog 😊😉😘

      Padam
  25. saya tersilap ejaan di borang kelahiran.. mcm mna untuk saya betulkn ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi tinybulat. Boleh betulkan selagi belum ke proses terAKHIR buat SIJIL. Potong yang mana silap tu. Semak betul² apa yang kita isi dalam tu. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  26. salam Bang.. untuk bhgian G tu.. mak baby kena dtg skali ke.. or just sign kt rmh jew..??? sbb ada kna cap jari tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Fattah, sori lewat balas. Ibu tak perlu datang, hanya Bapa pun dah cukup. TQ Visit My Blog 😊😉😘

      Padam
  27. Skali lagi.. silap soalan td.. bhgian G tu, utk Mak Baby, kena bawa skali ke prgi JPN..?? sebab dia tulis tandatangan hadapan pgw.pendaftar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu Fattah. Janji bawa semua dokumen ASAL bagi pada pegawai tu, pun dah cukup. TQ Visit My Blog 😊😉😘

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...