Memaparkan catatan dengan label Komputer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Komputer. Papar semua catatan

Ahad, 26 Februari 2017

CARA MEMPERBAIKI PRINTER TIDAK BOLEH PRINT / CETAK


Salam semua, hari ni 15 Feb 2017, sejuk sangat pagi ni memang liat nak bangun pi keja. Sebelum masuk keja, sarapan la dulu kan, yang penting mesti ada ESP Shaklee. Baru segar sampai ke malam. Biasa la, my wife jual Shaklee. Sapa nak order, follow la dia, tu ada kat tepi kanan, klik ja kat situ. Shaklee memang TERBAIK. huhuhu....

Nie nak cerita la masalah di pejabat, kawan tanya, kenapa printer dia tak boleh print padahal bila tekan butang start nak test print, mau la pulak. ok je kertas keluar, scan pun ok jgk. kalau print dari komputer takda respon. Pelik-pelik.

Saya ni bukannya reti sangat tentang masalah macam ni. Saya cuba godek-godek printer dia, Jeng Jeng Jeng... Punca dia, status printer ‘PAUSED’. Saya pun usaha la mencari masalahnya. Dari duk merapu panjang baik la saya direct terus la share cara baiki printer yang tidak boleh cetak ni.

Step 1:

Kalau kita tengok lampu power di printer memang menyala normal dan kabel USB terhubung dengan baik antara CPU dengan Printer. Keadaan printer memang dalam keadaan baik (tidak rosak) mungkin hanya pengetahuan tentang printer oleh penggunanya masih kurang sehingga tidak dapat mengatasi masalah ini.

*Ni brand printer kawan saya, HP Deskjet Ink Advantage 2135.

Step 2:

Cuba tengok bahagian Device And Printers. Klik Start and klik pada Device And Printers.


Step 3:

Bila kita halakan pointer mouse pada icon printer, ia akan tunjuk seperti gambar bawah.

Status Printer: Offline

Masalah - Printer tak bersambung ke pc (usb kabel printer ke pc) @pun lupa nak ON printer.


Status Printer : Paused

Ni masalah sebenar yang nak di cerita. Puncanya jadi status PAUSED.


Disebabkan status printer Paused, memang segala urusan untuk mencetak tidak dapat dicetak. Kalau menunggu seharian pun takkan keluar punya.

Penyelesaian masalah ini adalah kita perlu ubah status Paused menjadi Ready, barulah printer boleh berjalan kembali dengan biasa.

Step 4:

Jadi next step terus klik kanan pada icon printer yang masalah tu. Klik pada ‘See what’s printing’.


Keluar la bahagian printer ini. Klik pada tab Printer. Puncanya dah jumpa. Ada tanda pada Pause Printing, kan. Ok, buang tanda tu (unmark). Simple kan cara dia.

>=> Ni Windows 7/Vista              >=> Ni pulak Windows XP

Caranya - klik tanda Pause Printing (hilangkan tanda / tu).

Jadi selesai la masalah printer nie.

Sudah boleh print seperti biasa.

Status Printer: Ready


Bagi orang yang tak berapa tahu sangat tentang perkara ni, memang dah syak printer rosak and hantar pi kedai check, kena tipu dengan tauke kedai pulak. Habis duit sedangkan mudah sangat setting dia.

CARIAN YANG BERKAITAN:



  • Cara Baiki Printer Tak Boleh Print
  • Cara Setting Printer yang Tak Boleh Print
  • Cara Repair Printer
  • Setting Printer yang Tidak Boleh Print
  • Printer yang Tidak Boleh Cetak / Print
  • Kenapa Printer Tak Boleh Print
  • Sebab Printer Tidak Boleh Cetak
  • Printer Status Paused
  • Print Kertas Tak Keluar
  • Printer Tak Berfungsi


Selamat mencuba, serba sedikit dengan ilmu yang tak seberapa ni dapat membantu untuk yang mengalami masalah seperti ini.

By,

PapaRea
Continue Reading

Sabtu, 25 Februari 2017

CARA BUANG VIRUS SHORTCUT DI DALAM PENDRIVE / EXTERNAL HARD DISK - PART 2


Hari ni 23 Feb 2017 adalah hari yang penuh bermakna, hari yang paling bahagia bagi penjawat awam, berpusu-pusu mencari ATM. Sungguh lama menanti saat sebegini, sebulan lama menunggu nooo...

Hmm, lupakan la. Entri kali ni saya nak sambung kongsi masalah cara buang virus shortcut di dalam pendrive/external hard. Ni adalah cara yang kedua kalau korang semua tak berjaya dengan cara pertama di entri yang sebelum ni. Kalau mana yang nak tengok cara sebelum ni, klik di SINI.

Untuk kali ni saya share pada korang semua tentang penyelesaian masalah ni dengan bantuan software yang paling mujarab dan membuatkan perasaan kita jadi seperti ni...

Muka riak betul kartun ni...

Meh saya cerita satu per satu cara dia.

Step 1:

Cuba buka pada USB tersebut seperti biasa. Akan timbul sesuatu yang mengejutkan seperti gambar di bawah.


‘There was a problem starting\\\\\\\\\\@~%@~%@~%@~%@~%@~%%%@.1’
Memang MASALAH ni……

Jangan bimbang, kita (manusia) yang buat dia, Penyelesaiannya adalah pastinya ada….

Step 2:

Download software UiTM Virus Shortcut Remover.


Untuk makluman korang semua, software ini merupakan aplikasi percuma yang direka oleh student UiTM. Yang paling penting software ni memang membantu dalam menyelesaikan dan sangat berkesan untuk membuang virus shortcut pada pen drive mahupun hardisk korang.

Korang boleh download software UiTM SHORTCUT VIRUS REMOVER v3.1  link di bawah:



Step 3:

Cara menggunakan software ni amat mudah. Software ni tak perlu diinstall, just double klik terus launch. Jadi macam gambar di bawah.


Step 4:

Klik pada bahagian yang bermasalah di ‘Pen Drive’ atau ‘Computer’. Gambar di bawah ni adalah pilihan ‘Pen Drive’. Klik pada ‘Select Device’ untuk Pen Drive korang yang sakit tu.


Step 5:

Klik ‘Scan’ dan klik ‘Yes’. Tunggu apa hasilnya.



Step 6:

Setelah selesai imbasan tadi akan terpapar hasilnya. Dan teruskan klik’OK’ and klik ‘Yes’ untuk delete virus tadi. Kalau bahagian di sebelah kanan pun ada jugak virus tu, klik 'Select All' and than klik 'Delete'.




Ok, selesai sudah proses penghapusan bakteria alam maya ni. Close la software remover tu. Nak meyakinkan virus tu betul2 hilang, cuba buka kembali Pen Drive korang tu, apa yang terjadi.


Jangan panik ye dengan keadaan icon Folder jadi macam gambar ni. Korang rename balik folder tu. Semua fail yang hilang sebelum ni sudah kembali ada. Jadi senyum la kembali seperti dulu.


Step 7:

Sekiranya keadaan pen drive korang masih ada lagi tak dapat buang virus tu, cuba run software remover dalam keadaan Safe Mode.

Habis dah ilmu yang dapat saya kongsi dengan korang semua tentang perkara ni. Apa yang kita tau, haruslah kita share antara satu sama lain. Betul tak.

Ooo, sebelum terlupa, diingatkan pada semua. Untuk mengelakkan virus-virus ini terjadi atau merebak, korang perlu ready defender komputer ataupun laptop dengan vaksin iaitu install la apa-apa perisian Anti-Virus seperti AVG, Kaspersky, dan seangkatan dengannya.

Yang Free Edition pun boleh, takda masalah cuma tak Full Security tapi mesti kena selalu update setiap minggu, baru power.

Kalau yang ada bajet lebih tu, beli je yang jual di kedai, Anti-Virus Original, Lesen setahun Full Version. Memang takkan risau dah masalah virus ni.

Haaa, lagi satu, jangan download fail-fail dari sumber yang tidak diketahui atau mencurigakan.
Jangan cucuk pendrive pada komputer yang telah dijangkiti shortcut virus.

Buat salinan backup fail atau data dari satu pen drive ke satu pen drive yang lain sebagai langkah keselamatan berjaga-jaga dari berlaku masalah macam ni, ok.

Ok, terima kasih semua, berjumpa lagi dengan tips-tips yang lain pulak.

By,

PapaRea
Continue Reading

CARA BUANG VIRUS SHORTCUT DI DALAM PENDRIVE / EXTERNAL HARD DISK - PART 1




Hari ni saya nak share tentang masalah yang selalu terjadi di pejabat atau pun pada sesiapa saja yang menggunakan USB Pendrive / External Hardisk. Masalah dia, asal masuk ja USB ke komputer, semua fail atau data dalam USB tu hilang. Korang pernah terjadi tak masalah macam ni???...

Benda ni memang kerap terjadi akibat computer mahupun laptop yang digunakan tu tak ada anti-virus atau yang expired sudah (tak update). Macam di pejabat saya ni memang komputer versi lama punya spec. Klu nak kata, segala mak nenek virus ada dalam komputer ni, Biasa la komputer GUNASAMA...

Paling menyakitkan hati, waktu nak buat presentation mesyuarat, keja banyak dan time yang tersangat busy, masa tu la pendrive buat hal, hilang segala fail and data yang penting semua dalam pendrive tu. Perasaan masa tu dah macam separuh gila, jadi tak ketahuan hala. Korang yang pernah jadi macam ni memang tak tau habaq no perasaan masa tu.
  
Sebelum kita mula, korang tahu tak apa itu virus shortcut?


Untuk pengetahuan korang semua, ia adalah salah satu virus yang tidak jugak bahaya, tetapi boleh menyebabkan perasaan kita berubah dari macam ni J bertukar jadi macam ni L. Virus ni kadang kala mampu merosakkan fail-fail penting di dalam drive (external hard disk / pendrive / komputer) kita. Selalunya fail-fail yang terkena virus ini akan bertukar icon menjadi seperti dalam gambar di bawah yang berformat .lnk.


Ok, meh kita nak share macamana nak kembalikan fail @ data yang hilang tu. Saya cerita step by step k.

Step 1:

Masukkan USB macam biasa. Kalau USB tu ok, akan ada terpapar macam gambar di bawah tu.


Tetapi kalau USB tu tak muncul2 sampai ke sudah, jawapannya cabut, dan ucapkan “Selamat Tinggal Sahabat Ku” dan pegi cari tanah, semadikan dia dengan sempurna. Kesian, lama dia berjasa menyimpan dosa and pahala kita.hahahaha...
Jangan buat macam tu, KESABARAN separuh daripada IMAN. Ada cara dia...

Step 2:

Buka USB tu dan dalam ada satu fail Shortcut. Semua fail dan data hilang. Hairan bin Ajaib ni


Klik pada Tab di atas kiri ‘Organize’, klik pada ‘Folder and search options’


Step 3:

Pada Folder Option ni, klik pada tab ‘View’. Keadaan Default folder macam gambar di bawah.


Tukarkan dan Hilangkan tanda dalam bulatan merah tu seperti gambar di bawah. Klik ‘Apply’ dan ‘OK’.



Fail yang hilang sudah telah kembali semula tetapi dengan keadaan ‘Hidden’ atau tersembunyi.


Step 4:

Check pada fail yang kelabu tu dengan Klik Kanan ‘Properties’ .


Pada Tab General, bahagian Attributes buangkan tanda pada kotak ‘Hidden’. Then klik ‘Apply’ and ‘OK’.


Kalau cara ni masih tak berhasil jugak, tetap berstatus ‘Hidden’ ataupun tanda 'Hidden' tu tak boleh buang, maka puncanya bukan USB korang masalah, komputer korang tu kena LEMPORRR dalam API.... ☺☺☺☺☺☺☺☺

Jangan marah ye, nanti kita cuba cara kedua plak ye.

CARA BUANG VIRUS SHORTCUT DI DALAM PENDRIVE / EXTERNAL HARD DISK - PART 2

Ok, bai bai uollsss.....

By,

PAPAREA
Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...