Selasa, 23 Mac 2021

JOM KENAL KOD WARNA WAYAR BAGI PERALATAN ELEKTRIK KITA



Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera pada semua sahabat². Semoga kita semua sentiasa diberikan rahmat kesejahteraan dan kesihatan yang baik, Amiinn...


Di sini, Paparea nak kongsi sedikit ilmu tentang jenis warna pada wayar bagi peralatan elektrik. Pada yang kurang KEMAHIRAN & PENGETAHUAN boleh la kita belajar sama².


Untuk pengetahuan korang semua, Paparea bukannya tukang elektrik @ elektronik yang profesional ya. Just kongsi serba sedikit pengetahuan dan kemahiran yang ada ni je.


Pada entri sebelum ni, Paparea ada berkongsi tentang cara menukar plug international iaitu plug jenis US/CHINA kepada plug biasa (plug UK/MY). Kalau nak tengok, boleh klik link tajuk di bawah ni. Versi YouTube pun ada.


CARA TUKAR PLUG US/CHINA KE PLUG MALAYSIA DENGAN MUDAH DAN SELAMAT


Entri ni Paparea nak cerita tentang warna wayar. Secara basic yang kita tau adalah warna wayar elektrik barangan Malaysia mempunyai beberapa warna iaitu pada plug pun dah sedia ada tercatat simbol pada setiap pin seperti ini:



Ini Paparea siap buatkan jadual warna wayar kita.



Ini adalah warna yang sering kita jumpa dalam wayar plug kan. Bukannya wayar suis kabel TNB tu, yang tu lain lagi ya. Warna lama dan warna baru ni masih lagi  digunakan pada peralatan elektrik kita. Jadi tak la pening sangat bab ni.


Masa Paparea tukar plug laptop sebelum ni, memang terkedu sekejap jumpa wayar warna putih. Apa fungsi wayar putih tu? Hijau selalunya wayar bumi/earth dan hitam ialah wayar neutral.


Setelah Paparea GOOGLE, tekaan salah rupanya. Jadi Paparea buatkan jadual tentang perbezaan warna wayar di negara² lain sama.


** Jadual ringkas perbezaan warna bagi negara tertentu sahaja. **


Hitam wayar HIDUP tu, kalau buat² pandai tanpa selidik dlu, tak ke naiya nanti barang terbakar atau short.


Jom kita tengok pulak apa nama simbol dan fungsi wayar mengikut jenis warnanya.



Oh ya, kadang² simbol wayar bumi/earth hanya huruf E.



Dan

 

** Earth / Bumi **

 

** Neutral **

 

** Life / Hidup **


Bila dah tau fungsi warna wayar tu dah kira boleh la pasang plug atau apa² yang berkaitan wiring barang elektrik di rumah. Sebagai contoh sambungan ikut wayar seperti ni:



Ini adalah plug US yang Paparea tukar ke plug biasa kita.





Okay la semua. Harap perkongsian ni dapat la membantu para sahabat semua yang ingin ber D I Y sendiri di rumah.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan semangat pada korang semua untuk lebih proaktif menjalani kehidupan yang selesa. Boleh klik gambar di bawah ke MamaPapa Rea YouTube Channel untuk dapatkan pelbagai video kami untuk tontonan semua. Jangan Lupa Subscribe, Like dan Share ya. 


Okay, jumpa lagi semua sahabat², nantikan macam².


Bye bye


By:

Paparea

Continue Reading

CARA TUKAR PLUG US / CHINA KE PLUG UK / MALAYSIA PALING MUDAH - "TAK LONGGAR DAH LEPAS NI"



Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera pada semua sahabat². Semoga kita semua dilindungi daripada sebarang perkara yang tak diingini berlaku, Amiinn...


Untuk entri kali ni, Paparea nak kongsikan 1 artikal yang boleh dikatakan semua orang dah tau buat iaitu CARA TUKAR PLUG US/CHINA KE PLUG UK/MALAYSIA PALING MUDAH. Pada yang kurang KEMAHIRAN & PENGETAHUAN boleh la kita belajar sama².


** Plug US (Amerika/Canada) **


** Jenis Socket Plug US **


** Plug China **


Macamana cara nak tukar kepala PLUG US/CHINA (International) kepada Plug biasa (MALAYSIA)? Setiap rumah korang mesti ada barang elektrik yang jenis buatan ori China, lebih² lagi barang yang beli ONLINE di SHOPEE, LAZADA dan lain. Biasanya kepala Plug barang elektrik tu perlu guna adapter/socket extra untuk masuk pada suis plug 3 pin seperti 2  jenis plug atas tu. Masalah utama pakai kepala plug ni akan sentiasa longgar dan lama² boleh jadi SHORTING serta merosakkan barang kita.


Ini laptop Paparea, OLD SCHOOL punya. Beli secondhand saja. Kepala plug dia jenis US punya.



Terpaksa pakai adapter extra sebab suis plug kita jenis ni kan. Ini pun 2 kali tukar, selalu rosak.


Jom kita cerita cara nak tukar kepala Plug US kepada Plug UK / Malaysia.


Step 1:


Pastikan berapa nilai Amp (A) pada plug asal tu. Contoh:

1. Power Adapter Laptop – 7A


2. Plug Air Cooler 45 Liter (Shopee) – 10A


Untuk nilai ini sesuai untuk Plug Standard yang nilainya 13A. Sekiranya untuk peralatan yang menggunakan tenaga lebih seperti Water Heater, boleh pakai yang lebih tinggi dan lebih berkualiti lagi, ya.


Plug ini harganya RM2.70, beli di kedai hardware electrical. Di Mr DIY pun ada, harga RM2.50. Perbezaan harga mempengaruhi kualiti material pada plug tu.


Step 2:


Peralatan yang perlu kita guna hanya 3 saja, iaitu Plug Baru, Testpen @ Skrewdriver Philip dan Cutter.


Step 3:


Potong wayar dengan cutter.


Wayar ada 3 warna iaitu HITAM, PUTIH dan HIJAU.


Alamak, mana satu wayar LIFE, NEUTRAL dengan EARTH ni????


Step 4:


Jangan pening² ya. Kebiasaannya warna wayar yang selalu kita nampak ianya MERAH, PERANG, BIRU, HITAM, HIJAU dan KUNING. Tapi yang wayar ni lain pulak, hitam dan hijau saja yang kenal.


Ok, kat sini Paparea tunjukkan warna bagi wayar untuk peralatan elektrik kita di Malaysia.


Jadi apa pulak jenis wayar US ni?


Amacam, dah nampak tak? Kalau masih tak berapa paham, boleh klik LINK di bawah ni ya untuk keterangan lebih lanjut. Mungkin korang dapat paham lagi fungsi warna wayar ni.


JOM KENALI KOD WARNA WAYAR BAGI PERALATAN ELEKTRIK


Step 5:


Potong sikit ketiga² getah wayar tu hingga ke dawai wayar.


Dawai tu pintal bagi kemas.


Step 6:


Buka penutup Plug baru guna skrewdriver mata philip.


Step 7:


Masukkan wayar tadi ikut tempat dia. Mana nak letak?


Tak apa. Selalu bila beli plug baru ni dah siap sedia guide setiap pin.


Ini adalah simbol yang ada pada 3 pin. Jadi ikut kod warna seperti gambarajah di Step 4. Nak jugak tau lebih klik link bawah ni.


JOM KENALI KOD WARNA WAYAR BAGI PERALATAN ELEKTRIK


Step 8:


Longgarkan skru pada setiap batang pin dan cucuk masuk wayar dalam lubang pin tu ikut pin yang betul.


Dah siap, pasang semula penutup plug.


Step 9:


Kita test pasang ok ke tak.


Okay, Alhamdulillah, berfungsi dengan jayanya.


Plug padat elok, takda longgar dah.


Yang ni plug asal, boleh tengok agak longgar.


Okay, selesai sudah perkongsian yang tak seberapa ni buat kalian semua. Harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada sahabat semua. Yang mana boleh kita kongsi, kita kongsi. TQ...


Sekali lagi, kalau nak tau jenis² warna wayar bagi peralatan elektrik, korang boleh klik link di bawah ni ok.


JOM KENALI KOD WARNA WAYAR BAGI PERALATAN ELEKTRIK


Untuk lebih jelas, di sini Paparea sediakan video cara pasang plug. Boleh klik LINK pada gambar di bawah ok.


Jangan Lupa Subscribe, Like, Share & Komen ya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan semangat pada korang semua untuk lebih proaktif menjalani kehidupan yang selesa.


Okay, jumpa lagi semua sahabat², nantikan macam² lagi info dan video akan datang.


Bye bye


By:


Paparea

Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...