Hari ini ada khabar menggembirakan namun tetap selalu berjaga-jaga ok. Alhamdulilah, kebenaran rentas negeri oleh kerajaan akan bermula esok 11 Oktober 2021 selaras dengan kadar vaksinasi tahap dewasa yang telah mencapai 90%. InsyaAllah kalau kes semakin reda, kewangan semakin mencukupi, maka boleh Mamapaparea family balik ke Sabah menziarahi orang tua dan adik beradik yang ada di Sabah. Hehe. Terlalu rindu dengan kampung halaman tempat Mamarea dibesarkan dahulu.
Ahad, 10 Oktober 2021
Sabtu, 9 Oktober 2021
CARA ATAU PANDUAN KENALI JENIS KULIT
CARA KENAL JENIS KULIT KITA
- Normal
- Berminyak
- Kering
- Kombinasi
- Sensitif
Setiap daripada kita mempunyai jenis kulit berbeza dan ada keunikannya tersendiri.
Terdapat juga pengaruh lain membuatkan kulit kita berubah-ubah termasuk:-
- Cuaca/Iklim (suhu),
- Gaya hidup (stress dan lain-lain),
- Keseimbangan hormon,
- Kesan ubat-ubatan mahupun
- Kesan daripada bahan produk yang kita guna.
- Terdapat juga faktor lain seperti genetik dan sebagainya.
So, macam mana nak kenal?
☝1st kena ada BLOATING PAPER atau kertas minyak.
LANGKAH 1
Basuh muka dari sebarang kekotoran. Sebarang kekotoran maknanya dari segala jenis mekap, krim, pelembap, sunscreen atau apa saja.
LANGKAH 2
Tunggu sekitar 30 minit atau lebih dan jangan sentuh muka.
LANGKAH 3
Ambil 5 helai kertas minyak dan lekat pada dahi, kedua-dua pipi, hidung dan dagu.
LANGKAH 4
Perhati elok-elok hasil dari lekatan kertas minyak tadi.
HASIL
- Jenis kulit normal - Ada sikit atau tiada kesan minyak pada kertas.
- Jenis kulit berminyak - Terdapat kesan minyak pada kertas sehingga nampak lutsinar.
- Jenis kulit kering – Kertas minyak bersih dan kering. Tiada langsung kesan minyak pada kertas minyak.
- Jenis kulit kombinasi - Kertas berminyak pada dahi, dan hidung. Ada sedikit atau tiada kesan minyak pada pipi dan dagu.
- Jenis kulit sensitif - Tak dapat dikesan melalui cara ini. Caranya hanya dengan buat PATCH TEST. Apa yang dimaksudkan dengan PATCH TEST ya? Patch test ni adalah kita uji sendiri kamdungan atau bahan sesuatu produk yang kita nak guna tu ke atas kulit kita samada sesuai atau tak sesuai. Contohnya kita sapu di kulit leher, kawasan rahang atau pergelangan tangan dengan sedikit sapuan, jika dalam beberapa tempoh masa naik radang contohnya bengkak, gatal-gatal atau kemerahan maksudnya tak sesuai lah tu ok. InsyaAllah akan dikongsi cara-cara patch test nanti ya.
Opss...saya tak tahu bloating paper sis.Tak kenai la. Nak beli mana. Boleh p cari kat drugstore atau beli online nah, nah klik terus sini nah kalau nak beli online
=> Beli bloating paper di sini (SHOPEE)
Tak tahu juga...??? boleh guna tisu ok.
CARA 2 : MENGGUNAKAN TISU
LANGKAH 1
Ambil 5 helai tisu dan lekat tisu kat muka 5 bahagian muka tadi.
HASIL
- Jenis kulit normal - Semua tisu melekat sekejap dan jatuh.
- Jenis kulit berminyak - Tisu semua lekat elok aih kat muka.
- Jenis kulit kering – Semua tisu jatuh tak lekat2 dah tekan pun tak lekat juga.
- Jenis kulit kombinasi - Dalam masa yang sama ada yang melekat/melekat seketika kemudian jatuh dan ada yang jatuh tak lekat langsung.
- Jenis kulit sensitif - Tak dapat dikesan melalui cara ini. Caranya hanya dengan buat PATCH TEST.
So, apalagi jom try cek kulit masing-masing. Share jika bermanfaat ya😊
#SkincaretipsbyMamarea
Jangan lupa follow media sosial Mamapaparea ok. Terima kasih semuanya.
INSTAGRAM MAMAPAPAREA => https://www.instagram.com/mamapaparea
FACEBOOK MAMAPAPAREA =>
http://facebook.com/mamapaparea
YOUTUBE CHANNEL MAMAPAPAREA =>
https://www.youtube.com/c/MamaPapaRea
Love,
MamaRea
KENALI JENIS KULIT : 1001 TIPS SIHAT CANTIK MAMAREA
Macam mana nak tahu JENIS KULIT ?
Hai, assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Semoga semuanya sihat-sihat sahaja nah.
Hari ini, kita masih pkp (MCO3.0) ( waktu entri ini ditulis) duduk rumah pun kulit buat masalah huhu maklumlah pola tidur pun dah ke laut. Ngam pula dengan tentera dalam umah buat aktiviti cergas dan cerdas, pdpr pula...maka bertambahlah kedutan mak-mak di rumah ni. Huhuhu. Tapi tak mengapalah, ujian hidup ini kita redha sajalah hehe.
Ok, hari ini Mamarea nak buat ringkasan tentang 5 jenis kulit kita. Walaupun orang dah lama share, sayapun nak jugalah share manatahu ada pembaca yang suka baca blog kami yang tak seberapa ini.
Untuk masalah kulit memang kita kena hadaplah dan kena fahami apa kemahuan kulit kita ni. Kadang dah ikut betul produk yang disarankan dan dinasihatkan untuk masalah kulit kita, tapi tetap masalah kulit sendiri sukar diatasi. Kadang elok kadang tak elok adui tak faham kan..Hehe. Tapi saya percaya ianya berkait dengan pelbagai punca dan keadaan. Jadi kita kena sentiasa kenali punca atau sebab kenapa jerawat atau masalah kulit lain terjadi, barulah kita dapat kawal dan perbaiki dari hari ke hari. Umur dah meningkat ni pun masih hadapi benda sama dengan anak-anak muda sekarang. Untuk yang takde masalah kulit tu memang rezeki ampa. Syoknyaaa hehe.
Oklah, jom masuk kepada point entri kali ini.
Ada 5 jenis kulit yang biasa kita jumpa ye iaitu NORMAL, KOMBINASI, KERING, BERMINYAK dan SENSITIF.
1. NORMAL
- Sedikit pori terbuka pada bahagian Zon-T, jarang sekali alami breakouts.
- Tak terlalu berminyak/kering
2. KOMBINASI
- berminyak dan kering pada masa yg sama pada bahagian tertentu. Biasanya berminyak di bahagian Zon-T iaitu dahi, hidung dan dagu tapi kering di bahagian pipi.
3. KERING
- Kering dan tiada kilatan.
- Saiz pori sangat kecil dan tidak kelihatan.
- Mudah gatal/mengelupas/iritasi/kemerahan jika terlalu kering disebabkan cuaca sejuk dan faktor tertentu.
- Lagi kering seiring bertambahnya usia apatahlagi selepas menopaus.
4. BERMINYAK
- Liang pori kelihatan.
- Kulit berkilat saja tak kira masa. Pori terbuka dan mudah terjadi jerawat.
- Boleh berubah ikut cuaca dan hormon tubuh badan.
It's meeeee. Pori besar kawah, berminyak boleh mendadar telur. Hehehe.
5. SENSITIF
- Kulit mudah naik ruam dan iritasi bila pakai produk yang kulit tak nak terima.
- Hanya anda yang kenal tahap mana sensitif kulit anda (mungkin alergik, eczema, atau alah pada bahan tertentu dalam produk yang anda pakai)
- Kena betul2 peka untuk untuk kulit sensitif.
So, korang jenis kulit macam mana? Please tell me here, kita kongsi ya. Korang solve macam mana? Kadang Mamarea suka baca page-page yang bincang pasal tips skincare. Dekat IG, FB, TIKTOK, TWEETER ramai beautician yang rajin share tips kan. Mamarea takde follower sangat hehe, cuma apa yang saya tahu saya kongsi k...Huhuuu.
Next insyaAllah saya bagitau cara nak tau kulit kita jenis macam mana. Lagu manaaa nak tau dia ni. Sat berkilat, sat macam keringgg semacam, sat naik ruam campur berkilat. Aduh pening lah mana satu.. Penting rujuk jenis kulit dulu sebelum pening-pening masalah bercampur baur. Baru kita boleh tau cara nak perbaiki dan sihatkan kulit kita ok.
p/s : Kesihatan dalaman membantu juga untuk kita merawat kulit secepatnya. Contohnya Vitamin C dan Vitamin E ikut keperluan tubuh.
#skincaretipsbyMamarea
JEMPUT FOLLOW :



