Saya sekadar berkongsi pengalaman saya sebelum disahkan mengandung dulu. Walaupun saya disahkan mengandung selepas hampir enam bulan kahwin (kahwin 17hh Nov 2012), tetapi bagi saya lamalah juga menanti. Saya sangat kagum kepada mereka yang berjuang untuk hamil (Try To Conceive) kerana walaupun saya taklah lama mana menunggu, tapi saya dapat rasa apa yang mereka rasa kerana adik-adik saya pun masih belum dikurniakan rezeki anak walaupun sudah hampir dua tahun berkahwin....saya sentiasa doakan agar mereka yang belum dikurniakan anak merasa nikmat mengandung, melahirkan dan menjaga anak. InsyaAllah, pasti ada rezekinya k..
Saya selalu cari tips untuk dikongsikan bersama adik beradik saya yang sukar mengandung kerana saya sangatlah memahami perasaan mereka, bak kata orang cubit paha kiri, paha kanan akan terasa jua kan. Saya selalu tak sabar menanti berita gembira daripada tiga orang adik saya dan memahami ketidaksabaran mereka. Cukup membuatkan saya sebak apabila melihat mereka sangat sayang, seronok melayan anak saya dan anak buah yang lain. Apatahlagi apabila mereka cakap anak buahlah tempat nak tumpang kasih. Saya sangat-sangat bersimpati hingga saya cari dan mencari cara untuk membantu mereka. Kini, seorang daripada adik saya telah memulakan rawatan di hospital untuk cek kesuburan suami isteri, baharulah akan ke langkah seterusnya. Seorang lagi on the way nak buat. Saya tak putus-putus beri kata-kata semangat kepada mereka dan apabila mereka down, saya akan cuba ingatkan mereka bahawa rezeki itu di tangan Tuhan dan teruskan saja bersabar. Walaupun mereka bukan seagama dengan saya, saya selalu beri nasihat kepada mereka agar tetap mensyukuri nikmat yang Dia berikan kerana masih ada rezeki lain yang mereka kecapi. Saya kata...hanya Tuhan yang tahu kenapa kita belum dikurniakan anak dan bila masanya untuk kita bersedia menerima rezeki tersebut. Mungkin tak dapat rezeki anak, tetapi rezeki dari segi kewangan tak ada masalah, dari segi hubungan suami isteri, hubungan yang baik dengan ibu bapa sendiri atau dengan mertua..semua itu pun dinamakan rezeki..Alhamdulillah saya nampak mereka cekal menghadapinya tapi saya faham jauh di sudut hati mereka merintih dan sayu kenapa, dan kenapa aku tak boleh mengandung lagi..Sabarlah adik-adik ku..sungguh saya sebagai kakak sangat memahami..Itu adik-adik, kakak saya yang kedua pula sudah hampir 13 tahun berkahwin tapi masih belum dikurniakan anak.. kakak yang ini seagama dengan saya. Dia memeluk agama islam ketika berkahwin pada usia muda. Kesian kat dia... Tapi saya tahu di sebalik rahsia Allah ini, ada hikmah yang tersembunyi..(sebak teringatkan mereka). Maaflah ter'emo' kejap.
Ok, itu baru intro..heeee.sambung balik. Selepas berkahwin je, setiap pasangan nak cepat mengandung bukan, dan bagi saya yang tiada ilmu berkaitan kehamilan masa tu mengganggap selepas bersama sahaja kita tak akan period dah, terus mengandung. Bukan tak pernah study tapi pasal apa tah boleh pula fikir macam tu..bajet subur lettewww..(sayalah)..hehe..bila period terus down..dalam fikiran saya sering sebut, oo saya tak subur rupanya. kenapa dia, dia dan dia, tak sampai sebulan dah mengandung..tanya yang ini, yang itu, sekejap saja boleh lekat..(boleh lupa yang kakak sendiri pun tak de rezeki lagi) hmmm, saya pun muhasabah diri, study balik pasal kesuburan, ovulasi bila, tanda kita ovulasi, tip-tip bersama suami dan banyak lagi. Setiap kali period saya dan suami kecewa sebab nak anak cepat kan. Tiap hari juga baca pasal tips untuk mengandung sampailah terjumpa blog ratuhati tentang tips kehamilan. Begini pengalaman salah seorang daripadanya (saya copy cerita dia untuk pengetahuan anda semua):-
"Saya reen .. pada mulanya saya suka membaca semua kisah di forum ratu hati yang bermasalah untuk hamil kerana saya merupakan salah seorang yang sukar untuk hamil kerana
1. period tidak teratur
2. pernah mengalami keguguran
3. terlalu aktif jadi setelah tiga tahun sah menjadi isteri orang, agak tercabar kerana saya tidak lagi hamil.. dan saya nekad untuk hamil dan usaha pelbagai cara..jadi disini saya ingin berkongsi kepada kawan2 yg ingin hamil..mungkin boleh membantu kawan2 yg lain.. amin....
pada 1 jan-jun 2012 saya langsung tidak didatangi haid dan sgt merunsingkan..jadi saya mencuba
1. jus perawan plus collagen (rm35) -akhirnya seminggu kemudian saya period
2. dr kata saya kurang air..sbb tu susa nk period~( sy minum air 600ml + madu 3sudu teh) x 3..so sehari saya minum 1800ml + 9 sudu teh madu..so kpd kwn2 yg tidak teratur haidnya cuba minum air yg byk..mungkin peranakan kering dan madu membantu peredaran darahjadi pada 1-7julai 2012 saya period ~semasa period saya minum air+madu byk2 dan tamat genap pada 7 julydari segi kedoktoran (scientific) saya makan1. clomid (pada hari ke-5 haid - hari ke-9)2. folic acid (pada hari ke-6 hingga sekarang)
3. saya mencuba ujian kesuburan (OPK TEST) pada 12july sehingga 18julai) dan kesan positive pada hari ke 17..
dari segi keagamaan:-
1. solat 5waktu jgn tinggal
2.solat hajat setiap malam
3. sedekah walaupun beri coklat pada anak2 kecil
4.memberi susu kepada binatang dan berbicara dengannya spt doakan saya mengandung ya..
cara tradisional:-
1.minum air kunyit pada hari ke-8 hingga hari ke-10 (3hari berturut2) pada waktu pagi sebelum sarapan dan jgn mkn apa2 sehingga setengah jam..mmg pahit tapi tahan la sikit..
semasa ovulation:-
1. saya sakit di bawah perut (ari2) selama 3 hari iaitu pada 15-17july dan 17 july terbukti ovulation test saya positive untuk mendapatkan ovulation yg baik saya cuba pemakanan tersebut:-
1. minum jus epal setiap hari
2.makan badam setiap hari
3. makan kismis 5 biji setiap pagi
4. minum air + madu
selepas ovulation saya kekalkan
1.minum air + madu
2. minum air epal
3. makan badam
4. makan kismis dan akhirnya saya belum lagi cukup sebulan or due period blm tiba saya sudah dapat positive result utk kehamilan iaitu pada 26 july saya pergi farmasi dan membeli opk test dan keputusan satu line clear dan satu lagi samar..selepas itu, dua hari kemudian iaitu pada 28july saya cuba lagi upt test dan line yg samar2 menjadi lebih terang.. Alhamdulillah...saya harap pengalaman saya yang susah nak tahu waktu kesuburan ini dapat membantu rakan2 yang lain... selamat mencuba dan saya sentiasa mendoakan yang terbaik...amin."
Tips Saya Amalkan
Tips Saya Amalkan
Inilah tips yang saya amalkan tapi tidak semua saya cuba sebab yang pertama saya dah pernah consume jus perawan sebelum kahwin untuk menghilangkan segugut, jadi kali ini saya consume untuk dapatkan period yang teratur dan suburkan rahim. Secara ringkas yang saya amal tips Puan Reen ini adalah :-
1. Jus perawan saya consume semula pertengahan bulan Mac. Stop kejap semasa datang haid bulan April dan teruskan lagi minum 1 sudu pagi dan malam. Saya minum jus ini sebab period saya selepas kahwin tidak menentu. Kadang tak period hampir dua bulan.
2. Jus epal hijau saya minum setiap hari. Saya assume yang minum jus epal hijau untuk detox balik badan kita yang banyak toksin ini. So, saya gigih blend epal hijau setiap hari. Saya buat macam ini, potong epal hijau tadi kecil-kecil then masukkan dalam blender dan ambil 1-2 sudu besar gula masukkan juga kemudian buh air masak, blend...lepas tu, bolehlah masukkan ketulan ais sikit nak bagi rasa dingin. Tapi untuk jus saja minum ais, air lain no ice okey.
* Sumber : Google
4. Air kunyit bagus untuk bahagian dalaman wanita kerana kunyit bersifat antiseptik, antibakteria semulajadi, baik untuk menyembuhkan luka, anti radang yang tidak mempunyai kesan sampingan dan banyak lagi khasiat kunyit ini sebenarnya. So, saya buat macam ini, ambil kunyit buang kulitnya dan rendam dalam air garam sejam dua jam pun boleh. Kemudiam blend bersama air (ikut banyak mana nak buh tapi jangan pekat sangat, nanti rasa terlampau kelat). Dah blend, tapis dan masukkan beberapa asam keping. Boleh tambah gula untuk kurangkan rasa kelat. Simpan dalam peti sejuk. Boleh minum sekali sehari dalam suku cawan. Jangan lupa selawat 3x dan Al-fatihah. Best minum air kunyit ni sebab saya ada gastrik kan, so, rasa warm dalam perut. Taklah pedih mencucuk-cucuk. Tapi kelat sikitlah. Nak sihat, minum jee.hee...
* Sumber : Google
5. Sedekah. Rajin-rajin sedekah kepada yang memerlukan. Sikit pun tak pe asalkan ikhlas okey.hee
6. Sayangkan binatang. Ye, saya dan suami bela ikan-ikan emas dalam akuarium di rumah sebab suami terlalu minat bela ikan. Dia kata, syok tengok depa berenang, comel. Dia juga suka kucing, walaupun dia alah dengan bulu kucing dia tetap manjakan kucing. Malah, ada sekali dia bawa balik anak2 kucing yang ditinggal terus oleh ibu kucing ke rumah dan bela. Kami beli susu untuk kucing, botol susu..semua kami buat malangnya kesemuanya mati kerana ibu kucing tak pernah bagi susu untuk imunisasi anak kucing. Jadi, kucing2 tu tak kuat.dalam 3-4 minggu, mati. Sedangkan, comel sgt2 kucing2 tu..muka bulat.warna hitam putih.nangis juga sebab syg sangat kat kucing2 tu.saya susukan satu persatu. Ada 4ekor. Suami google cara nak bela anak kucing terbiar. Saya ransang untuk bg berak kencing. Ikut semua tips dekat google tp xboleh.peluang untuk hidup bagi kucing yang tak pernah menyusu ibunya sangat tipis. Then, tanam je tepi rumah. huhuhuhu....
* Sumber : Google
6. Sudah tentu doa yang berterusan. Solat jangan lupa. Solat hajat juga.. Jaga ahklak sama.hee..jangan suka mengumpat, menghina, mengejek dan sebagainya k. Amalkan surah- surah yang berkaitan dengan anak, seperti surah al-fatihah, surah maryam, surah yusuf, surah luqman dan surah yaasin. Ada lagi surah-surah yang lain jugak yang boleh amal.
7. Berserah pada Allah. Setelah kita usaha dan ikhtiar, kita jangan stress. Kalau stress ganggu hormon kita pula. So, lek lek je k..Allah lebih tahu segala-galanya dan apa yg terbaik untuk kita. Ingat, Allah sebaik2 perancang. Jangan sesekali putus asa na...
8. Yang ni tips lain dah, iaitu tips bersama, posisi dan sebagainya..buat juga k.. Masa tu saya masih kurang arif pasal ovulasi, jadi saya cuma ikut sahaja apa yang direkomenkan oleh My calendar software. Saya download dari playstore. Rajin-rajin bersama selepas period. Segala posisi sebelum dan selepas bersama tu...yang ini boleh google cara bersama suami untuk hamil. boleh cuba baca link ni http://ratuhati.com/forum/index.php?topic=8564.0 Cuba saja buat apa yang diterangkan. Nak cerita segan pula. heee..
Link ni bagus juga untuk tips nak hamil http://siraplimau.com/cara-cepat-hamil-mudah-petua-tips/
9. Makan asid folik start bulan Februari.
10. Jaga pemakanan dan kekalkan berat badan ideal.
Selepas amal semua yang di atas, entahla..saya tak berani kata semua itu berhasil tetapi saya hanya berikhtiar dan hanya Allah menentukan segalanya. Seingat saya, tak sampai sebulan amalkan makanan di atas, saya perasan terdapat spotting sedikit sahaja. Jadi, keesokan harinya saya terus cek kehamilan dengan upt sebab memang rajin buat stok dari bulan-bulan lalu. Tengok naik dua line..Saya terharu dan bersyukur sangat, terus sujud syukur pada Allah s.w.t. Dalam hati...'saya yang tidak layak ini Allah beri nikmat yang tak ternilai...terima kasih Allah.'
Link ni bagus juga untuk tips nak hamil http://siraplimau.com/cara-cepat-hamil-mudah-petua-tips/
9. Makan asid folik start bulan Februari.
10. Jaga pemakanan dan kekalkan berat badan ideal.
* Sumber : Google
Selepas amal semua yang di atas, entahla..saya tak berani kata semua itu berhasil tetapi saya hanya berikhtiar dan hanya Allah menentukan segalanya. Seingat saya, tak sampai sebulan amalkan makanan di atas, saya perasan terdapat spotting sedikit sahaja. Jadi, keesokan harinya saya terus cek kehamilan dengan upt sebab memang rajin buat stok dari bulan-bulan lalu. Tengok naik dua line..Saya terharu dan bersyukur sangat, terus sujud syukur pada Allah s.w.t. Dalam hati...'saya yang tidak layak ini Allah beri nikmat yang tak ternilai...terima kasih Allah.'
Time tu, suami memang kerja di langkawi lagi. So, saya berkira kira nak bagitahu terus ke atau macammana..sebab ada beberapa hari lagi nak tunggu suami pulang. Tak sabar betul nak bagitahu, tapi tahannnnn saja. Tiba hari khamis, saya balut dengan kertas putih sekali dengan kotak upt.hee. kebetulan pula hari lahir kami berdua baru saja berlalu, jadi dia ingatkan saya saja bagi hadiah. Suami pun.."ape ni..ape ni..."..hehe..slang KL kauuu..hee excited nak tengok reaksi suami. Dia buka-buka..tengok kotak upt..senyuman dah bukan senyuman dah, dah bertukar gelak besar..buka lagi, nampak upt strip..biasalah my husband, sudah tahu buat-buat tanya..saya kata, tengoklah betul-betul..apa dia..so, dia pun alhamdulillahhhhhhhh....saya pun alhamdulillah..Terima kasih Allah.
Saya cek upt pada 14/5/2013. period terakhir 12/04/2013
Cek kali kedua lagi untuk kepastian (24/5/2013).hehehe
Buka buku pink kat Klinik Kesihatan Kangar pada usia kandungan 7 minggu.
Saya dah cerita serba sikit pengalaman dapat tahu mengandung dulu, nanti saya cerita pula pengalaman semasa mengandung dan melahirkan. Tips elak koyakan ketika melahirkan juga.k. InsyaAllah. Yang baik semua datang daripada Allah, yang buruk dari diri saya sendiri. Wallahu a'lam
Nota : Masa tu, saya tak tahu pasal produk Set Kesuburan Shaklee. Sekarang, saya akan consume set kesuburan Shaklee sebab kakak ipar berjaya hamil dengan produk Shaklee. Kita hanya berusaha kan. Adik-adik saya pun saya nak suruh try. Jadi, sesiapa berminat jangan lupa sms/ whatsapp saya di 019-4101586.
Pengedar Shaklee
Pengedar Shaklee
ID No : 1212635
julea_86@yahoo.com.my
whatsapp/sms : 019 4101586
wassalam
mamapaparea
minum air kunyit tu selepas priod or masa subur ?
BalasPadamHi anonymous 27 Feb 2017 @ 11:23
BalasPadamMinum lepas kita period ye. Kalau dah sah mengandung, tak perlu minum lagi k.
Salam.Air kunyit tu minum setiap hati ka?
BalasPadam