P/S : dah lama taip, duduk dalam draf..ni baru dapat publish...
19hb MEI 2015, Saya admitted to Hospital Tuanku Fauziah(HTF) untuk prosedur Evacuation of retained products (ERPOC).
Mula-mula terima berita ini, pada usia kandungan almost 11 weeks. Ya Allah, hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya dalam dada ini sebab terlalu sebak. Sedih dan tertanya2 silapnya di mana. Akhirnya, saya redha dan akur dengan takdir Ilahi..Mungkin ada hikmah semua ini terjadi.Ada sesuatu Allah nak sampaikan kepada kami sekeluarga. Alhamdulillah..
Pengalaman ini memberi pengajaran yang sangat besar buat saya..walau nampak biasa namun meninggalkan kesan dalam hati saya untuk saya perbaiki diri dari ke hari..perbaiki solat..perbaiki sikap, perbaiki perkataan yang keluar dari mulut..perbaiki niat dan sebagainya. Janganlah kita asyik mengeluh bila sakit walau sikit pun..sakit itu satu kifarah. nikmat..yang tidak semua orang perolehi. Ia salah satu cara Allah menyampaikan rasa kasihnya kepada kita untuk kita menyedari perkara yang kita mungkin tidak sedari sebenarnya tidak baik untuk kita amalkan. Kadang-kadang kita rasa dah cukup baik, tapi sebenarnya kita terlalu manjakan diri untuk nak merasa selesa dan gembira sahaja.. Kita lupa pada mereka yang sedang menghadapi kesulitan, kesakitan. Kita lupa untuk mendoakan mereka sekali.
oklah, saya masuk bab ERPOC la sebelum banyak sangat bercakap..huhu..
Untuk pregnancy kali ini, saya telah buat kad merah awal di Klinik bumbung biru kangar (Klinik kesihatan Kangar) pada seawal 6 minggu. Sebab suami ada kursus, jadi, saya tak mahu lewat sebab masa mengandungkan Rea Hanna, saya buat kad merah pd minggu ke7, itupun dah dikira lewat oleh doktor masa tu..So, saya pun..pergi buat awal..alahan dah start pada minggu ke6 tu..tapi tak teruk sangat cuma lemah longlai jee..
So, siap buat kad merah, akan ada appointment pada tarikh seterusnya dengn doktor yakni scan kali pertama. So, balik rumah...7-8minggu, alahan dah makin teruk, kembung jangan cakaplah..gastrik pn sakit. Masa tu suami kursus kami ikut sekali teman sambil ziarah adik beradik di Klang dan Temerloh Pahang..Badan sangat-sangat lemah..muntah-muntah..pening dan sebagainya. Lagi-lagi jalan jauh, Lagi sakit kepala..asyik nak tidur saja tak mau buat something pun. Tapi kerana jaga Rea Hanna, saya gagahkan diri juga untuk pesah dia. Bagi dia makan dsb. Untuk dukung dia, memang tak dapatlah..suami saja dukung.sb tak larat sangat-sangat mcm terumbang ambing bila jalan, tambahan saya pembawa talasemia, HB rendah, tekanan darah pun juga rendah jadi teruk sikitla badan macam nak pitammmmm je. Hanya orang yang mengalami akan rasa, wajah jangan cakaplah sembap, kusam, pucat lesi..aiii..serabainyelah..
So, habis kursus, balik rumah dan hampir minggu ke 9, saya pergi ke klinik untuk temujanji hari tu dan RCU yang pertama dengan doktor gynae. So, berdebar-debar tunggu scan. Saya tunggu lama dengan debaran makin kuat. Selalu tak berdebar macam tu..memang tunggu 2-3jam, tapi dah biasa. Kali ni, debar tu lain mcm. So, tiba turn saya jumpa doktor. Okey. Lepas tanya itu ini, doktor suruh baring atas katil untuk scan. Lama dia renung screen Mesin Pengimbas tu doktor duk putar-putar kat bahagian bawah perut . Kemudian doktor kata tumbesaran baby okey, 8 minggu lebih..cumaaaa....jantung je tak nampak berkedip-kedip, tak jumpa pun jantung baby, selalunye dah nampak berkedip-kedip. Hati tiba-tiba macam stop kejap. Haaa...yeke...terkejut..tapi terus berdoa, moga-moga tak ada apa-apalah baby saya. Lama doktor cari, tapi tak jumpa pun. So, doktor kata, mungkin kecil lagi atau puan mengalami missed miscariage?haaaaaaa...lagi terkejut. Lalu, saya tanya "Doktor, maksudnya baby saya sekarang macam mana keadaannya. Doktor jelaskan, kemungkinan tak nampak lagi atau baby tak jadi. Glupppp!!! Hati siapa yang tak terkejut. Kemudian dia tanyakan pendarahan ada tak. Saya kata tak ada apa-apa pendarahan hingga hari ini. malah saya masih alah, perut pula makin besar. Saya tanya, ada tak kes macam saya ni. Ye, banyak katanya..Selalunya samada tak nampak lagi atau baby dah stop perkembangannya. Alahai hati saya risau bukan kepalang, berdoa dalam hati minta diselamatkan bayi dalam kandungan. Saya pujuk hati mungkin kecil lagi. Tak apa. Nanti scan lain.
Doktor tulis explanation dalam buku merah Klinik untuk rujukan Klinik Pakar Obygyn nanti |
Doktor kata, saya akan dirujuk ke Klinik Pakar OBYGYN HTF..untuk scan dan pengesahan.
So, Pada 14hb Mei 2015, saya pun pergi ke klinik pakar untuk scan kali kedua. Hati memang tak sedap hmm. Takut semua ada, risau amat. Saya pergi dengan suami dan anak. Suami jaga anak. cek urin, masih positif hamil. Lega sikit perasaan. Tunggu punya tunggu, sampailah nama saya dipanggil. Okey, saya masuk dengan perasaan tak keruan. Berdebar sepanjang masa. Doktor pelatih yang cantik sedang handle kes saya. Dia tanya itu ini kemudian ajak pergi scan. Kali ni scan melalui bahagian bawah. So, bila dimasukkan scanner melalui alat sulit kita pesan saya kena relax dan jangan keraskan tubuh. Jadi, dia tak kan rasa sakit. Bila scan, terasa pula ngilunya sebab doktor pelatih gerak kiri ke kanan dalam rahim sebab tak jumpa kedipan jantung. Lama dia cari. Akhirnya, dia panggil doktor India yang sangat ramah. Dia scan sekali lg..lama juga cari kiri kanan atas bawah tak jumpa juga. Mesin Pengimbas (Ultrasound) pula black and white, dan kabur-kabur .So, doktor India tadi ajak naik tingkat atas, guna Mesin Pengimbas berwarna dan lagi advanced. Naik tingkat atas ikut dua orang doktor tadi dan seorang nurse. Saya baring lagi dan scan lagi..Lama juga scan. Lepas tu doktor kata, "Puan, baby puan tak nampak jantung. sepatutnya, kita akan nampak jantung berkedip-kedip tapi tak nampak langsung. Baby pula dah stop pembesarannya pada almost 9minggu. Hati saya makin duk dak dak berdebar kencang mendengar satu persatu perkataan yang doktor sampaikan. Dia cuba perlahankan dan berhati-hati ketika menjelaskan. Dia sambung lagi..
"So, baby puan dah tak ada". Tanpa dipinta, mata saya rasa panas. Walaupun saya cuba kuatkan hati untuk tidak menitiskan air mata tapi rasa sebak menyesakkan dada lalu akhirnya air mata jatuh juga. Lama saya tak dapat keluarkan suara, saya senyap dan cuba menahan tangis. Otak mula ligatberfikir, lepas ni, saya macamana, sakit tak prosuder seterusnya, saya dengar sakit yang amat. Lagi pula tak pernah dalam family pengalaman sebegini. Tapi sebab menahan sebak suara masih tak dapat keluar..Doktor bagi masa saya tenangkan diri. Thanks doktor yang sangat memahami. Selepas saya cuba hentikan tangisan, saya terus tanya apa saya kena buat selepas ini. So, doktor explain tentang missed abortion. Dia beri masa 3-4hari, kemudian suruh admit ward untuk pembedahan minor erpoc atau cuci rahim. Saya tanya sakit tak. Dia kata, tak. Saya akan dibius dan tak rasa sakit. So, saya bagitau tolong explain pada suami. Dia pun kata ok boleh panggil suami. Saya panggil suami. Suami macam hairan sedikit, nampak mata saya berair, tapi saya gagahkn diri tak menangis dan bagitau baby dah tak ada. Dia cuma mampu berkata.."jadi."suaranya longlai... (suami saya jenis lambat reaksinya, kaku terpana ja tak tahu nak cakap apa)...saya kata, kena buat pembedahan cuci rahim. Suami masuk skali dan dengar sama explaination dari doktor tadi. Alhamdulillah suami faham dan beri sokongan.

Penerangan doktor pelatih untuk diberikan sekali dengan resit kemasukan wad |
Kemungkinan inilah prosedur ERPOC sama macam prosedur D & C |
Hari isnin 19hb Mei tu, saya masuk wad. Kali ni sangat berdebar pula selagi tak lalui erpoc tu. Semasa masuk wad, doktor akan terangkan prosedur pembedahan dan sign beberapa borang yang perlu sebab ada risikonya untuk jalani pembedahan. Saya baca dan sign saja. Kalau tak sign tak rela lah dibedah.
So, masuk wad dapat kawan-kawan yang sangat ceria smpai saya asyik tergelak-gelak dengar lawak mereka. Terlupa sekejap masalah melanda, walaupun masing-masing ada masalah kesihatan sendiri. Bila waktu tidur, pegang perut yang masih bulat, rasa hiba sangat, esok anakku akan dikeluarkan dari rahimku, maafkan mama nak kalo mama ada tersilap. Walaupun sementara tapi baby dah pernah menghuni ruang rahim ini. Rasa sebak akan kehilangannya.
12 jam sebelum pembedahan saya kena puasa. So, untuk kuatkan diri esok, saya minum susu banyak-banyak untuk elak lapar dan air kosong. Saya makan nasi sebelum waktu start puasa. Selepas pukul 8malam, saya tak makan nasi dah, cuma saya masih minum air..sebab takut dahaga. Alhamdulillah, minum susu dan air memberikan tenaga kepada saya sampai keesokan harinya. Tak rasa rasa lapar walaupun saya ada gastrik tak rasa sakit dan badan masih kuat. Alahan masih ada sikit. So, malam tu tidur cukup-cukup sebab nak bangun awal esok bersiap-siap untuk pembedahan esok.

Keesokan paginya saya bersiap-siap, doktor panggil untuk masukkan ubat ke bahagian belakang serviks(doktor kata) melalui liang faraj. Setahu saya, ubat itu untuk melembutkan bahagian serviks untuk memudahkan proses erpoc nanti. Tetapi, tak sampai sejam saya dah dipanggil untuk masuk ke bilik bedah sebab saya orang pertama untuk memulakan operasi pembedahan hari itu. Cuma, adalah rasa mild sikit cramp dekat bahagian bawah perut tapi sikit saja. Mungkin kalau lama, rasa sakit kot. Sayatak sampai sejam pun .Mungkin tak berapa nak absorb pun. Risau juga. So, saya disuruh buka semua baju dan pakai baju untuk pmbedahan. Baju putih dan bahagian belakang so seksiiii..adoi..rambut ditutup. Saya ditolak ke bilik bedah. Jauh juga di tingkat 1. Wad kami di tingkat 3. Sampai di bilik bedah seram sejuk rasanye..So, medical staff suruh saya sebut nama dan nombor ic. Tukar katil tapi tak perlu bangun. Kemudian buka baju. Cuma selimut saja. Masuk ke dalam ruang menunggu untuk masuk ke bilik bedah. Ada 4 bilik bedah, Saya d bilik bedah pertama. Sejuknye Ya Allah...saya menggigil-gigil sampai gigi terketap-ketap. Semasa menunggu, seorang staf lg tganya nama, ic dan pembedahan apa. Kemudian dia tanya ada masalah apa, gigi longgar ke, gigi tak ada ka , ada asma ka atau apa-apa. Saya kata, tak ada masalah cuma ada kahak sikit????hmm?mcm pelik je nurse tu. Tapi dia kata, oo ok. Masa tu tiba-tiba rasa sesak nafas, hidung tersumbatlah, macam-macam . Kemudian tiba-tiba rasa dalam hati..oo..selamatkah aku nanti (sebab pertama kali masuk bilik bedah)...hidup ini akan berhenti di sini ka..selamatkah proses pembedahan ini..macam-macam dalam otak fikiran, rasa macam nak mati pun ada. Rasa macam sat lagi sedar atau tak sedar terus. Berdoalah saya, minta ampun..mohon Allah selamatkan..mohon Allah ampunkan segala silap saya padaNya, pada ibu bapa, suami dan keluarga..sahabat handai dan sesiapa pun. Takut rasanya tak dapat melihat dunia lagi. Banyaknya lagi perkara yang perlu diperbaiki andainya dijemput maha pencipta..Tapi siapalah kita utk menidakkan.Semua adalah ketentuannya dan kita kena redha dengan Qada dan Qadar Allah. Melihat patient lain yang lebih teruk sakitnya dan akan melalui proses pembedahan yang lama, membuatkan saya merasa kasihan. Sedangkan saya lalui pembedahan minor saja pun rasa macam-macam, apelah yang sedang bermain di fikiran mereka. Selamatkanlah kami semua Ya Allah.
Sebelum masuk bilik bedah, air yg masuk dalam drip kat tangan dibuka kemudian dimasukkan ubat..wooooo..sakitnyeeee, sakit sangat bila tiba-tiba masuk ubat cecair sekaligus masuk dalam drip. Kemudian masuk sekali lagi. Ooo lemah badan, sakit sangat nak tahan tapi kerutkan muka je. Bila tiba masanya, saya ditolak ke bilik bedah. Di dalamnya saya nampak ada beberapa org mengeremuni saya. Seorang pasangkan wayar d dada, masukkan ubat ke dalam drip lagi yang tu tak tahan. Sakit sangat. Di sudut sebelah kanan ada seorang doktor tulis details mengenai saya. Nama, umur, pembedahan apa, masalah apa, siapa doktor handle. Saya tengok saja dalam hati berdebar kencang sebab takut sangat dalam hati. Tak pernah alami keadaan macam tu, tapi rasa insaf terus sebab rasa macam dah hampir dengan kematian. Begitulah mereka yang sedang sakit. Tak pernah kita tahu kesusahan mereka, gelodak perasaan mereka. Kita tengok je. Seorang pembantu doktor pasangkan gas ke mulut. Alahai tak selesanya, ada gas masuk mata. Saya tolak tangan dia, saya kata tak selesa dan macam tak dapat bernafas. Dia kata, tak pe, tak selesa sikit tapi dia terus tekap kat mulut sambil kira 1,2,3....luppp tak tau apa jadi, gelap gelita, Tiada apa-apa. Kosong. Tidur yang tiada mimpi, langsung tiada apa..rasa mcm dimatikan sekejap.
Sedar-sedar je, dah pukul1 lebih, operation mungkin dalam hampir pkul9 tadi. Tak sempat tengok jam sebab panik masa nurse buh oksigen tadi dengan gigilan yang ketara dengan bahu terhenjut-henjut kesejukan. Sejuk betul bilik bedah na. Bila bangun, oo patutlah saya tak sedar-sedar sebab saya diselimutkan dgn pek suam (macam lendir suam dalam plastik)..rasa selesanye nak tidur. Bila dah sedar nurse panggil..Julia..julia..lepas dh sedar pembantu datang ambil dan hantar ke wad. Alhamdulilah, tak rasa sakit apa dah. Mungkin sebab masih ada bius. Saya cuma rasa lapar tapi tak boleh makan lagi. So, makan ubat ikut waktu. Selepas tu, saya start minum susu suam. Nurse kata, minum sikit-sikit kalo tak muntah, nanti boleh makan. Saya minum sedikit demi sedikit. Alhamdulillah tak ada rasa nak muntah. Bila makanan dah disediakan saya nak makan tapi dihentikan oleh rakan sebelah, katanye keguguran sama macam kita melahirkan jadi kena pantang sebab lauknya ikan, tapi ikan apa tak ingat. Maka saya pun tak ambil, cuma makan roti gardenia. Hehe. Suami datang melawat bawa ikan bakar dengan nasi. Alhamdulillah, dapat makan.

Hari tu, tak boleh balik lagi tunggu esok untuk stabil sebab nak scan lagi. Nak tgk kalau ada apa-apa masalah dalam serviks. So, bertahan lagi untuk semalam sebab dah rindu sangat dengan anak. Keesokan harinya, doktor scan dan tak ada apa-apa semuanya ok. Jadi saya boleh balik. So, petang tu baru daapt balik setelah selesai proses keluar hospital. Lega dapat blk rmh....
Semasa discaj wad, doktor pesan kena tunggu 3 bulan baru boleh mengandung lagi, kembali ke klinik untuk perancang keluarga, dibekalkan asid folik selama 3 bulan dan sekiranya berlaku pendarahan kena datang cek balik. Saya tak amalkan perancang keluarga dan konsisten makan asid folik.

Di rumah, seminggu suami jaga sebab dia kerja Langkawi time tu, so tak boleh cuti lama. Saya berpantang macam biasa. pakai stokin, makan makanan yang sesuai untuk pembedahan, sapu minyak bersalin, dan urut sikit-sikit sendiri. Alhamdulillah, selepas sebulan, darah stop rasa sihat kembali. Tapi tak sihat sepenuhnya lagi tau, rahim masih tak stabil. Kekadang darah keluar setompok-setompok bila melakukan aktiviti berat. Tak menentu. Dah 3-4 bulan baru rasa pulih sepenuhnye, Itupun tak pulih sepenuhnya sebab selepas saya jalani erpoc, rahim saya selalu rasa kejang dan sakit.
Selepas saya cuba makan Alfalfa Shaklee sebab ia mengembalikan kekuatan otot rahim saya. Tak ada dah rasa sakit dan kejang tiba-tiba kat rahim.
ALFALFA COMPLEX SHAKLEE ( Saiz S = 300 tablet, Saiz L = 700 tablet ) |
So, kepada wanita di luar sana ada masalah seperti saya atau masalah keputihan ataupun mengembalikan kemesraan hubungan intim, cuba lah Alfalfa Shaklee. Saya sendiri merasa kebaikan produk ini barulah saya yakin bagitahu pada anda semua. Kisah suami saya dan resdungnya ada DI SINI .Dulu saya tak tahu. Hubungi saya bila-bila masa k.
Bye.
JULIA SIA
019- 4101586
0 ulasan:
Catat Ulasan