Rabu, 20 April 2016

SHAMPOO TERBAIK UNTUK MENGATASI RAMBUT GUGUR : HIMALAYA HERBALS ANTI-HAIR FALL

Assalamualaikum W.B.T. semua dan salam sejahtera, 

Bukan iklan shampoo. Just sharing produk yang membantu saya. 

Rambut saya selepas 3-6 bulan melahirkan anak pertama mulai luruh, mudah putus dan banyak sangat rambut gugur. Keguguran rambut mungkin normal bila sehari dalam 100 helai macam tu.tu pun kira banyak juga. tapi rambut saya, setiap kali mandi, setiap kali sikat rambut, rambut yang gugur sangatlah banyak..sangat-sangat banyak dan merisaukan. Sampailah anak pertama dah masuk umur 8 bulan pun masih gugur walaupun saya dah tukar bermacam-macam jenis shampoo anti hair fall. Malah, pada usia rea hanna 5bulan, saya dah potong rambut pendek. Rambut saya berterusan gugur sampailah rea hanna pun masuk setahun lebih. Saya potong lagi rambut. Walau bagaimanapun, potong rambut saja tak membantu. Tetap gugur juga. Bila tengok keadaan rambut yang semakin nampak kulit kepala@ botak. so, saya google shampoo yang berkesan untuk rambut gugur. Lama jugalah menggoogle sebab kali ni, nak beli shampoo yang betul-betul mujarab. Dalam kepala, nak pakai shampoo yang Jackie Chan pakai tu.heee...

Serum pun saya pakai beli kat salon masa potong rambut. Tetapi tak membantu sangat. Rambut tetap luruh banyak.

Try this
Bila google, rata-rata blogger dan baca kat forum bagi feedback positif terhadap Shampoo Himalaya anti hair fall. Cuma ada sebahagian kata baunya kurang menyenangkan, dan rambut tak sama macam kita pakai shampoo biasa. Yes, bila saya ambil keputusan untuk beli memang betul rambut mula-mula shampoo macam keras, dan macam tak habis minyak kat kepala dia cuci. Produk berasaskan herba memang macam tu kan,hehe. Pakai cetaphil pun yang sangat minima kandungan kimianya pun macam tak cuci, tapi at the end, sangat-sangat membantu.

Saya start pakai dalam bulan Februari tahun lalu kot, yakni Feb 2015. Rea dah masuk setahun sebulan. Disebabkan risau dengan keadaan kepala yang botak setempat setempat, jadi, baik bertindak cepat. Tapi tak cepat sangatlah. Untuk mendapatkan kesan yang baik dan selamat bukanlah dalam masa yang singkat. Jadi, saya bersabar. Seminggu pakai, kuranglah sikit rambut gugur, tapi tetap gugur. Saya start tak pakai conditioner. Mungkin sebab tu rambut jadi keras tak selembut sutera macam sebelum-sebelum ini. hehe...

Then, berbulan-bulan pakai, saya nampak anak rambut mulai tumbuh dengan banyak sekali. Rambut gugur juga semakin sikit. Ops sebelum saya lupa, kulit kepala memang gatal masa mula-mula pakai. Memang gatal, disebabkan anak-anak rambut yang mulai tumbuh dengan banyak. Asyik garu kepala saja. Tapi tahan sajalah, daripada tengok rambut terus botak.

Saya pakai anti hair fall kemudian try Shampoo Himalaya yang Protein. Tapi bau shampoo protein tak berapa syok banding anti hair fall. Jadi, saya teruskan pakai anti hair fall sampailah sekarang..Dah April 2016..Lama saya pakai dan mungkin akan terus pakai, sebab mana tahu rambut gugur pula lepas lahirkan anak nanti. Tambah conditioner sebenarnya rambut lagi cantik. hehe..

Conditioner menghaluskan rambut
Kesimpulannya, shampoo himalaya memang terbaik untuk mengatasi masalah rambut gugur. Selamat dan berkesan. Tiada lagi rambut gugur pun lepas tu. Alhamdulillah, saya jumpa produk yang serasi dengan saya walaupun harganya agak mahal sedikit berbanding shampo-shampoo yang saya cuba sebelum ini tapi sangat-sangat berbaloi. Lagipun, tak mahal banyak..sikiittttt je. Boleh beli di Watson@Guardian. Saya beli baru-baru ini dalam RM24.88 di Guardian. Love it. Sometimes, pengalaman orang lain sangat-sangat membantu kita yang kadangkala dah tak tahu nak buat apa, tak tahu nak pilih mana satu. So, saya tulis untuk sesiapa yang nak cuba atasi masalah seperti saya. Tapi kalau tak membantu, I am Sorry......ini menurut pengalaman saya sahaja k.


Secara ringkas,

Start pakai
1. kulit kepala gatal
2. rambut jadi keras sedikit tak seperti pakai shampoo lain, tapi kalau tambah conditioner, lagi bagus.

Lama-lama pakai
1. rambut gugur berkurangan hingga tak ada rambut gugur bila dah lama-lama pakai.
2. Rambut kembali lebat dan hitam.

So, anda semua pasti akan suka. Saya cuci rambut sehari sekali. Hehe. Tengok pada keadaan. paling lama, 2 hari sekali.

okey, sampai sini dulu. 

Love.



86 ulasan:

  1. Salam.. Saya pun alami masalah rambut gugur lps brsalin..sy baca review sis mcm menarik.. Tak sabar sy nk cuba

    BalasPadam
  2. Wslm...tq sudi baca.sampai ke hari ini saya pakai syampoo himalaya...memang tak ggur dah.rambut jadi hitam, tebal dan cantik. Tapi tak tahu la lepas dah bersalin ni.setakat ni, xgugur lagi..heee

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum...saya pun skrg rambut da blambak-lambak gugur..n pnh try himalaya anti hair fall..n mmg kepala sgt la gatal..cuma nak tau gatal tu sbb kelemumur ke cne...sbb sy pki syampu tu...ada plak kelemumur....hmmm

    BalasPadam
  4. assalamualaikum sis...just nk tny kpla gatal tu sbb mmg gatal or sbb kelemumur..bkn pe..sy pki mmg jd ada kelemumur plak..hmmmm

    BalasPadam
  5. Waalaikumussalam, sis pakai memang gatal sgt2, tapi tak de kelumumur. Tak lama, naik anak rambut yang banyak sangat2. 1 lg masalah sis masa mula2 pakai, naik jerawat kat kulit kepala masa anak rambut nak tumbuh, tapi lama kelamaan, bila sis terus pakai dan biarkan saja kulit kepala gatal, dah tak gatal pula skrg walaupun sis shampoo rambut 2hari sekali@3hari skali. Lebih drp tu gatal la.he. selama ni, sis tak pernah xcuci rambut, shari 1x@2x cuci rambut kalo shampoo lain..sb kjap je berminyak dan gatal. Alhamdulillah, sis pakai ni, ok. Yg ptg rmbut tak gugur.

    BalasPadam
  6. Cintarahafiz, adik saya juga guna n ada kelumumur lepas tu.tapi tak gugur dahla rmbut dia. Dia pun ada tanya saya ada kelumumur ka x. Kalau sy tak de.tp kulit kepala gtl tu sama.mmg gtl. Cuma,dia terus guna ja.nanti saya tanya balik, kelemumur dia dah ok ka x.

    BalasPadam
  7. Rasa mcm nk try lah rambut gugur teruk sgt. Haih

    BalasPadam
  8. Saya penah guna gak tapi x konsisten...lepas ni kena beli baliklah

    BalasPadam
  9. Hai Sisca, try la dulu. Mana tau berkesan. Kalau tak berkesan nanti kita sama2 cari puncanya pula k.

    BalasPadam
  10. Akak kembang, try guna konsisten k. Mula2 tu saya pun mcm malas je pakai sebab macam keras je rambut. Tapi teruskan juga smpailah skrg. hehe. Thanks singgah blog kiteeee..

    BalasPadam
  11. Salam nk tanya..shampoo loreal 3x hair fall tu ok x? Saya baru nk beli..google sikit pasal rambut gugur smpi la kesini..himalaya sesuai x utk lelaki?

    BalasPadam
  12. Salam nk tanya..shampoo loreal 3x hair fall tu ok x? Saya baru nk beli..google sikit pasal rambut gugur smpi la kesini..himalaya sesuai x utk lelaki?

    BalasPadam
  13. Waalaikumussalam anon 3 oct 00:50,

    Saya tak pasti tentang tu. Sebab sebelum ini saya ada pakai pantene, sunsilk, rejoice dan sekali pakai l'oreal tapi xada perubahan.Tak dapat bagi pendapat samada berkesan ka x. Untuk shampoo himalaya ini pun, saya xpasti ok ka x utk lelaki. Sebab saya share pasal pengalaman saya guna. Hehe. Apapun, try je dulu. Kita try and error. Saya selalu mcm tu la. Begini lah, habiskan dulu syampoo yang ada sekarang. Kemudian nanti try himalaya. Tengok macam mana kan. Kalau rasa lambat nak habis, beli himalaya yg kecil dulu. Stop L'oreal dulu kalo masih gugur rambut. Pakai Himalaya tengok macam mana. Kalau ok, teruskan. Kalau tak ok, pakai balik L'Oreal. Atau cr cara lain pula k.

    BalasPadam
  14. salam sis, kalau rambut gugur dan berkelemumur sesuai pakai yg mana agak2? anti haor fall or anti dandruff? pening betul nk buat pilihan

    BalasPadam
  15. Waalaikumussalam anon 6 oct 9:46, samalah macam sis dulu, nak beli protein ka hair fall.Lepas hidu bau protein tak sedap pakai sekali tu saja. Kalau menurut pengalaman adik saya dia pun pakai syampoo himalaya kan kemudian ada pula kelemumur, dia just gunakan yang anti hair fall, tapi jangan lama sangat tak cuci rambut. sehari sekali lah dulu. Dah kurang kelemumur baru 2hari sekali. keringkan rambut dulu tau kalau pakai tudung. Kalau bertudung la.hee

    Jadi, pendapat sis beli anti hair fall dulu lah k. Harap membantu. Just share pengalaman.

    BalasPadam
  16. Salam sis...nak tanya..sis pakai shampoo ni every day ke seminggu 3 kali yer? Saya nap try tap takut pakai setiap hari jadi lain pulak..

    -Fifa-

    BalasPadam
  17. Waalaikumussalam Fifa..Seminggu 3kali pun ok fifa. Memang mula2 tu ms rambut akak luruh tu risau sgt2 smpai botak dah sebahagian. Tapi teruskan pakai je sebab dah tak tahu cara lain. Habis luruh rambut. Naik anak rambut banyak sgt2. Biarkan pjg. Gtl memang gatal. Tapi bila dia dah naik tak gtl dah. Rmbut akan jd tebal. Ini mengikut pengalaman saya. Sekarang lepas bersalin anak kedua rambut gugur semula tau. Tapi akak truskan pakai shampoo ni. Tengok macam mana pula.

    BalasPadam
  18. Thanks for the review sis. Saya pon dh habis cara nak setelkan masalah rambut saya. Gugur byk sgt. Saya cuba mcm2 jenis shampoo n tonic rambut. Semua yg herba je sbb igtkan herba boleh membantu. X pernah come across dengan shampoo himalaya ni. Sampai terpikir dah nk keluar kan duit dlm bank n pergi yun nam hair care je sbb dh stress sgt.

    In shaa Allah shampoo herba yg saya tgh pakai ni dh nk abes. Nnt saya nak try yg ni plak. Terima kasih byk2 sbb bt review ni.

    BalasPadam
  19. Waalaikumussalam Aikal Sulaiman. Sama-sama. Saya pun memang dah give up masa rambut dah terlalu nipis waktu tu, nasib baik ada orang review juga tentang shampoo Himalaya ni. Itu yang terus cuba dan bersabar tengok hasilnya. Memang pernah terfikir nak ke Yun Nam juga tapi takut mahal. hehe. Alhamdulillah, masalah rambut selesai dengan Shampoo Himalaya ni. Tapiiiiii..lepas bersalin anak kedua ni, rambut gugur semula. Jadi, ni tengah tengok kesannya pula bagaimana. Adakah masih dapat membantu atau tidak. Hehe. Kita try n error. Rambut pun tak mahu potong dah. Huhu. Thanks sudi singgah blog kita k.

    BalasPadam
  20. Salam kak...sy hampir give up dgn keguguran melampau...

    Setelah baca blog akak...alhamdulillah..tq kak..

    BalasPadam
  21. Waalaikumussalam Mizyan, sebab apa keguguran rambut melampau tu?huhu. Kadang2 hormon kita. Jangan lupa jaga kesihatan dalaman juga ok. Makan suplemen untuk dalaman tau. Tq sudi baca blog kita.

    BalasPadam
  22. Assalam sis, syampu ni wangi x? Hehe

    BalasPadam
  23. salam sis...sy pn alami mslah y sma..sy nk try la..tp sblm tu sy nk tya...klau sy bli shmpoo n prtein cdtioner tu skli bole ke x..mksud sy lpas pkai shmpoo pkai cdtner plk..sbb sy x biase pkai shmpoo x pki cdtner sbb tkt rbt jd kras ..������

    BalasPadam
  24. Anonymous 24 November 2016 @ 11:17,
    waalaikumussalam, soryyy, lambat reply komen. Akak ada beli anti hair fall dgn protein, anti hair fall je bau sedap.hehe. yang lain hidu je, tak try lg. Anti hair fall juga bau sedap.hehe

    Daa yana,
    waalaikumussalam daa yana, sori dear lmbt balas. Try la. Lagi bagus beli dgn conditioner sekali supaya rambut jadi lembut je, mula2 pakai mmg banyak beza dgn syampoo lain. Dulu halus mulus. Pakai shampoo ni, keras sat. Lama2 kita biasa.hehe. yang ptg rambut tumbuh. Tengok anak rambut. Akak baru 4bulan lebih bersalin dah balik rambut gugur sebab kebiasaan lepas bersalin, tapi akak tak risau sgt, sebab byk anak rambut tumbuh, tapi pengalaman berulang kembali. Rambut gugur dengan jayanya...

    BalasPadam
  25. hihi...xpe sis..sy pn dh bli dh ni sis..mcm best je pkai..pkai dgn cdtner lmbut gilorss ln cdtner himalya..x mcm cdtner jenama lain...sgt best cdtner hmlya.. 😍😍😍..yeke akak..waaa xcited bca akak ckp ank rbut byk tbuh.. 😚😚😚😚

    BalasPadam
  26. Daa yana, best pakai conditioner himalaya kan. Akak jarang2 pakai. Berjimat.hehe. ya. Anak rambut tumbuh banyak tapi bertahun jugalah nak tunggu panjang. Thanks sudi singgah blog akak. Ada bkog tak, nanti akak singgah pula.

    BalasPadam
  27. assalamualaikum saya nak tanya. setiap shampoo kena pakai conditioner ke? dan saya beli hair cream anti hair fall dia. akak tahu tak cara pakai dia? kena pakai hari hari ke?

    BalasPadam
  28. waalaikumussalam atiqahzamzam, Tak juga dek, mula-mula akak pakai tak pakai conditioner. Tapi lagi baguslah kalau pakai sekali. Rasa-rasa akak cream rambut kena pakai hari-hari, lepas cuci rambut, sapukan cream rambut kat kulit kepala supaya bahan-bahan dia meresap dan membantu atasi masalah rambut gugur ni. Tiqah try tengok direction dia macammana k. Akak tak pernah beli cream rambut lagi. Pernah dapat trial sunsilk je dulu.hee

    BalasPadam
  29. Sy pon baru je pki nie .. Tp knpa eh rmbt sy makin terok gugurnya .. Mmg gitu ke ?

    BalasPadam
  30. assalamualaikum kak. nak tnye. takpe ke kalau pakai conditioner brand lain?

    BalasPadam
  31. kalau pakai conditioner brand lain takpe ke

    BalasPadam

  32. Salam Lynnalishaj, sebab apa gugur rambut ye?kalau macam sis kan, sis baru lepas bersalin tau dah mesti akan gugur rambut, sis memang pakai shampoo himalaya je, sekarang, makin menjadi2 gugur rambut sampai risau juga, tapi sis perasan anak2 rambut banyak tumbuh. Jadi, sis cuba bersabar. Sebab ini kali kedua gugur rambut teruk ni, mula2 dpt selesai dengan himalaya. Kali ni, nak tengok lagi.hehe.


    Waalaikumussalam anon dan nur, rasanya boleh je. Yang penting sesuai. Hehe

    BalasPadam
  33. Salam akk. Sye pon dh pkai syampoo ngn minyak rmbut himalaya. Tpi mcm x de kesan je. Kne pkai conditioner die gak ke?

    BalasPadam
  34. Waalaikumussalam Hani, Berapa lama ye Hani pakai syampoo? Berdasarkan pengalaman akak, akak pakai syampoo lama baru dapat kesan, rambut memang terus menerus gugur. Tapi cuba Hani cari punca keguguran rambut Hani. Mungkin ada punca lain. Macam akak sekarang, akak pakai syampoo dan conditioner je tapi lepas 3bulan bersalin, mula gugur dengan jayanya sampailah sekarang anak dah 6 bulan masih gugur. Banyak sangat rambut gugur sampai dah nipis sangat2, tapi akak teruskan juga pakai. Alhamdulillah, sekarang walaupun masih gugur tapi semakin berkurang. Maksud akak, kurang gugur tapi tetap banyaklah, cuma taklah sampai segemgam macam sebelum ni. memang risau yang amat. Hampir nak cari cara lain. Fikir2, takpelah. teruskan pakai. Sekarang anak rambut banyak sangat naik dah. Jadi walaupun ada gugur juga tapi tak risau sangat dah cuma 1 masalah bila anak rambut tumbuh, kulit kepala teramatlah gatal sampai akak cabut pula rambut tak gugur. Sama dengan apa yang akak pernah alami masa lepas bersalin anak sulung dulu.

    So, akak cadangkan Hani cuba dulu habiskan syampoo Hani. Lepas tu selalu tengok ada tak anak rambut tumbuh. Kalau tak ada juga, Hani try cari produk lain k. Kadang-kadang result berbeza.

    Sorry, panjang sangat. Just sharing.Hehe. Tq sebab sudi singgah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo. Okay. Sye bru je pkai dlm sebln lbih. Die mkin gatal mybe sbb anak rmbut tumbuh kot. Then, sye perasan yg sye ade kelemumur dh skrg. So, kwn sye suggest pkai himalaya anti dandruff. X pe laa, sye hbiskn yg ni dlu, then bru tukar syampoo. Btw, thnx a lot akk. (∩_∩)

      Padam
  35. Assalam akak .. saya pun mengalami masalah gugur rambut ni kak .. mcm2 saya dh pakai , serum, krim, pill 21st century utk rambut pun dh pakai tapi masih sama rambut bnyak yang gugur .. saya lelaki baru umur 24 tahun tapi dh mengalami masalah ni .. setahun yang lepas lebat je rmbut skrg dah nipis.. nak tnya himalaya ni bagus utk lelaki juga ke ... apa2 akak whatsapp saya boleh nak tnya progress 0173831415 .. saya ni smpai dah terdetik nak buat treatment tanam rambut dah tapi ragu2 hal tu .. minta tlong akak cntact saya ye .. berharap sangat ada penyelesian utk rambut saya .. dah la bulan 9 nak smbung belajar ni 😢.. terima kasih kak

    BalasPadam
  36. To anonymous 20 January 2017 @ 01:29,

    Waalaikumussalam wbt, akak tak pandai sgt cuma akak crta mengikut pengalaman dan pengetahuan akak serba sedikit. Masalah rambut gugur ni, bila kita dah start rambut gugur, kalau boleh rambut kita akan gugur sampai nak habis. Begitula jadi pada akak. Walaupun kita pakai syampoo anti hair fall, kemudian pakai serum, makan suplemen untuk galakkan pertumbuhan rambut, tapi tetap rambut gugur. Jadi, akak rasa mcm ni, selagi rambut lama tu tak gugur semua, memang akan terus gugur. Cuma, lepas tu rambut baru tumbuh, dapatlah kembali rambut baru yang lebih kuat.Macam akak sekarang, rambut memang sentiasa gugur. Cuma skrg semakin berkurang kadar keguguran rambut tu. Masalah perempuan selalu rambut gugur sebab bersalin, sebab bertudung (rambut basah terus bertudung), dsb.

    Try cuci dengan syampoo 2hari sekali. Pakai serum, makan suplemen dengan betul. Biarkan rambut lama gugur, sb akar dia dah tak kuat. Perhati kat kepala, buka rambut dan tengok betul2, ada tak anak rambut tumbuh. Anak rambut halus akan tumbuh dengan banyak. Kulit kepala memang akan gatal sangat2. Nak tumbuh rambut balik memang ambil masa yang lama. Nak gugur pun akan terus gugur dalam tempoh masa yg lama. Itu yang buat kita risau sangat kan. Dulu pun akak mcm teringin nak buat tanam rambut, tp kita tak patut buat kan.

    Bagi masa untuk rambut tumbuh semula. Gel rambut perhati bahan dia. Kalau boleh elak bahan kimia banyak sangat ye.

    Thanks sudi baca blog akak.

    InsyaAllah kalau ada cara lebih baik untuk selesaikan masalah rambut gugur nanti akak akan update. Kadang2, result yg kita dpt berbeza2 bergantung kepada tubuh kita. Mcm kulit muka kan. Kadang sesuai dgn kita, yg lain tak sesuai.

    BalasPadam
  37. Ops lupa, try shampoo himalaya anti hair fall. Beli conditionar supaya rambut mufah diurus, mudah disikat. Tengok perkembangan macam mana. Selalu perhatikan anak rambut tumbuh ke tidak ok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Okay kak .. saya akan try himalaya anti hairfall tu.. apa2 perubahan dalam masa sebulan saya pkai saya akan share disini.. terima kasih kak ☺️

      Padam
  38. Anon 21 January, 2017 @ 12.07
    sama2 dear. Akak pun akan update bila akak ada perubahan apa-apa next time. Jangan lupa share kat sini tau. Kalau ada syampoo lain yang berkesan pun, sharelah kat sini.

    BalasPadam
  39. Assalamualaikum kak..sye cume nak tye selain akak pakai shampoo tu, dalam masa yang sama akak ade amalkan produk lain ke? Bukan ape sbb gambar kat atas tu sye nampak shaklee :D

    BalasPadam
  40. assalamualikum...utk makanan tambahan apa yg sis blh cadangkan utk kurangkan keguguran rambut..

    BalasPadam
  41. To : Mohamad Syafiqul Aizat
    waalaikumussalam, maaf akak lambat reply. Baru jenguk blog.
    Ya, Produk Shaklee yang akak amalkan untuk bantu pertumbuhan rambut yang lebih kuat dan lebat ialah makan ESP (Energizing Soy Protein) sebab rambut dibina dari protin.
    Keguguran rambut banyak punca salah satu stress sebab kurang tidur, jadi boleh amalkan B-Complex untuk release stress. Selain itu, produk yang boleh bantu untuk atasi keguguran rambut dari dalam secara semulajadi adalah vivix, Collagen Powder, Vit E. Vit C, Lecithin dan GLA Complex. Shaklee juga ada syampoo untuk atasi rambut gugur iaitu PROSANTE HAIR CARE. Akak tak pernah cuba lagi, insyaAllah akan datang. hehe

    BalasPadam
  42. To Aznan Mohamad
    Waalaikumussalam. Terima kasih sudi bc blog sis. Sama juga yang macam sis cadangkan kepada Mohamad Syafiqul Aizat. Sis konsisten consume ESP untuk rambut, kuku, kulit yang sihat selain bagi tenaga dan rawat gastrik sis yang teruk. Alhamdulillah sangat-sangat membantu.
    Sis konsisten ESP sampai sekarang hampir 2 tahun. Best. Boleh cuba dan order ya. Apa-apa sahaja suplemen Shaklee boleh order dr sis. Tq.

    BalasPadam
  43. Assalam kak... mcm mana ye adik akk tu.. sy pn berkelemumur.. tp rambut mmg dah stop gugur lepas pakai.. tp jadi kelemumur n gatal sgt... before ni pakai clear tok hilang kelemumur..kelemumur mmg hilang..tapi dgn rambut2 sekali dia hilangkan😂... huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Aishah for late reply. Untuk masalah kelemumur, kerapkan mencuci rambut ok. Akak juga sebelum ni ada kelemumur bila lambat cuci rambut. Then cara akak atasi, kerapkan cuci rambut 2hari sekali. Kalau Aishah selalu ada aktiviti luar yang buat berpeluu, boleh cuci 1x sehari. Yang penting keringkan sebelum mengenakan tudung k. Adik pun terus pakai and masalah kelemumur sudah semakin berkurangan. Bagi akak suplemen membantu especially ESP, vit C and B-Complex. Hehe. Cadangan saja. Hehe.thanks sudi baca.

      Padam
  44. Rambut saya gugur sebab genetic problem.
    Shampoo ini boleh tak atasi masalah ini?
    Saya memang nak beli (ingat shampoo sahaja), rupa-rupanya bukan shampoos sahaja yg dijualnya, tetapi conditioner, tonic oil, hair cream dan etc, all himalaya anti-hair fall product. So lagi keliru untk saya beli. Tak tahu mana yg penting. Kalau minta beli kesemuanya, tak nak lah, ingat shampoo je, sbab saya tak suka guna bnyk2 product...

    BalasPadam
  45. Rambut saya gugur sebab genetic problem.
    Shampoo ini boleh tak atasi masalah ini?
    Saya memang nak beli (ingat shampoo sahaja), rupa-rupanya bukan shampoos sahaja yg dijualnya, tetapi conditioner, tonic oil, hair cream dan etc, all himalaya anti-hair fall product. So lagi keliru untk saya beli. Tak tahu mana yg penting. Kalau minta beli kesemuanya, tak nak lah, ingat shampoo je, sbab saya tak suka guna bnyk2 product...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Milthon, kalau diikutkan setiap produk dalam rangkaian shampoo tu mesti ada fungsi tersendiri untuk atasi lagi efisien masalah rambut gugur. So, kalau bajet cukup akak rasa the best ambil kesemua sebab masalah genetik mungkin sedikit sebanyak dapat diatasi. Oh ya, suplemen untuk kuatkan akar rambut dari dalam juga penting seperti esp iaitu protein untuk sihatkan rambut. Thanks sudi baca na

      Padam
  46. kalau rambut bewarna boleh pakai ke ? luntur tak warna tu ?

    BalasPadam
  47. sy dah pakai..mula2 memang nampak kesan rambut dah tak gugur tu, lama2 pakai rambut jadi gugur balik..kenapa ye? sy baru pakai +- 6 bulan..

    BalasPadam
  48. Assalamualaikum akak.Saya ni seorang lelaki,baru umur 19.Tpi x dan ada masalah rambut gugur.Saya da beli shampoo ni ats nasihat akak.Saya dan pki selama 3 ari.Tpi mcm x de kesan pun.Rambut masih gugur.Ke kena pki selama seminggu or 2 minggu,baru ok ?
    Saya takut sngt sbb saya masih muda agi

    BalasPadam
  49. Salam. Akak. Syampoo ni dia satu set ea (syampoo + conditioner)?

    BalasPadam
  50. @nur humairah razak:

    Yeke Nur Humairah, sis cadangkan Humairah makan suplemen untuk kesihatan dalaman terutamanya untuk kekuatan rambut iaitu ESP dan B-Complex sebagai anti stress. Sis konsisten dua ni. Rambut masa lepas bersalin anak kedua cepat tumbuh dan sekarang dah lebat balik.

    jika tak sesuai boleh cuba shampoo shaklee pula ok.

    BalasPadam
  51. @Fahmi:

    Waalaikumussalam Fahmi, Gugur rambut tu Fahmi ada cari tak punca dia sebab apa. Contohnya selalu stress ka, hormon tak seimbang, akar rambut tak kuat,rajin pakai topi ke? atau apa sahaja yang mungkin jadi penyebab keguguran rambut Fahmi.

    Sebenarnya shampoo Himalaya ini, akak memang dah nekad bersabar untuk tengok result sebab akak pakai banyak jenis shampoo dah, serum pun beli untuk rambut, tapi macam tu juga. Masa mula-mula pakai Himalaya memang takde kesan. Sebulan, dua bulan tetap luruh dengan banyak. Segenggam lagi. Tapi akak nekad. Cuma masa tu akak dah start konsisten suplemen SHAKLEE iaitu ESP, B-Complex yang sesuai untuk rambut gugur.

    Jadi pemulihan rambut gugur semakin cepat.

    Jadi, akak rasa, Fahmi cari punca kemungkinan, kemudia lepas tu kita ikhtiar dengan apa cara sekalipun asalkan sihat dan selamat OK. TQ sudi baca blog sis k. Maaf panjang lebor. hehe

    BalasPadam
  52. @Anonymous:

    Waalaikumussalam, Ya ada set. Syampoo ada, conditioner ada dan juga krim rambut.

    BalasPadam
  53. assalam kak.. nak tnya ada ke salah satu punya rmbut gugur ni berkaitan dgn pnyakit resdung.. sya ada rsdung kak dan rmbut slalu je ggur dh bermcm prodok shampoo aku guna tpi still gugur juga. resau la kak sbab aku msih muda tpi rmbut dh mkin nipis kulit kpala pn dh boleh nmpak.. resau sgt msih muda dh botak.. sya llki kak.. akak ada tips ke untk sya ni yg mngalami pnyakit rsdung dan shampoo apa bgus untk mslah rsdung ni.. sbab org kata rsdung ni adalah satu punya rmbut gugur.. shampoo ni ok tk kak untuk llki dn juga msalah rsdung mcam sya ni.. tu je kak.. hrap akak ada tips untk sya ni yg brmsalah rsdung.... mkasih..

    BalasPadam
  54. Pgalamn saya plak klau kelemumur tu sy pkai shampoo follow me anti dandruff tu ok dh takde kelemumur tu..cuma kesan sbmlm ni je rambut gugur..nk try le..himalaya utk tumbuhkn anak rambut blk

    BalasPadam
  55. Salam. Akak still pakai lagi ke syampu ni? Rambut dah tak gugur ke? Banyak tak rambut yang dah tumbuh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, tak pakai dh buat ms skrg. InsyaAllah lepas ni akan guna balik.

      Skrg pakai syampoo pantene. Kesan gugur lepas bersalin hari tu masih ada. Nasib baiklah supplement membantu, ada juga anak rambut tumbuh dan kepala xsmpai botak dah.

      Padam
  56. tq for the review, memang tengah cari syampu tuk hairfall problem

    BalasPadam
  57. sy mengalami keguguran rambut yg sangat dasyat baru-baru ni sampai nampak kulit kepala. tak tahu kenapa. adakah sebab salah syampu? saya pakai syampu & conditioner Tresemme sekarang ni. sejak pakai syampu tu, rambut byk gugur. setiap kali sikat rambut, mandi atau sisir rambut guna tangan, mesti segumpal rambut akan gugur. stress! nak try syampu himalaya ni pulak la. harap kembali lebat mcm dulu dan tak gugur lagi.

    BalasPadam
  58. @Anonymous:

    Sebenarnya, apa yang akak perasan kan. Syampoo semata-mata kadang-kadang tidak mampu merawat masalah keguguran rambut kita sebab ia berpunca daripada banyak faktor.

    Apa yang akak perasan rambut akak makin kuat dengan pengambilan supplement ESP, B-Com, dan juga Alfalfa. sekarang tengah pregnant walaupun syampoo Himalaya dah beberapa bulan akak tak pakai tapi rambut still lebat dan tak mudah gugur.

    so, pendapat akak kenali punca keguguran rambut kemudian boleh cari penyelesaian yang hampir dengan masalah kita.

    Macam akak, pembawa talasemia automatik ada anemia. Jadi rambut mudah putus dan gugur. Jadi akak tambah tenaga dengan ESP, sebab ada protein untuk rambut, elak stress dengan B-Com, kemudaian sekarang amalkan Vitalea bagi cukup nutrisi yang kurang.

    Alhamdulillah masalah keguguran rambut memang dah ok. Nanti lepas bersalin anak ketiga mesti rambut akan gugur, tapi tak risau dah sebab cepat tumbuh balik.

    BalasPadam
  59. @~~Miss Diela~~:

    amalkan supplement juga k merawat dari dalam lebih efektif daripada merawat luaran saja. Ini cara akak sebab tu yang jadi ahli Shaklee, bukan meniaga semata-mata. akak guna dulu baru percaya mana yang baik. hehe

    BalasPadam
  60. Thanks for sharing��..tp produk himalaya ni memang berkesan..sy ni masalah rmbut gugur dan berkelemumur tp slps pertama kali guna himalaya shampoo n conditioner anti hair fall ni kelemumur dh hilang..rambut pun licin n lembut je,rambut gugur masih ada sebab pertama kali guna kan so mungkin bila guna berterusan rambut gugur akan hilang kot..sbb masa sikat rambut lepas mandi tadi pun dah tak nampak banyak macam biasa rambut gugur dekat sikat selalunya banyak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah sesuai utk saudari. Saya dulu pun sama. Tapi ambil masa jugalah gugur rambut tu berkurang. Kulit kepala dah nampak. Rmbut dah gunting.

      Lepas makan supplement, kmdn konsisten syampoo ni, anak rambut naik dgn banyaknya. Lama kelamaan rambut jd tebal spt sediakala.

      Cuma skrg nak maintainkan syampoo ni agak mahal. Nak guna banyak. So, ada jgk la skrg pakai syampoo mcm2 jenis. Masih ada gugur sikit kesan lepas bersalin hr tu.

      Cuma konsisten esp. Next time nak tukar syampoo yg lebih bagus spt himalaya ni.

      Padam
  61. maaf nak tanya. masa nk guna tu campurkn dua2.. syampu + conditioner gaul2...atau syampu dulu, cuci kemudian buh conditioner? huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuci rambut dan syampookan dulu.

      Lepas tu bilas rambut- cuci buih drp syampoo tu kemudian barulah pakai conditioner.

      Ratakan ke seluruh rambut. Then bilas.

      Kurangkan menyikat rambut time gugur tu ya .Sikat sesekali saja.

      Padam
  62. assalam sis..sye nk tnye mne yg sesuai utk sye yg berambut jarang dan halus.. sye ade jgk dgr yg shampoo himalaya ni berkesan.. antara anti-hair fall atau protien..sye bru mula botakkan kepala krn ade yg menasihati sye utk botakkn dlu 2-3 kali n dlm mase yg same pakai shampoo yg sesuai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, maaf atas kelewatan membalas komen saudara.

      Ok, botakkan kepala membantu juga tu. Utk rambut jarang/halus tu lebih sesuai protein tu. Protein menguatkan akar rambut dan juga menyihatkan rambut. Cubalah.

      Harap membantu ya.

      Padam
  63. Assalamualaikum.... sy dh guna shampoo anti hair fall n conditioner jenama himalaya ni....ok mslh rambut gugur setel...mula2 pkai 2x shari... rsnya dlm 2 minggu br nmpk effect...anak2 rambut tumbuh... sblom ni rambut sy gugur btompok...tp ade kelamahan jgk...shampoo ni wat rambut kite kering bcabang... pastu skang ni dh jd bruban plak...sy berumur awal 30an .. nk kata genetik..mak ayah sy umur 50 pn rmbut hitam lg... tp just nk bgtau..shampoo bgus utk rambut gugur...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Syampoo ni ada kekurangannya sebab dia xsm dgn syampoo lain. Syampoo ni lebh natural maksudnya ada kelebihan dr segi bahan dia free from paraben, silicone dan sles. So, bagus kat situ. Bila xde benda tu, rambut kita bila lepas cuci mcm keras. Hehe. Xberalun lembut. Kejung je rasa. So, kena dptkam conditioner dia utk mslh ni. Kalau utk uban, sis xpasti sb alhamdulillah rambut sis xberuban pakai syampoo ni. Juga xbercabang. Tak pasti yg itu kenapa. Cumanya pernah dengar ttg kelemumur tiba2 ada. Tp sis xde.

      Padam
  64. Salam sis..rmbut sy gak byk gugur..bila baca kt blog sis..sy gak tringin nk mncuba shampu himalaya hair fall

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba. Kalau xsesuai cari yang sesuai. Kita kena selalu try n error. Lg satu kenali punca insyaAllah baru kita dapat selesaikan masalah tersebut. Tqsm sudi bc blog sis

      Padam
  65. Waahh nice tips !! btw kalau korang rambut gugur kan boleh pakai balm rambut ni saya dah pakai alhamdulillah rambut tak gugur dah & rambut makin lebat hahah


    tgk kat link bawah ni
    https://www.petuarambut.com/

    BalasPadam
  66. Salam akak, sy berumur 30 tahun. Saya mengalami keguguran rambut sejak sy diploma lagi pada usia 24 hingga kini dan menyebabkan penampakan kulit kepala @ botak dibahagian persekitaran tengah dan belakang kepala. Adakah keguguran rambut perempuan sama dengan keguguran rambut lelaki?. Setiap kali saya mandi @ selepas mandi, mesti akan keguguran rambut. Sy berharap recommendation dari akak penggunaan syampu himalaya anti-hari fall ni sesuai untuk semua mahu pun lelaki @ perempuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, maaf lambat reply ya. Keguguran rambut ada banyak punca, salah satu genetik. Selain tu, gaya hidup dan pemakanan. Kalau boleh cuba cari puncanya, baru dapat ketahui cara penyelesaiannya. Jika kekurangan zat/vitamin boleh topup dengan vitamin Shaklee. Shampoo Himalaya membantu akak tapi kekadang kesannya tidak sama setiap orang. Jika xsesuai, cari pula shampoo yang sesuai ya. Jgn give up. Kita kena try and error dan yang penting ketahui ingredientnya ya. Selain itu boleh berbincang pada yang pakar juga.

      Padam
  67. Kalau produk himalaya untuk 1 set boleh ke ibu mengandung gunakan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, boleh. Dia berasaskan herba. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  68. Sy jg sdg alami mslh rambut gugur & terfikir nk try shampoo himalaya ni. Seems mm pp rea punya experience buat sy lbh confident utk try shampoo ni. Sekejap lg sy nk pergi guardian, hopefully ada la stok shampoo anti hair fall himalaya & conditionernya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, try & error. Supplement pun perlu jgk amik, vitamin utk kesihatan badan.boleh cuba. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  69. Assalamualaikum kak,sye ada mengalami masalah rambut gugur,umr saya baru 27 tahun,sye rsau rambut sye botak.Sblum nie rambut gugur sdikit demi sdikit.Tapi tahun 2021 dalam brapa bulan nie sye prasan tiba2x rambut bhgian tengah sye makin jrg dn npk kulit secara drastik.Sye pun beli shampoo himalaya anti hair fall dan oil dia skali,Dah sbulan sye guna tapi rambut bhgian tgh still jarang bhgian tepi dgn belakang je lembat.Dan sye prasan kulit kepala ade tumbuh mcm jerawat kdg2x.Patut ke sye guna lgi shampoo himalaya nie or stop guna dan try produk lain?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, maaf kak lambat reply. Pada pendapat akak, better stop dulu kalau jerawat berterusan ya. Daus Joe boleh cuba shampoo lain juga yang sesuai untuk rambut gugur sebab mungkin Shampoo Himalaya tak sesuai utk masalah rambut Daus. Masalah rambut kita ni kadang berpunca dari sebab lain. Cari punca rambut gugur then Daus cuba cari jalan penyelesaian utk punca tersebut ya. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  70. Your blog is really amazing kindly recommend us best shampoo for hair fall and also write some article on it

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...