ASSALAMMUALAIKUM SEMUA,
Alhamdulillah, hari ni baby dah berumur 2 bulan 18 hari. Benarlah apa yang dikata, pengalaman melahirkan berbeza-beza untuk setiap anak. Nurse ada bagitahu, kalau ada anak 10, 10 10 tu tak sama tanda nak bersalin. Yang itu mungkin betul cuma cara melahirkan bergantung kepada saiz bayi, keadaan bayi, keadaan ibu dan semuanya ketentuan Allah s.w.t. Saya tetap bersyukur walaupun kali ini dengan bantuan vacum. Yang penting adalah, anak sihat. Syukur alhamdulillah.
Jadi, kat sini saya nak kongsikan serba sedikit pengalaman semasa melahirkan anak kedua ni sebab hari tu masa saya tengah tunggu hari, saya banyak search tentang pengalaman melahirkan anak kedua secara induce, memandangkan due dah nak dekat, tapi tanda tak de langsung. Harap-harap yang tersinggah blog ni dapatlah serba sedikit info pasal bersalin secara induce. Lagi satu, nak simpan sebagai memori pada masa akan datang. Maka bila anak-anak dah membesar, dapatlah anak-anak baca macam mana mereka dilahirkan dan mama pun boleh baca untuk ingat balik kenangan semua ini andainya dipanjangkan umur, InsyaAllah.
Masa tu, sakit senggugut tu ada sekali sekala tapi tak de tanda darah mahupun air ketuban pecah. Takut sangat bila baca pengalaman kawan-kawan blogger yang cerita pasal pengalaman melahirkan secara induce. Saya memang asyik mengharap ada tanda samada darah atau air ketuban. Tapi tak de. Risau sangat. Anak pertama dulu ada tanda darah dan sakit macam senggugut kerap dirasa masa minggu akhir nak bersalin tu. Kakak dilahirkan awal 3hari dari due. Jadi, saya anggap yang ini tak dan habis posa. hehe. Rupanya, puasa penuh. Yeahhh. Due 9hb julai, raya pula 6hb pula maka dapatlah beraya beberapa hari. Makan puas2. Tapi dua hari je dan (bahasa utara dan = sempat). Balik dari wad hari tu, asyik terliur tengok ketupat palas, kuih muih, biskut-biskut raya. Hmmm, sabar sajalah. Nyesal kot tak habiskan sebalang. Heee...
8hb Julai, saya kena admit ward sebab due 9hb. Walaupun tak de tanda bersalin kena masuk wad juga. Not allow to post date sebab saya ada mild anemia dan salah seorang pembawa talasemia. HB sangat rendah kadang cecah bacaan 8, nasib baik SHAKLEE banyak bantu. Berkesan kepada saya sebab tu saya suka dengan produk ini. Ini tak tipu, ia berdasarkan pengalaman saya. Kalau ada duit banyak-banyak memang saya nak beli kesemua produk SHAKLEE. Nak cuba semua sebab tak de bahan kimia. All natural. Satg sembang pasai shaklee tak habis pula. Hee. Kalau nak tahu pasal shaklee boleh je whatsapp kiteee k.
Ok. saya cerita secara kronologi la senang.
8hb Julai 2016
12.30 tengahari - Sebab dah tak de tanda saya pun berlengah-lengah dari pagi sampailah tengahari. Sebenarnya nak nangis tinggal kakak Nana. Sangat-sangat sebak terkenangkan anak sulung. Belum masuk wad dah rindu dia. Saya tengok dia, mesti sebak. Entahlah kenapa. Ada sesuatu perasaan macam tak nak tinggal dia. Korang semua pun macam tu ke kalo bersalin anak kedua? Mungkin sebab selama ni, dia je duk bermanja, dijaga, dilayan tak sampai hati tinggal dia. Kejap lagi dah dukung adik, kakak tak leh manja dah dengan mama. Rasa kesian sangat kat dia. Asyik tengok dia je. Haiiiiii, cakap pasal perasaan pula. Tapi serius, memang sedih sebak semua ada. 12.30 tengahari baru bertolak dari rumah ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Dewan bersalin tempat baru best. Suami boleh masuk tengok kita berhempas pulas nak melahirkan.
12.50 tengahari - Sampai kat hospital, daftar masuk wad dulu. Ambil urin dan tukar baju. Doktor terangkan tentang prosedur melahirkan secara induce. Kita sign-sign je. Suami pun diberi peneraangan yang sama.
1.20 petang - Buat CTG pula. Cek jantung baby selama 20minit.
2.00 petang - Doktor buat VE pula, cek jalan dan pasang drip kat tangan. Adoi, sakit. Cek BP.
5.00 petang - Masa melawat. Rindu sangat kat anak dan suami. Lepas depa balik, saya pun mandi, solat dan makan. Tak de rasa sakit langsung.
7.30 petang - Nurse datang cek BP lagi. Masa tu nurse pesan kena puasa start 4.00 pagi sebab nak masuk ubat 6pagi kalau tak de sebarang bukaan. Kalau ada bukaan tak kena induce.
8.00 malam - Adalah sedikit saja contraction lepas doktor buat VE.. Rasa mengeras sikit-sikit je. (Irregular contraction pain)
8.40 malam -Doktor datang nak scan baby. Jadi dianggarkan berat baby 3.2-3.3kg macam tu. Perut saya tinggi sangat bila baring. Semua doktor@nurse yang tengok akan terkejut. Haha. Besar sangat perut saya. Berat bila berjalan dan satu lagi semua orang akan tegur bila tengok keadaan perut saya sebab dah rendah sangat. Kalau duduk tu, memang dah duk atas peha. Malah, tak leh duk elok, kena buka sikit dah sentuh sofa pun kalau duduk. Betapa rendahnya perut saya kali ni. Saya asyik terfikir keadaan anak di dalam. Dah terlampau sangat ni, macam mana keadaan dia nak keluar nanti. Tapi takpe. Saya berserah saja. Kemudian, doktor tanya perihal kandungan terdahulu, berat baby berapa, cara melahirkan macam mana. Saya pun bagitahulah, anak lahir normal dan berat 3.18kg. Dalam kepala saya asyik ingat cara teran dengan baik untuk elak koyakan semua.
1.50 pagi - Contraction (sakit macam senggugut tu) dah start waktu ni. Sakit sungguh tapi tak konsisten tapi rasa happylah sikit daripada tak de rasa apa-apa macam sebelum ni. So, saya dapat tidur-tidur ayam je. Sakit pinggang jangan cakap. Pinggul sekali sakit sangat macam nak patah tulang-tulang support perut.
4.00 pagi - Buat CTG, 20 minit pertama baby tidur pula. Bila dah kejut gerak tak berhenti juga. Jadi bacaannya putus-putus. maka sambung lagi 20 minit untuk sesi seterusnya.
7.20 pagi - Buat lagi VE untuk cek bukaan. Alhamdulillah, buka 2cm. Tetapi doktor decided nak masukkan ubat tapi setengah je sebab buka 2cm je. Nasib baik setengah. Hehe. Kena suruh rehat dan baring je atas katil.
9.00 pagi - Buat CTG lagi selama 20minit.
11.00 pagi - start puasa.
1.00 petang - Buat CTG 20 minit.
2.30 petang - Doktor buat VE. Cek dah 3cm jadi doktor kata tak payah dah bubuh ubat. Alhamdulillah. Sebab orang kata induce sakit, jadi asyik risoooo je. Lepas tu, doktor kata dia tolong buat bukaan. Adoi sakit juga. Lebih sakit dari buat VE. Tapi lembikkan je badan. Nanti kalau keraskan badan lagi sakit. Relaxkan saja tapi tetap sakit. Tak apalah, dah nak bersalin, sakit memang sakit. Tahu dah. Hehe. Saya cuba tahan je biarpun kening berkerut-kerut. Doktor ulang-ulang sebut maaf puan maaf puan. Saya kata, takpe takpe. Nak wat macam mana. Tahan sajalah kan.
3.00 petang - Makan. Solat. Mohon agar dapar bersalin normal. Takut. Berserah saja.
4.00 petang - Cek BP dan cek jantung baby. Ok. Contraction selang 5-10minit. Sakit aduhai. Berpuluh-puluh kali ganda dari senggugut bagi yang pernah rasa senggugut.
8.00 malam - Masuk ke labor room. Tukar baju, pakai baju khas bersalin yang seksi sangat bahagian belakangnya. Bersalin punya pasal, malu duk tepi. Bawa baju dan seluar baby sehelai dan pampers. Suami masuk kemudian kami berborak-borak sementara tunggu doktor dan nurse siapkan apa-apa yang patut. Saya tak lupa minta maaf dan ampun pada suami. Suami kata " Tak ade apa. Jangan risau, saya maafkan semua dah." Wah, ayat tu bah..macam memang banyak salah ni.haha. Ampun suamiku.
Time ni doktor cek laluan masih 3cm. Hmm, tapi sakitnya Ya Allah hanya Allah yang tahu. Saya tak berhenti berzikir tetapiiiiii dek kerana kesakitan kali ini terlalu sakit, hanya erangan je yang keluar. hanya sebut Allah Allah Allah...rasa nak putus nyawa menahan sakit kali ini. Sakit nak bersalin tak de, tapi sakit contraction terlalu kuat sampai bacaan contraction tu dah tahap paling tinggi. Masa tu saya cuba pujuk hati dan munasabah diri mengingati Allah. Allah bagi sakit ini untuk padamkan semua dosa lalu. Allah bagi ini di dunia, tak mengapa. Janganlah di ketika akhirat nanti. Sakit kali ini sangat-sangat berbeza daripada anak sulung. Nurse asyik ulang tanya ada rasa nak terberryyy ke. No. Tak de langsung. Hanya sakit kontraksi je. Sakit macam senggugut tapi beribu-ribu kali ganda. Bukan ratus-ratus lagi. Sakit yang amat tak dapat dah baring elok-elok. Dah jadi macam cacing kepanasan menahan. Kalau dulu, dapat juga tahan kontraksi tu dengan hanya genggam besi katil sampai hilang kemudian datang lagi. Ini tidak, tak sampai setengah minit, SETENGAH MINIT...dah sakit lagi. Saya cuma berserah sepenuhnya pada Allah. Kesakitannya memang luar biasa. Saya cuba tahan, airmata mengalir. Sakit sampai gigi dah grrrrrr...Doktor tanya nak ubat tahan sakit tak. Saya kata tak yah dulu. Tetapiiii dah makin sakit makin sakit akhirnya saya minta doktor ubat tahan sakit. Tapi nurse kata, lebih baik dia bagi ubat bagi sakit supaya ada rasa nak teran. Hati saya berbelah bagi sebab dah sakit sangat kalau tambah sakit lagi, alamak. Nurse kata, dia masukkan ubat tambah sakit lah. Saya pun iyakan saja. Dalam hati mungkin akan ada rasa nak teran bila kontraksi sakit sangat. Tapi tak, hanya sakit sakit lagi sakit. Seriously, bahagian saya sakit. Mungkin yang lain ok.
11 malam - Bukaan 6cm, kemudian, doktor tengok saya berhempas pulas, cek lagi bukaan 7cm. Ya Allah tapi kesakitannya terlalu sakit. Nurse ulang-ulang tanya ada rasa nak b**** tak. Tak de. Langsung takde. Hanya sakit kontraksi yang amat sangat. Berpeluh-peluh dah saya. Nurse suruh teran sikit-sikit. Saya cuba teran tak de rasa nak keluar. Dia suruh teran masa contraction. Saya tunggu sakit, tapi tak bersatu. Tak de rasa nak keluar. Sakit saja. Memang tak dapat nak teran keluar.
Doktor datang siapkan semua peralatan sebab dah contraction sangat tinggi, dia pun suruh teran kuat-kuat sambil dia bantu masukkan tangan. Tangan doktor memang duk situ je entahlah dia buat apa, tapi sakitnya sama macam contraction. Mungkin dia nak buka laluan. Memang tak dapat teran. Saya dah teran sampai 30 minit sampai saya dah letih macam nak putus nyawa orang kata. Saya memang letih yang teramat. Saya dah tak mampu. Tapi memandangkan suami saya di sebelah ada, dia bagi kata-kata semangat yang buat saya cuba juga teran sampai saya sakit kaki, tangan. Tak de rasa nak keluar pun walaupun saya cuba teran sekuat mungkin lebih kuat dari anak pertama. Anak pertama 3x teran dah keluar. Ini, tak de. Macam ada benda sangkut kat dalam. Nurse pun bagi kata-kata semangat. but, memang tak leh teran. Dalam hati saya. Tolonglah buat cara lain, asalkan dapat lahirkan bayi dengan selamat. Doktor cakap, ada 15minit lagi kita tunggu untuk buat bantuan lain. Saya teran lagi tapi betul-betul tak larat. Hanya nama Allah saya sebut. 15 minit kemudian, takde apa-apa perubahan maka doktor buat keputusan buat vacum dan episotomi. Suami mungkin kasihan tetapi dia kata saya dah tak larat sangat. Rambut nampak tapi memang macam susah nak keluar. Laluan kecil. Tak apelah. vacum pun vacumlah. Tetapi vacum ni kena buat sekali dengan sucture. Turih sedikit bahagian tu. Oh...sakitnya. Pedih sangat bila kena turih pelan-pelan sebab ikut saiz bayi.
*** Kena makan kalsium supaya kulit bahagian tu tak mudah tear. Nurse bagitahu kulit bahagian bawah tak koyak langsung walaupun doktor duk seluk baby hampir sejam. Tapi baby besar kena episotomi juga. Kalau tidak lagi teruk koyak sebab kena vacum. Ibu-ibu rajin makan kalsium atau minum susu tau. ESP juga membantu. Vit C pun. Senang cerita, makan makanan yang seimbang k. Yang saya pernah cerita berkaitan urutan perineum tu pun buat k. Saya buat seminggu sebelum bersalin (lambat)***
Sambung tadi...
Doktor kata, kita buat sama-sama. You, kena ikut teran sekali. Dia tolong dengan bantuan vacum. Ok. Start, saya teran sekuat hati saya. tapi susah. Tak rasa nak keluar. Then, doktor kata teran lagi, saya teran sekuattttttt hati saya sebab ada rasa macam nak keluar tapi sangat susah. macam stuck. Akhirnya seorang doktor dengan nurse tolong tolak perut bagi keluar bayi. Adoi, depa tolak perut macam tolak keta. kami semua sekali sama-sama tolak. Saya teran, depa tolak, doktor vacum, nurse sorang lagi sambil turih. Entah beberapa minit. Akhirnya keluar juga hero Malayaku.....Alhamdulillah. Baby keluar pada 10hb Julai 2016 pada pukul 1.27pagi dengan berat 3.72kg. Patutlah macam stuck kat laluan. Besarnya baby saya daripada yang di estimated. Dah tu muka dia dulu. alahai lah anak. Patutlah, patutlah, patutlah takde rasa nak teran bukan sebab tak reti teran, baby besar dari laluan tapi Syukurlah semuanya selamat. Doktor letak kat dada. Nampaklah baby yang comel. Nurse gerak-gerak badan baby lepas tu eekkkkkkkkk. Nurse tanya baby apa. Saya pun jawablah boyyyyy...
2.00 - 5.00 pagi -Kemudian mereka hantar kepada suami untuk diazan dan iqamat. Nurse datang bagi baby menyusu. Alhamdulillah. Dia pandai hisap susu. Kemudian , doktor terangkan baby kena masuk ward sebab ada luka bahagian kepalanya akibat vacum. Tak pelah. Sedih tapi takpelah. Yang penting dia dirawat. Takut ada pendarahan kata doktor.
Saya letih yang teramat sangat. Kaki saya menggeletar sampai ke paha. Saya minta turun kaki daripada besi tempat letak kaki tapi tak boleh. Proses nak keluarkan uri pula. Ohhhhh, letih yang teamat. Habis kaki saya menggeletar. Keluarkan uri, kemudian buang darah. Lama juga buang darah dalam rahim. Siap tu, proses jahit pula. Adoi. Jahit bahagian dalam tak sakit sebab dicucuk sikit-sikit bius. Tapi bahagian luar tak perlu bius. Oh, sakit dan pedih. Tahan sajalah. Dah siap semua, saya rehat dalam bilik yang sama. Nurse bagi minum air milo dan makan ubat tahan sakit.
*Saya tak pandai teran kaki angkat letak tempat khas. Dulu pegang kaki je kat buku lali kuat-kuat.
5.00 pagi - Balik semula ke katil. Allah, badan saya sangat-sangat sakit kesan meneran lama. Lenguh habis. Tangan kaki menggeletar bila bergerak sikit saja. Nak ubah posisi ke kiri ke kanan pun sakit. Bawah pun sakit. Hanya kuatkan semangat untuk bangun ke tandas. Kalau tak tak leh balik pula.
1.00 petang - Cek jahitan
3.00 petang - Dah boleh discharge. Alhamdulillah.
Pengalaman yang berbeza ini buatkan saya jadi sangat-sangat bersyukur.
Dua tiga hari saya makan kalsium dan urut-urut badan sikit baru hilang lenguh.
Alhamdulillah, anak keluar dari NICU pada hari ke lima. Kepalanya dah okey. Kena jaundice selama 2 hari pula. Alhamdulillah. Senang jaga.
Inilah dia anakku yang baik. Semoga jadi anak yang soleh berjaya di dunia dan akhirat bersama kakak Nana k. Amin.
Ok, sambung next entry pula k. Nanti saya cerita pasal berpantang dengan shaklee dan afiat. Saya suka sangat SHAKLEE sebab luka cepat sembuh. Best sangat.
Love, Mama Rea

REA ADAM DANIYAL
2 months...
Dengan kakak Nana...Rea Hanna Sophea...
Mama dan papa sayang kamu.
Ok, sambung next entry pula k. Nanti saya cerita pasal berpantang dengan shaklee dan afiat. Saya suka sangat SHAKLEE sebab luka cepat sembuh. Best sangat.
Follow my FB / IG @mamapaparea
&
@lea sweethouse
Love, Mama Rea
0 ulasan:
Catat Ulasan