Khamis, 2 Februari 2017

TIPS ELAK WAJAH KEMBALI BERJERAWAT

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera semua,

Hari ini nak bagitahu tips untuk elak jerawat kita yang banyak-banyak sebelum ni sembuh dan tak datang-datang lagi. Datang pun sikit-sikit ja kecuali masa hormon huru hara macam mengandung, memang tak boleh dielakkan. Sesetengah orang tiada masalah, dan sesetengah lagi ada macam-macam masalah dengan kulit muka seperti saya ni. Hehe.

Jadi, saya nak bagi tips yang saya guna untuk diri saya hasil pembacaan daripada laman web dan pengalaman diri sendiri. Heee...Kebanyakan saya baca dari sumber internet. Alhamdulillah, ramai blogger yang tak lokek nak bagitahu cara semulajadi, cara selamat untuk elak jerawat naik banyak-banyak. Pada mulanya saya tidak percaya rawatan semulajadi sebab saya lebih teruja melihat hasil drastik keberkesanan produk seperti skincare pelbagai di pasaran kini. Saya memang teruja sampai beli terus set besar.  Saya lebih percaya kesan yang drastik daripada wajah teruk sangat-sangat sampai dapat kulis halus mulus, putih melepak. Berhenti saja atau tukar guna produk lain terus wajah teruk sebelum ni jadi lagi teruk. Padan mukaku. Heehee.

Ok. Antara tips yang saya amalkan untuk mengatasi masalah kulit wajah termasuklah :-

1. Minum air kosong banyak-banyak. Minimun 2 liter-3liter sehari bergantung kepada berat badan kita.



Sebelum ini, saya memang tak suka minum air kosong. Dari kecil lagi memang payah nak minum air kosong. Tengok cikgu masa lepas bajar jasmani, minum air mineral dalam botol. Dalam otak, kenapalah orang suka minum air kosong, dahlah tawar, tak sedap!. Dari kecil tidak tahu khasiat air kosong kan. Saya lebih suka minum air manis selalunya air kopi dan teh. Maklumlah, kami duduk di pedalaman dan orang kampung suka minum macam tu. Lagi-lagi ada ladang pokok kopi. Nenek dulu akan ambil fresh biji kopi yang sudah masak, proses dan tumbuk-tumbuk jadi halus kemudian jadilah serbuk kopi dan buat air kopi. Memang sedap yang amat. Sebab tu kawasan Tenom terkenal dengan Kopi Tenom sekarang. Hehe. Saya duduk situlah dulu.

Laaa, macam mana jerawat boleh masuk cerita kopi. Ada kaitannya, kurangkan minum minuman berkafein ye. Nanti halang serapan nutrisi ke dalam badan. Kalau minum jus lagi baik, cepatkan proses serapan nutrien ke dalam tubuh badan. 


2. Perlu jaga kebersihan barang mekap

Kalau boleh span, untuk ratakan bedak tu jangan lembap, nanti bakteria lekat. Jangan terdedah dengan habuk atau debu. Bagi kulit macam saya ni kalau kena habuk juga akan mulai gatal dan berjerawat. Ringkasnya, segala barang mekap, berus mekap, span, semua kena letak elok-elok. Kalau jenis wajah tak bermasalah tak apa. Hehe


3. Wajib hilangkan mekap sebelum cuci muka

Bagi mereka yang suka bermekap tak kira tebal ka nipis asalkan ada bedak (bb cream, foundation atau apa-apa krim) wajib remove mekap kita dulu supaya masa cuci muka nanti mudah tanggal segala baki kotoran atau kesan mekap. Selama ini, saya tak buang, terus cuci muka gosok-gosok banyak kali. Memang salah cara saya. Sebab itu, sebelum ini juga saya tak pakai pencuci muka lembut-lembut sebab tak hilangkan kesan mekap. Maka, saya beli pencuci muka yang banyak buih supaya kesan mekap mudah tanggal. Namun, salah cara saya tu. Jangan pakai pencuci yang kuat. Hal ini menyumbang kepada kulit menjadi kering. Bila terlalu kering terjadilah iritasi, punca kegatalan kulit, kemudian naiklah macam-macam masalah kat kulit. Minyak di muka bertambah teruk. Saya cuci lagi banyak-banyak nak nyahkan minyak, lagi dia keluarkan sebum dengan banyaknya. Memang teruk muka saya sebelum ni. Berminyak, berjerawat. Rimas sangat. Down sangat.


4. Jangan lupa pakai pelembap dan sunblock (SPF 35 PA+++ ke atas)

Hal ini jangan lupa k. Dulu saya ingat wajah berminyak akan tambah berminyak sebab pakai pelembap. No, sebab ia akan menyeimbangkan lagi minyak yang ada kat muka. Air dengan minyak tak akan blend kan. Tapi kalau minyak dengan minyak memang blend. Vitamin yang ada dalam pelembap akan senang serap kat wajah. Jadi, kena pakai pelembap. Bila pakai pelembap solekan juga akan lebih tahan lama. Tak payah touch up banyak kali. Saya tak pernah touch up balik kecuali lepas cuci muka, pakai bb cream dah. Haha. Memang tahan lama.

SPF juga penting ye untuk melindungi kulit kita daripada sinaran UV yang boleh merosakkan kulit wajah kita. Saya dah kena. Anda kena berjaga-jaga. Sebelum ini, pertama, saya pakai pencuci muka menghakis lapisan kulit, kedua, saya percaya bulat-bulat krim siangnya ada SPF melindungi kulit daripada cahaya matahari. So, saya pakai krim siang itu sahaja. Akhirnya masa pergi pasar pagi dalam pukul 10-11 pagi naik moto merempit dengan suami (Anak seorang masa tu, malas nak naik keta penuh parking), wajah saya pedih-pedih. Sampai rumah merah. Tak lama, pigmentasi yang dah hilang lepas bersalin hari tu, kembali hitam, kusam. Jadi, kalau boleh pakailah pelindung UV walaupun bedak kita tu dah ada. Sekarang saya pakai, walaupun panas sangat, dapatlah elak sunburn. Memang bagus untuk kulit kita. Mula-mula pakai rimas, lama-lama, biasa.

Sedikit kepentingan sunblock :
1. Melindungi kulit daripada sinaran matahari seperti UVA dan UVB
2. Melindungi protein di bawah lapisan permukaan kulit seoerti kolagen, keratin dan elastin.
3. Melindungi daripada penyakit kulit dan  lain seperti katarak serta menurunkan ketahanan tubuh badan (imunisasi)
4. Melindungi kulit daripada proses penuaan yang cepta seperti kedutan, kendur, bintik-bintik hitam dan jeragat.

Dengan cuaca sekarang yang hangat lit-lit, pastikan pakai sunblock yang mempunyai SPF 35 ke atas. Macam saya, saya pakai Neutrogena Ultra Sheer SPF50+ PA+++ (juga boleh melindungi kulit dari UVA dan UVB) sebab dah teruk pigmentasi hari tu lepas salah pakai produk dan kena panas mentari. Apa tu UVA dan UVB, nanti kita cerita panjang-panjang dalam 1 post okey. Saya tak tahu sangat dulu, sampailah baca kat internet betapa pentingnya kita pakai sunblock. Kalau boleh cari sunblock yang ada SPF tinggi sebab makin tinggi spf makin lamalah ia dapat melindungi kulit kita. Cuma, kalau ada aktiviti luar dan terdedah lama dengan sinaran matahari, kena apply tiap 30 minit lah sebab memang kuat sinaran matahari sekarang. Tak mahu cepat tua, kena amal dari muda remaja lagi ye. Jangan macam ceq, dah tua baru tahu. 

Semua tu memberi kesan positif kepada kulit saya. Daripada cara jaga muka, produk dan suplemen. Memang sangat-sangat membantu. Alhamdulillah. Saya akui memang tak percaya jerawat dan masalah kulit lain boleh dirawat, lepas mencuba macam-macam barulah tau mana satu lebih bagus. Pesan saya, jangan cepat tergoda dengan produk putih-putih di pasaran. Jika kandungannya bagus tidak mengapa. Akak pun nak putih jugaaa macam depa, tapi biarlah putih secara semulajadi, tak mahu sekelip mata putih melepak. Lawa memang lawa, tapi kesan jangka panjang kita tak tahu. Cukup dulu saya tak tahu. Anda semua jangan ikut macam saya.hehe.

Sorry, banyak pula celotehnya, suka banyak cakaplah dia ni. adoi.


5. Makan suplemen (makanan tambahan) atau vitamin

Ok, yang ini pun penting. Penting sangat-sangat. Tubuh badan kita memang memerlukan vitamin yang cukup. Jika kurang sana sini, kenalah topup. Lagi-lagi vitamin c. Saya ni keras kepala tak mahu percaya kena amalkan suplemen. Saya kata, saya cukup makan, saya suka makan sayur dan buah. Oh, tidak. Walaupun saya makan banyak, saya tak tahu bahawa kandungan nutrien dalam sayur dah hilang bila cara pengendalian, cara masak kita salah. Untuk yang tak suka makan sayur-sayuran dan buah-buahan lagilah kena amalkan suplemen terutama vitamin c. 



Sedikit fungsi vitamin C :
1. Mengatasi masalah jerawat, kulit bermasalah, resdung
penyakit SKURVI, dan bantu kulit jadi lebih cerah dan sihat.
2. Bantu atasi nafas berbau, bronchitis, batuk, ulser, sinusitis, hidung berdarah, perokok (kena consume banyak vitamin c), tonsilm masalah pundi(hempedu), penyakit jantung?hypertension/strok, kolesterol tinggi, diabetes/kencing manis, tahap gula rendah, gout dan batu karang. 
3. Tingkatkan imunisasi (ketahanan badan melawan penyakit), kesihatan gusi, tulang dan fungsi tubuh secara keseluruhan.

Vitamin C mana pula pilihan anda?
Tentulah yang special macam Sustained Release Vit-C plus Shaklee. Sebab apa special sangat, sebab ia menawarkan manfaat vitamin C tulen melalui kaedah penghantaran proprietari serba semulajadi yang berperanan melepaskan vitamin C secara berperingkat ke dalam tubuh. Jadi tak membazirkan. Kadang-kadang kita perhati mana satu kandungan miligram vitamin c yang paling banyak, maka itulah yang terbaik. Sebenarnya tidak, vitamin c, jika berlebihan akan dikumuhkan melalui air kencing mahupun peluh. Maka, walaupun shaklee menawarkan 500mg vitamin c di dalamnya, tetapi ia tidak membazir kerana dilepaskan secara berperingkat-peringkat. Jimat pula tu, sebotol ada 180biji tahan 6 bulan ok, harganya pun affordable tak sampai RM100 pun. Maka, kena cari yang best macam ni ok. Beli dengan saya pun boleh sebab saya agen shaklee. Saya suka vitamin-vitamin shaklee sebab banyak bantu selesaikan masalah kesihatan kami sekeluarga. Tak tipu. Dah guna baru tahu, anda pasti akan jatuh cinta terutamnya vitamin C dan produk paling hot iaitu ESP Shaklee. 

ESP pula saya makan selepas ERPOC (cuci rahim), sebab ia menguatkan balik otot rahim dan membekalkan tenaga dalam tubuh badan saya. Rupanya ESP ini memang bagus sangat-sangat untuk kulit. Bantu pudarkan pigmentasi yang saya alami. Muka saya makin cerah lepas consume ESP tau. satu lagi yang saya perasan sepanjang consume ESP ialah berat badan saya menurun dan maintain je. Sebab saya ambil sebelum sarapan, buat saya rasa kenyang hingga ke tengahari. Lama-lama, tengahari pun makan sedikit sahaja. Makan malam pun sama. Saya perasan yang ESP membantu mengawal selera makan kita. Mungkin kerana masih bertenaga maka kuranglah pengambilan makanan. Apa tidaknya, ESP ni mengandungi protein biologi yang lengkap berasasakan tumbuh-tumbuhan yang secara semulajadinya rendah lemak, bebas kolestrol, dan kaya dengan asid amino penting. Itu yang buat kita dapat kekalkan tenaga berjam-jam lamanya. 

Paling buat saya jatuh cinta betul dengan ESP tentulah kerana ia membantu saya atasi masalah Gastrik. Eh, banyak sangatlah khasiat ESP sebab tu ia produk paling laku. Bancuh 1skop saja pun cukup. Ops! lagi satu, pudarkan kesan strecthmark kat perut semasa mengandung. Yeah.

Sesuai sangat-sangat untuk remaja yang sekolah. Awal-awal pagi sebelum sarapan, bancuh dengan air susu suam arau milo suam, minum. Confirm anda bertenaga kat sekolah tau. Tak lah asyik lapar je tunggu nak rehat. 

Bagi yang bekerja lagi sangat-sangat sesuai. Bantu beri tenaga berpanjangan. 

Masa saya mengandung, memang bantu atasi anemia, kemudian banyakkan susu badan. MEmang milk booster paling best. sebab saya dah cuba minum susu, horlick, dan sebagainya, tapi tak berapa pekat. Bila tambah ESP+alfalfa, MasyaAllah, air susu pekat dan tersangatlah banyak. Saya memang tak salah pilih suplemen. Alhamdulillah. Nanti saya buat post tentang cara berpantang dengan shaklee, dan set penyusuan paling efektif dan paling berkualiti saya pernah jumpa. Hehe. Over. excited sebab saya berjaya menyusukan anak kedua tanpa culas walaupun mencabar juga.



Sedikit fungsi ESP:
1. Untuk tenaga (sesuai untuk lelaki dan wanita kerana ia beri tenaga/ menahan lapar.
2. Mencegah penyakit jantung.
3. Untuk kulit bermasalah,(jerawat/kusam/berparut dll)
4. Sesuai untuk pesakit kencing manis, anemia, berat badan berlebihan, kolestrol dsb.
5. Sangat bagus bagi ibu menagndung, berpantang dan menyusu.

Saya start dari tahun 2015, memang saya setia dan paling suka ESP, alfalfa, vitamin c, dan semualah senang cerita. Anda kena cuba untuk atasi masalah anda pula. Tak cuba tak tahu.

Maaf sekali lagi, dah kelaut pula. Nak cakap pasal jerawat, melalut-lalut lagi. Yang penting ada kaitan dan kesedaran. 


6. Pakai scrub untuk buang blackhead whitehead

Sebaiknya scrub yang paling bagus adalah yang mempunyai beads yang terlalu halus. Manik kecil-kecil dalam scrub sebenarnya akan merosakkan kulit jika kerap digunakan. Kalau boleh seminggu hanya 1-2 kali sahaja untuk keluarkan whitehead dengan blackhead tu. Tak boleh selalu.


7. Jangan lupa ubat jerawat

Ubat jerawat paling best setakat ini yang sesuai untuk saya adalah TIDACT berbanding Benzoyl Peroxide. Pertama sebab tidak meninggalkan kesan terbakar atau kehitaman pada jerawat. Kedua, sebab hari ini sapu, esok dia akan keluarkan nanah di dalam. Saya biarkan sahaja sampai nanah itu pecah sendiri. Kemudian, kita picit keluarkan semua hingga habis keluar darah, tapi ingat tangan kena cuci sebelum dan selepas. Pakai tisu lagi baik. Tapi ingat jangan pula picit semua jerawat kat muka. Yang dah meletus je. 

Kalau tak ada dah jerawat muncul, jangan sapu sebab ubat pun bahan kimia. Kalau mengandung tidak digalakkan kecuali atas nasihat doktor.


8. Elakkan makan makanan yang kita alergik.



Pada saya, saya ada masalah sikit dengan belacan. Hehe. Makanan paling sedap inilah yang menjadikan kulit muka saya gatal-gatal dan akan ditumbuhi jerawat. Jadi kalau boleh elakkan sama sekali. Kalau teringin sangat makan dengan kadar yang sedikit. Jangan makan beriya sangat pula. Hehe.Kalau pantang terus lagi bagus. Saya consume Alfalfa Shaklee dapat atasi masalah ni. Saya makan juga tapi kadang-kadang teringin tapi sikit je. Cuma banyakkan minum air. 

Kalau anda pantang seafood, elakkan makan seafood. Kalau alergik ayam, buang kulit ayam. Makan isi ayam je sedikit. Kena makan juga kan kalau dah suka ayam. Tapi kawal lah k. Makan Alfalfa. Sangat membantu sebab saya perasan jerawat susah naik juga. Masa tertentu ada juga jerawat terutama bila tak cukup tidur.



9. Jangan garu dan picit jerawat. Nanti merebak

Jangan sesekali picit jerawat-jerawat yang merah-merah tu. Dia takkan keluar. Kalau dipicit, ia akan menekan masuk lebih dalam lagi dan merbak. Inilah kelemahan saya dulu, jerawat kan gatal. Jadi saya suka garu sekali kopek dengan isi-isinya. Kemudia, cari mana lagi ada, kopek lagi. Kemudian cari lagi. Tangan ada bakteria. Malah kita hanya membantu sebarkan lagi bakteria jerawat ke mana-mana kawasan muka. Picit kena ada cara yang betul.

Dulu saya suka picit sebab tu kesan-kesan jerawat lama dulu masih ada. Ia menimbulkan lekuk pada kulit muka. Pori-pori besar bak kawah. Jadi, jangan picit. Ada cara, nanti kita bincangkan kemudian. 


10. .Jangan pegang-pegang atau sentuh muka

Biarkan saja muka kita, jangan disentuh tau. Sebab memang akan mendatangkan masalah. Saya dah alami semuanya sebab itu muka saya jerawat tak mahu tinggal dulu. Saya suka belai depa. Hehe..Stress ada jerawat. Malu dan tidak ada keyakinan diri. Minta maaflah nak selfie dulu-dulu. Jika bergambar bersama kawan-kawan, saya rasa wajah sayalah paling buruk, sebab banyak jerawat. Hmm, kalau dikenang, memanglah menyedihkan. Malas nak kenang-kenang kan. Itu kisah lama.

Sekarang saya tak sentuh muka, kecuali banyak peluh, saya dap dap dap dengan tisu. Biarlah bermiyak kaw-kaw, saya dap dap dap je. Bolehlah daripada dulu. Nampak glowing je minyak tu. Dulu nampak macam minyak masak nak goreng telur dadar. Eeee. 


11. Tidur cukup dan berkualiti.



Berdasarkan pengalaman saya, kalau tak cukup tidur saja, sudah menjadi kemestian jerawat akan tumbuh. Selalunya ia tumbuh dekat-dekat area bibir. atas, bawah. Kalau boleh, tidur awal dan bangun awal. Tidur yang cukup akan membuat badan lebih sihat dan bertenaga. 

Bila badan sihat, kulit akan sihat bila tidur cuku.


12. Elakkan Stress

Dalam hidup ni, memang tidak pernah lari daripada masalah hidup. Ia adalah ujian Allah SWT kepada hamba-hambanya yang sabar. Bila ada masalah memang kita stress kan, tetapi bawalah berbincang. Komunikasi adalah penting untuk menyelesaikan masalah. 

Bagi suami isteri, kena rajin bekerjasama, saling bertolak ansur dalam hidup berumahtangga. Ada masalah, kena bincang tidak boleh dipendam-pendam. 

Bagi yang bekerja, masalah di tempat kerja kadang-kadang menggangu kesihatan sebab kita stress. Maka, selesaikannya dengan cara yang baik. Jangan bertangguh kerja, buat sehabis baik.

Student pula, kena buat asignment cepat-cepat sebelum asignment lain tiba. Memang stress juga student life tapi sanghat membantu kita pada masa akan datang. Jangan stress-stress, take it easy gituuuu. Saya pernah tak tidur, banyak kali juga siapkan asignment dulu. Hmm, apa tak muka berjerawat. Kalau jenis tak de masalah takpe. Tak tidur pun, muka maintain natural beauty. Ada juga. Best kulit macam tu. Kulit tak sama.

13. .Hormon kena seimbang

Hal ini penting. Tiap kali saya mengandung memang teruk huru hara hormonnya. Mengandung kali pertama anak sulung, memanglah teruk. jerawat, pigmentasi, kusam semua ada. sampailah melahirkan barulah berkurangan. Mengandung anak kedua, teruk juga, tapi dapat dikawal selepas morning sickness bila selalu consume ESP. Itulah, ESP ni banyak sangat keistimewaannya. Senang cakap, ESP untuk keseluruhan kesihatan tubuh. Anda wajib kena ada ESP 1 kat umah. JBukan kita sekadar menjual tapi berkongsi kebaikan produk yang membantu kita sihat. Produk lain pun ok jugak. Ikutlah mana kita suka. Saya suka Shaklee sebab ia semulajadi, pemprosesannya tak mengganggu nutrien produk. Always safe dan green.


14. Wapkan muka 1-2x sminggu



Kalau dapat, seminggu sekali pun bagus. Kalau wajah tak sensitif sangat bolehlah pakai scrub gentle, kalau wajah yang sensitif, jangan pakai scrub yang ada beads kasar-kasar, kerana takut nanti bertambah luka kulit, lagi merebaklah bakteria acne tu. Kadang saya malas juga. He. Takde masa. Kononnye.


15. Elak terdedah lama dengan cahaya matahari.  

Bila kita terdedah dengan cahaya matahari terlalu lama, wajah kita akan jadi banyak masalah. Macam saya, saya akan berpeluh tak henti, tak lama muka akan rasa gatal kemudian naik bintik merah. Naik bintik-bintik merah tu jadilah jerawat bernanah. Di bahagian dahi naik biji-biji kecil berair. Hmm, so sad. Nak buat macam mana. Jenis kulit sensitif yang amat, jadi nak kendalikan pun rumit dan cerewet.


16. Last sekali, pilih pencuci muka yang selamat untuk kulit wajah ok.

Boleh cuba cetaphil, Neutrogena, atau mana2 produk yang berasaskan organic, herba atau bahan-bahan semulajadi.

Shaklee juga mempunyai skincare yang setanding SK11, Mary Kay dan sebagainya. Boleh dapatkan info daripada saya. InsyaAllah saya akan cuba kemudian. Baru tahu skincare Shaklee terbaik.



Belanja sedikit gambar mak budak. 

Wajah saya tak licin mana pun. Bolehlah. Alhamdulillah ada confident sikit bercakap dengan orang. walaupun dalam hati risau orang lebih renung muka bekas-bekas jerawatku. Haha. Lawak ja. 

Oklah, sampai di sini saja. InsyaAllah akan lebih banyak tips dan info kesihatan, kecantikan daripada saya selepas ini. Jika sesuai untuk anda, maka bolehlah apply. Kalau tak sesuai, kita cari cara lain boleh bantu. 

Thanks kepada yang sudi membaca bebelanku ini. Heee

Sorry kalau ada typo. Kadang suka cakap-cakap terus sambil menaip terus. Huhu. Takut hilang idea menulis. Karang berminggu-minggu duduk dalam draf.




0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...