Assalamualaikum
semua sahabat
Hari
ni paparea nak kongsi cara untuk mendaftar ASB online.
Ramai yang bertanyakan bagaimana cara nak daftar MyASNB @ lebih
senang ASB online.
Sebelum
ni Paparea ada maklum pada entri CARA BUKA AKAUN ASB UNTUK ANAK (AKAUN BIJAK @ REMAJA) tentang ini, penyata tahun dan urusniaga ASB semuanya secara
elektronik.
Mula2
Paparea nak cerita tentang Cara Mendaftar MyASNB di ASNB Kiosk
step by step.
Step
1:
Pergi
ke Cawangan ASNB tempat korang masing2 atau ejen
ASNB iaitu Maybank, CIMB Bank,
RHB Bank, Pos Malaysia, Affin Bank, Bank Simpanan Nasional, Alliance
Bank, AmBank.
Jangan lupa bawa bersama My Kad @ Kad Pengenalan.
Kalau
di cawangan ASNB, terus ke mesin ASNB Kiosk. Kalau tak tau guna,
jangan panic,
nanti adala staff ASNB guide
korang waktu tu.
**
Mesin ASNB Kiosk **
Sebelum
ke ASNB tu kena la tau apa keperluan yang nak kena isi dalam mesin
tu. Butiran peribadi kita, nama penuh, alamat surat menyurat, emel,
akaun bank dan macam2 lagi dalam tu.
Step
2:
Masukkan
Mykad korang mengikut arah macam gambar di bawah. Jangan jadi macam
Paparea, silap masuk, sampai kesudah tak detect kad tu. Bila dah
masuk kad terus tekan “SAHKAN
MYKAD” di touch
screen tu. Lepas tu tunggu
sehingga lampu merah dan letak ibu jari korang di pengimbas cap jari.
Mykad telah disahkan benar dan keluar Nama Penuh dan No. Kad
Pengenalan korang.
Bila
nama dan no kad korang betul terus tekan “HANTAR”.
Step
3:
Bila
dah keluar paparan seperti gambar bawah ni, tekan “Kemas
Kini Maklumat”. Kalau nak
semak baki pun boleh, tapi kemaskini dulu emel korang, sebab penyata
ASB akan dihantar ke emel korang jugak. Takut nanti tak boleh tengok
penyata pulak. Korang try
la tengok, paparea terus update
je. Last
baru semak baki.
Step
4:
Di
bahagian ni korang masukkan la butiran peribadi korang mengikut
keperluan mesin tu.
Untuk
bahagian dalam kotak
merah
ni,
tak boleh ubah sebab dia amik dari data dalam Mykad korang. Kalau nak
ubah jugak, kena la maklum pada staff ASNB atau pun sebelum p ASNB, p
dulu JPN
(Jabatan Pendaftaran Negara)
di negeri masing2. Tukar maklumat dalam Cip
Mykad
sahaja (tanpa keluar kad baru) kena bayar RM2.00
saja. Kalau nak tukar
kad
terus pun boleh, RM10.00
saja. Kalau nak confirm,
klik Link
ni www.jpn.gov.my/kp/permohonan-gantian-tukar-alamat-kad-pengenalan/
Bahagian
ni wajib isi, no telefon yang aktif, alamat emel korang. Untuk
maklumat Bank, nak isi pun boleh, nak abaikan pun tak da masalah. Isi
kemudian nanti di Portal
MyASNB.
No
telefon ni wajib isi dan yang paling penting perlu dikemaskini sebab
untuk kegunaan pengesahan berlakunya transaksi akaun kita TAC nombor.
Transaction Authorisation
Code (TAC) ialah
Kod Keselamatan untuk membuat sebarang transaksi tertentu untuk
melindungi akaun bank anda daripada diakses pihak ke 3.
Ala
sapa2 yang pernah beli online,
macam tu jugak la. Tetap guna TAC no. untuk pembayaran kan3. Online
Banking @
Internet Banking.
Yang
lain2 tu isi la bagi habis di bahagian Alamat
Surat-Menyurat dan Maklumat
Pekerjaan.
Step
5:
Bahagian
last ni,
PERSETUJUAN MENERIMA DOKUMEN
SECARA ELEKTRONIK. Korang
pilih je YA
atau TIDAK.
Kalau
pilih YA, korang
akan terima segala penyata berkaitan akaun pelaburan korang melalui
emel yang didaftar tadi.
Kalau
pilih TIDAK,
penyata korang tak masuk la dalam emel. Tu jela. Tapi takda masalah,
next time korang
just tengok
dalam Portal MyASNB je. Segala transaksi akaun korang ada dalam tu.
Tekan
“Simpan & Cetak”. Mesin
tu akan print penyata urusan kemaskini korang tu. Tekan YA
atau TIDAK.
Step
6:
Bila
semua dah siap update,
boleh la korang nak Semak Baki
Tunai dalam akaun. Tekan
“Semak Baki Tunai”.
Keluar
la macam ni. Tak payah nak pi beratur panjang tunggu kaunter. Memang
berjam2 tunggu nak sampai turn
kita. Tambah2 lagi kalau awal
tahun, dividen masuk akaun, waktu tu la berkerumun orang menbanjiri
ASNB nak keluar duit dividen.
Untuk
penyata akaun ni, bila korang dah daftar alamat emel dalam mesin ni,
dia secara automatik akan hantar ke emel korang. Rupanya macam ni.
Paparea guna Yahoo Mail je.
Kalau
korang nak minta dari kaunter pun boleh, cakap pada staff tu kita nak
penyata akaun ASB. Nanti diorang print
keluar. Penyata dia tu macam
ni.
Last
Step:
Last
sekali, puashati apa yang
korang update tadi
tu, Tekan je “Tamat
Transaksi”. Then
bagi la kredit sikit pada
sistem diorang tu. Ikhlas korang nak bagi yang mana. Hehehehe…
Selepas selesai semua pendaftaran melalui mesin ni, ASNB akan send emel berkenaan Kemaskini Maklumat Pemegang Unit ASNB ke alamat emel kita. Boleh la semak emel korang nanti.
Okay, selesai sudah pendaftaran data di ASNB kiosk. Lepas ni dah boleh buka Portal MyASNB pulak nak daftar ASB Online. Serba sikit yang boleh Paparea kongsi tentang Daftar Kiosk MyASNB ni. Kalau ada yang salah boleh komen je. Sama2 membantu ye.
** Kalau ada perubahan @ salah ka, boleh ulang kemaskini di ASNB @ guna MyASNB. Nanti kita kongsi sama2 caranya. **
** UPDATE 06 MAC 2018 **
PNB akan hantar Penyata
Pengagihan Pendapatan ASN/ASB yang tahun lepas ke emel kita, ala penyata yang
tahun2 sebelum ni PNB hantar surat by
POS ke rumah. Cuma kali ni dalam bentuk format PDF, print sendiri kalu nak print la.
Ni PNB hantar ke emel Paparea macam gambar di bawah.
Korang Klik ‘Save’ File PDF
tu untuk tengok penyata tu dengan cara yang diarahkan dalam emel tadi.
** Ni semua tercatat jumlah dividen yang kita dapat.
**
Okay, selesai sudah pendaftaran data di ASNB kiosk. Lepas ni dah boleh buka Portal MyASNB pulak nak daftar ASB Online. Serba sikit yang boleh Paparea kongsi tentang Daftar Kiosk MyASNB ni. Kalau ada yang salah boleh komen je. Sama2 membantu ye.
PERHATIAN & NOTIS PENTING
Kepada
semua IBU BAPA atau
PENJAGA, untuk akaun anak di
bawah umur 18 tahun ataupun masih di bawah nama ibu bapa @ penjaga
TIDAK PERLU
lagi mendaftar dengan Mesin ASNB Kiosk ni. Sebab, dia automatik dah
ada dalam sistem di bawah nama ibu bapa @ penjaga yang berdaftar
dengan ASNB. Tak payah lagi duk rajin bawak anak ramai2 p ASNB pulak.
** Akaun Remaja yang disenaraikan di atas merupakan
akaun yang didaftarkan menggunakan nama anda sebagai penjaga ketika akaun
dibuka. Akaun lain yang tidak disenaraikan mungkin menggunakan nama penjaga
yang lain selain anda ketika pendaftaran. **
Untuk makluman
korang semua MyASNB bukannya Online
Banking macam maybank2u /
cimbclicks DLL. Paparea ada tanya staff ASNB sendiri, diorang cakap
bukan online banking,
ia hanya jalan mudah untuk semak akaun, transaksi urusniaga dan
urusan transfer dari mana-mana akaun bank ke akaun ASB dan seangkatannya. Contoh untuk tambah pelaburan melalui Maybank2u ke Akaun ASB sendiri @ akaun anak2.
** Sebarang urus niaga jualan balik, pertukaran
antara akaun atau pemindahan tidak boleh dilakukan di portal pada masa ini.
Anda boleh melakukan urus niaga tersebut di mana-mana cawangan ASNB dan/atau
ejen-ejen ASNB di seluruh negara. **
Kalau
nak tahu lebih lanjut tentang akaun anak dan apa yang ada dalam
MyASNB, tunggu di entri seterusnya Cara Daftar Portal MyASNB
(ASB Online).
CARIAN
YANG BERKAITAN:
1. Cara Daftar MyASNB Online
2. Cara Mendaftar ASB Online
3. Cara Daftar Melalui Mesin KIOSK ASNB
4. Semak Penyata ASB Online
5. Semak Baki Dan Penyata Online
ASB
6. ASB Online Dan Penyata Online
Harap
semua sahabat dapat serba sikit makluman tentang perkara ni. kita
sama2 kongsi pengalaman.
Entri
seterusnya Cara Daftar Portal MyASNB, Sila ke link di bawah....
Sekian,
terima kasih kerana sudi singgah Blog MamaPapaRea kami ni.
Jumpa
lagi.
By:
PapaRea
Cmne nk semak asb sy
BalasPadamLepas Daftar pakai Kiosk MyASNB tu boleh la daftar pakai website MyASNB. Klik entri CARA DAFTAR ASB MELALUI PORTAL MyASNB...
PadamTq Visit My Blog. 😊😊😊
Mcm mna tukar no phone cara online
BalasPadamHye Jaisam. Boleh tukar dalam portal MyASNB, bhgian maklumat peribadi. Edit & masukkan no telefon bimbit baru. Kalau xblh jugak trpaksa tukar melalui mesin kiosk ASNB. TQ visit my blog. 😊😊😊
PadamHye jaisam. Maaf nk tnya macaman nak tahu jumlah yang bole dikeluarkan mengikut penyata Dari staff berikan.
BalasPadamHye, jumlah baki mesti kena tinggl tidak kurang dari RM10.00. Yang lain nak keluarkan pun mengikut Had Pengeluaran bagi cawangan tersebut. TQ visit My Blog 😊😊😊
Padamcmna sy nk dpt secara online..dulu ada id dgn pwd? sy dh lama x buka terlupa reset pwd pun msh x dpt jgk...
BalasPadamHye, blh call khdmat plangan myasnbd no 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) atau emel ke asnbcare@pnb.com.my. gtau nak reset ID & password sbb dah lupa semua. 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) atau emel ke asnbcare@pnb.com.my
Padam.. salam.. kalau nak bukaka akaun asb anak.. mesti ibu bapak ade kerja ke?.
BalasPadamWsalam, ada keja & xda keja pun boleh, yg pntg dokumen mengesahkan itu anak kita & kita mak bapak dia dh layak buka akaun ASB. TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamNak daftar perlukan no acc asb tak
BalasPadamHai Awanama. Utk daftar kiosk ni perlu mykad saja & thumbprint. No ASB automatik dah ada. TQ Visit My Blog 😊😉😘
PadamNak daftar perlukan no acc buku asb tak?
BalasPadamSemua automatik bila kita dah berjaya daftar. Siap kalai anak pun ada acc asb atas nama kita, akan siap ada dlm sistem myasnb. 😊😊😊
PadamKiosk ni hari ahad pun buka ke?
BalasPadamHai amani, ahad tutup. Kecuali cawangan tertentu. TQ Visit My Blog 😊😉😘
PadamAssalamualaikum. Nak tnya kalau 1st time nak register online, ada cara lain tak utk nak masukkan num phone kita tu? (utk pengesahan TAC tu)
BalasPadamWaalaikumussalam, no tel ni perlu dftar melalui kiosk d ASNB. @ boleh call custmr srvis utk perkara tu. TQ Visit My Blog 😊😉😘
PadamSaya nak tanya boleh ke klu kt nk daftr asb on9 utk anak umur 3thn.
BalasPadamHai, untuk pendaftaran anak perlu ke ASNB jugak untuk pengesahan MyKad serta dokumentasi Anak. Sebab Akaun ASB anak akan didaftrkan di atas nama Ibu/Bapa. Boleh rujuk ke mana² cawangan ASNB berdekatan ya. TQ Visit My Blog. Please Subscribe, Like & Share my YouTube, MamaPapa Rea Channel ok. 😊😉😘
Padam