Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
pada semua sahabat². Semoga kita semua dilindungi daripada sebarang perkara
yang tak diingini berlaku, Amiinn...
Untuk entri kali ni,
Paparea nak kongsikan 1 artikal yang boleh dikatakan semua orang dah tau buat
iaitu CARA TUKAR PLUG US/CHINA KE PLUG UK/MALAYSIA PALING MUDAH. Pada yang kurang KEMAHIRAN &
PENGETAHUAN boleh la kita belajar sama².
** Plug
US (Amerika/Canada) **
** Plug
China **
Macamana cara nak
tukar kepala PLUG US/CHINA (International) kepada Plug biasa (MALAYSIA)? Setiap
rumah korang mesti ada barang elektrik yang jenis buatan ori China, lebih² lagi
barang yang beli ONLINE di SHOPEE, LAZADA dan lain. Biasanya kepala Plug barang
elektrik tu perlu guna adapter/socket extra untuk masuk pada suis plug 3 pin
seperti 2 jenis plug atas tu. Masalah
utama pakai kepala plug ni akan sentiasa longgar dan lama² boleh jadi SHORTING
serta merosakkan barang kita.
Ini laptop Paparea,
OLD SCHOOL punya. Beli secondhand saja. Kepala plug dia jenis US punya.
Terpaksa pakai adapter
extra sebab suis plug kita jenis ni kan. Ini pun 2 kali tukar, selalu rosak.
Jom kita cerita cara nak tukar kepala
Plug US kepada Plug UK / Malaysia.
Step
1:
Pastikan berapa nilai Amp (A) pada plug
asal tu. Contoh:
1. Power Adapter Laptop – 7A
2. Plug Air Cooler 45 Liter (Shopee) – 10A
Untuk nilai ini sesuai untuk Plug Standard
yang nilainya 13A. Sekiranya untuk peralatan yang menggunakan tenaga lebih
seperti Water Heater, boleh pakai yang lebih tinggi dan lebih berkualiti lagi, ya.
Plug ini harganya RM2.70, beli di kedai hardware electrical. Di Mr DIY pun ada, harga
RM2.50. Perbezaan harga mempengaruhi kualiti material pada plug tu.
Step
2:
Peralatan yang perlu kita guna hanya 3
saja, iaitu Plug Baru, Testpen @ Skrewdriver Philip dan Cutter.
Step
3:
Potong wayar dengan cutter.
Wayar ada 3 warna iaitu HITAM, PUTIH dan HIJAU.
Alamak, mana satu wayar LIFE, NEUTRAL dengan EARTH ni????
Step
4:
Jangan pening² ya. Kebiasaannya warna
wayar yang selalu kita nampak ianya MERAH,
PERANG, BIRU, HITAM, HIJAU dan KUNING. Tapi yang wayar ni lain pulak, hitam dan hijau saja yang
kenal.
Ok, kat sini Paparea tunjukkan warna bagi
wayar untuk peralatan elektrik kita di Malaysia.
Jadi apa pulak jenis wayar US ni?
Amacam, dah nampak tak? Kalau masih tak
berapa paham, boleh klik LINK di bawah ni ya untuk keterangan lebih lanjut.
Mungkin korang dapat paham lagi fungsi warna wayar ni.
JOM KENALI KOD WARNA WAYAR BAGI PERALATAN ELEKTRIK
Step 5:
Potong sikit ketiga² getah wayar tu hingga ke dawai wayar.
Dawai tu pintal bagi kemas.
Step
6:
Buka penutup Plug baru guna skrewdriver
mata philip.
Step
7:
Masukkan wayar tadi ikut tempat dia. Mana
nak letak?
Tak apa. Selalu bila beli plug baru ni
dah siap sedia guide setiap pin.
Ini adalah simbol yang ada pada 3 pin.
Jadi ikut kod warna seperti gambarajah di Step
4. Nak jugak tau lebih klik link bawah ni.
JOM KENALI KOD WARNA WAYAR BAGI PERALATAN ELEKTRIK
Step
8:
Longgarkan skru pada setiap batang pin
dan cucuk masuk wayar dalam lubang pin tu ikut pin yang betul.
Dah siap, pasang semula penutup plug.
Step
9:
Kita test pasang ok ke tak.
Okay, Alhamdulillah, berfungsi dengan
jayanya.
Plug padat elok, takda longgar dah.
Yang ni plug asal, boleh tengok agak
longgar.
Okay, selesai sudah perkongsian yang tak
seberapa ni buat kalian semua. Harap perkongsian ini dapat memberi manfaat
kepada sahabat semua. Yang mana boleh kita kongsi, kita kongsi. TQ...
Sekali lagi, kalau nak tau jenis² warna
wayar bagi peralatan elektrik, korang boleh klik link di bawah ni ok.
JOM KENALI KOD WARNA WAYAR BAGI PERALATAN ELEKTRIK
Untuk
lebih jelas, di sini Paparea sediakan video cara pasang plug. Boleh klik LINK pada
gambar di bawah ok.
Jangan
Lupa Subscribe, Like, Share & Komen ya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan
semangat pada korang semua untuk lebih proaktif menjalani kehidupan yang
selesa.
Okay,
jumpa lagi semua sahabat², nantikan macam² lagi info dan video akan datang.
Bye
bye
By:
Paparea
0 ulasan:
Catat Ulasan