Sejak kahwin dan
menetap di Perlis, saya terpaksalah belajar masakan kegemaran orang melayu
terutamanya gulai, kurma, masak lemak, masak sambal, masak merah dan
sebagainya. Beberapa tahun duduk sini saya dah boleh buat serba sedikit masakan
orang utagha ni..cayalah kan. Lagipun semuanya menyelerakan ditambah lagi
dengan sambal belacan pelbagai versi. Rasanya saya sudah mencuba pelbagai
resipi di internet. Namun, saya suka gulai yang kuahnya cair. Sebelum ni, saya
selalu masak kari kuah pekat tapi sekarang lebih suka kuah cair tapi tidaklah
terlalu cair. Lain orang, lain citarasanya kan. Tetapi kalau nak mencuba resepi
simple ini, silakanlah yee...
Gulai dah siap,
cukup untuk makan tengahari dan malam..
BAHAN-BAHAN :
- ayam - saya ambil
dua belah paha potong sederhana.
- 1 biji ubi
kentang - belah 4
- Santan KARA 1/2
kotak ( Lagi sedap santan original ) - santan KARA je stok dalam rumah selalu.
- Garam
- Gula
- penambah perisa
BAHAN KISAR/ TUMBUK
- 1 biji bawang
merah
- 2 ulas bawang
putih
- 1/2 inci
halia
BAHAN TUMIS
- 4 sekawan -
pelaga, kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang (Serba 3 semuanya
kecuali kayu manis ambil setengah batang saja)
- 1 biji bawang
merah ( hiris nipis)
- 1 ulas bawang
putih ( hiris nipis )
- 1/2 inci halia (
hiris nipis )
- 2 tangkai daun
kari
PASTE REMPAH
- 3 sudu besar
rempah kari Allagapas + bahan tumbuk/kisar tadi + air sedikit. Kacau sebati.
CARA MENYEDIAKANNYA
:
1. Panaskan minyak
cukup untuk menumis bawang dan rempah nanti.
2. Masukkan bahan
tumis. Saya masuk sekali gus. Kacau hingga bau harum.
3. Masukkan paste
rempah tadi. Kacau hingga garing. Guna api perlahan dan kacau jangan sampai hangus nanti gulai rasa pahit.
4. Sesudah rempah
naik minyak, masukkan ayam dan gaul sebati. Masukkan air sedikit dan kacau.
5. Masukkan kentang
dan kacau sekejap.
6. Masukkan santan
dan kacau. Masukkan air.
7. Perlahankan api
semula dan biar hingga pecah minyak. Lama juga nak tunggu minyak naik..
8. Apabila sudah
pecah minyak, bolehlah angkat dan hidang dengan nasi putih.
Selamat Mencuba :)
tak masukkan.asam erk
BalasPadamTak. Klu gulai/kari ayam dgg ni saya xmaaukkan asam. Tp klu gulai ikan, saya masukkan asam tu. Nak lebih sedap tmbh kerisik. Bru umrphhh...
PadamTq Visit My Blog 😊😊😊
Sedap resepi utara, cayaq tapi sedap. Kalau ayam masak merah ada resepi tak? ☺
BalasPadamBoleh dikatakan mmg umrphhh resipi Utagha. Ayam masak merah tengah up blog. Tq Visit My Blog 😊😊😊
Padamsedap nampak ni...yummy. kalau resepi ayam merah cair mcmana ye. rindu lauk kenduri sebelah utara. area saya mesti ada ayaq asam.
BalasPadamTq. Resipi Ayam Masak Merah Mamarea tgh update. Ayaq Asam mmg MELETOP. Tq Visit My Blog 😊😊😊
PadamMil sy pun suka masak gulai kari kuahnya cair...bahan tumis wajib tumbuk, jgn blend.. Yg pasti kuah cair tp sedap....ada plak ikan goreng sambal ulam sebagai pelengkap juadah..
BalasPadamSambal belacan siap ulam, penambah selera bila makan. Tq Visit My Blog 😊😊😊
PadamSantan tu yg kotak besar ke?
BalasPadamHye, santan kotak kecik dear. TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamTq dear. Byk lagi resipi yg belum update. TQ visit My Blog 😊😊😊
BalasPadamklau nk bgi pedas sedikit masukkan apa ye
BalasPadamSalam, hai. Affza Nabilah. Klu nak pedas, boleh tukar serbuk kari jenis pedas. Ada pelbagai serbuk kari. Boleh try. TQ visit My Blog 😊😊😊
Padamklau nk bgi pedas sedikit masukkan apa ye
BalasPadamSalam, hai. Awanama. Klu nak pedas, boleh tukar serbuk kari jenis pedas. Ada pelbagai serbuk kari. Boleh try. TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamMudah ye.
BalasPadamHi ohayoCINTA!!. TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamJangan lupa Layan Channel YOUTUBE kami, MamaPapa Rea.
Plz Subscribe, Like, & Share ya...
mintak halal resepinya
BalasPadamSalam
BalasPadamSaya baru je ikut resepi puan, memang sedap terangkat. Masa tumbuk tu saya tambah cili api 3 ulas dan tambah serbuk cili untuk rasa pedas dan warna. Serious sedap resepi puan, terima kasih.
BalasPadam