Assalamualaikum
semua..apa khabar?
Cerita
tentang jerawat ni memang dah lama berkampung dalam draf, tetapi selalu tak
berkesempatan untuk edit bagi tatapan umum yang nak info serba sedikit pasal
cara mengatasi jerawat dengan berkesan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
saya sendiri. Okey. Kita cerita dari mula-mula na..
Bermulanya
bagaimana aku mengenalmu...CETAPHIL
Dulu
saya memang tak percaya pada mana-mana pihak yang beritahu skincare itu..skincare ini...tak elok untuk kulit...ada banyak bahan
kimia misalnya merkuri dan hidrokuinon yang paling famous digunakan dalam bahan
kosmetik. Dalam hati.."yola tuuu...mentang-mentang muka dia flawless bak telur rebus dikopek..mesti
tak nak tengok muka saya ni plowlesss cam diaaa,” dalam hati je la masa tu. Dah
kena baru tahu.hehehe
So,
lama juga bertahan dari tak beli produk tu..then, terrrrrrbeli jgk...(ye..salah
saya L)...nak
santek sangat kan!!!...Itupun balik-balik baca testimoni yang muka bermacam-macam
masalah akhirnya jadi indah dan cantik, menarik, tertarik kau memang the
boom...sebenarnya masalah jerawat saya menjadi-jadi sejak study dulu sebab
perubahan cuaca yang mendadak, dulu duk hutan tukar tepi laut, berjaga kadang
24 jam siapkan assignment, stress dan kesilapan terbesar saya
adalah tidak suka minum air masak atau air putih. Minum pun sekadar hilangkan
dahaga. Tetapi selepas habis belajar, masalah jerawat semakin berkurangan
sehinggalah sudah kahwin. Malangnya masalah kulit muka menjadi-jadi semasa
mengandung anak pertama. Kulit kusam, tompok-tompok hitam dan jerawat bernanah
di wajah. Maka selepas bersalin dan anak tidak menyusu lagi, saya pun decided
nak cuba skincare pemes tu. Beli dengan puas hati, sebab layanan penjual online
pun so kebaboom...melihat wajahnya jugak flawless,
i think, i'm right..dalam hati kata..tak lama lagi muka saya jadi halus
mulus, berseri, pipi pinkish dan tak
payah pakai mekap lagi..
Dengan
keyakinan tinggi terhadap produk tu, hari pertama penggunaan mmg sangat
berdisiplin, ikut je arahan dalam kertas yang disediakan dalam tu. Penggunaan 1-2
hari dah nampak perbezaan, muka mula mengelupas sikit demi sikit, tetapi stiap
kali cuci muka, pakai toner..adoiii pedihnye buka kepalang, macam kena cabai
wooo..tak pela...berpegang pada prinsip..beauty is painnnnn..memang painnn la sangat..tapi
bersabarlah saja kan, sebab rata-rata testimoni produk tu bagitahu benda yang
sama..1minggu dah nampak beza..wajah makin bersih dan kulit semakin cerah..2 minggu
lagi bersih dan lagi cerah, 3 minggu lagi la bersih..saya ikut pantang, tak boleh
pakai mekap dalam sebulan..tapi kejap je pantangnye...tetap pakai jugak keluar
sb nampak pale..hehe..
Tak
sampai sebulan, wajah memang flawlessss gitcuuuu...semua orang perasan, suami pun
perasan pori-pori dah mengecil, tak nampak langsung, tak ada blackhead, whitehead
segala-galanya dah cerah berseri..tang mukee je la...so, i'm very happy..sebab
suami puji..hehe...2 bulan, 3 bulan..skincare
dah nak habis..so, fikir-fikir balik harganya yang mahal macam tak de bajet
saja nak maintain..Kebetulan ternampak kawan pakai skincare
yang sama function macam skincare tadi, cuma harganya jauh lebih
rendah, berlipat-lipat kali ganda lebih murah..jadi, saya pun, buat keputusan
beli saja yang murah. Yela..ramai dah berjaya dapat kulit cantik, saya pun nak
jugak....hehe. Masa tu sangat lemah dari segi ilmu pengetahuan tentang kesihatan
kulit, main hentam je pakai apa asalkan masalah kulit cepat selesai. Tak fikir
pun kesan jangka panjang terhadap kesihatan kulit wajah dan tubuh badan.
Dah
beli 1 set, terus pakai sama macam skincare
sebelum ini yang saya pakai..okey, 1 minggu 2 minggu..macam takde kesan
je..cuma kekalkan keadaan wajah saya..makin cerah tidak, makin kusam ada...saya
guna dan patuh arahan, tak payah pakai mekap sepanjang penggunaan, guna krim
siang je yang ada dalam set tu sebab katanya dah siap sunblock..so, dengan bangganya, walau matahari memancar tika pergi
pasar tani ka naik moto (jimat..hehe), pergi mana-mana hanya pakai krim tu, tak pakai sunblock, tak pakai bb cream seperti sebelum ni..kulit makin lama
makin kusam, pigmentasi makin terang (pigmentasi dah start masa mengandungkan
anak pertama tapi pudar selepas penggunaan skincare
mula-mula tadi, yang mahal), saya dah gelabah..kelupuq dah..dan serta merta
stop..sebab saya paling tak suka ada pigmentasi.macam peta di muka. NOOOO....buruk kakak-kakak abe-abe weiiii...
Bila
dah stop, muka dah naik kusam,
jerawat dah start naik semula sikit
demi sikit. Kemudian saya pun start "menggoogle" untuk info tentang skincare yang
sudah utuh di Malaysia sebab menggunakan bahan-bahan halal dalam produknya.
Jadi, saya anggap bila tak ada bahan kimia, mungkin keadaan kulit saya akan
lebih baik. Saya beli satu set, semua ada, pencuci muka, pelembap siang dengan
SPF, pelembap malam, krim kecantikan, bb cream
dan serum. Seminggu pemakaian muka saya semakin cerah tetapi lagi oily . Wajah saya memang jenis sensitif
dan berminyak. Memang sangat berminyak. Tak pernah lah tak berminyak. Tak tahu
dah nak hilangkan macam mana. Tetapi itulah jenis kulit saya, saya kena terima
dan kena pandai handle jenis kulit
macam ni. Saya pakai dengan teratur dan berdisiplin, tetapi jerawat saya makin
teruk, tak dapat sertakan gambar kerana tak ambil gambar pun masa tu. Jerawat
di bahagian dagu bernanah dan pedih, di rahang lagilah teruk penuh. Malunye nak
keluar, tapi keluar juga bila nak beli barang keperluan dapur, keperluan
anak..tapi terpaksa pakai mekap..Nasib baiklah kat pipi tak naik jerawat tapi
nak tutup pigmentasi yang makin teruk, hmmm..susahnyeeee...saya down, tersangatlah down. Give up dah nak cari skincare
untuk pulihkan balik. Ada yang sesuai, sesuai, ada yang tak sesuai, tak sesuai..terpulang kepada kulit muka masing-masing kan...
Saya
teruskan juga pakai set yang baru beli, tapi pakai macam tu je,tak ada apa-apa
perubahan pun cuma semakin cerah sajalah. Jerawat tetapi naik..naik..naik macam
cendawan tumbuh lepas hujan. Bernanah tu yang tak tahan sebab rasa nyut nyut
nyut..bila dah pecah, basuh muka pedihlah pula.sabar sajalah..ni bahagian saya,
jenis berjerawat..huhuhu
Dalam
keadaan yang down, stress...saya tetap “menggoogle”..(thanks google tempat bertanya itu ini), cari, korek, semua pasal jerawat dan cara menghilangkan
jerawat, makanan yang perlu dielak untuk wajah berjerawat, berminyak, semua saya cari, tiap-tiap malam selepas anak tidur, cari, baca..baca..dan gali,
gali..gali..sampailah saya search tentang pencuci muka untuk jerawat. Saya tak
ingat blog mana satu tetapi terlalu banyak blog yang baik hati share pasal cara
mengatasi jerawat dengan berkesan. Akhirnya saya terbaca tentang cetaphil yang banyak
respon positif mengenainya. CETAPHIL..nama
pun sudah unik. Berminggu-minggu jugalah study
pasal jerawat, punca jerawat, ubat jerawat dan sebagainya yang berkaitan dengan
jerawat. Saya ikut rejimen yang disarankan oleh blogger yang berjaya
menyelesaikan masalah mereka.
Banyak info
yang saya dapat tentang jerawat, jadi saya pun dah bersedia mencuba Cetaphil.
Fikir banyak kali juga sebab macam mana dengan set skincare yang saya beru beli tu. Lama juga berbincang dengan suami
tentang cara penyelesaian masalah saya ni. Yela, dah baru tukar, nak tukar lagi...tak
ke dia marah.hehehe..Akhirnya saya beli juga pencuci muka CETAPHIL Gentle Skin Cleanser. Pencuci muka sahaja mula-mula.
Mula-mula
pakai alamak, ape ni..macam lotion
tak ada buih langsung..bila rub kat
wajah..lembut saja. Perasaan tu macam pelik, sebab bersihkah pakai pencuci muka
ni. Betul apa orang lain cakap, macam tak puas cuci muka, tetapi kali ini saya
sudah nekad untuk bersabar sahaja. Seminggu wajah saya rasa selesa..tak pedih,
tak gatal. Jerawat mulai mengecut. Seterusnya, ubat jerawat saya beli. Untuk permulaan
saya beli
Benzoyl Peroxide 5%, tetapi
setelah habis saya pakai Ubat Jerawat
TIDACT
(sekarang) yang boleh didapati di farmasi. Saya ikut aturan begini untuk
menyelesaikan masalah kulit wajah saya.
Cetaphil pertama yang saya beli tahun lepas. Special tentang pencuci muka ini kerana ia non-comedogenic dan fragrance free serta sering disarankan oleh pakar kulit untuk mengatasi jerawat
Pelembap saya mula-mula
Bantu pudarkan pigmentasi
Gel jerawat
Sunblock pertama saya guna tahun lepas juga non-comedogenic (itu yang penting)..hehe
REJIM PENJAGAAN MUKA SAYA SETIAP HARI
Pagi:
1.
Cuci muka - CETAPHIL GENTLE CLEANSER
2.
Pakai pelembap (penting pakai pelembap) - CETAPHIL dan ORGANIC AID VIT E
3.
Pakai krim/gel jerawat - BENZAC AC 5%
4. Pakai
sunblock - CETAPHIL kemudian sekarang
ganti NEUTROGENA SUNBLOCK
Petang @
Malam :
1.
Cuci muka - CETAPHIL GENTLE CLEANSER
2. Pakai krim pigmentasi - MELAQUIN beli kat farmasi (Pemakaian disarankan tidak lebih
daripada 6 bulan, bila dah hilang atau pudar terus stop, kerana kandungan hidrokuinon 4% untuk rawat pigmentasi yang
dibenarkan oleh farmasi)
3. Pakai
krim/gel jerawat - BENZAC AC 5% (Sapu
pada bahagian berjerawat sahaja sedikit bila jerawat dah tiada tak perlu pakai)
Apabila kita
pakai mekap semasa keluar, jangan lupa tanggalkan mekap dengan makeup remover yang yang tidak
mengandungi alkohol, wangian dan pengawet kerana boleh memburukkan
lagi keadaan kulit. Cuci muka hanya dua kali sehari, tapi time nak solat tu,
kalo rasa masih tak bersih, cuci dengan pencuci muka, kalo tak pakai apa-apa,
cuci macam tu saja.Oleh kerana dia gentle, boleh lah cuci beberapa kali tapi
lepas solat pakailah pelembap semula okey..Lain kali saya cerita kenapa pelembap dan sunblock sangat penting walaupun kulit berminyak. InsyaAllah.
Tengoklah berapa banyak dah guna, ada lagi yang dah buang..hehe (nak jimat beli time promosi kat watson/guardian)
Bertukar kepada pencuci muka NEUTROGENA secara kebetulan. Yang penting, dia seakan-akan Cetaphil kerana tidak menyumbat pori dan hypo-allergenic formula. Paling penting dalam pemilihan pencuci muka untuk kulit sensitif dan berminyak/berjerawat ialah pencuci muka yang non-comedigenic
Bila keadaan kulit kita semakin baik, bolehlah tukar kepada pencuci muka yang berbuih tetapi gentle atau mild cleanser sahaja untuk kulit sensitif dan berminyak macam saya. Sekarang, dua minggu lepas saya telah menukar pencuci muka kepada NEUTROGENA Pure Mild Cleanser. Guna sikit sahaja dan gosok tapak tangan sampai berbuih dan sapu kat muka perlahan-lahan kemudian bilas bersih-bersih. Kulit lebih lembut. Alhamdulillah jerawat memang dah banyak surut jika dibandingkan dengan dulu kecuali time nak period lah kan.hehe...Ini pun secara kebetulan sahaja beranikan diri tukar pencuci muka sebab Cetaphil Gentle Skin Cleanser habis time cari kat Watson dan Guardian Kangar, yang tinggal Oily Skin Cleanser. Nak cuba juga tapi mahal. Tengah gawat time tu tapi nak kena pakai pencuci muka sebab kat rumah dah habis.
Yang ni adalah gambar sebelum pakai CETAPHIL tahun lepas dan sekarang. Kedua-dua gambar saya pakai BB Cream, tetapi berbeza kerana tak dapat cover cela langsung dulu. Gambar yang lagi banyak jerawat kat dagu sebelum tu tak sempat ambil, sebab muka tak elok, malu nak ambil gambar hehehe..Banyak tompok hitam, pigmentasi dan bekas jerawat kan. Jerawat bernanah tepi rahang tak nampak. Sekarang oklah sikit kan walaupun tak dapat kulit halus mulus macam dulu-dulu. Alhamdulillah.
Sekarang bila
dah kenal SHAKLEE, consume vitamin C
pun kulit dah semakin elok dan bertambah cerah. Banyak manfaat makan vitamin C Shaklee di samping pengambilan air masak tidak kurang dari 2 liter sehari. Air sangat
penting okey. Saya dah ubah pola pemakanan saya yang sebelum ini kurang minum
air supaya toksin dalam badan keluar. Vitamin C pula sangat bagus dalam
membantu menghilangkan jerawat apatahlagi diambil bersama vitamin E Complex
Shaklee. Lagilah best. VITA-LEA juga
sangat sesuai dengan saya kerana tekanan darah yang kurang dan anemia. Bila consume VITA-LEA, saya dah tak alami
simptom jantung berdebar, pitam, pening dan sebagainya. Alhamdulillah. Masalah
kesihatan saya semakin hari semakin pulih sejak mengenali Shaklee. Thanks Shaklee. Now, saya baru start consume ESP..so nanti saya akan bagitahu
kesannya okey.
UPDATE :
PENCUCI MUKA CETAPHIL LAGI
k bye.
me,
Mrs. Fzy