Assalamualaikum kalian semua, ketemu lagi kita
di sini ya , Blog MamaPapaRea. Hehehe...
Paparea nak tanya korang semua, pernah
tak kipas siling rumah korang sebelum ni laju, sekarang dah makin slow. Pasang level full @ level 5 rasa
macam pasang level 2-3 saja. Ada tak?
Paparea tanya sebab kipas rumah jadi macam tu buat kali kedua. Sebelum ni 3 tahun lepas kipas siling di ruang
tamu jadi slow. Mula la fikir, kipas
rosak ke ni? Masa tu MamaPapaRea belum lagi aktif Blog memBlog ni. Maklumla
internet kawasan kampung Paparea ni No
Coverage. Sekarang rumah Paparea pakai Streamyx. Hah, memang tak risau dah.
No Data Limit. Tengok pusingan kipas
ni, slow sangat walaupun sudah level 5. Ada 2 kipas yang jadi masalah ni.
** Ni bukan edit2 video Slowmotion punya ye, btul2 kipas tu berpusing level 5 **
Nak cerita la cikit, dulu memang cetek
ilmu ni, tak tau menau tentang kipas ni. Hanya yang tau, ada tukang elektrik “
Abang Man Karan” umur dah pencen. Apa2 masalah semua halo dia. Masa tu mintak
tolong dia la repair kipas ni. Punya la cepat dia buat. Datang
rumah, pasang tangga, off elektrik, dah siap. Wahhhhhhhh.......
“Brapa
Abang?” “Mai 50 dah la.” Wahhh, murah tu. Padahal aku yang tak tau kos repair
tu tak sampai 10 ringgit pun. Tapi takpa la, kos upah dia mai rumah kita kan...
Apa2 pun Trima Kasih Abang Man Karan. Tak da orang lain dah kalau bab2 elektrik
rumah ni semua halo dia.
Ni kapasitor yang diganti tu.
Ok, jom start perkongsian Cara Melajukan Kipas Siling Yang Perlahan Lebih Mudah Dan Menjimatkan.
Kipas
ni sama saja dengan barang2 lain. Bila baru semua mantop, fast and furious. Bila
dah makan deq tahun, power pun dah kurang umrphhh.... Jadi semua ni puncanya
adalah KAPASITOR nya sudah kurang power/lemah @ rosak. Kipas tak rosak. Korang
tau tak apa itu Kapasitor?
** Ni Kapasitor Kipas Siling, Baru Beli **
Kapasitor (Capacitor) adalah komponan
elektronik yang dapat menyimpan dan melepaskan muatan elektrik atau tenaga
elektrik dalam tempoh masa sementara dengan unit kapasitansinya adalah Micro Farad
(µF).
Kapasitor berfungsi dalam suatu rangkaian
elektronik dengan cara mengalirkan elektron menuju ke kapasitor. Setelah
kapasitor sudah penuh dengan elektron, berlaku perubahan pada voltan. Selepas
itu, elektron yang ada dalam kapasitor tu akan keluar dan mengalir ke rangkaian
atau komponen yang memerlukannya.
Nilai kapasitor akan berkurang @
lemah disebabkan usia kipas tu dengan jumlah penggunaan yang maksimun dan terus
menerus. Itulah yang menyebabkan kelajuan kipas semakin berkurangan. Kapasitor yang
berkualiti rendah, nilai Farad (µF) akan berkurangan setiap tahun.
Itula
serba cikit penerangan tentang Kapasitor ni. Cukup kot noo.
Sebelum kita mula proses baiki kipas siling ni.
Yang pertama sekali kenali dulu kipas korang. Selalunya Top Brand kipas siling
ni semestinya jenama KDK. Macam rumah Paparea semua KDK.
Macam
kipas ni kapasitor yang asal @ standard adalah 2.0 µF
(Gold) dan 1.8 µF(Putih). Kalau korang tak tau
nilai kapasitor kipas korang, cer buka dulu tengok. Lepas tu baru la boleh buat
keputusan untuk beli terus.
**
Peringatan:
Tukar/Ganti
kapasitor dengan nilai Farad (µF) yang sama dengan yang
asal @ nak up nilainya untuk tambah laju, jangan melampau2. Up sekadar, contoh
1.8 ke 2.0 µF, 2.0 ke 2.2/2.5 µF. Kalau lebih tinggi sangat nilai µF, kipas akan pusing sangat laju,
motor kipas menjadi lebih panas menyebabkan gelung dalam motor kipas rosak.
Pastikan label voltan lebih dari 300VAC.
Kapasitor ni murah ja.
Mana nak beli kapasitor ni? Semestinya la kedai elektrik. Ala kedai jual barang
elektrik and repair radio tv. Murah ja. Paparea beli 2 kapasitor macam gambar
di atas tu, RM14.00. Kapasitor 2.0 µF (RM6.00) dan 2.5 µF (RM8.00). Harga
termasuk GST (Good And Services Tax). Mungkin korang boleh dapat murah lagi
dari harga tu. Jadi
nak langkah selamat, beli je nilai asal saja.
Sebelum
mula proses penggantian dan pemasangan, sediakan barang2 yang diperlukan dulu.
a.
Tangga 4
tingkat / 5 tingkat / lebih tinggi lagi bagus.
b. Screw Driver / Pemutar Skru Philips @ Mata Bunga
c. Test Pen / Pen Ujian (menguji arus elektrik)
d. Pemotong Wayar
e.
Kapasitor Baru
Step
1:
Untuk
keselamatan, off @ tutup suis kipas tu @pun nak selamat dan yakin tak ada
arus elektrik, tutup terus suis utama (kotak fius rumah). Comfirm ok.
Enterframe dulu, hehehe... Paparea.
Step
2:
Buka dulu bahagian penutup atas tu. Ada 2 biji
skru.
Step
3:
Cek dulu guna Test Pen, pastikan tiada arus
elektrik.
Step 4:
Buka skru pada kapasitor tu
dan keluarkan kedua2 wayar kapasitor dari penyambung wayar kipas tu.
Ada perbezaan kapasitor ni,
yang asal / original dengan yang biasa. Yang asal besar dari yang biasa.
Step 5:
Tukar / Ganti semula kapasitor lama @ rosak
dengan yang baru.
Kalau wayar kapasitor baru
tu lebih panjang, potong la cikit.
Step 6:
Mula proses pemasangan semula sama seperti
proses membuka tadi. Wayar kapasitor tu ikut sama seperti keadaan asal. Jangan
salah pulak. Hehehe...
Ok, dah siap semua.
Opsss, ni la masalah bila
jarang2 skali naik tengok bahagian atas.
Terpaksala
cuci kipas ni dari habuk2. Kalau macam ni habuknya gunala vacum untuk sedut
habuk tu. kalau takda vacum, pakai la berus. Jadi bertambah la kerja menyapu
lantai akibat habuk berterabur.
Untuk TIPS
CUCI KIPAS SILING PALING MUDAH TANPA HABUK BERSELERAK, sila ke LINK ini.
Bila dah cuci, try tengok
hasilnya. Bezakan dengan video di atas. Laju ooo... Baru rasa angin.
Amacam
ok tak tips ni. Korang yang ada masalah macam ni, boleh la cuba buat sendiri,
dapat la menjimatkan wang. Yang penting ilmu perlu ada sebelum lakukan. Jangan
memandai2, elektrik tak boleh bawa main. Very Dangerous. Be Careful ya kawan...
CARIAN YANG BERKAITAN:
a.
Kenapa kipas siling jadi perlahan?
b.
Punca kipas siling semakin perlahan.
c.
Tips nak lajukan kipas siling yang perlahan.
d.
Cara bagi laju kipas siling.
e.
Cara baiki kipas siling pusing perlahan.
f.
Cara tukar kapasitor kipas siling.
g.
Apa itu kapasitor dan fungsinya pada kipas.
Terima
kasih pada korang semua yang sudi layan Blog Mamapaparea.
Jumpa
lain di entri yang lebih bermanfaat untuk kita semua. Bye2...