Apa khabar semua? Harap semua sihat2 belaka. Amin….
Hari ni Paparea nak share tentang cara nak buat pindahan (transfer) untuk tambah
pelaburan akaun ASB secara online guna MyASNB ni.
Cara dia sama je dengan internet banking,
transfer akaun ke akaun lain. Tapi wajib ada internet banking la contoh maybank2u, cimbclicks, affinonline
dan macam2 lagi bank. Untuk proses di MyASNB ni, ia menggunakan sistem FPX Perbankan Internet.
Apa itu FPX?
1. FPX ialah Financial Process Exchange atau
Proses Pertukaran Kewangan atau
lebih faham ia adalah sistem pembayaran
online di Negara kita Malaysia.
2. Pembayaran melalui FPX ini memberi pilihan
kepada pengguna untuk membayar pelbagai perkhidmatan melalui fasiliti yang
mudah dan selamat.
3. Ia juga disokong dalam sistem Kementerian
e-gov mahupun syarikat swasta yang berdaftar khas dengan bank negara.
Sebagai peringatan pada semua, yang penting,
berhati2 bila membuat setiap pembayaran. Kalau tersilap, nak dapat balik duit, hmmmm…
Jadi, berhati2 dalam
meletakkan jumlah bayaran dan no. akaun tu. Pastikan semuanya betul. Ini ada beberapa
contoh internet banking macam gambar di bawah:
1. Had pembayaran melalui bank bergantung pada
had pengeluaran yang ditetapkan bagi setiap transaksi oleh bank itu sendiri.
2. Kita perlu ada akaun perbankan internet
dengan mana2 bank berikut untuk buat pembayaran.
Kalau tak da, boleh juga nak transfer tapi
terpaksa guna cara lama la, p mana2 kaunter ASNB. Hehehe…
Jom start…
Ni Paparea kongsikan cara tambah pelaburan ke
akaun sendiri dan juga tambah pelaburan ke akaun anak2.
Kita mula dengan Akaun ASB Sendiri dulu.
1. Seperti
biasa, buka laman web MyASNB dan Log Masuk. Kalau korang masih belum
daftar MyASNB ni, sila klik Link di bawah.
2. Bila dah
masuk, klik pada bahagian PELABURAN TAMBAHAN.
3. Bila keluar page ni, baca soalan tu. Jawab Ya ataupun Tidak, then klik SETERUSNYA.
4. Di bahagian Pengistiharan ni, ada 2 kenyataan. Kalau rajin baca, kalau malas
pun takpa. Tapi baik baca cikit la, ada la faham jugak.
Tanda di kotak kecil bawah and Klik SETERUSNYA.
Sebarang urusan pertambahan pelaburan melalui Portal MyASNB ini tidak dikenakan kadar caj kecuali pindahan melalui internet banking saja dikenakan caj RM1.00 untuk 1 transaksi.
Untuk bahagian ni, ada diterangkan jumlah pelaburan MINIMUN dan MAKSIMUN. Untuk proses pertambahan pelaburan melalui portal ini mesti seperti dibawah:
Sebarang urusan pertambahan pelaburan melalui Portal MyASNB ini tidak dikenakan kadar caj kecuali pindahan melalui internet banking saja dikenakan caj RM1.00 untuk 1 transaksi.
Untuk bahagian ni, ada diterangkan jumlah pelaburan MINIMUN dan MAKSIMUN. Untuk proses pertambahan pelaburan melalui portal ini mesti seperti dibawah:
- Pelaburan Tambahan Minimun - RM100.00
- Pelaburan Tambahan Maksimum - RM30,000.00 (tertakluk kepada saiz tabung ASB)
Penggunaan portal ini mungkin berbeza dari urusan di kaunter dari segi had pelaburan tambahan tu.
5. Di bahagian Pelaburan Tambahan ni, masukkan jumlah berapa
korang nak transfer ke akaun ASB
korang. Lepas tu klik SETERUSNYA.
6. Untuk Pengesahan,
masukkan karakter seperti imej yang diberi. Klik SETERUSNYA.
7. Ini Bahagian untuk
proses pembayaran melalui FPX Internet
Banking. Tempoh masa hanya 15 minit saja. Kalau lebih dari tu, kena mula dari awal.
8. Pastikan semua butiran
yang dimasukkan betul dan pastikan jumlah pelaburan tu betul. Klik PROCEED TO PAY.
9. Pilih bank korang and masukkan emel korang sekali. Klik Agree And Continue.
10. Automatik keluar
online bank korang. Yang ni korang isi la untuk proceed transfer duit tu. Yang mana ada mesti dah tau kan caranya. Tak payah cerita la nooo.
11. Bila pembayaran tadi
success, kembali ke FPX
Payment Details. Klik pada bahagian Click Here To Complete Your Transaction.
12. Ini adalah Resit Transaksi bagi
pertambahan pelaburan yang kita buat tadi. Ia sebagai bukti pembayaran dan di
sini tercatat semua seperti no rujukan, jumlah, tarikh transaksi.
13. Dah boleh semak
melalui menu tab Rekod Urusniaga MyASNB.
Ok, selesai sudah perkongsian cara tambah
pelaburan ke akaun ASB sendiri.
Seterusnya, cara tambah @ transfer ke akaun anak2 pulak. Step
dia sama saja cuma berbeza sikit ja di bahagian Pelaburan Tambahan.
1. Fisrt, buka menu Bijak / Remaja untuk akaun anak2. Pilih
salah satu akaun (jika akaun lebih dari satu). Klik pada PELABURAN TAMBAHAN.
2. Bahagian
pengistiharan sama, tanda di kotak kecil bawah and Klik SETERUSNYA.
3. Di Pelaburan Tambahan ni ada cikit beza dari pindahan ke akaun sendiri. Masukkan amaun yang nak ditambah. Klik SETERUSNYA.
4. Lakukan
seperti pindahan ke akaun sendiri (no.6 - no.12).
5. Lepas selesai transfer, boleh la semak penyata di bahagian Rekod Urusniaga Bijak / Remaja.
6. Setiap tansaksi melalui MyASNB ni, kita akan dapat notis melalui mesej ke no telepon kita.
** PERINGATAN **
Waktu
Operasi bagi
segala transaksi untuk perlaburan tambahan ni adalah bermula dari 7.00 pagi hingga
6.30 petang, hari Ahad hingga Jumaat. Manakala hanya hari Sabtu Minggu Ketiga
sahaja dan Tidak
Termasuk Cuti Umum.
Selain dari waktu yang dinyatakan di atas, tiada sebarang urusniaga (Pelaburan Tambahan) di MyASNB kecuali untuk semakan penyata sahaja. Pada laman pertama MyASNB telah dicatat Waktu Operasinya.
Selesai semua perkongsian Cara buat Pindahan / Transfer Untuk Tambah Pelaburan Akaun
ASB.
Untuk entri seterusnya, Paparea nak kongsikan
cara mengatasi masalah terlupa IP Pengguna dan Lupa Katalaluan.
CARIAN YANG
BERKAITAN:
1. Cara Semak Baki ASB Online
2. Cara Buat Pindahan ASB Online
3. Cara Transfer Duit ASB Online
4. Tambah Pelaburan ASB Online
5. Semak Baki Dan Penyata Online ASB
6. Tambah Duit Ke Akaun ASB Anak Secara Online
Sekian, terima kasih kerana sudi singgah Blog
MamaPapaRea. Jumpa lagi di entri seterusnya. Bye2…
By:
tq info menarik..blog saya https://cararesepi.blogspot.com/
BalasPadamSama2. Tq visit my blog.
PadamPertanyaan blh ke duit asb keluar melalui mesin atm
BalasPadamHye, tak boleh. Perlu ke Kaunter ASNB sahaja @ mn2 ejen ASNB. TQ visit my Blog..😎😎😎
PadamKene charge tak maybnk2u lau pakai system ni??
BalasPadamHye sidratul ayuni.
PadamKlu guna portal MyASNB ni xd kena cas apa²pun. Tapi klu guna onlinebanking transfer ke ASB, mmg ada cas. TQ visit my blog 😊😊😊
Sy cdangkn pihak pengurusan ASNB kne buat sistem baru trnfer dari acc asnb ke acc bank..bkn ape jimat masa lpas tu cepat..ini Klau beratur dkat bank atau PEJ pos mngbil masa sngt lama tambahan pula waktu kita nk guna duit waktu tu juga sistem ASNB korg sistem down la Line slow la..spatutnya sistem baru mkin laju dan cepat bkn mkin teruk.klau lmbat cmni baik guna buku balik. BG sy sistem baru ni xda mnunjukn sebarang perubahan..still slow
PadamHye. Bagus cadangan ni utk kita semua sbg pelabur. Tapi lagi bagus kalau cadangan ini dikemukakan terus ke ASNB. Sini hanya perkongsian saya sebagai seorang pengguna ASNB. Biasala itu sistem ASNB yang buat, kita terpaksa ikut saja la. TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamBoleh x acc asb transfer p bnk lain
BalasPadamSecara online
Haluuu.
PadamTAK BOLEH. ASB ni pelaburan, bukannya akaun simpanan bank. Nak kuar duit trpaksa melalui kaunter ASNB. ASB hya blh transfer ke smua tabung unit amanah ASNB. TQ visit my blog 😊😊😊
Selamat pagi. Nak Tanya duit dlm asb tu mmg ada ke camne ek? Then, boleh ke buat pengeluaran duit dlm tu? Curious pula SAYA.
BalasPadamMorning. Duit ada la sama mcm akaun bank. Kalu kita simpan duit dlm ASB, pasti ada duit tu. Cuma ASB ni brbeza dgn Bank. Pengeluaran duit hya blh dkluarkan melalui khidmat kaunter sja. TQ visit my blog 😊😊
PadamSaya dh check kt mybank2u, saya ada simpanan asnb, yg trkumpul xbyaklh, bwah rm500,boleh ke kluarkn duit tuh, ke ada had pengeluaran? Klau bleh kluar, klau gi maybank kaunter boleh ke kluarkn duit tuh?
BalasPadamHye, blh ja kuar d kaunter. Janji mesti tggal baki minimun RM10.00 dlm asb. 😁😁😁😁
PadamTQ visit my Blog
Hi Salam..sy Ada check Kat mybank2u sy rupanya pernah Ada simpanan asnb..tp lama dh lama x myimpan..soalan sy..
BalasPadam1)adakah akaun itu masih aktif?
2) Jika masih aktif bolehkn sy teruskan buat simpanan?
3) bilakah keluaran duit boleh dibuat? Adakah keluaran Ada tempoh2 yg ditentukn
Hai, Wsalam. Msti lama xmlabur ni. Jwpan utk soalan 👆👆👆
Padam1. Selagi ada simpanan dlm akaun ASB wlpn RM10, akaun ASB masih aktif.
2. Ya, boleh teruskn menabung untuk masa depan.
3. Bg akaun dewasa, tiada had @ tempoh utk pgeluaran asalkan mesti tggal baki minimun RM10 dlm akaun ASB.
Okay, TQ visit my Blog 😊😊😊
Boleh ke duit dlm asb di transfer ke maybnk melalui myasb online
BalasPadamHai, tak boleh transfer ASB ke mn2 bank. Perlu melalui kaunter jugak utk pengeluaran. Buat masa ni,hanya utk sesama akaun ASNB sahaja. TQ Visit My Blog 😊😊😊
PadamHai, tips yg terbaik. Penerangan yg jelas n mudah paham. Siap ada gambar lagi. Mmg senang nk rujuk. Tq MamaPapaRea Blog
BalasPadamHye, sma2. Tq Visit My Blog 😊😊😊
Padamboleh ke transfer duit asnb maybank ke maybank2u
BalasPadamHye Afrojack84. TAK BOLEH. Duit ASNB hanya boleh dikeluarkan melalui kaunter di mana² cwgn ASNB. Kalau nak transfer ke M2U, sama jugak melalui kaunter dengan cara trus ke akaun Maybank. Tq Visit My Blog 😊😊😊
PadamHello...saya nak tanya...sekarang ni kalau keluarkan duit asbn,perlu bawa buku simpanan atau guna ic ja?
BalasPadamHaluu. Skrg dah xpayah pakai buku. Hanya guna MyKad dan Borang Pengeluaran shja. Tq Visit My Blog 😊😊😊
Padamhelo nk tnya, mak saya dekat mekah , so saya sebagai anak boleh ke saya bawak ic mak sya untuk keluar kan duit dlm asb?
BalasPadamHaluu alippsss. Tak Boleh. Kecuali ada sebab² tertentu wlpun waris yg tuntut. Bab ni alippsss boleh direct tya di ASNB untk keterangan lebih lanjut. Tq Visit My Blog 😊😊😊
PadamHye salam..nk tnya..klau nk trnfer duit melalui akaun cimbclick dan bpe minimum kita boleh tranfer ke akaun asb
BalasPadamHye, wsalam. Utk cimb, dr pengalaman, nk transfer Brp pun boleh asalkan baki dalam akaun mesti kena tgl minimun RM20.00++. Tq Visit My Blog 😊😊😊
PadamAssalam ,nak tnya.. Kalau nak transfer melalui public bank online, brapa minimun kita boleh transfer ke dlm asb?
BalasPadamWsalam Tira. Hye. Ok, ttg ni bergantung kepada Had Limit yg dtetapkan oleh bank tersebut (PublicBank). Nak transfer banyak mana pun takda masalah. Tertakluk terma&syarat pindahan bg bank tu. Selamat Menabung. Tq Visit My Blog 😊😊😊
PadamHello . sy nak tanya masih wujud ke akaun sy jika dulu sy pernah buka akaun asb tp under parents ( 2013 ) tp skrg sy dah 21tahun . boleh kah sya activekan @ gunaka akaun itu lagi ?
PadamHye, wc to mamapaparea blog. Akaun ASB kmu masih aktif. Cuma perlu kemaskini akaun sahaja dmana² cwgn ASNB. Sbnya, ada perubahan no akaun ASB & dftar email, no.tel untuk urusan online. TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamHai nak tanya. Kalau dah buat transaksi kat atas ni adakah bulan seterusnya dia akan auto debit? Atau buat lagi step kat atas.? Terima kasih..
BalasPadamHai, rasanya MyASNB takda AutoDebit. Buat mcm biasa tiap bulan. Klu m2u/cimbclick dll, boleh set autodebit. Ada la cas dia. Tq Visit My Blog 😊😊😊 pautoDebit. Buat mcm biasa tiap bulan. Klu m2u/cimbclick dll, boleh set autodebit. Ada la cas dia. Tq Visit My Blog 😊😊😊
PadamJadi xda AutoDebit...setiap bulan kalau nk tmbh kena transfer..lpstu bank(maybank @ cimb)akan cas setiap transaksi yg dibuat...betul ka cmtu...
Padamkalu cmtu baik buat potongan gaji setiap bulan kan?atau potongan gaji pun kena cas juga?
Kalau nak transfer amaun kurg dr RM100, perlu melalui on9 bankin. Tp ada cas. Kalu xnak pening², baik buat potongan gaji. Tiap² bulan potong xd cas. Sb direct dr AG. @pakai MyASNB saja, tapi amaun msti RM100 ke ats. Apa² kmuskilan blh direct tya ASNB. Tq Visit My Blog 😊😊😊
PadamHai ,nk tanya berkenaan Akaun ASB sya ,adakah akaun asb tersebut masih aktif atas nama saya sendiri dan adakah masih boleh berinteraksi dgn baki yg masih ada tertinggal di dalam akaun tersebut,walaupun sudah lama sya tidak menyimpan
BalasPadamHai, YA. ASB masih aktif selagi akaun ada baki. Perlu ke ASNB utk update akaun, sbb no akaun lama sdh dtukar no akaun baru. Tq Visit My Blog 😊😊😊
Padamklu nk keluarkn duit asb rm 100 ble?
BalasPadamBoleh, macam biasa la. Mn² cwg ASNB, Pej Pos, Bank². Melalui kaunter smua. TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamNk keluarkan duit kt asb tu tpi takut xde balance ..kt mana nk cek..cek my asnb ada balance lagi kang g bank nk ambik takut xleh pulak..boleh pencerahan sikit x??
BalasPadamHye, klu dftr MyASNB dh blh cek baki akaun. Klu xda, blh je cwgn ASNB, ada mesin Kiosk, pakai IC, blh semak baki terus. Nk kluar plk, mesti tgl baki RM10 dlm akaun. TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamHye, bole ke klau umur 17 keluarkan duit dri asnb?
BalasPadamHai, boleh tapi kena melalui penjaga@ ibu bapa sbb belum cukuo umur 18. TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamHello.. .kalau nak transfer duit dr bank lain ke asb boleh kan ... Yang tak boleh dr asb nak transfer ke bank lain tak bolehkan ...betul tak?
BalasPadamHai, YA BOLEH. Dari ASB ke Bank TIDAK BOLEH. 👍👍👍
PadamTQ visit My Blog 😊😊😊
Asaalam nak tye .Saya dh lama masuk asb..tapi dh lama xmelabur...rasanya 2020 tarikh matang dia..tadi godam mybnk2u cek asb ade rm8k lebih..boleh ke sya keluarkan duit tu sblum 2020 ke mcm mana..xfaham..baki asb tu mksudnya baki duit asb kite lah kan
BalasPadamWsalam, boleh saja nak kluarkn duit tu. Pd pndapat Paparea, baik fix je dlm ASB tu & cer tambah ckit tiap². Lama² brtmbh. Guna bila kecemasan saja. Tp ikut itu hak msg². TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamBuat keluar duit ASB kat pejabat POS boleh kan...
BalasPadamHye, boleh saja. Cuma Pej POS ada limit jugak, ada yg RM500 saja, ada yg boleh lebih brgantung pd pihak pos. TQ visit My Blog 😊😊😊 tentukan
Padamhai nak tanya.kalau isteri buka web myasnb & tambah pelaburan guna cimbclicks suami,boleh tak?
BalasPadamHai, rasanya tak boleh guna cimbclicks kalau suami tak bagi password, 😂😂😂😂😂
PadamGurau ja. BOLEH ja, asalkan nilai tambahan tu mesti RM100 ke atas. TQ visit My Blog 😊😊😊
Sy ada tmbh duit .. Tp kenapa xmasuk lg dlm akaun asb ? Call ASB dia kata ambik masa 24 jam . Mmg ambik masa 24 jam ke utk masuk ? Sbb haritu terus masuk je 😑
BalasPadamTransfer guna portal MyASNB @ on9 banking? Paparea sblum ni pun masuk duit anak klu dr MyASNB, mmg direct masuk akaun terus, xda plk kena tgu 24jam. Mgkin ada masalah system kot masa tu. TQ visit My Blog 😊😊😊
Padamklw mcm tu mw kc keluar dri ASNB tu melalui bank sja la kn
BalasPadamHye, YA. Mcm biasa cara kluar mlalui bank, pos & mn² cwgn ASNB. Cuma sistem ni dia lebih kpd MENABUNG. Klu sistem sama bank, kejap ja hbis duit asyik kuar msuk kuar msuk, dividen pun dapat ciput. 😂😂😂😂
PadamTQ visit My Blog 😊😊😊
Klu asb ke asb boleh kan
BalasPadamHye, boleh. 😊😊😊
PadamKalau nak tahu blh p di link ni, pidahan ASB ke ASB
Padamhttps://mamapaparea.blogspot.com/2020/02/cara-buat-pindahan-asb-ibu-bapa-ke-asb-anak-yang-mudah.html?m=1
Kalau nak transfer dari akaun 2 ke akaun 1 asb boleh ke buat dari online?
BalasPadamHye, klu antara asb2 ke asb1, boleh ja. Hanya maaukkan no akaun mn yg nak diterima masuk. Ok. TQ visit My Blog 😊😊😊
Padamnak tambah pelaburan melalui fpx memang perlu kemaskini no acc bank ke ? apa² shj no acc ?
BalasPadamFpx ni ibarat org tgh yg urus duit. Utk no acc xperlu kemaskini d fpx. Ia direct ke online bankg utk proses pmbayaran utk pindahan. TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamAssalamualaikum bole tak kita laburkan ke acc asb tapi gune bank lain slain maybank2u. Cthnye log in asb then laburkan dgn menggunakan bank islam ke acc asb tnpa dikenakan cas
BalasPadamWaalailumussalam, Bank Islam ada internet banking, kan. Jadi sama ja step dia. Asalkan ada bank tu onlie banking, asb pun blh guna melalui FPX utk transfer duit. TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamWaalaikumussalam
Padamnk tnya.blh tak guna bsn online banking..saya tgk senarai bank yg tuan bubuh d atas takda pun BSN??
BalasPadamHi, boleh. Asalkan BSN tu online banking ada. Blh dah guna MyASNB. TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamSalam nk tny ckit la.. Asb husbnd nk transfer duiyt ke dlm akaun asb wife melalui myasnb blh tk
BalasPadamWsalam, hi anne. Ok, boleh transfer. Guna kaedah yg sama, pemindahan. Masukkan No Ahli Akaun ASB suami. Amaun mesti RM100 ke atas. Ok selamat melabur. TQ visit My Blog 😊😊😊
Padamhai. nak tanya, boleh ke kita memindahkan duit simpanan dari akaun maybank (online) ke akaun asb mak kita atau asb orang lain? dan bagaimanakah caranya jika boleh? saya dah tanya ajen asb, katanya boleh tapi dia tak ajar caranya. kalau ikut cara yang cik/puan tunjuk, dah try buat tapi yang keluar adalah asb kita sendiri. sebab asb kita dengan asb mak sama kategori. asb anak boleh pilih asb didik. kalau orang lain nak pilih apa? terima kasih.
BalasPadamHai Mailin, boleh cuba melalui MYASNB. Klik pada akaun sendiri portfolio. Klik di bawah, permindahan. Ikut step, masukkan no akaun yg kita nak transfer tu. Tp perlu ada duit la dlm akaun asb kita. Rasanya dgn cara ni lbih easy dari guna M2u punya sistem. Sperti yg sis cakapkan td hanya akaun kita saja ada. Boleh try la. TQ visit My Blog 😊😊😊
Padamterima kasih d atas perkongsian
BalasPadamSama² kasih Awanama. TQ Visit My Blog 😊😉😘
PadamTHANK YOUUUU..
BalasPadammembantu sangat sngat info nih. dah lama cari baru jumpa..
Welcome aster. TQ visit my blog :)
PadamMacam mana nak buat pemindahan asb ke asb lain , boleh tunjuk cara ?
BalasPadamhai, cara dia sama ja macam di atas cuma perlu masukkan no akaun mana yang nak kita transfer. Nanti akan saya buatkan cara transfer ya. TQ visit my blog :)
PadamEncik blh sya tau jika sya membuat perpindahan duit dr asb ke maybank kira² brpa masa yg diperlukan.. adakah 8 jam atau sebaliknya.. jika jam 7am tepat sya membuat perpindahan duit dr asb ke maybank adakah pd hr yg sma sya akan dpt atau tak
BalasPadamHai, nanti saya update. TQ Visit My Blog 😊😉😘
PadamBrpa tempoh masa yg diambl setelah membuat perpindahan duit dr asb ke mbb.. contoh jam 7 tepat sya membuat perpindahan
BalasPadamHai Dods. nanti saya update ye. TQ Visit My Blog 😊😉😘
PadamSalam.. Boleh ke dr asb kite transfer ke mbb2u..
BalasPadamAjarkan saya sis.. Tq
Wsalam, yang ni belum lagi saya buat. Untuk makluman sis, pengeluaran ASB ke mana² bank adalah had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM500 sebulan hanya 3 kali transaksi sahaja dengan jumlah minimun RM100. ok la dari takde kan, buleh jugak keluar terus dari nak hadap kaunter. TQ Visit My Blog. Please Subscribe, Like & Share my YouTube, MamaPapa Rea Channel ok. 😊😉😘
Padamsya sudah transfer smlm tapi cek2 hari ni x msok2 lagi.. org asb cuti raya kah?
BalasPadamHi, Olliza Migon. Transfer guna apa ya? Online Bank @ MyASNB? Cuti Raya, depa semua cuti termasuk SISTEM depa, hehehe...
PadamTQ visit My Blog 😊😊😊
sy dah bank transfer duit guna internet bangking cimb.Tapi mengapa duit dlm akaun asnb masih tak bertambah lagi lepas transfer?
BalasPadamHai, mungkin ambil masa beberapa hari bekerja kut. nak cepat masuk guna Portal MyASNB, terus masuk bila kita dah transfer berjaya. saya guna itu saja memudahkan cara. TQ Visit My Blog. Please Subscribe, Like & Share my YouTube, MamaPapa Rea Channel ok. 😊😉😘
Padamduit dah transfer ke akaun asnb tapi akaun asnb masih x masuk2 mengapa ya???
BalasPadamHai, maaf nak tanya, cik guna portal MyASNB @ Apps MyASNB @ internet Banking? Pada pengalaman saya selama dengan MyASNB ni, berjaya saja transfer tu, automatik dalam akaun ASB kita dah ada butiran transaksi tu. Tiada apa² masalah. TQ Visit My Blog. Please Subscribe, Like & Share my YouTube, MamaPapa Rea Channel ok. 😊😉😘
Padam