Pada bulan Januari 2017 yang lepas, cukup la usia anak
ku yang kedua ni, 6 bulan. Bila dah cukup umur dia, memang semestinya saya dan
isteri akan ke Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) untuk buat buku Akaun Remaja (ASB) untuk
my baby boy, Rea Adam Daniyal. Kakaknya pun sama dulu, cukup ja umur, terus buat
buku akaun ASB pada bulan Julai 2014. 1st time kami sebagai ibu
bapa buat akaun untuk anak. Memang rasa tersangat bangga bila selesai.
** Ini la My Baby Boy, Rea Adam Daniyal (6 Bulan) **
** Ini pulak My Princess, Rea Hanna Sophea (6 Bulan) **
Di sini saya nak share Cara Buka Buku Akaun Remaja
untuk anak. Sebelum tu, nak cerita sikit tentang ASB ni.
Apa yang kita semua paham, ASB maksud penuhnya Amanah Saham Bumiputera dan ianya hanya dikhaskan untuk Bumiputera saja (Melayu, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak) dan had umur minimum untuk membuka akaun ASB adalah 6 bulan ke atas dari tarikh lahir si pemohon. Jadi, baby Daniyal sudah layak untuk ada akaun ASB.
**Amanah Saham Bumiputera** **Amanah Saham Bumiputera 2**
(ASB) (ASB2)
ASB juga terbahagi kepada dua, iaitu
ASB dan ASB2. Perbezaan ASB dengan ASB2 adalah dari segi pulangan bonus dan
dividen tahunan. ASB2 ni adalah kesinambungan dari ASB1/ASB. Sekiranya akaun
ASB sudah penuh iaitu jumlah pelaburan dalam akaun sudah mencecah had maksimum RM200,000, secara automatik boleh la buka akaun ASB2 pulak. Had maksimum pelaburan bagi akaun ASB2 adalah RM200,000. Jadi jumlah bagi seorang penama untuk melabur di dalam ASB/ASB2 hanya RM400,000 sahaja. Kalau kedua2 akaun tu dah full, buka ASB3 pulak.huhuhu... Gurau je, tapi tak tau la pulak bila ASNB akan lancarkan ASB3.
Untuk entri kali ni, saya hanya nak fokus pada Akaun ASB. Akaun
ASB terbahagi kepada dua akaun iaitu:
1)
Akaun Bijak/Remaja
a)
Had Umur
i) Bagi permohonan untuk membuka akaun Remaja adalah ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak
kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 18 tahun
ke bawah.
Rujuk : Link Akaun Bijak/Remaja
** Update 02 Januari 2018 **
ii) Had Umur Seawal Usia Kelahiran Anak
Rujuk : Link Akaun Bijak/Remaja
b) Had Pelaburan
i) 50,000 unit (RM50,000.00)
** Update 02 Januari 2018 **
ii) 200,000 unit (RM200,000.00)
Rujuk : Link Akaun Bijak/Remaja
c) Syarat Pemegang
Akaun Remaja
i) Pemohon
berstatus remaja tidak dibenarkan untuk menjual semula unit melainkan remaja
berkenaan telah mencapai umur 12 tahun. Ini bermakna, duit simpanan ASB tidak
boleh dikeluarkan sehinggalah pemohon ASB berusia 12 tahun.
ii) Pengeluaran wang tidak boleh melebihi
jumlah RM200 bagi Akaun Remaja dalam mana-mana tempoh 1 minggu.
iii)Akaun Remaja akan ditukarkan secara
automatik ke Akaun Dewasa setelah remaja berkenaan mencapai Umur Majoriti iaitu
18 tahun ke atas.
2)
Akaun Dewasa
a)
Had Umur
i) 18 tahun ke atas.
b) Had Pelaburan
i) 200,000
unit (RM200,000.00)
3) Jumlah Minimun Perlaburan Permulaan
a) RM 10.00 @ 10 Unit.
** Ni Buku My Baby Boy, Akaun Remaja 'TING!' **
** Papa - Mama - Kakak - Adik **
Ops! Mesti korang heran buku mama dia masih 'TING!'...
sebab..page masih banyak kosong lagi, tak melabur dari kecil. huhuhu...
Ok, meh kita cerita terus la tentang Cara Buka Buku Akaun Remaja ni...
Apa yang saya kongsi ni adalah berdasarkan pengalaman saya buka akaun ASB di Cawangan ASNB Kangar. Tapi tak semestinya sama prosedur dia bergantung kepada keperluan kalau korang buka buku di mana-mana ejen-ejen ASNB seperti Maybank, CIMB Bank dll dan juga mana-mana cawangan pejabat pos.
Saya terang satu persatu bersama gambar sekali contoh pengisian borang.
Step 1:
Sebelum pi ke ASNB, kena prepare la apa2 dokumen penting seperti:-
i) My Kad Ibu Bapa/Penjaga,
ii) My Kid Anak
iii) Sijil Lahir Anak.
Bawa semua dokumen tu bersama2 SALINAN. Jangan pulak lupa duit nak masuk akaun anak tu.
Step 2:
Di ASNB, untuk permohonan buka akaun, tanya abang security dulu, "Bro, saya nak buka akaun ASB anak?" Terus dia bagi semua borang pendaftaran ASB untuk kita isi segera. Semua borang tu seperti di Step 3.
Ooo, hari tu saya terlupa bawa sijil lahir anak, cuma MyKid saja yang ada. Mula la panik ingatkan kena cancel balik rumah dulu ambil sijil tu. Nasib baik staf sana cakap boleh guna MyKid tetapi diorang akan keluarkan borang pengesahan butiran anak, dari sistem ASNB. Tak sempat pulak saya snap borang tu...
Bila semua borang tu dah siap isi, abang security akan tanya, "Bro, Borang dah siap isi?" Jawab saya. "Sudah siap Broo"... Dia akan semak semua borang yang kita isi. Bila semua dah lengkap, dapat hadiah berupa tiket ke kaunter. Jadi tunggu la nombor tiket bertuah kita tu dipanggil ke mana2 kaunter yang terpilih. Hehehe...
Step 3:
Ada beberapa jenis borang perlu kita isi.
**
Contoh Borang Pendaftaran Unit Amanah - ASNB P2 **
(Akaun Bijak/Remaja) Muka Depan
**
Contoh Borang Pendaftaran Unit Amanah - ASNB P2 **
(Akaun Bijak/Remaja) Muka Belakang
Page ni
menunjukkan Kod Pekerjaan dan Kod Pendapatan Ibu Bapa. Jadi tak payah nak
pening kepala apa nak tulis dalam borang tu nanti...
Contoh:
Bapa
bekerja sebagai Peniaga Nasi Lemak RM1.00. Kod Pekerjaannya ialah H 05.
H
- Bekerja Sendiri
05
- Peniaga Kecil-kecilan
Kalau pendapatan bulanan kurang RM3,000.00. Kod
Pendapatannya ialah 03.
**
Contoh Borang Pengisytiharan FATCA **
Borang Pengisytiharan FATCA adalah Surat AkuJanji yang menyatakan si pemohon bukan mana-mana warganegara atau pemastautin Amerika Syarikat "U.S Person". Pihak ASNB nak tahu kita ni warganegara Malaysia, tak nak ada kaitan dengan negara luar. Sebabnya perlu banyak pengesahan berkaitan status warganegara. ASB ni hanya untuk warganegara yang berstatus Bumiputera saja.
**
Borang Pengisytiharaan Politically Exposed Person **
Borang ni pulak adalah untuk mengenalpasti si pemohon adalah Individu secara langsung @ tidak langsung mempunyai pengaruh politik (PEP) merujuk kepada individu yang atau telah diamanahkan dengan fungsi awam yang penting dalam negara atau oleh negara luar.
Kiranya, bab politik jugak ni, orang yang ada kepentingan. Mungkin semua ni adalah untuk simpanan dalam rekod ASNB.
** Borang Jualan Balik - ASNB JB **
Borang Keluar Duit...
Borang ni untuk yang mana ibu bapa nak menambah
pelaburan dalam akaun anak, keluarla duit dari akaun ibu @ bapa menggunakan borang ni.
** Borang Jualan Balik - Muka Belakang **
Jangan
lupa pulak bahagian ni. Selalu bahagian ni ramai yang terlupa nak isi termasuk
saya. Bila di kaunter, staf suruh isi semula page tu...
Paham2 la bila keadaan masa tu sibuk, memang
muka staf kat kaunter tu mesti MASAMM. Nak marah2 ja, kenapa? Jadi korang isi siap2 sekali
dengan tandatangan korang. Cepat urusan kita di kaunter, cepat la siap...
** Borang Pelaburan - ASNB PT **
Borang
untuk masuk duit ni... Borang ni diisi bersama2 dengan borang pendaftaran ASNB
P2 borang merah kat atas tu.
Dalam borang merah tu pun ada
bahagian untuk jumlah pelaburan permulaan. Jumlah perlaburan tu sama di borang biru ni.
Untuk segala keperluan dokumen bagi pembukaan
akaun ASB ni sudah lengkap. Sambil staf ASNB tu proses borang kita, duduk and tunggu sehingga staf ASNB panggil amik buku...
Ok, selesai dah cara nak buka buku ASB remaja untuk anak. Yeahhhhh..... seronokyeee...
** Jom kita berjoget **
Ni adalah syarat2 untuk pendaftaran akaun. Kalau nak lebih jelas and complete, klik di SINI.
Bagi ibu bapa yang kurang pasti akan hukum pelaburan ni, jangan cepat melatah. Ada yang dengar je orang cakap ASB ni HARAM, terus kelam kabut pi keluarkan semua duit dalam ASB. Jangan la macam tu, siasat dulu betul ka tidak. Hukum melabur dalam ASB ini adalah HARUS dari Majlis Fatwa Kebangsaan. Nak lebih jelas, boleh la klik LINK ni. Macam2 penerangan yang korang boleh tau tentang ASB ni.
Bagi ibu bapa yang kurang pasti akan hukum pelaburan ni, jangan cepat melatah. Ada yang dengar je orang cakap ASB ni HARAM, terus kelam kabut pi keluarkan semua duit dalam ASB. Jangan la macam tu, siasat dulu betul ka tidak. Hukum melabur dalam ASB ini adalah HARUS dari Majlis Fatwa Kebangsaan. Nak lebih jelas, boleh la klik LINK ni. Macam2 penerangan yang korang boleh tau tentang ASB ni.
Peringatan pada semua, terutama ibu bapa, prepare la awal untuk semua dokumen sebelum ke ASNB. Tak la kita menyusahkan diri, orang lain dan juga menjimatkan kos (parking kereta) and masa kita berurusan di kaunter.
SOALAN LAZIM:
1.
Berapa jumlah MINIMUM Pelaburan
untuk buka akaun ASB?
* Untuk pendaftaran akaun ASB, jumlah Minimum adalah 10 unit @ RM10.00 sahaja.
* Untuk pendaftaran akaun ASB, jumlah Minimum adalah 10 unit @ RM10.00 sahaja.
2.
Bolehkah anak berumur bawah 12 tahun mengeluarkan duit dari ASB?
* Tidak boleh. Hanya ibu, bapa @ penjaga yang berdaftar atas akaun anak yang boleh mengeluarkan duit tersebut.
* Tidak boleh. Hanya ibu, bapa @ penjaga yang berdaftar atas akaun anak yang boleh mengeluarkan duit tersebut.
3.
Bolehkah anak berumur 12 tahun ke atas mengeluarkan ASB sendiri?
* Boleh. Anak yang berumur 12 tahun ke atas (12 tahun 1 hari) sudah layak untuk mengeluarkan sendiri tanpa ibu bapa @ penjaga berdaftar.
* Boleh. Anak yang berumur 12 tahun ke atas (12 tahun 1 hari) sudah layak untuk mengeluarkan sendiri tanpa ibu bapa @ penjaga berdaftar.
4.
Berapakah had pengeluaran bagi remaja berumur 12 hingga 18 tahun?
* Had Pengeluaran bagi anak umur 12 tahun hingga 18 tahun adalah 200 unit @ RM200 dalam seminggu. Untuk sebulan, 800 unit @ RM800 bagi 4 kali pengeluaran.
* Had Pengeluaran bagi anak umur 12 tahun hingga 18 tahun adalah 200 unit @ RM200 dalam seminggu. Untuk sebulan, 800 unit @ RM800 bagi 4 kali pengeluaran.
5.
Berapakah had pengeluaran bagi ibu bapa @ penjaga berdaftar?
* Tiada Had. Ibu bapa @ penjaga berdaftar tiada had pengeluaran dan tiada had kekerapan pengeluaran.
* Tiada Had. Ibu bapa @ penjaga berdaftar tiada had pengeluaran dan tiada had kekerapan pengeluaran.
6.
Berapa baki MINIMUM dalam akaun ASB?
* Baki minimum yang wajib ada dalam akaun adalah 10 unit @ RM10.
* Baki minimum yang wajib ada dalam akaun adalah 10 unit @ RM10.
7.
Berapa had maksimum pengeluaran (jualan balik) bagi akaun ASB?
* Had pengeluaran bergantung pada di mana pengeluaran itu dibuat.
ASB - RM50,000 (HQ @ ASNB besar)
* Had pengeluaran bergantung pada di mana pengeluaran itu dibuat.
ASB - RM50,000 (HQ @ ASNB besar)
ASB
(Kangar) - RM10,000
Bank
(Maybank) - RM5,000 (setiap bank tak sama had)
Pejabat Pos - RM500++ (bergantung pada Pej Pos)
8. Boleh tak buat potongan gaji untuk ASB?
* Boleh. Hanya perlu ke mana2 Cwgn ASNB dan minta borang utk potongan gaji. ada 2 jenis borang utk pekerja swasta dan pekerja kerajaan.
Untuk kakitangan swasta perlu mengisi Borang Kemudahan Potongan Gaji (PPS-SPG) manakala untuk kakitangan perkhidmatan awam (Kerajaan) hendaklah mengisi Borang SPG ASNB. Bila semua lengkap diisi dan hantar terus ke unit gaji di majikan masing-masing. Nanti staff kewangan akan proses Borang SG20 untuk potongan Gaji. Selesai.
Nak lebih jelas, Klik LINK di bawah:
8. Boleh tak buat potongan gaji untuk ASB?
* Boleh. Hanya perlu ke mana2 Cwgn ASNB dan minta borang utk potongan gaji. ada 2 jenis borang utk pekerja swasta dan pekerja kerajaan.
** Borg SPG ASNB (Kerajaan) ** ** Borg (PPS-SPG) (swasta) **
Untuk kakitangan swasta perlu mengisi Borang Kemudahan Potongan Gaji (PPS-SPG) manakala untuk kakitangan perkhidmatan awam (Kerajaan) hendaklah mengisi Borang SPG ASNB. Bila semua lengkap diisi dan hantar terus ke unit gaji di majikan masing-masing. Nanti staff kewangan akan proses Borang SG20 untuk potongan Gaji. Selesai.
Nak lebih jelas, Klik LINK di bawah:
** MAKLUMAT TERKINI 2017 **
Nak
cerita cikit, 11 Ogos 2017 yang lepas, pi ASNB nak masukkan duit raya anak2
Paparea dan nak keluarkan juga duit Mamarea sama. Macam biasa la prosedur untuk
tambah dan jualan pelaburan menggunakan Borang
ASNB PT (Pelaburan) dan Borang ASNB JB (Jualan Balik). Isi butiran dalam
borang tu dan serahkan ke kaunter bersama Buku Pelaburan dan My Kid and My Kad.
Nak jadikan
cerita, staf ASNB tu serah balik buku pelaburan tadi. Aik, belum apa2 lagi dah balik buku. Tak ada pun cetakan dalam buku ni. Cik, tak ada pun cetakan pelaburan dalam buku ni? Nak tau apa staf tu
cakap...
Sekarang
ni buku pelaburan sudah dibatalkan penggunaannya mulai 28 Jun 2017. Kini pelaksanaan
segala urus niaga tanpa buku bagi semua unit Amanah ASNB.
Ni adalah Kenyataan
yang dikeluarkan oleh ASNB.
Maksudnya
buku pelaburan kita dah tak guna la lepas ni, just isi borang keluar/masuk dan serah My Kad/My Kid. Memang sangat
mudah and cepat. Lepas ni, salinan borang
tu jangan dibuang, simpan untuk rujukan baki akaun kita. Dah selesai.
Ni contoh
Salinan Borang Selepas urus niaga ASB. Ori punya..
Semua sudah tercatat dalam borang tu. No akaun, amaun masuk/keluar, baki akhir dan tarikh urus niaga.
Selain
tu juga, mulai 28 Jun 2017 juga, ASNB telah menaik taraf sistem urus niaga yang
melibatkan unit ASB. Proses menaik taraf sistem ini akan melibatkan Nombor Akaun Baharu dan Kemas Kini Butiran Peribadi.
Bila
semak balik salinan borang tadi, memang no akaun dah bertukar no akaun baru.
Semua
dah berubah, tu la masalahnya kalau kadang2 pi ASNB. Huhu...
Ohya,
berkaitan dengan buku pelaburan tu, adala Paparea tanya berkenaan penyata @
cetakan macam dalam buku tu. Macamana pelabur nak tau setiap transaksi keluar
masuk dalam akaun @ pun baki akhir akaun?
Jawapan dari staf ASNB. Setiap urus niaga ASB tanpa buku akan dicetak pada salinan borang ASNB PT/JB di bahagian bawah borang seperti borang di atas. Untuk penyata tahunan akan dihantar secara elektronik melalui email mulai 2018. Kalau untuk penyata bulanan sekiranya pemegang unit ingin mengemaskini akaun, hanya maklumkan kepada staf ASNB untuk mengeluarkan penyata terkini melalui cetakan komputer.
Jawapan dari staf ASNB. Setiap urus niaga ASB tanpa buku akan dicetak pada salinan borang ASNB PT/JB di bahagian bawah borang seperti borang di atas. Untuk penyata tahunan akan dihantar secara elektronik melalui email mulai 2018. Kalau untuk penyata bulanan sekiranya pemegang unit ingin mengemaskini akaun, hanya maklumkan kepada staf ASNB untuk mengeluarkan penyata terkini melalui cetakan komputer.
*Update - 29 Januari 2018 *
Ini contoh penyata yang Paparea minta dari Cawangan ASNB. Penyata tahunan akaun kita.
** Penyata yang dikeluarkan dari kaunter ASNB **
** Ini Penyata yang dihantar melalui email yang kita daftar **
*Update - 29 Januari 2018 *
Oooo,
macam tu pulak dah. ASNB pun dalam proses pengurangan kos pengurusan urus niaga
sekarang ni. Jadi apa2 pun memang memudahkan dan mempercepatkan urusan di ASNB. Dan kita pula sebagai pelabur, berjimat cermat la dalam berbelanja harian.
" Keperluan Diutamakan, Kepuasan Dikemudiankan ".
CARIAN YANG BERKAITAN:
- Cara Buka Buku Akaun ASB
- Cara Buka Akaun ASB
- Cara Buka Akaun ASB Untuk Anak
- Buka Buku Akaun ASB
- Buka Buku Akaun ASB (Akaun Remaja/Akaun Bijak)
- Buka Akaun ASB (Anak 6 Bulan)
- Akaun ASB untuk Bumiputera
- Akaun ASB Untuk Anak
- Daftar Akaun ASB Anak Kecil
- Pengalaman Ibu Bapa Buka ASB Anak
Maklumat Terkini 2018, Sila ke link di bawah....
** Semak Baki Dan Penyata Akaun Secara Online **
Jumpa lagi.
By:
PapaRea
kalau 14 tahun, dapat tak keluarkan duit without parents?
BalasPadamMahu tanya..betul Ker kalau ibu/bpak cina tu dah masok Islam..meka buka ACC ASB untuk anak..tapi ibu/bapak tu pun mahu ikut buka ACC ASB sekali..tapi dgr org cakap tak dapat sebab cina..
PadamHai, maaf. ASB ni hanya utk BUMIPUTERA MALAYSIA SAHAJA. Jadi utk situasi ni, bapa/ibu cina memang xboleh. Kecuali salah sorang ibu/bapa pasangannya warganegara Malaysia, boleh buka ASB. Utk keterangan lebih lanjut, boleh direct ASNB. TQ Visit My Blog 😊😉😘
PadamTQ sudi baca blog Mamapaparea.
BalasPadamUntuk 14 tahun ni dah boleh keluar sendiri tapi terhad untuk 200 unit @ RM200 dalam seminggu.
Sedihnya tadi pegi nk buat akaun ting utk anak...anak umur 8bulan die bgtau xboleh..tgu 1tahun...ðŸ˜
BalasPadamassalamualikum, saya nak tanya kalau akaun remaja dewasa tu dari buku nak tukar ke kad bank ia nak tunggu umur bebetul genap 18 ? atau kalau tahu tu dh masuk 18 belum smpai ke tarikh lahir boleh ke untuk buat kad nya?
PadamHye, umur 1 hari pun dah boleh buka akaun ASB. mungkin staf sana tu ada masalah. TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamWaalaikumussalam, untuk buku sakarang ini memang dah tak pakai, hanya pakai MyKad & Thumprint. Untuk Kad ATM, boleh daftar ke mana² kad. daftar di mesin ATM ya. TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamSalamz.. thn lps sye daftar asb utk ank sye. Sampai hri ni xde ape2 follow up.. duit yg di daftar tu akn dibatalkn ke?
BalasPadamHi, akaun ASB sentiasa aktif selagi ada duit dalam tu. TQ visit My Blog 😊😊😊
Padamassalamualaikum..ade ke dinyatakan jumlah minimum pelaburan untuk buka akaun ASB anak2?
BalasPadamKalau bwh 12thn limit parents leh kuarkn bpe...
BalasPadamNak kena both parent punyer mykad atau sorang jer??
BalasPadam@Anonymous:
BalasPadamSalah sorang pun boleh. nak daftar atas nama bapa pun boleh, ibu pun boleh @ penjaga pun boleh (atuk / nenek)
@Unknown:
BalasPadamParent blh ja kuarkan duit anak tu, tiada limit asalkan mesti dalam akaun baki minimun ada 10 unit @ RM10.
@Mohd Fairuz:
BalasPadamWaalaikumussalam, Tq Mohd Fairuz sudi singgah cni. Setiap proses buka akaun ASB ni jumlah minimum pelaburan adalah RM10 @ 10 unit. Wajib. Nak masuk lebih pun takda masalah, duit tu boleh di kluarkan balik.
@Anonymous:
BalasPadamWaalaikumussalam, Tanpa Nama.lepas je kita daftar, duit dalam akaun tu takkan burn. Selagi dalam akaun tu ada duit, selagi tu la akaun tu aktif. Setahun sekali pun blh masukkan duit macam Paparea setiap awal tahun.
@Puan Sue:
BalasPadamHye Pn.Sue. Pn pg kaunter mana, Bank ka, ASB ka @ Pej POS???
Paparea pnh jugak jadi mcm ni, masa nak buka akuan baby Boy Paparea. Di pej POS, depa cakap sama mcm Pn.Sue. Sedangkan umur baby dah cukup 6bln. Trus p ASB, blhla plk. Mgkin staf kaunter yg Pn.Sue tya tu, MOODY kut. Hehehe...
Asalkan semua cukup syarat kelayakan, semua blh buat.
Nak tya, nak buka akaun asb utk 4 org Ank, copy ic parent kna 4copy @ 1 copy aje??
BalasPadam@ani mina:
BalasPadamHye Ani Mina. Setiap proses buka akaun anak perlu ada dokumen yang lengkap. Kalau nak buka akaun 4 orang anak sekali gus, kenala ada 4 salinan/copy. Untuk keperluan ASNB semasa permulaan mendaftar akaun. :)
Pegi buka akaun anak sy umo 8 bulan Kat cawangan USJ 1 Subang Jaya. Mati-mati nak surat beranak, takde langsung staff tu mention pasal borang pengesahan butiran anak. Balik rumah amik salinan Surat beranak...Pegi balik. No dipanggil time tu lg 15min Pkul 4ptg. Dia ckp xle buat sbb at least perlukan masa 45min sebelum Pkul 4pm utk any asb transactions. Lembab betul system diorg pakai smpai perlukan masa 45min. Diorg Boleh x selaraskan requirements dekat Smua agent asb...x kirala post office mana2 ke, bank ke. Ni tidal, Smua info x sama.
BalasPadamPaparea kongsi ini berdasarkan cara buka akaun di cawgn Kngar. Mgkin xsma sistem di cawgn lain @ ngri lain. Cawgn kgar ada klonggaran guna MyKid tanpa srat branak. Mgkin dtmpat puan dwajibkn guna surat branak. Klu masa Paparea buka akaun tu, pihak asb nk jgk srt branak, mmg sy patah balik amik. Sbb tu sy mention apa yg prlu d bawa, kena bawa. Yg Paparea punya pgalaman, cuma brnasib baiklah dberi kelonggaran guna MyKid anak.
PadamSalam, tumpang tanya, if parent takde account ASB, tapi nak bukak untuk anak, dia akan minta parent bukak sekali or boleh atas nama anak sahaja?
BalasPadamsaya nak buka akaun ASNB untuk anak di pej pos. tp PIC kat sana cakap.. klu ibu dah ada akaun online ASNB, tak perlu daftar kat kaunter, daftar akaun anak secara online je . tp macam mana nak daftar online?, boleh ke daftar online?
BalasPadamHalo Anonymous January 4, 2018 at 11:09 AM
PadamSori lewat balas. Kalau parent dah daftar online d ASNB, anak2 yang di bawah nama kita secara automatik berdaftar. Klik Link ni tentang ASB Online
https://mamapaparea.blogspot.my/2018/03/cara-daftar-myasnb-kiosk-asb-online.html
Kalau saya individu yang berusia 25 thun keatas nk bukak akaun.. Caranya sama ke? Starting buka kene berapa
BalasPadamibu ada buka akaun masa saya under 18 tahun, tapi sampai sekarang 2018 xupdate lagi. rasanya akaun tu still aktif lagi x?
BalasPadamassalamualaikum hi saya nk tanya if anak tu dah lebih 18 tahun and before this akaun tu atas nama ibu, jadi kena buat apa2 le seperti pergi pej pos tukar nama ke?
BalasPadamUmur 18 tahun pun had pengeluaran kene RM200@seminggu eh ? Kalau 19 thun ?
BalasPadam@Nabel Aziz:
BalasPadamWaalaikumussalam Nabel Aziz. Tq sudi singgah Blog kami. Boleh, takda masalah kalau parent takda akaun ASB. Cuma parent sebagai penjaga berdaftar. Staf sana mesti la nak parent buka sama, alang2 anak dah buka,kan3.
@Unknown:
BalasPadamCaranya sama. Cuma yang berubah sekarang ni, tiada lagi buku akaun. Had pelaburan ASB 1 bagi Akaun Dewasa sebanyak RM200,000.00. Permulaan buka tetap RM10.00
@Anonymous:
BalasPadamAkaun ASB sentiasa AKTIF asalkan ada baki dalam akaun tu.
@Anonymous:
BalasPadamWaalaikumussalam.
Tak perlu nak tukar nama. Bila umur anak cukup @ lebih 18 tahun, akaun ASB tu secara AUTOMATIK akan berubah nama ke pemegang akaun (anak) dan tiada lagi hak ibu bapa dalam akaun tu.
@Eyna Nureyna:
BalasPadamYa, kalau umur 18 tahun, had pengeluaran RM200. Bila umur 18 tahun 1 hari keatas @ 19 tahun, tiada lagi had. Nak keluar banyak mana pun boleh tapi baki wajib tinggal sekurang2nya RM10
Saya nak tnye dlu saya ade akaun ting mcm mne nak check sb sy nak buka asb x boleh sb dab bule akaun ting
BalasPadamHye Nurul Ain.
PadamDulu masa Ain kanak2, ibu bapa Ain mungkin dh buka akaun TiNG tu. Mcm isteri Paparea, Mamarea pun masih buku TiNG, akaun dia ASB. Yang penting akaun yang kita dah daftar mula2 dlu. kalu nk confirm akaun TiNG tu akaun apa, baik p semak d caw ASNB @ ejen ASNB.
Hi, sy dah ambik form utk buka acc ank dah umur 3 thn..wajib sertakan mykid? Sebab sy blm buatkan mykid utk ank..kalau surat beranak shja yg digunakan...boleh?
BalasPadamHye Anonymous - February 19, 2018 at 3:32 AM
PadamMykid & Sijil Kelahiran Anak wajib ada untuk buka akaun. kalu MyKid takda, bawa sijil lahir saja.
Paparea ,mcm saya da Ada buku asb anak n saya ...Tp dh xlama xupdate n simpan sbb hilang. .Now dh jpa ,mcm na ya sbb skrg pake IC . Bole trus ke pejabat pos tuk wat simpanan @ kena ke asb dlu sbb diorg guna IC skng
BalasPadamHye, Unknown 25 Feb 2018,
PadamMasalah lama xupdate @ buku hilang, jgn bimbang selagi duit ada dlm akaun tu, selagi tu akaun tu sentiasa aktif. Blh je trus p ASNB @ pej pos, bawa je ic ibu bapa & ic anak utk semak penyata akaun. sebab sekarang dah tukar no akaun baru. Print penyata & simpan untuk rujukan.
Selamat pagi mamapaparea . . Kalau nak buka akaun tu , Rm10 je bayar dah boleh ada akaun ASB tu ke ? Tak ada pembayaran lain ke .. sbb sya nak buka dahulu akaun , lpas gaji baru nak simpan duit dalam akaun anak tu ,.. Boleh ke macamtu?
BalasPadamKalau saya hanya bayar rm10 untuk pembukaan ? Tq .
Slamat Tghari Mamii Mia,
PadamYa, RM10 ja minimun buka akaun.xd cas lain.buka dlu, tmbh duit kmudian pn xpa. Online dh skrg ni.
Salam, mmg salinan ic sahaja ke perlu untuk buka akaun asb dewasa? Tak perlu slip gali dll ya?
BalasPadamWaalaikumussalam Rauz,
PadamYa, salinan ic untuk dokumentasi pendaftaran perlu ada.Ic pun perlu pengesahan cap jari nt. Slip gaji takde kaitan untuk buka akaun ASB ni kecuali ASB loan.
salam..maksudnya anak kena bawa sekali pergi bank yer.saya ingat boleh wakil ayah jer
PadamWsalam, hye Ramamaki. Klu nak buka akaun anak, xperlu bawa anak. Hanya bawa mykid anak & mykad parent. Dh cukup. Bawa duit sama. Tq Visit My Blog 😊😊😊
PadamHaritu tertanya2 pasal nak check akaun anak melalui online... terima kasih sebab catatan ni dah membantu
BalasPadamSama2, TQ sudi singgah Blog MamaPapaRea.
PadamAssalamualaikum ..nak tnya utk asb boleh tak kalau buat potongan scr auto dri gaji??..macam rm50 sbln ke..
BalasPadamWaalaikumussalam, Unknown March 23, 2018
PadamASB boleh ja buat potongan gaji. Pegi amik borang d mana2 Cwgn ASNB, minta borang ni:
->Borg Kemudahan Potongan Gaji (PPS-SPG) - utk pekerja Swasta
->Borg Kebenaran Potongan Gaji Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan (SPG ASNB) - utk pekerja kerajaan@government
Isi bagi lengkap, serah pada staff kewangan pej masing2 utk proses. Nt peg kew tu akan kuarkan Borg SG20 utk proses potongn gaji. Selesai.
Asslm ..berapa potongan gaji ibu/bapa untuk 1 org ya?
PadamWslm Azman,
Padamxkisah brp je nak potong, bergantung pada kelayakkan gaji kita (yang mampu), nak banyak pun boleh, minimun RM1.00. Nt Kalau byk2 sgt, kita pulak xcukup nak tanggung kos bulanan, hehehe...
Yang penting, ikut niat Ibu Bapa tu sendiri untuk anak2.
Assalamualaikum. Hari ni saya buka akaun asb utk anak sy (9 bulan). Tapi selesai semua, saya memang tak dapat buku akaun pun. Saya sendiri lupa nak tanya pihak asb tadi .Memang sekarang tak ada buku ke ?
BalasPadamWaalaikumussalam norhidiyah ali, tq sudi singgah Blog MamaPapaRea
PadamSekrg mmg dah xda buku akaun, pegi ke mana2 caw ASNB, nak masuk @ nak keluar duit hanya pakai, MyKad/Mykid & Borang Tambah/Jualan Balik Pelaburan. itu saja. mudah. la dimanakan sistem jimat kos, hahaha.
untuk penyata akaun boleh daftar MyASNB, smua ada situ.
Boleh masuk ke laman ni, https://mamapaparea.blogspot.com/2018/03/cara-daftar-myasnb-kiosk-asb-online.html
Assalam..sy nak buka akaun asb ni untuk 2 org anak sy...berapa RM utk permulaan?dan bulanan utk 1 org berapa RM tiap2 bulan ye
BalasPadamWaalaikumussalam Azman
PadamMula2 nak buka akaun, minimun RM10.00 saje. nk lebih pun tak pe. klu nak buat bulan2, xkisah berapa pun ok. nak senang buat potongan gaji tiap bulan. xpun buat transfer guna MyASNB, dari akaun bank ke ASB Anak.
Blh tengok cini, https://mamapaparea.blogspot.com/2018/04/asb-online-myasnb-cara-buat-pindahan.html
ASB ONLINE (MYASNB) : CARA BUAT PINDAHAN (TRANSFER) UNTUK TAMBAH PELABURAN AKAUN ASB SECARA ONLINE
Saya dan isteri muslis.. Boleh ke bukak akaun asb utk anak2?
BalasPadamHye Tanpa Nama 27 Julai 2018,
PadamKalu ibu bpa @ pnjaga yang berstatus muflis tidak dibenarkan @ tak boleh mendftar akaun asb anak untuk menjadi penjaga berdaftar.
Sekiranya memerlukan sebarang keterangan mengenai perkhidmatan dan produk ASNB, sila layari laman web ASNB di www.asnb.com.my atau hubungi di talian 03-2057 3000.
Assalamualaikum.
BalasPadamInfo tuan sgt2 mmbntu. Sya tgh cari cara buka akaun asb n info brkaitan asb utk sya n ank2..
Terima kasih mamapaparea.
Waalaikumussalam Norirwani
PadamSama2 kita kongsi sikit2. Thanks sudi singgah blog MamaPapaRea.
salam..nk tny klu utk buat pengeluaran asb ank bwh 12 thn..kna bwk mykid sekali ke atau ckup mykad kite shj?
BalasPadamWsalam nieda akma, boleh je pakai MyKad kita, sbb akaun anak bwh 12 tahun ni, pemegang atas nama kita. Cuma bergntung staf ASB tu, kdg2 drg nak tgk jgk MyKid anak, boleh la bawa brsama2 utk standby klu drg minta.
PadamAssalam perlu bawa anak tak masa me daftar tu??
BalasPadamWsalam Tanpa Nama 11 OKT 18,
PadamKena wajib bawa anak kita sama, jgn tinggal dia sorg2 d rumah. kesian dia nanti ngis...Hehehe
Tak perlu pun, hanya adanya MyKid pun dah CUKUP. Bawa la sama Sjil Lahir anak jugak kut2 drg minta.
Salam sy nk tanya..nama penjaga bagi ank sy sekarang bekas suami sy..bleh x kalau tukar ke nama sy ibu mereka sebagai penjaga dlm akaun tu..buku akaun ada dgn sy..dah dekat 10thun x gi kemaskini..sy nk tukar sbb tkt bapak budak tu ambik duit tu..skarang ank umur 10thn sorang 7 thn sorang.
BalasPadamWsalam Puan Unknown,
PadamKalau bab pertukaran nama Penjaga Berdaftar bagi Akuan Remaja (ASB) hanya boleh dilakukan di Pej ASNB saja dengan kehadiran kedua-dua Penjaga lama dan Penjaga baharu. Ex suami perlu jugak datang sebab nak tukar nama perlu guna myKad utk thumb print.
Dokumen (asal@ori) yang diperlukan adalah seperti berikut:
1. MyKid atau sijil lahir anak
2. MyKad Penjaga lama
3. MyKad Penjaga baharu
Setakat ni ja Papare blh jawab ttg soalan puan. Apa2pun puan kena pgi d ASNB jgk la utk ktrangan lanjut brkaitan masalah puan. TQ sudi visit My Blog... 😊😊😊
Akaun remaja saya lebih dari 20 thn tidak dikemas kini masih lagi tak duit dlm asb ting?
BalasPadamSelagi ada duit dalam akaun tu, aktifla dia. Cuma perlu ke ASNB untuk kemaskini Data Peribadi. Sekarang ni dah bertukar no akaun baru. Apa2pun TQ sudi singgah di MamaPapaRea Blog
PadamPelajar universiti yg tak bekerja boleh buka akaun asb ke?
BalasPadamHye Aisyah Ruslan, sori lmbat reply, bz sgt.
PadamBoleh takda apa² halangan pun. Boleh je buka asb. Ibarat kita menabung jugak la.
Tumpang tanya kalau umur 18 tahun 3 hari had pengeluaran berapa eh ?
BalasPadamTiada had. Boleh kluar brapa banyak pun ok. Asalkan baki msti ada RM10. TQ Visit My Blog. TQ 😊😊😊😊
PadamAssalam. Sy keliru juga ni. Betul ke Akaun Remaja (ASD) akan ditukarkan secara automatik ke Akaun Dewasa (ASB) setelah remaja mencapai umur 18 tahun ke atas? Kenapa staf asb caw maybank tadi kata ASD tak automatik ubah ke ASB sbb sy kena bukak akaun baru iaitu akaun ASB dan duit di ASD tersebut kena pindahkan sendiri ke akaun ASB yg baru dibuka?
BalasPadamWsalam, ya btul tu. Sbabnya ASD & ASB berbeza. Dividen pun xsama. Dlu anak2 buka akaun TiNG (ASB), bila cukup umur automtik tukar ASB (buku biru). Jadi kena buka akaun ASB baru & duit d ASD blh transfer ke dlm ASB. ASB pun sudah ada ASB 3 DIDIK. TQ visit my blog. 😊😊😊
Padamadmin nak tanya, asb 3 (didik) tdk sama dgn asb kan.. so duit tu bole keluarkan x? kat asb dah kosong duit..dlm asb 3-didik je lgi ada.. so boleh x kuarkan duit tu?
PadamHai jonex. Ya, ASB dgn ASB 3 tak sama pada Kadar Dividen dia. Prosesnya sama saja. Takda masalah nak keluarkan duit d ASB3 tu. Asalkan penama berdaftar ada. Nak untung simpan dalam ASB. TQ visit My Blog 😊😊😊
Padamsaya duk oversea.tgh plan apa nak buat balik cuti raya kt Malaysia nanti.and then terfikir nak buka akaun asb.google nak baca personal experience orang.terjumpa blog ni.habis baca ja mmg complete lah untuk org mcm saya yang baru nk start ni.semoga Allah berikan pahala kpd tuan puan empunya blog ni. wlpn tahun 2019, masih sudi taip kt blog.saya harap saya pun rajin menulis blog masa zaman uni dulu...huhu.. terima kasih banyak-banyak.
BalasPadamHye Hani, sama². Apa yg perlu kita kongsi, kita kongsi sama². Bagus buka ASB ni, ibarat kita menabung. Ada la ckit bonus dividen nt. TQ visit My Blog. 😊😊😊
Padamsalam. nak tanya, monthly kita nak tambah amount tu minimum berapa? fix amount atau boleh tukar² amount?
BalasPadamWsalam. Nak tambah berapa pun xda masalah, ikut kemampuan kita. nak fix pun blh, nak tukar² pun blh. Tapi nak dapat dividen bagi bulan tu, mesti masuk setiap 1hb pd bulan tersebut. Ni tips dr staff ASNB yg gtau. klu boleh, masuk awal pg. TQ Visit My Blog 😉😉😉
Padamsalam...tq byk info saya dapat baca blog ni.
Padamberkaitan kena masukkan bulan maksudnya kita perlu masuk setiap 1hb pd bulan tersebut...simpanan secara potongan ni bukan auto dr bank ya..?
Wsalam. Dividen bulanan akan dikira pada 1hb bulan tersebut. Simpanan nak buat potongan gaji pun blh @ autodebit dr bank. Tq Visit My Blog 😊😊😊
PadamSalam. If saya nak bukak akaun ASB anak dkt maybank blh je kan? 1 lagu, if saya nak masukkan duit dlm akaun kena g kaunter or blh guna cash deposit machine?
BalasPadamWsalam. Maybank boleh. Nak masuk duit ke ASB, blh melalui kaunter. Online pun boleh, pakai Maybank2u @ lain² dan pakai portal MyASNB. Semua boleh. Semua hanya dihujung jari. 😬😬😬
PadamTq Visit My Blog 😊😊😊
salam...sy nk tanya jika nk kluarkan duit dr acc asb anak sy yg di buka oleh nenek nya...adakah hanya nenek shj yg boleh membuat pengeluaran duit?
BalasPadamWsalam, ya. Sbb nama penjaganya adlh ats nama nenek. Nenek sj brhak mbuat pngeluaran bg akaun anak. TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamSalam, saya nk tanya sbb saya macam confuse lagi beberapa bulan lepas sy buka asb untuk anak tp org tu suruh tanda tick kt ASB jd sy xthu asb anak tu remaja ke apa? Boleh terangkan tak.
BalasPadamW'salam, ASB sama sja utk anak & utk org tua. Akaun anak, dpgil akaun remaja@bijak. Sama saja dgn dewasa. Yg bezanya, syarat pengeluaran tu sja. Utk kterangan lebih lnjut blh ke mn² cwgn ASNB. TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamSalam, since cik dah buka akaun asb utk anak, apa keistimewaannya? Cth dr segi dividen? Ada dpt dividen ka mcm kita dok buat asb loan tu? nk kepastian juga, bila kata buka akaun asb utk ank ni, dia kira simpanan la kan? Bukan mcm kita amik loan asb tu kan?
BalasPadamTerima kasih didahulukan.
Wsalam, mmg istimewa. Simpanan@pelaburan ASB dgn simpanan d Bank byk beza, pd dvden dia. Klu utk ASB anak,myimpan utk ms dpn tp adala keuntungn dvden brbnding smpan d bank. Utk loan, org dewasa sj yg blh utk loan ASB. Nt sy akan buat entri KEISTIMEWAAN & KELEBIHAN MELABUR DI ASB. TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamSalam, sy nk tau, buka akaun asb utk ank ni maksudnya akaun simpanan kan? Akan terima dividen juga ka mcm buat asb loan tu? Terima kasih didahulukan.
BalasPadamWsalam, ASB ni adlah pelaburan. Konsep dia ibarat kita buat simpanan smbil melabur duit tu. Divden sama saja xd beza dgn loan. Loan kita pinjam duit bank, simpan d ASB. Tp kita kna byr interest bank sma. Klu kita ada 100k cash, simpan ASB, sama jgk dvden dgn loan. TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamSy tmbah ckit, klu puan simpan ASB ank rm100 setahun, dividen tetap ada wlpun ckit, dia akan kira mgikut dvdn tahun trsebut. Cer kira, cth 7%. Jd, brp untung kita dpt, RM7 utk Rm100 tu. Jadi total RM107. Duit tu akn btmbh² la stiap tahun. Klu nak duit btmbh² byk, jgn amik duit+dvden tu. Kita simpan utk masadepan bukan utk dbelanjakan bila dpt dvdn.
Padam.
Maaf, sy bukan peg ASB@Bank, sy cuma pelabur ASB saja. Sy bkongsi sb byk kelebihan ASB ni. Istri anak² sy smua dh ada. Mmg brbaloi tnpa was².
Terima kasih bg penerangan. Maaf soklan sy kluar 2 kali plak..
BalasPadamKlu boleh, buat entry antara loan & simpanan asb mana lebih baik. Sy ni masih kurg faham tu yg dok mencari2 info pasal asb ni dan boleh buat keputusan yg lebih baik. Pihak bank selalu promo pasai loan asb shj, pasai simpanan ni kurg skit. Bila ada pilihan yg lbh baik, blh la nk tukar. Gerun la dgn loan2 ni 😅
Sama². InsyaAllah, nt sy buat. Ya mmg bank slu promo lbih²lg kita ada buat loan dgn depa. Nak apply loan ASB ni, puan kena servay interest stiap bank. Mmg xsama. Rasanya pling murah la ni 4.90% utk 30 thun. Klu ada lg murah, lg bgus. Tgk jgk byran bulanan dia. Sb itu yg kira keuntungan kita bila dpat dvden. Ni bdasarkn pglaman sy. TQ puan sudi singgah blog sy. Apa yg baik, sama² kita kongsi. TQ visit My Blog 😊😊😊
Padamsalam..mff tnya....lau nk bukak asb utk ank 3 tahun..boley ker?brp utk pembukaan akaun asb..lau bulan2 min brp?
BalasPadamWsalam, boleh sudah buka. Minimun RM10. Bulan² ikut suka, brp byk pun boleh. TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamSalam.. kalau nak bukak ASB anak wajib ke ibu bapak kedua2 ade kerja...
BalasPadamWsalam, x wajib pun bab keja ni. Mak bapak yg xda keja @ bkerja pun boleh buka akaun ASB ank. Asalkan dokumen yg mengesahkan itu anak kita & kita mak bapak dia cukup dah. TQ visit My Blog 😊😊😊
Padam.. terima kasih bls prtanyaan sya.
PadamSama². 😽😽😽
PadamKenapa asb saya kena tinggalkan baki dia rm150?
BalasPadamMungkin RM150 ni SIJIL. Boleh semak semula akaun bro. TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamAiyooo, knp perlu ada baki 150?
BalasPadamRasanya minimun RM10 saja dalam akaun. Mgkin sahabat perlu tya & confirm dgn staff ASNB ttg prkara tu. Sy nak jawab pun xreti, jawapan pasti ada pada depa. Ok. TQ visit My Blog 😊😊😊
Sy ada soalan? Sy iaitu mama kpd anak berbangsa cina.. bapa anak bumiputera.. boleh x sy buka acc asb anak yg berusia 5thn di bank sebagai pjaga berdaftar? Tq sudi jawab soalan sy
BalasPadamHai Pn Lilian. Saya kurang arif tentang ni. Apa yang saya tau tentang perkara puan, hanya suami puan saja yang boleh mendaftarkan akaun anak atas nama beliau sebagai penjaga berdaftar. Tapi, apa² puan boleh rujuk ke mana² caw. ASNB untuk keterangan lanjut. TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamSalam. Kalau nak buka akaun anak, perlukah anak itu dibawa sekali? Atau cuma perlu dokumen sahaja tanpa perlu anak ikut sekali. Terima kasih
BalasPadamWsalam, tak perlu bawa anak, hanya bawa dokumentasi anak dan bapa / ibu yang lengkap. Itu sahaja. TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamSaya dah buka akaun asb tapi saya punya akaun asb di blok saya x tahu mcm mane nak buka akaun asb saya yang dah di blok
BalasPadamHai, boleh call ke no careline ASB. Boleh buka website asnb, ada no di sana. @ cuba p mn² kaunter ASNB. Minta staff sana buatkan. TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamDulu pihak bank ada cakap janganlah tutup akat saham 2020 ni sebab bila cukup 20 tahun anda akan dapat $100 dengan baki akaun buku $10 saja betul Ke...
PadamTak tau la plk ttg tu. ASB ni pun sebab pengalaman buka akaun anak, jadi tau la ckit². Klu betul ada ganjaran 100, untung la. Apa²pun kena rujuk direct ASNB, mana tau kut² ada prubahan. TQ visit My Blog 😊😊😊
Padamsis nak tanya, sekarang saya berada di luar negara. berumur 21 tahun. boleh kah kakak saya bukakan akaun asb saya?
BalasPadamHi kojak. Tak brpa pasti plk ttg ni. Utk buka asb, perlu ada Mykad & thumbprint pemegang akaun. Kojak blh minta kakak direct ke mn² cawangan asnb, minta kepastian ttg masalah ini. TQ Visit My Blog 😊😉😘
PadamBoleh keluarkan di mana ii bank ke
BalasPadamHai Awanama. Boleh je kalau nak keluarkan di mana² bank / pej POS asalkan tempat tu ada tertera perkhidmatan ASNB (ASB). Confirm boleh punya. Cuma di Pej POS ada LIMIT pengeluaran, seperti POS di kawasan pekan KECIL maximun pun RM500.00 saja sekali pengeluaran. Cawangan BESAR² mgkin lebih dari tu la. hehehe...
PadamTQ Visit My Blog 😊😉😘
Assalammualaikum .. saya dulu ada membuka akaun ting mgkn dlm umur belasan thn skrg saya dah 40 dan saya baru teringat pasal akuan TING ni.. macam mnnak check akaun saya setelah sekian lama saya tak update dan adakha saya ni msh ada akaun dlm asb?
BalasPadamWaalaikumussalam, akaun ASB tu masih Aktif selagi ada baki dalam akaun, tiap² tahun ada dividen masuk walaupun baki ada RM10. Boleh ke mana² caw ASNB untuk update akaun. TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamAssalam sy nk tnye ank sy berdaftar asb under nme hsbnd sy,hsbnd sy de Di sg atas faktor kerja,bleh ke sy buat pgeluaran duit bagi utk anak sy bagi pihak pndaftar hsbnd sy? Sy hnya perlu bwk mykid anak & ic sy je kn Di kaunter Maybank?
BalasPadamWassalam, TIDAK BOLEH, hanya SUAMI/BAPA sahaja DIBENARKAN. Walaupun puan adalah isteri/ibu kepada anak, akaun ASB anak tetap di bawah nama suami puan. Jadi hanya suami puan sahaja yang dapat berurusan dengan ASB anak. Puan boleh minta suami sendiri keluarkan duit dari akaun anak tu & transfer masuk akaun bank anak @ akaun puan. Kalau suami sibuk tiada masa, puan perlu ke ASNB untuk pertanyaan selesai masalah ni lebih lanjut, TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamSaya sebagai nenek hendak buka akaun bijak untuk cucu. Akan datang kalau saya tukar fikiran saya hendak tukar nama saya ke nama bapa budak akaun bijak tu boleh ke?
PadamHai Puan shahadah. Untuk buka akaun ASB cucu tiada masalah sebab Puan adalah Penjaga / Nenek kepada anak tu. Sekiranya Puan nak tukar nama akaun kepada bapanya, BOLEH. Puan kena bersama bapa anak tu masa nak buat tukar nama ya. Baik tunggu saja umur anak tu 18, automatik ke namanya. takda masalah. TQ visit my blog :)
PadamSalam..saya nak tanya..kalau contoh buat pengeluaran akaun anak bawah umur 12 tahun..akaun ibu nya mcm mana pula ya...sebab setiap bulan masukkan amaun pada 2 akaun(ibu dan anak)..keliru sikit..hehe
BalasPadamWsalam Tyrafyra. maaf, saya pun keliru dengan soalan puan.
PadamAkaun anak daftar atas nama bapa @ ibu? nak keluar duit tiada masalah. akaun ibu, kuar macam biasa ja.
Setiap bulan masukkan akaun melalui online ka? dah nak kuarkan baik tak payak masuk akaun anak. masuk akaun ibu saja.
hahahaha. betul ka jawapan pertanyaan puan ni? saya pun poneng. naiya Pak Karim. TQ visit my blog 😊😉😘
MCM mna cara nak semak ni ekaun sy sbb buka ting sy dah lama hilang entah ke mana.masa sy buka ekaun asb masa sy di tingkat 2 di sekolah
BalasPadamHai Aqeelaamir. Boleh p ke mana²cwgn ASNB utk update akaun. Nt akan diberikan no akaun baru. Ok. TQ Visit My Blog 😊😉😘
PadamMacam mana nak daftar asb untuk anak ye
BalasPadamHai, boleh p mana² cawangan ASNB. Isi borang Daftar ASB. TQ Visit My Blog 😊😉😘
PadamHii bru nmpk blog nii,mcm nii,sy ada buka acc asnb ank pada tahun 2017 tapi tak pernh update..adakah masi aktif atau bgaimna? Skrg sda 2021, tkut pula pg cawangn tk dpt semak..dn apa bank yg ada ejen asnb. Trma kasih
BalasPadamHii. Akaun ASB anak tetap akan aktif walaupun tak pernah update lepas tu. Dividen tahun 2017-2020 tetap ada dalam akaun. Skrg kalau nak keluarkan duit @ tambah, perlu update semua maklumat pemegang akaun. No akaun pun dah berubah pada no akaun baru. Bank yang ada ASNB spt Mybnk, CIMB, DLL. TQ visit My Blog 😊😊😊
Padaminfo ini sangat berguna.. tq...
BalasPadamTQ visit My Blog 😊😊😊
Padam