Assalamualaikum semua
Apa khabar? Harap
semuanya sihat yer.
Alhamdulillah, Syukur
Ke Hadrat Illahi...
Tanggal 19 April 2018 jam 06.58 pagi, lahirlah
seorang bayi lelaki MamaPapaRea, anak yang ke-3.
** MY BABY BOY **
** Nama diberi REA AYDAN DARWISH **
Sempena kegembiraan
menyambut kelahiran anak kami, Paparea nak berkongsi Cara Membasuh Uri Anak Yang Paling Mudah.
Dulu masa lahir anak sulung, Paparea memang tak tau nak buat. Upah orang je, tukang urut buat semua dari
urus uri, dan bercukur. Biasa la pertama kali dapat anak. Memang ZERO la. Untuk anak kedua ni baru la
Paparea belajar buat sendiri. Belajar dari kawan2 dan Mr. Google jugak ler.
Yang paling penting, Kita ni sebagai Suami/Bapa kepada anak2 kita,
baik kita yang uruskan semua tu sendiri. Ini antara tanggungjawab penting buat suami/bapa perlu tahu dan pelajari dari
membasuh hinggalah menanam uri.
Okay, jom kita mula.
Ni uri anak Paparea yang lahir baru2 ni. Betul2 punya, takde Copy
Paste ye...
Tapi sebelum tu...
** Tujuan entri ini serta kandungan gambar dalam ni adalah sekadar
perkongsian bersama untuk menambah pengetahuan dan pembelajaran kepada semua
para sahabat yang bergelar suami isteri, ibu bapa dan semua yang beragama Islam
mahupun bukan Islam (cara basuh sahaja). InsyaAllah semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. **
Step 1:
Mestila ada uri anak
yang baru lahir tu. Semasa di hospital, nurse akan serah uri anak kita, siap
kena sign akuan terima pada borang serah uri lagi.
Uri jangan dibuang
atau ditinggalkan di hospital. Uri saling memerlukan bersama bayi semasa di
dalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.
Bila dah amik uri,
janganla simpan uri hingga dua tiga hari baru nak basuh, nanti busuk la. Kalau
boleh, cepat-cepat basuh. Macam Paparea sendiri, anak lahir pagi, terus dapat uri tu
balik rumah simpan dalam peti sejuk. Tengahari pada hari yang sama terus Paparea
basuh uri tu untuk ditanam.
Step 2:
Sediakan bahan2nya terlebih dahulu seperti di bawah. Kena beli
siap2 sebelum isteri bersalin (due date). Nanti jadi kelam kabut pulak.
1. Asam Jawa
2. Garam Kasar
3. 4 Biji Limau Nipis
4. 3 Keping Asam
Keping
5. Beg Plastik mudah
reput. Contoh: Beg Plastik K-Ceria/Tesco/Giant/Mr.DIY
6. Kain Napkin Putih
(lama).
** Bahan2 di atas ni bukan la benda wajib semua kena ada, tapi ia bertujuan
untuk membersihkan darah dan menghilangkan bau hanyir darah pada uri tu. **
Step 3:
Sebelum mula membasuh, baca Bismillahirrahmanirrahim.
** Ertinya: Dengan Nama Allah Yang Maha
Pemurah Lagi Maha Penyayang **
Step 4:
Cuci uri dengan air
bersih dan bilas sehingga hilang darah pada uri tu.
Masa cuci uri ni
bukannya 1x saja basuhan darah semua hilang. Tak...
Paparea buat
berulangkali hinggala air basuhan tu kurangnya warna darah.
Waktu bilas dengan air
bersih tu, berselawat la dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri
tersebut bersih dan suci).
** Soalan: Berapa kali
nak selawat?
Jawapan: Banyak kali
pun takde masalah, lagi bagus. **
** Yang ni lebih
kurang 5-6 kali basuhan. **
Step 5:
Masukkan garam kasar
pulak. Gaul @ lumur garam tu pada kesuluruhan uri tu. Bilas bersih-bersih.
Garam ni tujuan dia sama jugak la nak hilangkan bau
darah tu semua. Bila letak je garam, lagi banyak darah yang kuar.
Step 6:
Masukkan Asam Jawa
pulak. Pun sama gaul/lumur pada uri tersebut. Dan bilas lagi hingga bersih.
Step 7:
Perah limau nipis dan
gaul sehingga rata.
Air perahan limau ni
bertujuan untuk menghilangkan bau2 yang tidak menyenangkan. Jadi ada la bau sedap cikit.
Step 8:
Dah siap, masukkan ke dalam beg plastik.
Step 9:
Letakkan asam keping
ke dalam beg plastik tu bersama2 uri tadi.
Dan ikatkan plastik
tu dengan kemas.
Step
10:
Bungkuskan plastik
tadi dengan kain napkin dan ikat kemas2 seperti bentuk sup bunjut.
Step
11:
Dah siap bab membasuh
uri. Boleh la pi korek/gali tanah seberapa dalam mungkin untuk proses tanam.
Lagi dalam lagi bagus sebab mengelakkan dikesan oleh binatang seperti kucing,
anjing, biawak @ apa2 saja binatang.
Paparea tanam di
kawasan tepi rumah je. Ukuran kedalaman tanah tu lebih kurang dari hujung jari hantu hingga siku Paparea. Nak dalam lagi, lagi baguusss. Asalkan kawasan tu bersih dan selamat.
** NO PICTURE **
Takde gambar sebab tak sempat, menanam waktu tengahari buta ni, matahari terpacak atas kepala, panas lit lit, terus lupa nak snap. Nak cepat siap.
Step
12:
Masukkan bungkusan
uri tadi ke dalam lubang tanah tu. Baca Bismillahirahmannirrahim
dan Selawat serta Doakan baik2. Kemudian kambus tanah tu
hingga rata dan kemas.
**
Peringatan **
1. Jangan letak
sebarang benda asing seperti pen, pensel, duit, lilin dan sebagainya dikhuatiri
boleh membawa kepada syirik dan khurafat.
2. Tanam di tempat
yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid, kawasan rumah pun
boleh.
3. Letak batu
sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain. Ini kalau
kawasan sekeliling tanah tu ada binatang2 yang kemungkinan dapat menggali tanah tersebut.
4. Tidak perlulah
nak bakar sabut nyiok/kelapa atas tanah tersebut. Tapi ikut suka la, fikir
perlu @ tak perlu.
Hukum Menamam Uri Anak Adalah HARUS.
1. Uri tersebut
perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh binatang.
2. Uri orang2 Islam
adalah suci dan dengan itu ia tidak boleh dibakar atau dijual. Setiap orang
Islam yang melahirkan anak di hospital @ di mana2 sebaiknya membawa balik uri tu
untuk ditanam di tempat masing2.
3. Amalan menanam
uri bayi dengan paku, pensil, pen dan sebagainya yang difikirkan mendatangkan
kelebihan pada anak adalah amalan syirik dan khurafat.
Alhamdulillah,
Selesai semuanya,
Paparea berharap perkongsian entri ni dapat la membantu para suami/bapa
melakukan sendiri urusan uri anak. Uri anak kita yang keluar dari perut isteri
kita, sebaik-baiknya biarla kita sendiri yang menguruskannya.
Ohya, bagi yang tinggal rumah Flat ka, pangsapuri ka @ masalah takda tanah nak ditanam, boleh la cari insentif sendiri contohnya tanam di kawasan Surau @ Masjid. Apa2 pun minta kebenaran dulu la, jangan sesuka hati nak tanam.
Ohya, bagi yang tinggal rumah Flat ka, pangsapuri ka @ masalah takda tanah nak ditanam, boleh la cari insentif sendiri contohnya tanam di kawasan Surau @ Masjid. Apa2 pun minta kebenaran dulu la, jangan sesuka hati nak tanam.
Paparea belajar dari sahabat2 yang dah berkahwin dan berpengalaman tentang ni. Jadi,
persoalananya, Adakah Kita Sebagai
Suami/Bapa Boleh Melakukan Sepertimana Suami/Bapa Lain Lakukan Untuk Keluarga
Mereka Sendiri?
Fikir2kanlah...
CARIAN YANG BERKAITAN:
a. Cara
Basuh Uri Anak.
b. Cara
Membasuh Dan Menanam Uri Anak.
c.
Bagaimana Cara Mengurskan Uri Bayi?
d. Cara
Urus Uri Bayi Yang Paling Senang.
e. Cara
Basuh Uri Bayi Mengikut Panduan Islam.
Lepas ni, Paparea nak kongsi Cara Daftar Sijil Kelahiran Anak pulak. Nantikan di entri seterusnya...
Terima
kasih pada korang semua yang sudi layan Blog Mamapaparea.
Ok, selesai sudah.
Jumpa lagi. Bye2...
Paparea