Assalamualaikum, Alhamdulillah sudah seminggu umur anak kecil Paparea.
** Paparea belanja sikit gambar kami **
** 20 April 2018 1st Day check kuning
di Klinik KKP **
Dah masuk hari yang ke-7 , tiba la tanggungjawab
Ibu Bapa untuk Daftar Anak di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) Sijil Kelahiran
dan MyKid.
Paparea nak kongsi pengalaman Cara Daftar Sijil
Kelahiran Anak Paling Senang.
Semasa proses keluar dari wad bersalin, nurse
akan serahkan SATU Sampul Surat Putih (Urusan Seri Paduka Baginda). Dan pada
sampul tu ada di cop arahan pendaftaran sijil kelahiran seperti gambar di
bawah:
Arahan yang tertulis pada sampul tu berkenaan
pendaftaran kelahiran.
Baca dan sediakan segala dokumen yang diperlukan
seperti yang diarahkan.
1. Sampul Surat Putih dari Hospital.
2. Mykad Ibu & Bapa - (Asal & Salinan)
3. Sijil Nikah / Kahwin - (Asal & Salinan)
4. Mykad Pemaklum (Selain Ibu Bapa/Penjaga) -
(Asal & Salinan)
5. Buku Pranatal (Buku Pink) - (Asal &
Salinan)
a.
Muka Hadapan
b.
Pemeriksaan Pertama
c.
Perihal Kelahiran
Semua dokumen
yang diperlukan, pastikan wajib ada salinan fotostat. Kena ada bersama2 Dokumen
Asal @ Ori dan juga salinan.
Bila semua
dah ready¸boleh la ke mana2 JPN
(Jabatan Pendaftaran Negara).
Paparea bawa My
Princess Rea Hanna Sophea jadi peneman.
Pertama kali
sebelum buat pendaftaran, pegi ke kaunter khidmat pelanggan untuk amik nombor
giliran. Segala dokumen untuk permohonan sijil kelahiran akan disemak terlebih
dahulu. Waktu tu, sampul putih akan dibuka di hadapan kita.
Untuk
pendaftaran ini tak dikenakan sebarang bayaran pun kecuali kalau lewat daftar
dari tempoh yang ditetapkan.
Dalam sampul
tu terdapat borang Daftar Kelahiran / Daftar Kematian yang di isi oleh staf
hospital yang mengurus proses kelahiran anak kita dan Borang Pengesahan
Kelahiran.
*
Page 1 *
**
Page 2 **
**
Borang Pengesahan Kelahiran **
Isi bagi
lengkap semua.
Dah siap,
tunggu sehingga no. giliran kita dipanggil.
Dah sampai
giliran kita, serah semua borang serta dokumen yang diperlukan buku pink apa
semua tu. Pegawai JPN tu akan semak dan terus proses. Staf tu akan Print Out satu salinan sijil kelahiran. Untuk salinan
tu, dia minta kita semak buat kali terakhir. Semak Nama, Alamat dan butiran
dalam salinan tu betul seperti yang kita mohon.
Kalau ada
salah, terus perbetulkan pada helaian tu, catatkan perkara yang betul. Kalau
tiada salah, terus tandatangan yang mengesahkan setiap catatan dalam helaian
tu, betul.
** Peringatan **
Nak
ingatkan pada bahagian maklumat ibu
pada borang daftar kelahiran tu, lihat pada alamat, bahagian tu bukannya isi
alamat ibu. Tetapi alamat anak kita. Maksudnya, alamat tempat tinggal tetap
kita.
Sebab,
Paparea kali kedua silap isi bahagian ni, isteri orang sabahan, jadi alamat
Sabah ler. Terus je isi alamat sana. Jadi salah la, isi balik alamat yang betul
dengan tandatangan kecik/ringkas pada yang salah tu.
Ok, selesai
dah daftar sijil kelahiran anak. Lebih kurang 30 minit proses untuk dapat sijil
ni.
Oh ya, mesti
korang tertanya2 tentang MyKid kan? MyKid boleh terus buat bersama2 Sijil
Kelahiran tu Cuma di JPN sini, proses untuk MyKid amik masa 1-2 bulan untuk
siap. Pegawai JPN cakap, kalau nak cepat siap, boleh ke UTC negeri. Kat sana
boleh dapat segera MyKid tu.
Jadi dengan
kadar segera Paparea terus ke UTC (Urban Transformation Centre) Pusat
Transformasi Bandar.
Seperti
biasa, amik no. giliran ke kaunter JPN. Untuk buat Mykid ni, perlulah isi
Borang Permohonan MyKid dan sertakan Sijil Kelahiran Asal dan MyKad
Bapa@Penjaga. Borang tu akan di beri oleh pegawai yang jaga di kaunter khidmat
pelanggan tempat amik no. giliran tu.
**
Borang Permohonan Mykid **
Dah sampai
no. kita ke kaunter, serah borang dan sijil lahir asal serta Mykad kita. Tunggu
proses tu dalam tempoh 2 jam macam tu, terus dapat Mykid.
Dah siap
MyKid.
Jadi selesai
sudah Cara Daftar Kelahiran Dan Juga
Mykid. Mudah je kan.
Nak belanja
gambar Paparea & Kaka Nana.
Untuk keterangan secara
lebih jelas, boleh layari laman ni
Dalam ni semuanya
tentang proses untuk Pendaftaran Sijil Kelahiran.
CARIAN YANG BERKAITAN :
1. Cara Daftar Sijil
Kelahiran Anak
2. Cara Buat MyKid Anak
3. Cara Pendaftaran
Sijil Kelahiran Anak Baru Lahir
4. Keperluan Untuk
Daftar Sijil Kelahiran Anak
Sekian saja untuk entri
ni, nantikan pelbagai lagi tips, resipi, kesihatan dan macam2 lagi di entri
seterusnya dari kami MamaPapaRea.
Bye2 dan jumpa lagi.
By:
PapaRea