Assalamualaikum Para Sahabat Semua.
Hari ni adalah hari yang ke-2 kita berpuasa (28 Mei 2017). Macamana korang semua? Harap semua sihat belaka.
Hye smua sahabat, hari ni 3 Jun 2019 Isnin, 2 hari lagi nak Raya. Lama dah tak update. Ni entri 2017. Ramai yang tengah mencari cara² buat ketupat palas kan. Apa²pun try the best k.
Hye smua sahabat, hari ni 3 Jun 2019 Isnin, 2 hari lagi nak Raya. Lama dah tak update. Ni entri 2017. Ramai yang tengah mencari cara² buat ketupat palas kan. Apa²pun try the best k.
Paparea & Sekeluarga ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN KEPADA SEMUA
Untuk entri kali ni Paparea nak sambung entri sebelum ni Cara Balut Ketupat Palas Jantan. Yang mana belum baca, klik saja tajuk tu.
Paparea nak kongsi cara buat pulut yang sedap. Tapi tak la special sangat, sama macam selalu orang buat tiap kali raya.
Jom kita mula, seperti biasa Step By Step. Hehehe....
Cara Penyediaan Pulut Ketupat
Step 1:
Mesti prepare bahan2 nak memasak. Bahan2nya adalah:
1. Beras Pulut Susu (1 Kg)
2. Santan Kelapa Pekat (500 gm / 600 gm)
3. Garam (secukup rasa asalkan ada rasa lemak)
4. Daun Pandan (3 helai dikoyak dan disimpul siap2)
5. Air sikit (untuk bergabung dengan santan pekat)
Step 2:
Beras pulut perlu dibasuh dulu dan direndam semalaman .
Step 3:
Mula memasak, panaskan api sederhana. Dan masukkan pulut yang direndam semalaman bersama semua bahan2 di atas.
** Santan + Air setakat paras pulut saja. **
Step 4:
Kacau pulut sehingga pulut jadi 1/2 masak dan santan dah sebati dengan pulut. Kena kacau selalu untuk elak pulut hangit dan bagi masak sekata. Api pun kena jaga juga ye.
** Dah siap pulut kita, yeaaaa... **
Tutup api dan sejukkan dulu sebelum mula proses membalut ketupat.
Proses Membalut Ketupat Palas Bersama Pulut Susu
Step 1:
Bukakan dulu daun palas yang kita balut sebelum ni dan terbalikkan (tulang daun ke luar). Step balut sama macam balut untuk lentur daun.
Buat bentuk kon dan bucunya lipat sikit sebab tak nak pulut kita keluar bila rebus.
Step 2:
Masukkan pulut dalam kon daun tu, bagi kejap (padat).
Jangan pulak terlalu kjap, sat gi tak masak2, gas pulak habis.
Step 3:
Terus balut daun macam dalam gambar di bawah. Nak lebih jelas cara balut, tengok di SINI.
Ok, dah siap balut, akhir sekali ikat dan potong lebihan daun tu.
Selesai, dah boleh masak. Gambar masak dan siap masak ntah simpan kat mana. klu jumpa, Paparea update lagi na...
Ni pembantu Paparea yang tak berenti mengacau.
Tengok apa dia buat, lunyai habis pulut dia balut.
Untuk Raya Tahun 2021 ini,
Paparea ada buatkan video Cara Masak Pulut Ketupat Palas di Youtube Channel kami, MamaPapa Rea YouTube. Klik Video di bawah ni ya. Jangan lupa Subscribe, Like , Share & Komen ya.. TQ
Carian Yang Berkaitan:
1. Resipi pulut ketupat
2. Pulut ketupat palas
3. Ketupat palas jantan
4. Cara buat ketupat palas utara
5. Cara balut ketupat palas
6. Cara mudah dan senang buat ketupat palas.
Sekian, Thanks uolls sudi layan Blog MamaPapaRea.
Selamat Berpuasa & Selamat Hari Raya Aidilfitri
By:
PapaRea