Pernah dengar tak tentang double cleasing?
Ada yang dah lama tahu, dan ada yang baru
dengar macam saya ni.
Alhamdulillah dah pakai hampir empat bulan
HADA LABO cleansing oil ni. Boleh baca tentang HADA CLEANSING OIL REVIEW. Yang
pasti best sangat!!!
Ok. Saya hari ni nak ringkas2 je. Ringkas
tapi padat dengan isi. InsyaAllah.
APA ITU DOUBLE CLEANSING METHOD?
Mudah je. Maksudnya, kita cuci muka dua
kali (2 step). Saya kadang triple hehe.
Cara double
cleansing?
1 guna oil based cleanser/ PENCUCI
BERASASKAN MINYAK
2 guna water based cleanser/ PENCUCI
BERASASKAN AIR
1. GUNA CLEANSING OIL - OIL
BASED CLEANSER
Oil cleansing ni biasanya dia tulis
cleansing oil/balm
Step ni untuk cuci muka dan bersihkan kulit
wajah kita daripada segala kotoran berasaskan minyak seperti mekap,
sunscreen/sunblock, minyak daripada peluh(sebum) dan apa-apa sahaja berkaitan
dengan minyak yang ada kat kulit muka ni tanpa meninggalkan sisa kotoran
minyak.
Emm, kalau pakai
pelembap dengan sunblock je perlu ke?
YES, perlu sangat walaupun tak mekap. Nanti kotoran masih ada kat pori-pori
lagi-lagi sunblock waterproof tu.. Sebelum ni saya tak tahu menahu langsung!
Hehe..
Apa? Pelembap,
sunblock pun tak pakai?
Eh, janganlah…ni wajib pakai k. Satg p beli
kat watson/guardian atau online yang bahan dia bagus untuk kulit na.
Kalau malas, boleh pakai YOUTH AGE DEFENSE MOISTURIZERS (SPF50). Dah
ada pelembap dengan sunblock sekali ye.
Kalau pakai pemcuci
muka je tak perlu pakai cleansing oil ni?
Boleh je,tapi tak berapa bersih sangat.
Time kita gosok-gosok pencuci muka sampai berbuih kat muka dengan banyaknya tu
rasa macam dah cuci bersih kan. Kulit pun dah rasa macam kering je bersih dari
kotoran. Sebenarnya tak bersih lagi. Bila tak bersih boleh menyebabkan jerawat,
blackhead, whitehead, kusam2 dan apa lagi? Lagi berminyak kulit macam saya
dulu-dulu zaman tak kahwin lagi ni. Teruk sangat.
2. CUCI MUKA GUNA WATER BASED
Water based cleanser ni biasanya tulis - facial
wash, foam, gel, milk, etc.
Yang ini kena buat juga untuk tanggalkan
segala sisa kotoran yang tadilah, ada sisa lagi tau untuk kotoran berasaskan
air seperti debu-debu yang melekat kat kulit, peluh dan sel-sel kulit mati.
Lepas dah basuh guna dua step ni, barulah
kulit kita akan bersih sebersihnya daripada segala kotoran yang melekat kat
kulit muka kita tadi.
Bila dah bersih, insyaAllah kita akan dapat
result yang best/effective untuk kulit kita.
SIAPA YANG PERLU DOUBLE
CLEANSING NI?
Kesemua orang yang dah start pakai pelembap
/SPFs semua tu. Lelaki atau perempuan, suka atau tak suka mekap, apapun jenis
kulit kena guna method ni ok kalau nak lagi bersih lagi-lagi pori besar macam
saya ni…
CARA GUNA?
Sebelum nak masuk tidur tu, pakai oil
cleansing ni. 1-2pump. Tangan dan muka kena bersih dan kering baru apply kat
muka. Gosok2 kat seluruh muka. Letak air sikit gosok lagi sampai jadi milky
untuk senang nak cuci kesan2 kotoran tu lagi. Dah rasa habis gosok segala oil impurities, barulah cuci pakai air bersih.
Kemudian baru cuci muka lagi dengan pencuci
muka biasa korang pakai. Pencuci pun pakailah yang gentle kat kulit nah. Tak mau lah yang kuat sangat sampai skin barrier habis hancoq
Siap. Boleh pi tidoq dengan tenang:)
SO, CLEANSING OIL MANA YANG TERBAIK ?
Pilih mana yang berkenan dan sesuai dengan skin concern korang nah. Hari tu saya pilih HADA LABO CLEANSING
OIL (klik untuk lihat REVIEW ikhlas saya)
KELEBIHAN/KEKURANGAN (BERDASARKAN CLEANSING OIL PILIHAN SAYA)
PROs
1. Kulit muka lagi bersih menyenangkan kita
untuk jaga, lebih lembut okey
2. Mudah dan cepat sangat k (suka!).
3. Tak perlu pakai kapas tuang menuang
uolsss (suka!)- untuk mekap yang tak heavy sangatlah
4. Sihatkan kulit, sebab pori-pori lebih
bersih
5. Risiko masalah kulit semakin berkurang
Dan banyak lagi
Muka nanti glowing macam orang korea. Depa
memang skincare routine sangat konsisten.
Kita pun kenalah rajin supaya kulit kita
tak terdedah kepada risiko kulit bermasalah spt:
1. Kesan penuaan yang lebih cepat spt
garisan penuaan, kedutan dsb - jadi rutin penjagaan yang baik akan lambatkan
proses penuaan, bukan tak tua ye. Tapi lambat sikit drp biasa (makan supplement
sangat membantu)
2. Risiko masalah kulit spt blackhead,
whitehead, jerawat, pigmentasi dsb kalau tak jaga.
CONs
1. Mahal sikitlah tapi ada yang murah juga
macam BIORE. Pilih mengikut bajet dan juga keperluan kulit. (maybe next time nak try jugak ni!)
2. Susah nak pilih yang benar-benar sesuai,
kena try and error ikut skin concern memasing.
Tu je kot buat masa ni, heee…
OIL CLEANSER YANG
MANA SESUAI DENGAN JENIS KULIT?
Semua jenis kulit boleh pakai oil cleanser.
Tapi tengok bahan dia jugalah ye. Yang penting kena dan sesuai dengan apa keperluan kulit kita, contohnya yang pori-pori besar bolehlah elak bahan yang menyumbat pori ye.
BOLEH DAPAT KAT MANA?
Watson, guardian, farmasi pun ada. Online
pun ada. Harga je beza-beza. Beli time SALE lebih jimat. Hari tu, saya beli kat Guardian hehe
Contoh cleansing oil yang ada di pasaran
Biore
Hada labo
Simple
Nutox
Banyak lagi.
Jumpa lagi next entri k, bye
Wassalam.
SEBELUM TU, NAK HABAQ KULIT KITA BERBEZA-BEZA MAKA IA
MUNGKIN BERBEZA REAKSI KE ATAS KULIT MASING-MASING OK.
Love MamaRea
xoxo.
waah terimakasih banyak! Artikelnya keren, informatif dan sangat berguna sekalii! Sukses selaluu
BalasPadamSama² nadhillahhehe. Tq Visit My Blog 😊😊
Padam