Jumaat, 23 Ogos 2019

1001 TIPS SIHAT CANTIK KAK LEA : APA ITU CLEANSING OIL


1001 TIPS SIHAT CANTIK KAK LEA
: CLEANSING OIL


Entri date ( Dis 2018), Publish (Ogos, 2019)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

This is my new experience tau guna cleansing oil dan pening juga nak beli bila first time beli. So, meh nak habaq how I choose my cleansing oil berdasarkan keperluan kulit dan jenis kulit saya ok (skin concern, skin type)

Oh ya, bukan jenis oil je ada ye, jenis balm pun ada, cleansing balm. Sama fungsi.

Patut entri ni dulu sebelum DOUBLE CLEANSING METHOD but never mind lah, hentam saja labu. Hihi..

Sebelum tu, APA ITU CLEANSING OIL?

Ok. Cleansing oil. Baru baru ni je nampak asyik berlegar2 dalam fb tentang double cleansing. Sebelum ni saya tak perasan tau kehadiran benda alah ni.

Eh, tak... sebenarnya saya yang ketinggalan...hehehe

So, apa tu cleansing oil? Ok. Simple je. Katanya oil attract oil. Minyak je dapat bersihkan minyak. Ingat tak Subjek Sains dulu-dulu, minyak tak boleh larut / bercampur dengan air kan. Dia akan terpisah, minyak kat atas. Macam tu lah, lebih kurang analogi dia.

Pencuci biasa pula hanya akan bersihkan kotoran berasaskan air (water based impurities)

Bermaksud kita kena cuci minyak (kotoran asas minyak - debu, peluh, pelembap, sunblock, mekap dll) yang ada kat pori2 muka ni supaya bersih dan tak tersumbat. Minyak je dapat menyerap minyak yang tersumbat kat pori-pori ni.

Pencuci muka saja tak cukup. Boleh tambah Cleansing Oil ni supaya kulit muka lebih bersih jauh ke dalam pori dan bersihkan semua jenis kotoran.

Bila bersih maka, kulit muka tak de masalah blackhead, whitehead dan jerawat2 yang degil tu k.

Biasanya rutin harian saya sebelum ni simple sahaja which is telah banyak membantu perbaiki kulit daripada gatal-gatal merah, bengkak dan menanah. Cuma disebabkan
pores macam nak tak nak je beri kerjasama, ada juga kekadang naik bintik merah yang gatal kemudian jadi jerawat. So, i think i need this cleansing oil untuk cuci betul-betul mekap saya sekaligus bersihkan pori besar saya ni. Sebab pori muka tak berapa bersih agaknya bila guna teknik remove mekap saya sebelum ni. Tak efektif!


MINYAK LAIN BOLEH TAK, CTH : BABY OIL KE, MINYAK ZAITUN KE?
Tak boleh my dear sebab nanti sumbatkan lagi pori muka kita ni haaa..lagi teruk jadinya. Pernah tau saya buang mekap guna baby oil. Alamak, muka jadi berminyak sangat-sangat. Bila basuh muka tak hilang lagi minyak tu, kulit wajah jadi kesat. Dua tiga kali cuci muka baru hilang.. So oily! Lepas tu naik jerawat.

Selama ni, saya pakai wet tissue. Kadang main hentam je pakai wipe tissue anak. Haha. Itupun saya rasa dah macam the best dah cara tu. Sebenarnya no, it’s not good for our skin. Rasa kering, kesat kadang pedih sikit. Lalu kita pun basuhlah muka kemain bagi banyak buih lagi kering jadinya. Akhirnya, naik bintik merah. Pernah juga naik blackhead kat pipi. Ish, tak best…sebab tu lah kena add on cleansing oil ni dalan rutin harian kita k.


BILA KENA GUNA CLEANSING OIL NI?

Malam, untuk yang tak mekap dan bermekap (light makeup).

Kalau bermekap, nak buang mekap tu aaahh gunalah cleansing oil baru pakai cleanser gentle kita ya.

Tak mau tonyoh2 cuci dengan pencuci muka banyak buih lagi kering muka, emmm sayalah tu dulu-dulu. Last2, muka jadi iritasi. Gatal muka, naik bintik merah, naik jerawat dengan jayanya. Sampai sekarang masih struggle nak kecilkan pori kesan parut dulu ni. Hm.

Kecilkan pori? Maybe tak akan tapi akan saya usahakan sampai tak nampak sangat pori ni sebab saya memang tengah eksperimen wajah dengan pelbagai cara terbaik nak pulihkan. Tapi saya amalkan dululah, if berkesan saya akan share. Yang penting bukan dengan cara skincare TIMBANG KILO. Skincare selamat belaka je sekarang.

BASIC ROUTINE SEBELUM CLEANSING OIL

Saya pakai macam ni

SIANG
Basuh muka
Pelembap
Sunblock
Mekap (kalau keluar rumah), Balik lap dgn wet tissue saja
Kemudian basuh muka lagi
Pelembap
Sunblock

MALAM
Basuh Muka
Serum
Pelembap
Tidact atau Herbal Blend (if ada jerawat sahaja, kalau takde tak pakai)
Apa-apa je nak tambah

Sebenarnya yang paling bagus 2x sehari je basuh muka. Tapi kalau keluar tu, balik basuh juga. Tak boleh tunggu nak tidur baru basuh. Huhuhu...

Ok.

CARA PILIH CLEANSING OIL?

Bila dah baca-baca pasal cleansing oil ni, aduh, rasanya saya patut cuba ni. Google and google pasal cleansing oil mana yang paling bagus. Banyak sangat pilihan. Sampai rambang mata nak pilih mana.

Ni proses saya pilih cleansing oil. Kena baca macam-macam review untuk ambil yang terbaik kemudian baru kita cuba. Dah kenalpasti yang sesuai tak semestinya serasi kat kulit tau. Kena try and error. Jangan ditanya kulit saya macam ni macam tu mana yang sesuai. Boleh rekomen je, sesuai atau tak sesuai itu terpulang kepada kulit kita. Kulit kita ni dia nak yang tu, yang tu la, tapi kita tak tahu apa dia “yang tu” haha...

So, saya tengok ingredient yang sesuai dengan wajah saya.

Pertama sekali nak pilih barang tengok ingredient mana satu sesuai dengan jenis kulit saya.

Kalau confuse macam saya boleh baca 
dan boleh baca

Kita je sendiri faham jenis kulit kita kan.

NORMAL
BERMINYAK
KOMBINASI
KERING
SENSITIF

So, saya rasa walaupun kulit wajah dan semakin baik dari sebelum ini, tetap jenis berminyak jugalah cuma bila dah pandai pilih skincare tu keadaan kulit nampak lebih seimbang.

Cuma kulit saya akan naik ruam pula kalau skincare tu tinggi kandungan alcohol. So, saya akan elak benda tu.

1. Firstly, saya nak cari yang no sls, sles, alcohol, fragrance, menthol, peppermint, limonene, linalool dan paraben semua tu.

So, saya pilih SIMPLE CLEANSING OIL untuk yang ini sebab sgt sesuai utk kulit sensitif.

Satu lagi free from mineral oil sebab mineral oil ni boleh menyumbat pori, yang ini saya pilih HADA LABO CLEANSING OIL maklumlah pori saya besar.

2. Saya ada pigmentasi yang dah pudar sangat(hampir tak nampak) lepas consume vitamin C dan ESP, nak kena cari ingredient yang sesuai untuk pudarkan lagi my pigmentation kat muka ni so kenalah cari bahan yang sesuai untuk mencerahkan - saya pilih NEUTROGENA CLEANSING OIL TO FOAM BRIGHTENING  memula utk yang ni tau. Tapi banyak review kurang sikit, maka out of my list sebab nak utamakan pores dulu. Lagipun pigmentasi dah tak nampak sangat sejak consume fav supplement saya. Nak kata dah hilang nanti overclaimed pula kan, sebab ramai pakar kulit kata melanin tak kan hilang duk sembunyi bawah kulit. Tapi alhamdulillah tengok keadaan kulit saya sekarang jauh beza dengan pigmentasi teruk sebelum ni. Macam-macam cara saya buat, supplements, skincare luaran memang saya ambil berat kedua-duanya.

3. Hehehe tengok bajet tu anak dah ramai ni, emmm kena cari harga yang berpatutan. Harga boleh tahan semua, rasanya biore cleansing oil saja murah sikit. So, saya pilih BIORE CLEANSING OIL untuk harga murah. Aduh tambah pening! But!, ada mineral oil, tolak tepi.

Harga untuk kesemua produk ada potongan pula kat guardian, watson, shopping web pun saya tengok. Memandangkan duk berjalan juga dengan anak-anak, singgahlah watson guardian bandingkan harga. Tengok brand lain lagi memeningkan kepala sebab semuanya pun macam best je. Takpelah fokus je cleansing oil yang selalu diwar-warkan dulu. So, bandingkan harga. Haha

4. SKIN CONCERN saya, berminyak, sensitif juga dan nak tight kan pori.
So, Kena pilih oil yang betul-betul tak menyumbat pori lah nah.

Yang ni pening. Kalau boleh nak cari betul2 yang ok which is rating comedo cuma 1-2 saja xmau lebih daripada tu. Hada labo ada certain ingredient dia comedo dalam rating 4 paling tinggi iaitu Ethylhexyl Palmitate . Yang lain ok. So, macam mana ni, tapi takde mineral oil.

Simple cleansing oil pun rating 5 sebab Isopropyl Palmitate is highly comedogenic.
Tapi kan, kekadang ikut kesesuaian kulit juga tau, kadang pakai ini jadi pakai itu tak jadi. So kena try and error lah kan. Yang ini hanya proses pemilihanku saja..

So, saya tak tahu mana sesuai untuk yang ini. Maybe saya pilih hada labo sebab saya sangat concern about my pores. Wajah jenis pori2 besar biasanya genetically determined. Saya ikut kulit my father,  pori besar senang naik jerawat dan berminyak.


5. Baca review untuk membantu serba sedikit!

So, dalam pilihan saya ada banyak tau. Pening. Saya cari dan compare ingredient, kemudian compare lagi review daripada beberapa shopping web Amazon, Hermo, Beauty apa lagi tak ingat. Ooo ada macam2 review. Membantu jugalah untuk tengok rating produk.

Makanya, tak mahu peningkan kepala, dua pilihan utama saya time ni SIMPLE dan HADA LABO cleansing oil.

So, saya buat perbandingan macam ni

Simple / Hada Labo

Rm36++ / rm57++ (but ada sale lebih murah keduanya)
Sesuai untuk kulit berminyak, pori besar, sensitif? Sesuai untuk semua jenis kulit (ok kedua-duanya untuk saya

Pilih punya pilih dengan melihat pelbagai review samada blog dan youtube, akhirnya saya memiliy Hada Labo. 


MANA NAK BELI?
Watsons, Guardians dan farmasi terpilih (mahal sikit farmasi) hehe


Kat any shopping web yang terpilih. 
Kat shopee pun ada ok, tengok kat Guardian official store, watson official store atau pun farmasi online yang jual. Bandingkan harga dan cek review. klik je bawah ni ok




Lepas beli hari tu, terus photoshootkan dia. Hada Labo Cleansing Oil











Update : Hada Labo Cleansing Oil dah habis saya gunakan pada awal bulan Ogos, 2019. Saya beli dalam awal bulan 12, 2018. So kira-kira dalam 8 bulan gitu ya. Jimat kan?

K, nanti saya edit balik dan publishkan entri mengenai Hada Labo Cleansing Oil ni okay. 


Salam dari saya,

Mamarea

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...