Assalamualaikum semua, hai apa habaq
korang semua?
Korang tau dak tentang
insentif kerajaan nak bagi pada kita e-Tunai Rakyat RM30.00, mesti ramai yang
tak tau tentang ni. Paparea pun tau pun sebab member yang tanya. Masa tu baru la kita godek² benda apa pulak tu e-Tunai Rm30. Mungkin Paparea dah lewat kongsi, ramai dah blogger awal² lagi
post entri ni. Biarla, ni hanya sekadar nak kongsi saja.
Ramai yang tanya,
macam bahaya ja, takut la aplikasi ni sebab kena bagi MyKad dan gambar kita.
Kalau nak cakap tentang ni, sekarang ni, data kita dah banyak tersebar. Kita
nak daftar apa² saja pun semua perlu no IC kita, peraduan di pasaraya,
Facebook, Shopee, Lazada macam² la lagi. Boleh dikatakan semua berlumba² wujud app QRpay ni.
Kalau untuk transaksi bank@kewangan, apa² yang melibatkan IC ni semua perlu thumbprint kan. Kebanyakkan guna sistem ni di kaunter bank kan. Kalu pakai app di phone memang kena lebih hati². Yang perlu kita jaga, akaun bank iaitu no Pin, Password, kad Debit ATM. Benda² ni kalau kita abaikan, lebur la duit kita. Yang penting ada sikap BIJAK MENILAI & BIJAK BERBELANJA.
Kalau untuk transaksi bank@kewangan, apa² yang melibatkan IC ni semua perlu thumbprint kan. Kebanyakkan guna sistem ni di kaunter bank kan. Kalu pakai app di phone memang kena lebih hati². Yang perlu kita jaga, akaun bank iaitu no Pin, Password, kad Debit ATM. Benda² ni kalau kita abaikan, lebur la duit kita. Yang penting ada sikap BIJAK MENILAI & BIJAK BERBELANJA.
Awal² masa keluar ja
e-Tunai ni, macam² ja orang kongsi keburukan benda ini melalui group Whatsapp
apa semua. Ni yang dapat dari Group Whatsapp...
Padahal orang yang share ni percaya la
sangat², kutuk KAW KAW PEDASS punya, last² dia yang paling awal claim duit tu,
senyap² pulak tu. Dan² puji pulak sebab dah dapat. Ceh, poraahhh...
Nak penjelasan, ada ni perkongsian tentang e-Tunai ni tentang Data Peribadi kita di curi, klik LINK di bawah.
Okay, amacam, korang
dah faham tentang ni? Jangan bimbang okay. Setiap data kita akan diberikan
Perlindungan Data Peribadi oleh kerajaan. Sekarang ni, boleh dikatakan 90% semuanya pakai smartphone. Jadi dah layak untuk e-Tunai ni tak kira tua @ muda, janji dah layak, dapat la tu.
Paparea guna TNGo
eWallet ja, dah claim & dah dapat
pun RM30, 1 hari je dah approved. Jom kita kongsi. Untuk claim e-Tunai RM 30
ni, lebih mudah guna TNGo e-Wallet berbanding Grab, pandangan Paparea ja,
korang ikut mana korang mudah guna.
Step
1:
Untuk maklumat tentang e-Tunai Rakyat. Ini adalah HADIAH
kerajaan kepada rakyat untuk berbelanja bagi menggalakkan budaya digital dan
peralihan masyarakat tanpa tunai.
Kelayakan Umur : 18 tahun ke atas
Tempoh Sah : Sebelum atau pada 14 Mac 2020
Jumlah Tunai : RM30.00 (dibayar One-Off)
Aplikasi : Touch ‘n Go eWallet, Boost
dan Grab
Nak habaq jugak la pada korang, warga emas pun dapat tau. Mak Paparea, umur 2020 dah masuk 66 tahun, pun dapat jugak. Terus tebus bayar bil air rumah. Settle...
Pilih salah satu app yang korang rasa nak
install dalam tel korang.
Ada 3 Aplikasi : Touch ‘n Go eWallet, Boost dan Grab.
Antara 3 app ni, ada kelebihan masing²
dari segi ganjaran cashback $$$ semua. Paparea hanya install 2 app ni
saja, TNGo
sebab dulu ingatkan boleh pakai kad TNGo, tapi sampai sekarang tak boleh link
dengan highway PLUS.
Grab
seperti biasa la, semua orang tau la kan³.
Step 3:
Buka aplikasi Touch ‘N Go e-Wallet @ Grab.
Bagi permulaan, korang kena daftar dulu maklumat nama, password, no. telefon,
email dan seterusnya.
Ini paparan depan TNGo e-Wallet. Ada baki
RM4, 1st topup RM10 saja test. Lepas tu, tak boleh topup kad TNGo, haru
betoiii la. Jadi wat bayar bil air ja RM6, hahaha...
Dan ini pulak paparan Grab app.
Step 4:
Korang klik pada Claim now >
Step 5:
Bahagian ni, korang tanda dalam petak
kecik bawah tu, tanda korang dah faham & setuju. Klik Claim Now!
Grab dia lain dari TNGo. Klik Start Now.
Ada tambahan sikit. Masukan nama penuh korang.
Masukkan pulak No. IC.
Step 6:
Di sini, dia minta kita tunjukkan IC.
Pilih salah satu, Malaysian OR Foreigner. Klik Take ID Photo.
Untuk Grab pulak. Klik Ok, Let’s Go.
Step 7:
Amik korang punya MyKad, tangkap gambar
IC tu biar JELAS macam Profesional
punya ok. Rasa ok, klik Submit.
Sama jugak.
Rasa puas hati, klik Use It. Kalau tak, klik Retake.
Okay, Done.
Step 8:
Seterusnya, depa nak gambar muka kita
pulak, apalagi, selfie lekaih.
Klik Let’s Go. Gambar mesti JELAS.
Masa nak selfie gambar muka, Paparea cuba
nak screenshot, tak boleh, kena sekat. Try pulak Screen Record, boleh, bila
replay semula, di selfie tu naik black screen. Di sini memang dah nampak ada sekatan.
Step 3 bagi Grab. Klik Get started.
Keluar paparan ni. Korang boleh la edit
nama. Then, klik Launch camera.
Bagi yang guna app Grab , bahagian selfie ni berbeza, mesti
berselfie bersama² IC kita, korang amik gambar sama pegang IC. Contoh macam
gambar bawah ni.
Minta kawan ka, isteri @ anak tolong amik
gambar korang. Klik Use This.
Loading upload ni. Lastly klik Submit.
Step
9:
Lepas selfie berjaya, mai pulak bahagian
maklumat peribadi kita. Yang mana berkaitan, isi je la. Selesai, klik Submit.
Grab pulak perlu update details saja.
Okay. DONE untuk app Grab.
Step
10:
Okay, selesai sudah. Anda berjaya...
Permohonan korang dah berjaya hantar,
tunggu pengesahan dan kelulusan dari semakan pihak kerajaan. Korang boleh la
semak apa yang patut.
Di dalam inbox pulak ada mesej ni.
Korang tunggu la, mana tau kut² GAGAL.
Boleh submit semula apa yang kurang JELAS.
Step
11:
Tunggu sehari, buka semula app tu, semak
di inbox.
Okay, dah dapat...
Untuk yang guna app Grab, sama jugak step
TNGo, tunggu dan semak inbox korang.
Last Step:
Tunggu apalagi, berbelanja la sebelum
tamat tempoh pada 14 Mac 2020. Lepas ja tarikh tu, baki dari RM30 tu @ tak
guna, automatik burn la duit tu.
Kalau korang tengok pada app TNGo atas
ni, ada bahagian Services, kat situ macam² ada kita boleh buat. Bayar bil,
topup, macam² lagi. Cer buka.
Opss, rasanya masih ramai yang orang yang
tak berani guna benda alah ni termasuk la penggunaan kad debit ATM. Dulu Paparea sama jugak macam tu. Korang jangan bimbang k, mula²
memang akan rasa janggal takut nak guna, duit mudah hilang la apa la. Bila
korang dah mula guna, memang memudahkan. Apa²pun, benda yang mudah ni pun ada menyusahkan jugak, bergantung pada korang yang handle
sendiri.
Yang penting korang tau berapa baki duit
dalam akaun, jangan asyik nak scan @ swap ja, beli barang penuh troli, last
baki tak cukup, tak ke menyusahkan. Tak payah ramai² not dalam dompet, cuma
perlu spare sikit. Bukan semua tempat @ kedai ada guna sistem ni.
CARIAN
YANG BERKAITAN:
- Cara Claim e-Tunai Rakyat pakai Touch ‘N Go e-Wallet.
- Cara dapatkan RM30 e-Tunai Rakyat.
- Cara Daftar dan Tebus e-Tunai Rakyat RM30 guna app.
- Dapat duit RM30 dari Kerajaan e-Tunai Rakyat.
Jadi fikir²kanlah mana yang perlu mana
yang penting untuk korang. Ok nantikan tips di lain² entri lepas ni. Semoga
perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada semua sahabat ye.
Bye² Gaessss
By:
PapaRea
Your clothes would look nice on my bedroom floor. Click here and Check me out i am getting naked here ;)
BalasPadam