Khamis, 2 Januari 2020

CARA DAFTAR PERMOHONAN PRASEKOLAH ANAK YANG LENGKAP PART 2




Hai semua, bertemu lagi kita dalam perkongsian Permohonan Prasekolah Anak. Ni sambungan step mendaftar.



Hari ni 2 Mac 2021. Maknanya, pada ibu bapa yang ada anak nak masuk prasekolah sesi Tahun 2022, dah boleh mendaftar sekarang di Portal E-Prasekolah dah dibuka mulai 1 Mac 2021 hingga 31 Mei 2021 secara online. Ni contoh tahun lepas punya cerita. Boleh ikut step yang Paparea kongsikan okay...


Okay, sebelum ni Paparea kongsi cara mengisi Online dalam website KPM sehingga proses berjaya mendaftar kan... kalau ada yang belum tahu @ masih kurang faham untuk permohonan prasekolah secara online ni, boleh la korang klik tajuk di bawah ni. Di situ nanti Paparea ada kongsi cara nak mengisi butiran dalam web tu.


Jom mula.....

Bahagian A - Penyediaan Borang Permohonan dan Dokumen Yang Diperlukan

Step 1:

Selepas korang dah selesai di Step 13 (Part 1), Cetak Borang Permohonan Prasekolah anak. Borang seperti di bawah. Borang ni ada 4 page.

Sebelum cetak borang ni akan keluar bahagian yang tertulis Keterangan Status Permohonan. Dalam tu jugak ada tertulis Salinan dokumen yang diperlukan, bolehlah renung²kan.

Borang yang kita print  tadi perlulah dikepilkan bersama² SESALINAN DOKUMEN yang berkaitan saja yang membuktikan semuanya adalah benar² belaka...

Step 2:

Lengkapkan borang tersebut iaitu lekatkan gambar berukuran passport dan sediakan dokumen yang diperlukan seperti di senarai semak page 4 (yang mana berkaitan).

Untuk Senarai Semak, korang sedia semua yang berkaitan untuk SATU SALINAN.

1. Salinan MyKid / Sijil Anak Angkat

2. Salinan Sijil Lahir

3. Salinan Bil Utiliti (Bil TNB/Air/Telefon)


4. Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa / Penjaga

5. Salinan Surat Nikah / Surat Cerai

6. Salinan Surat Hak Penjagaan / Perintah Makhamah

7. Salinan Laporan Doktor & Kad OKU (Jika Berkaitan)

8. Salinan Slip Gaji Ibu Bapa / Penjaga

9. Pengesahan Pendapatan (Bagi yang tiada slip gaji)

Bagi pemegang akaun Maybank, boleh print penyata korang melalui Maybank2u. Tak tau nak buat macamana??? Boleh klik ke tajuk link di bawah...


Kalau selain M2u, boleh guna ONLINE bank korang guna. Print penyata transaksi akaun. Kalau takda jugak, boleh minta terus di bank untuk penyata tu.

Step 3:

Bila dah complete semua. Susun mengikut turutan keperluan tersebut.
** Susun mengikut susunan di Senarai Semak **

Step 4:

Boleh la terus hantar ke sekolah yang kita mohon tu dan berikan kepada guru di prasekolah berkenaan. Okay, dah selesai semua pendaftaran prasekolah anak. Hanya tunggu pulak tarikh keputusan permohonan tersebut, ntah berjaya @ tidak. Harapan mesti la nak berjaya kan³... InsyaAllah dengan izinNya.

Paparea nak gtau la, selesai je kita isi online, dalam 2 hari lepas tu, Mamarea dapat 1 nofication whatsapp, ada mesej masuk dari PPM sekolah, cikgu prasekolah anak. Dia pun dapat jugak maklumat tentang permohonan kita ke sekolah tersebut.

Mak Aiiii, Paparea belum lagi sempat nak hantar borang masa tu, tak dan nak keluar hantar, kerja bertimbun atas meja. Esok petang dapat off , baru boleh balik terus hantar pada cikgu tu.

Jadi, pesanan cikgu tu, apa²pun tunggu tarikh keluar keputusan permohonan ni. Baru la boleh bertindak seterusnya apa pulak. Okay, baik puan, terima kasih, syuhhhsss balik rumah terus, hahahaha....

Seterusnya...

Bahagian B - Menyemak Keputusan Permohonan Prasekolah

Masa yang ditunggu² sudah tiba, tanggal 5 Ogos 2019 hari keluarnya keputusan Prasekolah. Dah boleh semak...

Step 1:

Seperti biasa, buka semula website https://eprasekolah.moe.gov.my/. Log masuk.

Step 2:

Klik pada Status Pendaftaran (Semakan status pendaftaran murid).

Step 3:

Masukkan No. K/P anak dalam ruang disediakan.

Step 3:

Status keputusan BERJAYA @ GAGAL untuk permohonan prasekolah akan tertera di paparan ini.
** Alhamdulillah, anak Paparea berjaya masuk prasekolah. **

Bagi yang tidak berjaya, jangan risau, boleh buat rayuan semula di bahagian Rayuan Permohonan. Untuk bahagian ni, nanti kita kongsikan...

Step 4:

Pada hari yang sama, cikgu prasekolah yang kita mohon tu akan memberitahu pada kita (ibu bapa / penjaga) akan keputusan permohonan tersebut.
** whatsapp dari cikgu prasekolah **

Jadi, pada hari yang dimaklumkan itu, Paparea terus pergi ke sekolah untuk ambil surat apa ntah. Rupa²nya ni surat dia...

Step 5:

Merujuk kepada surat tawaran tu, ada tertulis tarikh dan masa untuk datang ke sekolah untuk mendaftar dan juga mengikuti sesi taklimat.

Kalau ibu bapa / penjaga tak datang pada hari tersebut, dianggap tidak berminat @ menolak tawaran masuk prasekolah ler. Lepas ni korang ikut setiap arahan yang diberitahu oleh cikgu sekolah. Wujud pulak Group Whatsapp Prasekolah. Jadi apa² info maklumat, semua akan di maklumkan dalam WG.

Zaman skrg ni semua maklumat sangat² mudah disampaikan melalui media sosial ni.

Okay, selesai sudah...

Ada lagi Paparea nak kongsi untuk semua. Masa pendaftaran dan dengar taklimat tu, cikgu memberitahu pada kita keperluan yang sepatutnya kita sediakan untuk anak² yang masuk prasekolah seperti pakaian sekolah, alatulis, yuran dan lain² lagi. Ini apa yang cikgu bagitau...
** Maklumat di atas ini adalah mengikut kehendak dan keperluan bagi sesebuah sekolah yang dipilih. **

Malam 31hb, siap lah semua yang diperlukan sudah tersedia.

Untuk kasut, memang kena tanda dengan tulis nama pada kasut anak² kita. Budak² ni, awal² sangat bukannya kenal sangat kasut depa, semuanya seakan² sama saja. Cikgu pun ada pesan jugak.

Pagi di 31 Dis 2019, sebelum subuh sudah bangun Mamarea siapkan air mandian dan sarapan buat kami, hehehe... Solat subuh jangan Lupa. Pendaftaran sekolah pukul 8.00 pagi, di kantin sekolah.

Sudah di sekolah siap mendaftar, kena isi butiran anak dalam borang yang diberikan. Punya la ramai hari ni sbb termasuk Pendaftaran Tahun 1.
** Satu famili kami pi teman kakak Nana di sekolah. **

Dah siap apa semua, tunggu panggil, berbaris masuk kelas bersama² ibu bapa untuk dengar taklimat.

Dah selesai untuk hari ni, pukul 10.00 pagi siap. Lepas tu terus pulak beli buku d Kedai Buku Sekolah. Tarikh 2 Januari 2020, mulalah sesi persekolahan tahun 2020 seperti biasa. Mula la mak bapak sibuk semua, waktu kemuncak pagi dan tengahari.

Okaylah, setakat ini la perkongsian Paparea tentang CARA DAFTAR PERMOHONAN PRASEKOLAH ANAK YANG LENGKAP. Ini semua berdasarkan pengalaman pertama MamaPapaRea dan bergantung jugak pada ketetapan pihak sekolah pilihan masing².

Ohh ya, kalau korang masih jugak ada masalah terlupa lagi password @ katalaluan website ni, korang boleh la tengok semula cara untuk dapatkan balik password korang tu. Klik saja Tajuk di bawah ni okay...


CARIAN YANG BERKAITAN :

1. Cara Daftar Prasekolah Anak Yang Paling Senang
2. Cara Mendaftar Masuk Anak Ke Prasekolah
3. Tatacara Masuk Prasekolah Yang Lengkap
4. Cara Persediaan Masuk Prasekolah Yang Paling Simple

Sekian saja untuk entri ni, nantikan pelbagai lagi tips, resipi, kesihatan dan macam2 lagi di entri seterusnya dari kami MamaPapaRea. Bye2 dan jumpa lagi.

Wasallam...

By:

PapaRea

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...