Hai semua,
hampa semua apa habaq, sihat ka? Dah makan belum? Ka belum lagi masak? @ pun
korang blurr tak tau nak masak menu apa.
Sama la dengan
Mamarea ni, hari² masak lauk yang sama mana
tak jemu makan hehehe…
Untuk
entri kali ni, Mamarea nak kongsikan resipi cekodok pisang untuk menu di waktu lapang,
iaitu….
CEKODOK PISANG SIMPLE PASTI SEDAP
Okay, jom Mamarea nak tunjuk cara buat Cekodok Pisang Simple / Mudah je
insyaAllah SEDAPPP.
Yang pertama mestilah kena sediakan apa
bahan² yang wajib ada:
Bahan-bahan :-
1. 7 biji Pisang ranum
2. 3 sk gula
3. 5 sb tepung gandum
4. 1 sb tepung jagung
5. 1 sk yis
6. 1 sk garam
** Boleh tambah/kurangkan gula garam ikut
citarasa anda ok..
Untuk mendapatkan kesedapan cucoq ni,
perlulah buah PISANG yang ranum. Tak terlebih masak sangat tau.
Cara Menyediakan :-
1. Buang kulit pisang.
2. Kemudian, lenyek semua pisang tu sampai penyet lenyek. ikut suka korang nak lenyek sampai tahap mana. Sebab ada yang suka tak terlalu hancur nak ada sikit² ketul² pisang tu.
Sampai jadi macam ni.
3. Masukkan sedikit gula. (Pisang jenis ni
kurang manisnya). Masukkan ikut citarasa korang sendiri.
4. Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan yis. Gaul sebati.
5. Ni kira dah siap gaul. Biar selama 15-30 minit supaya adunan naik sikit. Nanti bila nak goreng dia akan bulat elok.
6. Lagi, tambahkan pula garam supaya ada rasa
lemak.
Seperti biasa la, gaul lagi hingga sebati.
Panaskan minyak. Ikut suka nak letak minyak banyak @ sikit, ikut kesesuaian belanga korang k. Lagi banyak, lagi masak cantekk cucoq kita.
7. Boleh guna cara Jemput² atau pakai sudu adunan.
8. Goreng hingga keperangan.
Dah masak, bolehlah angkat dan toskan minyak.
Okay, dah siap untuk dihidang bersama teh
atau milo panas.
Walaaaa....
Ni kalau makan
panas² sedap hingga tak terkata kan, tambah² lagi bila time sejuk hujan &
tengah lapaq, perhhh…
Kalau PapaRea pulak
mesti cari ikan temenung/kembung goreng buat inti cucoq ni.
Ni gaya turun termurun dari Family PapaRea.
Tapi tak selalu la MamaRea buat macam ni sebab takde beli ikan, hehehe...
MamaRea 1stime cuba makan, memang nampak pelik, bila masuk mulut, kunyah & telan, punya la sedap. Patutla PapaRea suka sangat, anak² pun suka sangat makan macam papa depa.
Jangan lupa cuba resipi ni tau..
Kalau nak tengok video CARA BUAT CEKODOK SIMPLE PASTI SEDAP bolehlah klik video di bawah
ini ya,
Maaf andai ada kelemahan juga kekurangan.
Mohon support channel kami dengan SUBSCRIBE,
LIKE dan KOMEN ok...
Terima kasih semua.
Jangan lupa ikuti video kami yang akan datang
nah...
Bye Bye
MamaRea
0 ulasan:
Catat Ulasan