Hai, assalamualaikum wbt. dan salam
sejahtera semuanya.
Semoga hari ini semuanya
sihat dan baik-baik saja.
Lama tak update blog. Bukan
takde nak kongsi tips atau apa-apa tapi sibuk memanjang... Alasan sungguh
noh...hehehe
Jadi, Mamarea buat entri
hari ni nak bagitahu Mamarea ada upload video kemas rumah sebagai
"cleaning motivation" untuk sesiapa saja sudi menonton. Link video
nanti ada di bawah sekali, hehehe...
Bukan apa, sebelum ni
Mamarea bila anak dah tiga, sibuk dia macam mengalahkan mama anak 5-6 malah 10.
haha. Rumah kemas ala kadar saja. Tak betul-betul ada semangat nak bagi kemas
betul-betul macam sebelum ni. Banyak benda rasa nak buat. Masa macam tak cukup
dari pagi sampai ke malam.
** Peneman MamaRea, Rea
Junior, Adik Darwish **
Dulu, biasanya Mamarea akan kemas rumah waktu malam selepas anak-anak tidur. Gagahkan diri bangun untuk mengemas dan bersihkan semua. Kali ini mengantuk sangat. Anak lena kita pun lena.
** Tinggal kami berdua,
kaka & abang dah sekolah **
Dari pagi, sidai kain, lipat kain, mandikan anak, masak, sapu dan kemas rumah, mop lantai, mengemas rumah ringkas berulang kali dan masak pula petangnya... wah banyak kerja oo hehe. Siapa kata kat umah goyang kaki? hehe...Ada pembantu rumah mungkin boleh. hehehe...
** Tempat HARTA KARUN SI CILIK adalah belakang langsir, bawah sofa & kabinet/rak **
Pernah satu masa sungguh malas, rumah terbiar saja tak berkemas. Hati tak senang bila rumah tak kemas. Serabut rasanya. Walau tiada mood pun mesti buat juga.
** Salah 1 benda yang
paling stress, COKLAT **
Satu hari tengok orang post IG bagitahu depa duk tengok cleaning motivation video supaya ada semangat nak membersihkan rumah setiap hari.
Jadi kita pun google la apa
dia cleaning motivation tu. Buka video. Tengok dan tengok...
Selepas tengok tu macam ada
semangat baru nak mengemas rumah sebersih bersihnya seperti orang yang
bersihkan rumah tu. Perasaan dan mood malas tu berubah jadi semangat yang
berkobar-kobar untuk terus bersihkan rumah macam depa buat. Malah depa tunjuk
pula deep cleaning punya video yang lagi seronok nak tengok. Sampai sekarang 2
kali seminggu Mamarea buat deep cleaning. Sedut habis habuk-habuk yang mudah
capai. Debu-debu pun selalu lap supaya tak berhabuk.
** Dah siap menyapu,
mengemop pulak **
Bila dah hari-hari tengok, timbul pula minat untuk cuba sendiri buat video supaya kita pun dapat disiplinkan diri untuk buat benda tu setiap masa setiap hari tanpa gagal, insyaAllah sebab Mamarea yang sebelum ni kurang disiplin buat benda tu setiap hari.
** Dah bersih. Ringkas
punya mengemas **
Mamarea buat jadual macam dulu dan set setiap masa itu sangat berharga. Bila rumah bersih mood kita jadi baik, maka kita pun tenang je duduk rumah barulah dinamakan "Rumahku Syurgaku".
Jemputlah tonton nah.
Klik link / video di bawah je
terus. Jangan lupa support Mamapaparea channel tau dengan SUBSCRIBE, LIKE,
SHARE dan KOMEN, okay...
** Meh pakat tengok YouTube
kami yee **
Terima kasih buat anda semua yang sudi membaca blog kami selama ini.
Untuk video yang lain boleh klik link ni.☺☺☺
Nantikan lagi entri² yang
bermanfaat untuk kita semua dari kami MamaPapaRea. Banyak lagi video untuk
tontonan di YouTube tengah dalam pembikinan. Masih bertatih nak up. Hehehe...
Terima Kasih uollsss
By:
Mamarea
0 ulasan:
Catat Ulasan