Assalamualaikum kalian semua, ketemu lagi kita
di sini ya , Blog MamaPapaRea. Hehehe...
Paparea nak tanya korang semua, pernah
tak kipas siling rumah korang sebelum ni laju, sekarang dah makin slow. Pasang level full @ level 5 rasa
macam pasang level 2-3 saja. Ada tak?
Paparea tanya sebab kipas rumah jadi macam tu buat kali kedua. Sebelum ni 3 tahun lepas kipas siling di ruang
tamu jadi slow. Mula la fikir, kipas
rosak ke ni? Masa tu MamaPapaRea belum lagi aktif Blog memBlog ni. Maklumla
internet kawasan kampung Paparea ni No
Coverage. Sekarang rumah Paparea pakai Streamyx. Hah, memang tak risau dah.
No Data Limit. Tengok pusingan kipas
ni, slow sangat walaupun sudah level 5. Ada 2 kipas yang jadi masalah ni.
** Ni bukan edit2 video Slowmotion punya ye, btul2 kipas tu berpusing level 5 **
Nak cerita la cikit, dulu memang cetek
ilmu ni, tak tau menau tentang kipas ni. Hanya yang tau, ada tukang elektrik “
Abang Man Karan” umur dah pencen. Apa2 masalah semua halo dia. Masa tu mintak
tolong dia la repair kipas ni. Punya la cepat dia buat. Datang
rumah, pasang tangga, off elektrik, dah siap. Wahhhhhhhh.......
“Brapa
Abang?” “Mai 50 dah la.” Wahhh, murah tu. Padahal aku yang tak tau kos repair
tu tak sampai 10 ringgit pun. Tapi takpa la, kos upah dia mai rumah kita kan...
Apa2 pun Trima Kasih Abang Man Karan. Tak da orang lain dah kalau bab2 elektrik
rumah ni semua halo dia.
Ni kapasitor yang diganti tu.
Ok, jom start perkongsian Cara Melajukan Kipas Siling Yang Perlahan Lebih Mudah Dan Menjimatkan.
Kipas
ni sama saja dengan barang2 lain. Bila baru semua mantop, fast and furious. Bila
dah makan deq tahun, power pun dah kurang umrphhh.... Jadi semua ni puncanya
adalah KAPASITOR nya sudah kurang power/lemah @ rosak. Kipas tak rosak. Korang
tau tak apa itu Kapasitor?
** Ni Kapasitor Kipas Siling, Baru Beli **
Kapasitor (Capacitor) adalah komponan
elektronik yang dapat menyimpan dan melepaskan muatan elektrik atau tenaga
elektrik dalam tempoh masa sementara dengan unit kapasitansinya adalah Micro Farad
(µF).
Kapasitor berfungsi dalam suatu rangkaian
elektronik dengan cara mengalirkan elektron menuju ke kapasitor. Setelah
kapasitor sudah penuh dengan elektron, berlaku perubahan pada voltan. Selepas
itu, elektron yang ada dalam kapasitor tu akan keluar dan mengalir ke rangkaian
atau komponen yang memerlukannya.
Nilai kapasitor akan berkurang @
lemah disebabkan usia kipas tu dengan jumlah penggunaan yang maksimun dan terus
menerus. Itulah yang menyebabkan kelajuan kipas semakin berkurangan. Kapasitor yang
berkualiti rendah, nilai Farad (µF) akan berkurangan setiap tahun.
Itula
serba cikit penerangan tentang Kapasitor ni. Cukup kot noo.
Sebelum kita mula proses baiki kipas siling ni.
Yang pertama sekali kenali dulu kipas korang. Selalunya Top Brand kipas siling
ni semestinya jenama KDK. Macam rumah Paparea semua KDK.
Macam
kipas ni kapasitor yang asal @ standard adalah 2.0 µF
(Gold) dan 1.8 µF(Putih). Kalau korang tak tau
nilai kapasitor kipas korang, cer buka dulu tengok. Lepas tu baru la boleh buat
keputusan untuk beli terus.
**
Peringatan:
Tukar/Ganti
kapasitor dengan nilai Farad (µF) yang sama dengan yang
asal @ nak up nilainya untuk tambah laju, jangan melampau2. Up sekadar, contoh
1.8 ke 2.0 µF, 2.0 ke 2.2/2.5 µF. Kalau lebih tinggi sangat nilai µF, kipas akan pusing sangat laju,
motor kipas menjadi lebih panas menyebabkan gelung dalam motor kipas rosak.
Pastikan label voltan lebih dari 300VAC.
Kapasitor ni murah ja.
Mana nak beli kapasitor ni? Semestinya la kedai elektrik. Ala kedai jual barang
elektrik and repair radio tv. Murah ja. Paparea beli 2 kapasitor macam gambar
di atas tu, RM14.00. Kapasitor 2.0 µF (RM6.00) dan 2.5 µF (RM8.00). Harga
termasuk GST (Good And Services Tax). Mungkin korang boleh dapat murah lagi
dari harga tu. Jadi
nak langkah selamat, beli je nilai asal saja.
Sebelum
mula proses penggantian dan pemasangan, sediakan barang2 yang diperlukan dulu.
a.
Tangga 4
tingkat / 5 tingkat / lebih tinggi lagi bagus.
b. Screw Driver / Pemutar Skru Philips @ Mata Bunga
c. Test Pen / Pen Ujian (menguji arus elektrik)
d. Pemotong Wayar
e.
Kapasitor Baru
Step
1:
Untuk
keselamatan, off @ tutup suis kipas tu @pun nak selamat dan yakin tak ada
arus elektrik, tutup terus suis utama (kotak fius rumah). Comfirm ok.
Enterframe dulu, hehehe... Paparea.
Step
2:
Buka dulu bahagian penutup atas tu. Ada 2 biji
skru.
Step
3:
Cek dulu guna Test Pen, pastikan tiada arus
elektrik.
Step 4:
Buka skru pada kapasitor tu
dan keluarkan kedua2 wayar kapasitor dari penyambung wayar kipas tu.
Ada perbezaan kapasitor ni,
yang asal / original dengan yang biasa. Yang asal besar dari yang biasa.
Step 5:
Tukar / Ganti semula kapasitor lama @ rosak
dengan yang baru.
Kalau wayar kapasitor baru
tu lebih panjang, potong la cikit.
Step 6:
Mula proses pemasangan semula sama seperti
proses membuka tadi. Wayar kapasitor tu ikut sama seperti keadaan asal. Jangan
salah pulak. Hehehe...
Ok, dah siap semua.
Opsss, ni la masalah bila
jarang2 skali naik tengok bahagian atas.
Terpaksala
cuci kipas ni dari habuk2. Kalau macam ni habuknya gunala vacum untuk sedut
habuk tu. kalau takda vacum, pakai la berus. Jadi bertambah la kerja menyapu
lantai akibat habuk berterabur.
Untuk TIPS
CUCI KIPAS SILING PALING MUDAH TANPA HABUK BERSELERAK, sila ke LINK ini.
Bila dah cuci, try tengok
hasilnya. Bezakan dengan video di atas. Laju ooo... Baru rasa angin.
Amacam
ok tak tips ni. Korang yang ada masalah macam ni, boleh la cuba buat sendiri,
dapat la menjimatkan wang. Yang penting ilmu perlu ada sebelum lakukan. Jangan
memandai2, elektrik tak boleh bawa main. Very Dangerous. Be Careful ya kawan...
CARIAN YANG BERKAITAN:
a.
Kenapa kipas siling jadi perlahan?
b.
Punca kipas siling semakin perlahan.
c.
Tips nak lajukan kipas siling yang perlahan.
d.
Cara bagi laju kipas siling.
e.
Cara baiki kipas siling pusing perlahan.
f.
Cara tukar kapasitor kipas siling.
g.
Apa itu kapasitor dan fungsinya pada kipas.
Terima
kasih pada korang semua yang sudi layan Blog Mamapaparea.
Jumpa
lain di entri yang lebih bermanfaat untuk kita semua. Bye2...
By:
Terima kasih bagi penerangan ni tuan,saya pun ingat nak buat sendiri jugaklah
BalasPadamSama2. Trima Kasih jugak sudi singgah blog kami...
PadamSalam bos..kipas syiling biasa brand national pkai capasitor berape uf ye bos sesuai?
PadamWsalam, kalau standard punya kipas siling antara 1.8 uf hingga 2.2. Bergantung pada jenis kipas jugak. Nak tau lebih tepat, cer buka dulu kipas tu. Tq Visit My Blog...
PadamSatu perkongsian yg cukup baik, terima kasih tuan
BalasPadamSama2 Khey Din. Trima Kasih jugak sudi singgah blog kami...
Padamsaya pernah tukar kapasitor ni,tp masih pusing perlahan...de sebab² lain x...
BalasPadamTQ Azrul Nizam sudi singgah Blo Kami.
PadamBerapa nilai Farad (UF) kapasitor yang baru tukar tu berbeza dengan yang asal? Kalau kipas pelahan jugak lepas tukar kapasitor ni, masalahnya kemungkinan motor kipas rosak disebabkan masalah gelung dalam motor kipas rosak. Cuba beli jenis lain kapasitor ikut power yang sesuai. Kalau tak berjaya jugak, masalah kipas la tu.
Wayar kapasitor tu tak kisah eh guna merah biru dekat sambungan mana mana? Ke kena ikut warna jugak?
BalasPadamTq Haikal Hilmi sudi singgah Blog Kami.
PadamAda kapasitor yang wayar dia merah/biru, merah/hitam, merah/putih dan hitam. Bergantung jenama. Kapasitor kipas ini tiada kutub positif atau negatif. Boleh pasang mana pun boleh. Tak nak pening, pasang balik kapasitor ikut cara mula2 kita buka kapasitor tadi, Mudah.
Tksih. Penerangan jelas. Aku akn cuba step by step.
BalasPadamTQ Tanpa Nama21 Jun 2018 9:11 PTG,
PadamSama2 kita kongsi ilmu...
Ringkas dan padat info yg dikongsi ni. Kipas kat rumah ni, x smpi setahun pakai, dah jd slow. Jenis DEKA. Memula dulu kluar bunyi krek krek mcm ada bnda begesel, start drpda tu, kipas makin slow dan slow. 3 kipas kat rumah ni, semua jd mcm tu. Pelik btul la.
BalasPadamTerima Kasih Khail Abdullah sudi singgah di Blog ni.
PadamSamala kipas rumah Paparea pun, mula 1stime tukar Kpsitor tahan la dalam setahun lebih, next tukar pulak, tahan lebih kurg 6 bulan, baru2 ni tukar lagi 2bulan lepas, tgok gaya mcm mula kurang power dah. Bergantung pada usia kipas kita & kekerapan pgunaan kipas tu sndiri. Kpstor ASAL mmg terbaik
Kenapa sy punya asal kipas kdk 1.7 shj.. Boleh ke sy pasang yg 2.5..takut plak tgk kipas laju dari biasa
BalasPadamHye LaNG NaGa.
PadamKlu kipas asalnya 1.7µF, paparea cdgkan tukar ke 2.0µF. Boleh klu
LaNG NaGa nak cuba tukar ke 2.5, tapi xtau la kipas tu blh tahan ke tak. Takut nti, terbang bumbung umah tu. hahaha...
Kipas sy jenama TAT, jrg dgr, kipas baru sbb rumah baru, tp slow
BalasPadamPerlu tukar kapasitor juga ke?
Hye muhdevori,
PadamKipas ni brbeza power dia mengikut jenama, jenama paling laris KDK, sb Kipas siling KDK ni bilah kipas yang lebar, angin yang maksima & juga pada tahap tenaga yang minima. Ia dilengkapi dengan “cut-off safety device” serta “safety plate” untuk memastikan keselamatan pengguna terjamin.
Klu kipas baru ni jenama TAT, rasanya xda masalah kut, lebih kurg je sama. Cuma Brpa power kipas tu? WATT dia & µF dia brpa. klu rendah, mmg tu la power dia, tp blh try up µF kapasitor kipas tu. jgn melampau tnggi dah la.
Terima kasih kongsi ilmu bermanfaat ini paparea...nanti nak cuba
BalasPadamHye Adnan,
PadamSama2. Blh cuba, sgt mudah & mjimatkan. TQ sudi sggah My Blog MamaPapaRea
Sangat membantu tq tuan
BalasPadamHye, sama2 Shah Razin
PadamTQ sudi singgah Blog Kami.
Mcm mn nak tahu wayar dkt kapasitor utk L dgn wayar N,sebab tgok pada kapasitor sama kalor(hitam)
BalasPadamHye, kapasitor ni tak ada L @ N. Jadi nak mudah pasang ikut kedudukan tapak skru kapasitor asal kipas tu, dan wayar di tempat asal.
PadamTq sharing
BalasPadamWelcome Zul Aswadi
Padamkalau kipas jenis xde regulator yg jenis pakai remote tu pun boleh buat mcm ni juga?? kipas brand elmark...
BalasPadamSemua kipas ada kapasitor. Boleh Je.
Padamsy dh tkar kapasitor tp ttap slow..knpa ya?..tkar nilai asal jgak 2.0..ke nk up lg nilai kpsitor tu?
BalasPadamHye Syaza Sunhinhan.
PadamBrp usia kipas Syaza? Mula2 pakai laju x sepertimana masa tukarganti kapasitor sekarang ni? Klu tak jugak laju, mungkin motor kipas yang masalah. apa2 pun TRY AND ERROR.
Bertambah pengetahuanku...tq
BalasPadamHye yang ikhlas
PadamTq sudi singgah Blog MamaPapaRea. Sama2 kita berkongsi ilmu ni
Tuan memang membantu,tulisan lengkap dengan gambar dan ada aksi licu saya bagi 5 star
BalasPadamHye Razkl,
PadamTrima Kasih Sudi singgah Blog mamaPapaRea. Sama2 kita kongsi ilmu ni.
5 STAR???? Wooow, Tq ... HEHEHE
saya baru on kipas rumah saya ni, tibe2 bunyi 'pop' beserta lcb jatuh. bila saya on balik letrik saya on kipas terus xboleh on. adakah masalah kapasitor juga tuan?
BalasPadamHye, klu masalah ni, kmungkinan ada masalah shooting elektrik, kipas tu rosak komponen dalam dia @pun ia punya kotak level dkat suis rosak. boleh try buka tgk apa masalah. Tapi klu bab ni baik tukar baru la. Takut nanti jadi perkara lain pulak
Padamwow, kebetulan kipas dekat umah no4 pown mcm no.1, tp no.5 mcm nak tcabut pulak lajunya.mungkin boleh tukar jugak kapasitornya sdri..membantu sgt..tq.
BalasPadamHye, trima Kasih Sudi singgah Blog mamaPapaRea. Sama2 kita kongsi ilmu ni.
PadamKipas syiling saya on ok...bila pusing no 4. Elektrik jadi trip...automatik jatuh..adakah masalah pada kipas atau shooting?
BalasPadamHalu Mohd Yusrizal. Uieeee, Klu bab ni mmg kipas problem tu, baik tukar baru la. Klu nak check pun mungkin masalah wiring dalam kipas tu. Bahaya tu, takut meletup jadi masalah lain pulak. Apa2pun TQ sudi singgah di MamaPapaRea Blog
Padamsharing yang memang hebat
BalasPadamHehehe, Sharing Is Caring. Sama2 kita membantu. TQ sudi singgah di MamaPapaRea Blog
PadamSalam bang.. Kipas rmh saya jenama panasonic tetapi second hand saya beli then pasang terus tanpa menggunakan regulator tetapi kipas jalan lembab.. Adakah ini masaalah capasitor atau kerana saya tidak menggunakan regulator connect secara direct
BalasPadamHye Unknown, W'salam.
PadamKipas ni mmg perlukan regulator, kalu takda pun boleh pusing cuma pusingannya ala ala MEDIUM saja la, tak FULL tak SLOW. Slalu nmpak di majlis2 kenduri orang pasang di khemah. Regulator ni dia kawal tahap arus masuk. Nak laju, perlu ada benda tu.
Apa2pun TQ sudi singgah blog kami...
Slm...sy nk tnyer klau nilai kapasitor asl 1.0uf boleh ke nk tambah ke 1.5uf??? Nk cri 1.2uf susah la...
BalasPadamWslm احمد شكور
PadamNi kipas meja ke? Pada pndgn sy, klu µF asal 1.0, blh la up hingga 1.5µF, tu ja level yg blh recommend..Tq visit my blog... 😊😊😊
Aah...kipas meja...ooo...cmtu...terima ksih tuan ats perkongsian dan penerangannya...👍👍👍👍👍
PadamSama2 احمد شكور. Sama2 kita kongsi mana yg baik bagi kita smua.. Tq. 👌👌👌👌👌
PadamEsok pasti nak merepeyy kipas..dah slow
BalasPadam😂😂😂😂😂😂
PadamSelamat merepey ye sahabat. Utamakan Keselamatan 👍👍👍
First time buat .. follow this step.. sangat berguna dan efektif.. skill yg diperlukan setiap kaum adam bg memudahkan kerja² pertukangan dan memelihara keharmonian rumah .
BalasPadam100% sutuju, hehehe. TQ sudi visit my Blog...
Padamsalam min..kipas saya dua bijik rosak, mula2 jadi makin slow lepastu terus tak jalan..tapi jenis kaki pendek punya, kipas meja kot org panggil..dh try tukar kapasitor tp xleh gak..kapasitor lama jenis CBB61 1.5uF tapi saya beli jenis mpp 1.8uF, ada masalah ke kalau tak sama jenis or brand? rugi rm10 beli 2 unit
BalasPadamHye, sy prnah ada kipas meja ni, makin lama makin slow n trus xbrpusing. Bab ni byk kmunhkinan. Sy rasa mslh rod besi tu sangkut, mgkin kurg minyak. & mslh motonya rosak. Kena tau jugak kipas tu boleh pusing@tak. Klu ketat, cuba sapu griss. Serba ckit dapat bantu. Tq visit my Blog.
PadamSalam...tumpang tanye. Kipas sy, Kapasitor asal 2.2 uF 800 Vac. Boleh ke sy nak tukar kepada 2.5 uF 450 Vac? Sebab Vac menurun dr 800 kepada 450. Ada effect apa2 tak? Terima kasih.
BalasPadamWssalam Mohd Sukhry Husain
PadamKipas jenis apa ye? Remote @ biasa? Kpsitor ori mmg tinggi nilai Volt dia. Asalkn nilai V tu lbih dari 300V. Yg pntg nilai µF. Tq visit my Blog...
Salam. Saya pasang kipas jenama Khind. Tapi lupe plak rumah baru ni takde wayar utk pasang regulator. Bile direct pasang ni, speed dia laju sgt. Selamat atau tidak dgn kelajuan ni? (Regulator punye limit kat tombol smp 5 speed).
BalasPadamSalam. Nak tanya ada beza x kapasitor kipas siling remote dan kipas siling biasa? Sbb ada beli nilai uf n volt sama. Cuma saiz kotak kapasitor tu kecik berbanding yg asal. Terima kasih
BalasPadamW'salam Jasa.
PadamBezanya hanya bentuk saja. Yg ori mmg lain dr yg biase². Yg penting nilai uf & volt sama. Volt kdg2 yg ori xsama yg beli d kedai tapi xda msasalh asalkn nilai voltan lbih dari 300V.AC. TQ visit my blog 😊😊😊
kipas sya 1.2uF, bolehkah sya gna 1.7uF atau sya prlu kurangkan lagi?
BalasPadamKipas apa ni? Kipas Meja ka? Nak lajukan kipas ka @ nak slow? Klu nak laju, blh ja guna 1.7uf kapasitor. Klu nak slow, tekan level 1, slow la dia. 😂😂😂😂... Tq Visit My Blog.
PadamHye, sama saja. Kipas remote pun ada kapasitor, cuma yg bezanya pakai remote & manual. TQ visit my Blog 😊😊😊
BalasPadamSalam, nk tya, kapasitor ni berapa harga dia?
BalasPadamWsalam, murah saja. Paparea beli RM5.50 2.0uf. Kedai lain mgkin harga likungan RM5-RM7 1 kapasitor. TQ Visit My Blog. 😊😊😊
Padamsebelum tukar kipas pusing.. lepas tukar kipas tak pusing.. apakah masalahnya ini.. ? adehhh
BalasPadamHye, rasanya mungkin ada tertinggal wayar, longgar @pun tersalah pasang wayar. Boleh cek semula kedudukan wayar tu. Tq Visit My Blog 😊😊😊
PadamPg tuan, tuan if kipas tu takde kapasitor mcm mana?
BalasPadamHaluuu, kipas apa tu? Siling ka? Klu takda, blh saja letak kapitor tu, cuma perlu ada jgk la regulator. Bru lengkap. TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamBro. Terima kasih banyak. Sy follow step by step dan berjaya Alhamdulillah. Moga Allah bg Bro dan Family kesenangan dan kejayaan dunia Akhirat. Terbaik Bro 👍🏽👍🏽👍🏽
BalasPadamHai Marwan Salim. Alhamdulillah, aminn...
PadamSama² bro. Apa yg baik kita share. Masalah yg sbenarnya simple tapi ramai yg xtau, msti pgil tukang. Jadi sharing ni, harap dapat mmbntu semua. TQ visit My Blog 😊😊😊
Klau kipas ada dua kapasitor perlu tukar dua2 ke.?
BalasPadamHye, sori lambat balas almaklumla PKP. Kipas jenis apa mcm tu?cek dlu stiap 2 kapasitor tu, yg mana rosak ganti yang baru ok.TQ visit My Blog 😊😊😊
Padamt.kasih atas illmu. cuma nak tnya kalau kapasitor lama 2.0 farad tp saya ada yg ada saiz 1.5 farad. blh gna ke. t.k.
BalasPadamHye AzhaR_CooL. Sama² bro. Klu kpsitor asal 2.0, klu tukar ke 1.5, boleh. Xda masalah. Cuma, power speed kipas tu stakat power 1.5 je la klu berbanding dengan 2.0. Boleh la pakai, klu rasa kurg puas angin, blh up 2.2-2.5. TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamSaye nak ucapkan berbanyak terima kasih walaupun blog ini sudah lama di post masih bergune ilmunye saye pakai terima kasih untuk ilmu ini saya doakan kesejahteraan Tuan/puan dunia mahupun akhirat
BalasPadamHai, sama² kasih. Terima kasih singgah di blog kami. Akan kami buatkan lagi artikel² menarik lepas ni. Dan nanti ada video jugak tentang cara tukar kapasitor kipas di blog sini dan di YouTube. Skali lagi, TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamAssalam..kipas guna remote. yg asal guna 2.0, saya tukar 2.5. still perlahan sgt macam xgerak. lepas 5 minit, trip satu rumah. sebab ape ye? Terima kasih :)
BalasPadamWsalam, klu smpai trip tu, bukan kapasitor tu, masalah lain dah. Mgkin sbb dah buka tukar kapasitor tu, dia nak jadi rosak time tu. Kmungkinan jugak motor dia problem. TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamKipas siling rumah saya jenama LEB dh tukar kapasitor tapi masih slow...cammana nk buat
BalasPadamTak pasti pulak apa masalahnya. Boleh la cek balik regulator dia sama. Kalu sama ja slow, maslah motor kipas la tu. TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamIngin bertanya klu dah tukar kapasitor sama volt yg asal 2.0 ditukar baru tetapi bila buka kelajuan 1 xjln 2 slow 3 laju so ape masalahnya lg ya.. mohon pencerahan
BalasPadamNi kipas siling ka? Kelajuan sama mcm sblum tukar kapasitor ka ni? Klu sama, kmgkinan motor kipas nak lups. Cuba cek Regulator jugak. TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamSalam, kalau saya pakai pin kapasitor boleh ke .. Tersilap beli pulak
BalasPadamWsalam Hafiz. Kalu bab ni saya tak pasti plk. Boleh modified tmbah wire & connect. Ehh, tak payah la, pi tukar balik di kedai tu, mbahaya tu. Jadi kut lain plk nt 😁😁😁.
PadamTQ visit My Blog 😊😊😊
Perkongsian yang sangat bagus! Ilmu jariah yang baik untuk diamalkan. Saya pun baru belajar. Tuan nak tanya, di KL beli kapasitor ni di mana ya? Hardware biasa ke. Boleh kongsikan kedai spesifik supaya saya boleh cargas mendapatkannya. Dah 4 bulan kipas tak berpusing ni.
BalasPadamHai Pak Sudin. Boleh beli di mana² kedai repair barang² elektrik, kedai elektrik @ kedai lampu. Saya orang Utagha, klu p KL, wajib ada GPS. 😅😅😅
PadamTQ visit My Blog 😊😊😊
Assalamualaikum..saya mengalami masalah ttg kipas Syiling saya..saya beli kapasitor yang bernombor 3uf..sesuai ker encik?.. Jenis kipas Syiling saya panasonic 3bilah..sebab ia slow walaupun pasang pada level 5..sbb Sy diy sndiri.. Lepas pasang kapasitor 3uf Tu kipas jd tidak berfungsi..lepas tu saya pasang balik yang Asal sblom pasang 3uf tu..yang Asal itu 2uf tetapi ia masih tidak bfungsi jugak..apa yang perlu saya buat Dan Cara atasi masalah ini.. Sekian terima kasih.. Sila balas dengan kadar Segera ye en..
BalasPadamWaalaikumussalam, maaf lambat balas. Almaklumla, semua dah kmbali bkerja.😅😅😅😅
PadamUtk 3uf xsesuai utk kipas asal 2uf. Terlalu tgi sgt tu 3uf. Maxx pun stakat 2.5uf saja yg mampu kipas tu up. Klu xberjalan jgk boleh cek ada arus x kipas tu,@ wire sambungan dia sama. TQ visit My Blog 😊😊😊
Terima kasih tuan. Baru nak trai..
BalasPadamHai Awanama. Ok sama². Hati² ye. TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamTerima kasih tuan. Nk cuba buat sendiri jugak la. Terbaik penerangannya.👍👍👍
BalasPadamHai Abdul gani ibrahim. Okay, sama². TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamSalam tuan. Andai kata elektrik ada lepas tutup kipas tu, ape yg bole dilakukan? Terima kasih tuan untuk tulisan yang bermanfaat ni
BalasPadamWsalam. Bila dah off suis kipas, takkan ada aliran elktrik pada kipas tu kecuali ada masalah wiring. Pastikan ada TestPen untuk test ada @ tak elektrik. nak selamat lagi, OFF terus kotak DB tu @ lagi selamat cabut fius kat luar meter. Saya guna cara dua² OFF terus suis utama di Kotak fuis dan cabut Fius di meter. senang. TQ visit my Blog...😉😉😉
PadamAdakah KAPASITOR brand KDK blh jgk guna brand LEB? sebab sy xjmpa yg LEB...kipas rumh nenek dh 20thn
BalasPadamHai Awanama. Kapasitor ni jenis apa²pun boleh guna untuk apa² jenis/brand kipas. Asalkan nilai uf / V.AC tidak lebih @ kurang daripada nilai asal. TQ visit my Blog...😉😉😉
PadamSalam bossku boleh ke sy upgrade kapasitor kipas asal 2.0 ke 2.5 uf sy punya kipas model DEKA 4bilah ada kesan buruk tak klu pakai dalam jgka masa yg lama sbb nk beli 2.2 uf tak da kt kedai hardware area kawasan rumah sy.mohon pencerahan bossku?
BalasPadamWsalam, boleh. Kipas rumah saya yg 2.2uf pun tukar ke 2.5. Memang tiada kedai jual 2.2uf. Ok ja tiada masalah kipas. TQ Visit My Blog 😊😉😘
PadamTerima kasih atas perkongsian ilmu.Semoga Allah bg pahala,insyaAllah.
PadamAmiinn, Ok Terima Kasih.
PadamBoleh layan YOUTUBE Channel kami ya, MamaPapa Rea.
Plz Subscribe, like dan Share yaaa...
TQ visit My Blog 😊😊😊
Saya baru tukar kapasitor. Voltan dia tinggi sikit. 500v. Sebelum ni 400v. Farad sama. Boleh ke?
BalasPadamSalam Nazryn.Majid. Nilai farad sama tiada masalah cuma voltan 500v ni ok ja. Yang penting nilai uf tu jangan terlalu tinggi ok. TQ Visit My Blog. Please Subscribe, Like & Share my YouTube, MamaPapa Rea Channel ok. 😊😉😘
Padamgreat post,فروش عمده خازن
BalasPadam