Apa
khabar semua? Hari ni Paparea nak kongsi Cara
Buat Ketupat Palas Paling Mudah Faham untuk korang semua. Paparea kongsi siap
sekali gambar dan video, memang mudahla korang buat nanti. Step yang paling
senang, slowmotion punya video. Awal
bulan September nanti dah nak sambut Hari Raya Haji @ Aidiladha, jadi entri ni
sebagai persiapan kita untuk juadah raya. Video membalut ketupat palas ni Edisi
Raya Tahun 2017, yang baru saja lepas. Yang entri sebelum ni punya edisi tahun
2016. Masa tu princess Paparea, Rea
Hanna Sophea berumur 2 tahun. Kalau nak tengok entri tu, boleh klik LINK
ni, CARA BUAT KETUPAT PALAS JANTAN PALING MUDAH.
Dia minat sungguh la kalau bab2 ketupat ni, tapi mengacau adala. Kita
sebagai ibu bapa kena rajin2 la dedahkan pada anak2 supaya bila mai besar
nanti, depa boleh buat sendiri. Juadah ni wajib tau dah jadi tradisi keluarga,
tak ada ni tak raya lah. hehe
Okay, kalau korang tengok entri yang lepas tentang ketupat ni, Paparea hanya
kongsi gambar bagi setiap step lipatan.
Untuk kali ni lebih advance lagi lah siap
dengan video. Memang lagi mudah korang faham.
Hye smua sahabat, hari ni 3 Jun 2019 Isnin, 2 hari lagi nak Raya. Lama dah tak update. Ni entri 2017. Ramai yang tengah mencari cara² buat ketupat palas kan. Apa²pun try the best k.
Hye smua sahabat, hari ni 3 Jun 2019 Isnin, 2 hari lagi nak Raya. Lama dah tak update. Ni entri 2017. Ramai yang tengah mencari cara² buat ketupat palas kan. Apa²pun try the best k.
Paparea & Sekeluarga ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN KEPADA SEMUA
Kita mulakan dengan...
CARA MEMBUKA DAUN PALAS DAN
MELENTUR DAUN KETUPAT
Yang pertama semestinya korang perlu cari dulu
daun palas. Cari yang sederhana saja. Macam gambar di bawah ni, Paparea beli di
tepi jalan ja, Harganya RM4 seikat. Murah ja.
Masa memilih daun ketupat ni, perlu diingatkan beli yang sepatutnya.
Amik yang perlu sahaja bergantung kepada kuantiti pulut yang kita nak masak
nanti. Kalau nak buat sekilo pulut, beli seikat sahaja pun dah cukup.
Beli yang sederhana, panjang lebih kurang 60-80
cm macam tu. Tak payah panjang sangat nanti membazir. Daun tu jugak pilih yang
gemuk2 (yang banyak daun) dan lebar daun tu lebih kurang 1.5 cm. Ni Paparea
punya style kalau bab memilih daun
palas ni.
Sebelum mula buka daun palas, guna la sarung tangan dan sediakan kain
tuala yang bersih untuk mengelap daun dari habuk2 yang ada di dalamnya. Gunting
pun kena ada.
Buka daun palas dan ceraikan satu per satu
helaian daun. Kemudian, potong sikit di hujung daun tu.
Kenapa perlu potong hujung daun
tu? Mesti la untuk lebih bersih dan lebih kemas.
Bila dah buka, lebarkan daun tu. Ni Paparea kasi
tunjuk saiz daun yang paling sesuai dan cantik. Saiz lebarnya macam gambar di
bawah. Kalau korang tak kisah saiznya, boleh saja, kecik ka besar ka, janji
menjadi. Kalau ada daun yang besar, koyak sikit buang yang selebihnya tu,
jadikan saiz biasa.
Nak
Enterframe sikit, Paparea bersama Rea Adam Daniyal. Huhuhu...
Ni
Cara balut Ketupat Palas, saksikan dengan penuh khusyuk.
Amacam, boleh faham tak? Kalau tak dapat, ulang lagi video ni sampai
korang boleh buat ok. Kalau tak boleh ikut jugak try tengok entri sebelum ni.
Ni satu, My Baby Boy Daniyal ni takda kerja
lain, asyik mengacau ja. Ada anak kecik
macam ni la kan. Kakaknya di ruang tamu tengok cerita favourite Movie dia,
Minions. Hari2 nengok. Kita yang jemu pun layan jugak la sama2.
Bila
dah siap balut, simpan untuk sementara tunggu masak pulut pula nanti.
Untuk
menyimpan daun ketupat ni, perlu simpan dalam satu bekas @ raga dibalut dengan
kain tuala basah @ lembap.
Kenapa perlu simpan dalam kain lembap? Sebabnya ialah untuk kekalkan kesegaran daun
palas tu. Kalau dibiarkan di luar, daun palas tu akan kering dan layu, nanti
susah nak buat ketupat.
Okay selesai dah cara balut daun ketupat palas. Lepas ni boleh la
kemas2, buang habuk2, daun2 yang tak guna. Boleh la buat kerja lain pulak.
Ooo ya, daun palas yang lebih jangan dibuang ya, ada kegunaannya jugak.
Tentang kegunaannya tu nanti Paparea kongsi di Part 3.
Next entri cara penyediaan
pulut pulak, Sila klik LINK di bawah ini.
Untuk Raya Tahun 2021 ini,
Paparea ada buatkan video Ketupat Palas di Youtube Channel kami, MamaPapa Rea YouTube. Klik Video di bawah ni ya. Jangan lupa Subscribe, Like , Share & Komen ya.. TQ
CARIAN YANG BERKAITAN:
1. Balut Ketupat Palas Beserta Gambar
2. Balut Ketupat Palas Beserta Video
3. Cara Balut Ketupat Daun Palas
4. Cara Mengayam Ketupat Palas
5. Buat Ketupat Palas
6. Teknik Balut Ketupat Palas Yang Mudah
7. Ketupat Palas Utara
8. Ketupat Palas Hari Raya
Jumpa di entri seterusnya dan terima kasih sudi membaca.
By,
PapaRea
Hye, info yg mudah faham. Lepas ni dh tau mcmn nak buat ketupat. Tq Paparea.
BalasPadamBelajar awal2, nt kita pulak ajak anak2 kita. Selamat mencuba. Selamat Hari Raya Tq Visit My Blog 😊😊😊
Padam