Khamis, 3 Ogos 2017

TIPS MENJAGA KIPAS SILING TAHAN LAMA DARI BERHABUK

 

Assalamualaikum semua.

Hai, apa cerita korang semua? Mesti tercari2 cara cuci kipas siling kan3? Hehehe...

Ada beberapa tips @ cara Paparea nak kongsi dengan korang tentang tips menjaga kipas siling rumah dari habuk. Tips ni ramai yang gunapakai. Cuma perlu la sikit modal tapi tak la mahal pun.hahaha...

Boleh dikatakan cara ini mudah dan senang bagi memastikan habuk tidak melekat pada bilah kipas. Bertahan juga la dalam tempoh 2 bulan (bergantung infrastruktur rumah).

Ni tips @ cara dia cuci kipas siling. Boleh jugak diguna pada kipas meja, kipas berdiri n kipas dinding. Sama ja caranya.

1. Sediakan barang2 yang diperlukan dulu. Tak ada barang macamana nak cuci. Hehehe...

   a. Tangga 4 tingkat / 5 tingkat / lebih tinggi lagi bagus.
   b. Screw driver / Pemutar skru Philips @ Bunga
   c. Pelembut Kain / Softener (Soflan/Downy/Ava dll)
   d. Span Lembut
2. Buka dulu bilah kipas. Guna Screw Driver buka skru pada bilah kipas tu. Bab buka ni la ramai malas nak buat. Renyah la cikit nak panjat tangga buka skru dia. Kalau rendah ok la cikit. Kalau tinggi????
** Foto Kredit: tutorialuntukblog.blogspot.com **

3. Basuh bilah kipas tu hingga bersih dari habuk yang melekat di situ. Lap la bagi kering dulu.

2. Lepas tu tuangkan sikit softener dalam bekas tanpa campur air.

3. Celupkan span atau kain ke dalam cecair softener tadi tu dan sapukan pada permukaan bilah kipas. Untuk jaring kipas meja pun boleh jugak sapu.

4. Biarkan selama 5 minit @ dah rasa macam nak kering. Terus bilas dengan air dan keringkan bilah kipas tersebut. Jangan dilap tau, nanti hilang kesan softener pada bilah tu.

5. Baru pasang balik bilah kipas itu seperti biasa.

Ok, selesai sudah tips yang agak simple ni. Selamat mencuba la ye.

CARIAN YANG BERKAITAN:

a. Tips elak habuk lekat pada kipas siling.
b. Tips mudah habuk tak melekat pada bilah kipas.
c. Cara jaga kipas dari berhabuk.
d. Cara mudah cuci kipas siling dari habuk bertahan lama.
e. Cara mencuci bilah kipas siling.
f. Cara cuci kipas siling, kipas meja, kipas berdiri dan kipas dinding.
g. Cara bersihkan kipas paling mudah dan senang.

Thanks uolls. Jumpa lagi di lain entri.

By,

PapaRea 

2 ulasan:

  1. Hye, saya dah cuba. Mmg renyah la nak buka bilah kipas tu. Lepas sy try tips ni, tahan habuk lama jugak la. Sblm ni 2minggu dh penuh habuk. Sekarang dh sebulan lebih masih ckit habuk dia. Tq Paparea

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai. Sama la Paparea oun. Masa mula2 nak buat tu. Perghhh penat ooo. Kira blh la tahan jugak dari sminggu 1 kali cuci. Tq Visit My Blog 😊😊😊

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...