Khamis, 3 Ogos 2017

TIPS CUCI KIPAS SILING PALING MUDAH TANPA HABUK BERSELERAK


Hari ni Paparea nak kongsi sikit Tips Cuci Kipas Siling Paling Mudah Tanpa Habuk Berselerak.

Tips ni selalu la Paparea amalkan di rumah bila rasa angin dari kipas tu kurang. Dah tahu la apa masalahnya, semestinya habuk banyak melekat di bilah kipas tu. Selalunya ini yang di persoalkan tentang masalah kipas siling ini.

“Kipas siling pusing tak laju bila ada banyak habuk melekat”
“Kipas siling pusing, tapi tak ada rasa angin”
“Habuk banyak bila nak cuci kipas”
“Kipas siling kotor, malas nak panjat cuci”

Selalunya kalau masalah habuk di kipas ni kita mesti guna penyapu, bulu ayam, penyepit cuci cermin tingkap dan sebagainya. Tapi semua cara ni buat kerja kita menjadi 2 kerja sedangkan kita boleh buat sekali saja yang menjimatkan masa dan tenaga. Mana taknya dah la cuci kipas, sambung lagi sapu habuk-habuk yang jatuh di lantai. Kan bertambah kerja kita.

Ni tips simple ja, mungkin korang pun tau kan. Cuma ada yang tak praktik tips ni sebab mungkin kedudukan kipas tu tinggi dengan masalah tangga tak ada. Ada rumah yang silingnya tinggi seperti rumah teres kos rendah yang pattern lama dulu. Tips ini membolehkan habuk dari kipas tu tak jatuh beterbangan dapat dikurangkan.

Untuk cara mencuci kipas ni perlu la ada 2 jenis barang iaitu:

a. Tangga 4 tingkat / 5 tingkat / lebih tinggi lagi bagus.
b. Sarung bantal (yang lama / tak guna).
Ni tangga Paparea beli di Giant 3 tahun lepas. Masa tu harga RM49.90. Janji ada sendiri punya dari duk pinjam kat orang lain macam2 masalah.


Enterframe ler kejap. Dengan berpeluh2 Paparea buat kerja. Pecah lemak cikit. Maklumla cuaca panas masa tu. Kipas pulak ada empat semuanya.alang2 cuci satu, baik cuci semua skali, betul tak? Tengah rajin katakan.


Tengok habuk yang lekat kat bilah kipas ni. Ni la punca kipas kurang berangin.

Tips nak kembalikan kipas kita tu berangin kuat seperti baru, buang la habuk tu. Cara nak cucinya macam ni.

1. Sarung bantal tu perlu la dibasahkan dulu, perah airnya jadi lembap. Jangan ada lagi air meleleh dari sarung tu. Nanti lagi kotor lantai.
2. Masukkan sarung dalam bilah kipas tu. Lap la hingga tertanggal habuk tu. Tarik dan gosok kipas untuk keluarkan habuk. Habuk yang keluar dari bilah kipas tu akan jatuh terperangkap di dalam sarung bantal. Cuci sampai sedap mata korang.
Bila dah hilang habuk tu semua. Baru la terasa angin dia. Kipas lebih laju dan lantai pun tak kotor.


Jangan lupa pulak pada sarung bantal yang guna tadi tu. Buang habuk dalam sarung tu, basuh, keringkan dan simpan untuk kegunaan akan datang.

Kipas tu tahan la sebulan. Tu pun bergantung keadaan rumah. Kalau rumah korang terbuka (tingkap nako) memang kena rajin la cuci kadang2 sebulan skali. Kawasan rumah juga jadi boleh punca adanya habuk ni. Habuk masuk terperangkap dalam rumah.

Oo ya, tips ni tak boleh guna untuk kipas siling yang ada di ruang dapur (bahagian memasak).

Kenapa???

Yela, kalau di dapur dah tentu la kita selalu memasak bagai. Jadi kipas yang ada di situ penuh dengan habuk + minyak = Bilah kipas ada habuk2 hitam. Kalau guna tips atas ni, lagi bertambah kotor. Banyak lagi keja nak buat.

Jadi penyelesaiannya adalah terpaksa la cuci dengan sabun cuci pinggan macam Sunlight ka, apa2 ja la. Kalau rajin, buka la bilah kipas tu, cuci.

Ada lagi tips yang boleh digunapakai untuk mengelak habuk lekat pada bilah kipas. Sila ke LINK ini.

CARIAN YANG BERKAITAN:

a. Kenapa kipas siling kurang angin?
b. Kipas siling banyak habuk.
c. Cara cuci kipas siling.
d. Cara mudah cuci kipas siling.
e. Tips cuci kipas siling.
f. Tips mudah buang habuk pada kipas siling.
g. Tips cuci kipas siling guna sarung bantal.
h. Cara buang habuk pada bilah kipas siling.
i. Bagaimana cara mudah cuci kipas siling?

Ok lah, thanks uolls sudi singgah Blog Mamapaparea.

By:

PapaRea

6 ulasan:

  1. pernah dengar yg letak soflan blh halang habuk tu? agak2 jd ke kalau buat kt kipas ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hye karpet Lover
      Paparea ada buat entri ttg ni. Fungsi soflan @mana2 pelembut kain ni, dia halus n licin bila disapu pada bilah kipas. jadi tahan lam ckit la dari habuk letak d situ. klu cuci biasa je, umah jenis open, tahan kurang sbulan, klu guna tips soflan ni, lebih la dari sebulan. Boleh la cuba tips ni, klu berjaya, kongsi sama2 k.

      Padam
  2. Saya nak tanya kalau kipas tak cuci 2 bulan nanti kipas siling tu makin perlahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kipas akan pelahan sebab terlalu banyak habuk melekat membuatkan pusingan kipas tu jadi pelahan padahal kipas tu masih power@baru. Angin pun rasa macam tak ada. ibarat macam xbuka kipas. Seminggu sekali buang habuk tu kalu rumah open tingkap. Apa2pun TQ sudi singgah di MamaPapaRea Blog

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...