Hai, jumpa lagi kita di Part 3. Terima
kasih kerana sudi layan blog ni. Untuk entri ni, Paparea kongsi tentang cara
membalut ketupat palas bersama pulut. Untuk entri yang lepas, tak ada video.
Kali ni punya Paparea letak video untuk korang. Mesti lebih mudah untuk balut
ketupat nanti. Nak tengok entri yang lepas pun boleh, klik je LINK
ni, CARA BUAT PULUT DAN CARA BALUT KETUPAT PALAS.
Mula2, bukakan dulu daun palas yang kita
balut sebelum ni dan terbalikkan (tulang daun ke luar). Cara membalut sama
macam balut untuk lentur daun.
Meh
kita belajar membalut, pakat tengok video yang Paparea sediakan di bawah ni.
Dah
pun jadi Ketupat Palas Jantan, korang macamana, boleh? Mesti ok semuanya kan.
Bila
dah siap balut, ikat dan gunting lebihan daun tu.
Ok,
bab masak pulak. Masukkan ketupat ke dalam periuk yang bersesuaian dengan
kuantiti ketupat. Masukkan air putih hingga sama paras ketupat. Rebus ketupat
sampai betul2 masak hingga air rebusan tu kering.
Ooo
sebelum terlupa, di Part 1 ada Paparea
cakap tentang lebihan daun palas kan. Ni nak cerita Tips Merebus Ketupat. Sebelum memasukkan ketupat dalam periuk, amik
beberapa helai daun palas yang lebih @ tak guna dan potong kepada beberapa
keratan. Dan letak ke dalam periuk. Seterusnya masukkan ketupat letak di atas
daun tadi.
Apa fungsi daun palas tadi? Fungsi dia ialah mengelak ketupat yang direbus tu dari hangit, semuanya masak sempurna. Yela, cara rebus ketupat ni sampai air rebusan tu kering baru dikatakan masak sepenuhnya kan. Kalau takda alas bawah, mestilah ketupat yang di bahagian bawah akan cepat panas dan hangit. Jadi daun palas tu bertujuan menghalang panas api direct pada ketupat. Dapat la elak dari hangit. Tu la fungsi dia.
Pembantu Paparea semua masih nyenyak
tidur, mana taknye waktu subuh, nyenyak tidur la depa. Nak buat kerja pun
senang and cepat tanpa ada gangguan.
Ok, semua sudah Paparea kongsikan untuk
korang dari mula dengan daun palas sehingga la siap menjadi ketupat palas.
Itu saja la perkongsian Paparea tentang Ketupat Palas Utara untuk korang semua. Kalau ada apa2 nak dikongsikan bersama @
nak bertanya, silakan di ruang komen.
Untuk Raya Tahun 2021 ini,
Paparea ada buatkan video Ketupat Palas di Youtube Channel kami, MamaPapa Rea YouTube. Klik Video di bawah ni ya. Jangan lupa Subscribe, Like , Share & Komen ya.. TQ
CARIAN
YANG BERKAITAN:
1. Video cara buat ketupat palas
2. Teknik belajar ketupat palas
3. Ketupat palas jantan
4. Cara buat ketupat palas utara
5. Cara balut ketupat palas
6. Cara mudah dan senang buat ketupat palas.
Sekali lagi Thanks uolls sudi layan Blog MamaPapaRea. Kalau ada info terbaru, nanti Paparea kongsikan untuk tatapan korang semua. Oh ya, nanti kita jumpa pula di entri seterusnya tentang Gulai Daging Untuk Hari Raya Versi MamaRea.
Selamat Menyambut Hari
Raya Aidiladha / Hari Raya Haji
By:
PapaRea
Salam, minggu depan dah nak Raya. Mula la cari cara2 buat kepupat palas. Mmg terbaik. Menjadi. Tq. Selamat Hari Raya. TQ
BalasPadamW'salam, cuba jangan xcuba. Selamat Hari Raya uollsss. Tq Visit My Blog 😊😊😊
PadamTerimaksih... nak buatsendiri tahun ni sebab tak balik kampung..
BalasPadamHai, sama². Boleh la buat, mesti best ketupat hasil air tgn sendiri. TQ visit My Blog 😊😊😊
Padam