Khamis, 2 Januari 2020

CARA DAFTAR PERMOHONAN PRASEKOLAH ANAK YANG LENGKAP PART 1



Hai semua, kembali lagi kita.


Hari ni 2 Mac 2021. Maknanya, pada ibu bapa yang ada anak nak masuk prasekolah sesi Tahun 2022, dah boleh mendaftar sekarang di Portal E-Prasekolah dah dibuka mulai 1 Mac 2021 hingga 31 Mei 2021 secara online. Ni contoh tahun lepas punya cerita. Boleh ikut step yang Paparea kongsikan okay...



Hai semua sahabat. Lama Paparea tak mem-blog dalam ni.
Maklumlah hujung² tahun ni banyak sangat kerja nak settle dengan pulak anak² nak mula sekolah dah kan. Itu ini nak kena didahulukan, baju sekolah apa semua laa...

Sekarang ni time cuti sekolah hujung tahun, macam² program besama famili kan. Time ni la syiok nak bawa famili jalan². Tapi bila semua dah siap macam persediaan pakaian sekolah anak², yuran, pendaftaran semua la, lega sikit. Pada parent² yang ada anak nak masuk sekolah mesti kelam kelibut urus semua ni, kan³ tambah² time PKP Covid-19 pulak...

Pada tahun 2021, ini adalah pengalaman yang Kali Ketiga dalam urusan persekolahan Princess dan Prince Charming Paparea. Jadi Paparea nak kongsi la sedikit pengalaman dari mula pendaftaran sehinggalah pendaftaran masuk sekolah iaitu CARA DAFTAR PERMOHONAN PRASEKOLAH ANAK YANG LENGKAP PART 1. Haaahhhh......

Untuk makluman semua sahabat, Pendaftaran Prasekolah Tahun ni TAHUN 2021 untuk KEMASUKKAN PRASEKOLAH TAHUN 2022 boleh dibuat mulai 1 Mac 2021 hingga 31 Mei 2021. Perkongsian di bawah ini adalah perkongsian Paparea pada tahun 2019, semua langkah sama, tiada perubahan, selamat mendaftar.

Anak paparea yang kedua umur 5 tahun dah masuk sekolah dah semalam 1 Mac 2021. Jadi untuk kekal di Prasekolah tahun depan kena la isi semula pendaftaran masuk Prasekolah Online ni. kita daftar siap². Ni Paparea baru je sudah daftar anak untuk kemasukkan tahun depan punya.



Kalau ada yang dah terlupa password, boleh klik link tajuk bawah ni. Paparea pun terlupa dah. Nasib baik ada jugak tersimpan dalam nota telefon.


Apa yang Paparea kongsikan gambar di bawah ini adalah permohonan cara pendaftaran prasekolah secara online pada tahun 2019 bagi sesi kemasukan tahun 2020. okay jangan keliru sudah.


Nak masuk prasekolah ni, anak² kita mesti berumur 4, 5 dan 6 tahun masa nak sekolah nanti.  Apa² tentang ni korang boleh baca di ruangan web tu nanti...

Okay, jommm....

Cara Mendaftar Permohonan Prasekolah Secara Online

Step 1:

1st step, buka laman web https://eprasekolah.moe.gov.my/. Keluar la paparan depan dia macam gambar di bawah.

Step 2:

Pada yang pertama kali buka, boleh la klik pada Daftar Pengguna.

Di bahagian ni, korang isi butiran yang diminta.

Isi semua katalaluan , email dan soalan Keselamatan. Letak la yang mudah² saja, senang nak ingat. @pun kalau dah siap nanti save je password dalam Chrome.

Bila dah lengkap isi, klik Simpan.

Step 3:

Balik semula di paparan pertama web ni. Masukkan No K/P dan katalaluan yang korang daftar tadi dalam petak tu. Klik Log Masuk.

Step 4:

Ini adalah page mula untuk permohonan Prasekolah. Ada 7 bahagian di sini. Untuk mendaftar, klik pada Borang Permohonan Prasekolah Sesi Kemasukan 2022.
** Ini perkongsian Permohonan Prasekolah Sesi 2020. Untuk tahun 2022 dan tahun yang berikutnya, setiap permohonan ada sama. **

Step 5:

Masukkan No MyKid anak yang nak ke prasekolah tahun depan. Dan klik Seterusnya.

Step 6:

Isi setiap maklumat anak di Langkah 1 : Maklumat Murid. Dah siap, klik Langkah 2 >

Step 7:

Ini bahagian alamat rumah korang, alamat surat menyurat @ tempat tinggal sekarang. Langkah 2 : Alamat Semasa Pemohon. Korang isi alamat penuh yee. Seterusnya klik Langkah 3 >

Step 8:

Page ini adalah Langkah 3 : Maklumat Ibu Bapa / Penjaga. Isi setiap butiran maklumat yang diminta. Petak warna kelabu tu, Nama, MyKad dan Status Warganegara AUTOMATIK sedia ada sebab data tu dari Jab. Pendaftaran Negara (JPN). KPM dah sedia link dengan kementerian lain. Zaman teknologi semakin mudah...

Bab maklumat ni kena la jujur, beri maklumat yang betul. Lagi² dia minta gaji pulak. Aiyooo, Paparea letak yang betul saja. Tak payah risaula. Kalau korang menipu pun, sistem gaji dah link dengan KPM. Nasib la lepas ke tak permohonan ni sebab sistem yang select permohonan kita.Then, klik pulak Langkah 4 >

Step 9:

Langkah 4 : Maklumat Tanggungan
Bahagian ini memerlukan maklumat tanggungan bagi ibu bapa dalam keluarga kita.

Sebelum tambah maklumat anak, klik pada column Hubungan (-Sila Kemaskini Hubungan-). Siap, klik Kemaskini.


Kalau ada lagi anak² lain yang masih dalam kategori tanggungan ibu bapa, jadi masukkan semua maklumat anak² tersebut. Klik pada + Tambah Maklumat.



Buat masa ni Paparea ada 3 orang anak. Semua dah masuk dalam maklumat ni. Nanti kalau anak bertambah, buka semula web ni, kemaskini saja maklumat tanggungan ni, klik Kemaskini - Kemaskini Maklumat Pengguna. Nanti² la update benda ni. Kalau ada anak nak daftar sekolah baru buat masa tu. Hehehe...

Step 10:

Okay, Langkah 5 : Sekolah Dipohon. Bahagian ni Sesi Kemasukkan tahun depan, korang isi la sekolah mana yang korang pilih untuk anak korang. Hanya SATU sekolah saja yang dapat kita pilih. Lepas tu, klik Langkah 6 >

Step 11:

Di bahagian Langkah 6 ini adalah untuk Semakan Dan Pengesahan. Baca kenyataan tersebut. Dah baca, tandakan dalam petak kecik untuk PENGESAHAN. Klik Hantar Permohonan.

Step 12:

Okay, permohonan prasekolah anak sudah dihantar. Jadi selesai dah bab ni.

Kalau nak semak balik, klik pada Semakan. Di bahagian Semakan Permohonan, status dalam Menunggu Pengesahan.

Kalau ada yang nak diubah, klik saja icon dalam petak Tindakan. Dalam tu ada 3 icon kecik seperti Petunjuk di bawah.

Step 13:

Kalau dah yakin semua perfect, boleh la terus klik Cetak.

Untuk cetak borang ni akan diberi Keterangan Status Permohonan. Borang yang siap dicetak mesti la beserta salinan dokumen yang diperlukan seperti berikut untuk dihantar bersama ke sekolah yang dipohon.

Okay, selesai sudah. Keputusan permohonan ni keluar pada 5 Ogos 2021, semak di website ni. Paparea Set Reminder tarikh tu dalam HP, senang nak ingat. Lagipun, kalau bab ni, orang tua² mesti mem-bawang anak kau dapat mana, anak kau pulak sekolah mana. Hahahaha...

Okay, bab mendaftar ni cukup kut setakat ni. Untuk proses penyediaan dokumen, semak keputusan dan pendaftaran masuk ke Prasekolah boleh ke link seterusnya. Di situ nanti, Paparea akan kongsi pada korang semua berdasarkan pengalaman sendiri. Klik Tajuk di bawah ni.

CARA DAFTARPERMOHONAN PRASEKOLAH ANAK YANG LENGKAP PART 2


Kalau korang ada masalah terlupa password @ katalaluan website ni, korang boleh la tengok cara untuk dapatkan balik password korang tu. Klik saja Link Tajuk di bawah ni okay...

MASALAH LUPA PASSWORD (KATALALUAN) E-PRASEKOLAH YANG PALING MUDAH

CARIAN YANG BERKAITAN :

1. Cara Daftar Prasekolah Anak Yang Paling Senang
2. Cara Mendaftar Masuk Anak Ke Prasekolah
3. Permohonan Prasekolah Yang Paling Mudah
4. Cara memohon Prasekolah Anak Yang Lengkap

Sekian saja untuk entri ni, nantikan pelbagai lagi tips, resipi, kesihatan dan macam2 lagi di entri seterusnya dari kami MamaPapaRea. Bye2 dan jumpa lagi.

By:

PapaRea

25 ulasan:

  1. Slm sy nk tnya , sy dh dftr prasekolah ank tp bila smpai di mklumat tanggungan , xboleh nk ke sekolah yg dipohon . Dia suruh sy kemaskini mklumat hubungan , tp xboleh msuk pn , knp ye ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm, hye, di bhgn ni, kemaskini dlu maklumat anak termasuk anak yg nak didftr ni. Klik pada tulisn warna merah, update segala maklumat anak hingga kembali ke page maklumat tanggungan tu yg tiada tulisn merah, dh boleh ke next page. TQ visit My Blog šŸ˜ŠšŸ˜ŠšŸ˜Š

      Padam
    2. Sya pn alami mslh yg sma. Dah brulang isi ttp sma

      Padam
    3. Tarik nma ank yg d dftarkn ke sebelah kiri.. akn klua hgian edit

      Padam
    4. Boleh cuba semula kalau berlaku RALAT. TQ Visit My Blog šŸ˜ŠšŸ˜‰šŸ˜˜

      Padam
  2. anak saya lahir 1/7/2017 jadi belum layak untuk mohon kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hye ekin. Anak puan dh layak utk Praseklh. Syarat umur klayakn 2 Jan 2015 - 15 Jan 2017. Jadi dah blh mohon. Cuma anak yg brumur 4 tahun kena pastikan tak pakai pampers, kiranya dah pandai basuh sendiri. Tp brgntung pd Prasekolah yg dipilih. TQ visit My Blog šŸ˜ŠšŸ˜ŠšŸ˜Š

      Padam
  3. Kita dah print smue n siap ngn salinan yg dia nak perlu ke minta pengesahan siapa2?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Hafiz, sebelum ni saya terus saja hantar ke sekolah tanpa pengesahan pun. Mgkin takda masalah kut. Alhamdulillah, permohonan anak berjaya. TQ visit My Blog šŸ˜ŠšŸ˜ŠšŸ˜Š

      Padam
  4. assalamualaikum nk tanya, kenapa saya cuba log in x lepas2 ya. dan asyik kata saya salah kata laluan. bila tekan lupa kata laluan dan cuba buat baru. x dapat juga. bila try daftar baru pun sama x dapat. ada cara x selesaikn msalah ni puan?

    BalasPadam
  5. Boleh tak untk kemasukan prasekolah tdak mngunakan mykid cuma guna sijil lahir sahaja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. My Kid wajib ada. Sbb nt lepas je daftar, kita kena sediakan dokuman salinan, mykid salah satu keperluan yg wajid ada.TQ visit My Blog šŸ˜ŠšŸ˜ŠšŸ˜Š

      Padam
  6. Salam..sebelum pkp hr tu saya ada dftr ank online msa bln 3.. tapi dokumen semua sy x hntr lagi ke sekolah..n klmarin pihak sek yg syg nk dftr ank ada cll tny masih berminat ke nak hntr ank..n sy ckp x jadi sbb skrg kt kg..n ingat nak hantar anak seklah kt kg je . Hari ni saya ada prgi ambil borang untuk dftr anak kt kg,agak2 nati ada mslah x? Risau plak takut x berjaya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam,borang permohonan dah boleh hantar dalam tempoh 2 minggu selepas sekolah buka. Kalau sis nk tukar sekolah, rasanya perlu batalkan permohonan dulu rasanya, dalam website yang daftar dulu. Sis boleh rujuk terus JPN untuk proses pertukaran. harap dapat membantu. TQ visit my blog :)

      Padam
  7. salam,sy nk tny.. sebelum pkp hr tu sy ada dftr ank scra online dan status daftar tp sy blum hntr semua dokumen ke sek berkenaan lagi.. klmarin sy ada dpt pnglan dri sek berkenaan tntg masih berminat lagi ke x nk dftr ank ke sek sana..n sy ckp x jadi sbb ingt nk dftr ank kt kg je sbb skrg kt kg.. sy dah ambil borg kt sek kt kg untuk dftr ank..agak2 nati ada mslah ke x ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, nanti sis maklumkan pada pihak JPN (jab pendidikan) pertukaran sekolah anak tu. Takda masalah kut tu nanti. Sekarang masih awal lagi. Kalau tak berjaya, masih boleh ke Tadika. next tahun 1 apply lain. Semoga dipermudahkan segala urusan sis. TQ :)

      Padam
  8. Assalam..ank sy umur 4 thun tahun..tahun 2021 br 5 thu.. Hari tu spe yg lahir 2015 hingga 2017 dah boleh daftar pra kan..tp ank sya xlulus..adakah boleh mohon untuk thun 2022..

    BalasPadam
  9. Hai sis. Sy nk tnya, sy dh daftar anak sy. N keputusan adalah berjaya.. tapi mslh sy skrg,sy xhantar pon ap2 Borg Kat sekolah. Sbb pkp an. Jadi orientasi ank pd 1/12/2020 Ni.. masih boleh ke sy anta borang DN detail smua pd hri orientasi tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, maaf lewat balas. Puan perlu call sekolah tu untuk confirm dengan pihak sekolah. untuk proses tu, pihak sekolah perlukan dokumen tersebut untuk rekod sekolah. Saya pun call dulu sekolah bertanya perkara sama, perlukan borang tersebut untuk semakan pendaftaran. Minta Maaf ya, lambat balas. Tq visit my blog :)

      Padam
  10. Hi saya cuba nak daftar anak saya.. tapi masa isi borang mcm x leh nak lengkapkan.. sbb masa nak pilih sekolah tu keluar senarai sekolah rendah bkn senarai tadika.. knp ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Shazlyn. Maaf lambat balas. Senarai tu memang keluar nama sekolah rendah yg kita nak pilih. Senarai semua sekolah dalam tu adalah untuk pendaftaran PraSekolah. Boleh klik saja. TQ Visit My Blog. Please Subscribe, Like & Share my YouTube, MamaPapa Rea Channel ok. šŸ˜ŠšŸ˜‰šŸ˜˜

      Padam
  11. Hai sis.. kalau bercerai maklumat bapa kena letak tak.. anak kawan ni tinggal dgn ibu dan datuk.. bekas suami kawan masih hidup..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, maklumat bapa perlu isi juga sekiranya masih hidup kecuali meninggal perlu letak nama penjaga sahaja. Nanti sertakan dokumen Sijil Cerai. TQ Visit My Blog. Please Subscribe, Like & Share my YouTube, MamaPapa Rea Channel ok. šŸ˜ŠšŸ˜‰šŸ˜˜

      Padam
  12. hai... saya merupakan seorang ibu tunggal di mana anak saya ni seorang yang tidak sah taraf.. macam mana nak isi part maklumat bapa sedangkan surat beranak anak saya pun tak tertera nama bapanya dan ditulis maklumat tidak berkenaan. tolong bantu saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hye, untuk masalah ni agak rumit nak selesaikan. Puan perlu berurusan dengan pej agama berkaitan dengan urusan taraf nikah kahwin. Seterusnya boleh rujuk ke JPN. Kalau buat SIJIL pun tak lengkap maklumat dalam tu, nanti akan ada masalah nak sekolah dan buat IC. TQ visit My Blog šŸ˜ŠšŸ˜ŠšŸ˜Š

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...