Pejam
celik pejam celik, tinggal sebulan lebih saja lagi nak sambut Bulan Ramadhan (27 Mei 2017) and Hari
Raya Aidilfitri (25 Jun 217). Macam-macam dalam kepala ni fikir apa
persediaan nanti. Time bulan puasa ni
la banyak kena prepare dari segi
pemakanan dan kesihatan. Kewangan pun kena cukup juga. Bulan puasa ni kan bulan
menguji kesabaran, sikap tamak ni memang mencabar seseorang yang sedang berpuasa
ketika berada di Bazar Ramadhan dan ketika berbuka puasa. Apa yang dijual di
bazar, semua rasa teringin nak makan. Dah jadi kebiasaan, bulan puasa ni syurga
makanan. Macam2 yang kita jumpa kiuh muih, lauk pauk, yang tak pernah kita jumpa
di bulan2 lain.
Hye smua sahabat, hari ni 3 Jun 2019 Isnin, 2 hari lagi nak Raya. Lama dah tak update. Ni entri 2017. Ramai yang tengah mencari cara² buat ketupat palas kan. Apa²pun try the best k.
Paparea & Sekeluarga ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN KEPADA SEMUA
Persediaan
saya dan keluarga di bulan puasa ni semestilah mengamalkan pengambilan makanan yang
seimbang dan juga supplement untuk
beri tenaga ketika berpuasa. Yang penting bila mangkit makan soq (bangun Sahur)
mesti ada ESP Shaklee.
SEBAB APA SAYA MINUM ESP
SETIAP PAGI @ SAHUR???
Sebabnya
adalah isteri saya ni sakit gastrik. Kalau korang yang ada masalah gastrik ni,
memang Big Problem di bulan puasa
kan3. Jadi bila isteri saya consume
ESP ni, Alhamdulillah dia tak sakit dah bila berpuasa dan tahun lalu dia puasa
penuh tau tanpa sebarang masalah walaupun masa tu tengah mengandung 8 bulan. Bagi
saya pula, memang sangat bertenaga di siang hari tanpa ada rasa letih ketika
berpuasa.
Oh ya menjelang
tiba raya nanti ni, menjadi kewajiban dalam keluarga kami menyediakan ketupat
palas untuk juadah raya. Kalau tak ada Ketupat Palas dan Gulai/Rendang Daging
memang tak berapa nak best lah raya tu. Hehehe...
Jadi
kali ni nak ceritalah macam mana nak buat Ketupat
Palas Versi Utagha Mai yang macam selalu mak buat setiap kali hari raya.
Biasanya ketupat palas yang betul adalah ketupat palas jantan. Kalau salah balut
tu, jadi juga tapi selalunya jadi Ketupat
Palas Betina. Perbezaan antara Ketupat Palas Jantan and Ketupat Palas
Betina adalah dari segi bentuknya macam gambar kat bawah ni.
Sebelum
tu, nak cerita sikit masa mula-mula kami belajar dulu, asalnya memang ZERO
tentang Ketupat Palas ni. Isteri saya pun baru nak belajar macam saya tak
berapa terer lagi almaklumlah dia orang sabah jadi memang tak tau langsung la
bab nak buat ketupat palas ni.
Pertama
kali kami nak belajar, pi la Nat Behor Lateh (Pasar Pagi) beli Daun Palas
dengan ketupat yang sudah siap balut. Tapi Ketupat Palas Betina RM2 seikat (10
biji), masa tu mana nak tau betina ka jantan, janji boleh jadikan contoh untuk
belajar balut ketupat. Ni kira nak belajar sendiri la, tak nak tanya mak cara
nak buat. Pemalu anak mak ni. Hehehe...
Petang
hari tu jugak, mula la sesi Kelas
Belajar Membalut Ketupat Palas saya dan isteri. Tengah duk sedap membalut,
Jeng Jeng Jeng… tiba2 mak datang rumah. Tak terkata apa2, hehehe. Mak cakap kami
balut tu Ketupat Betina. Masa tu baru kami dua kenal ketupat ni. Mak pun
ajarlah cara pusing bagi kena Ketupat Palas Jantan. Sebelum ni pernah mak ajar
kami dua, tak dapat tangkap, laju berbenor tangan mak. Tu yang nak belajar
sendiri. Hahaha...
Sekarang
ni memang dah terer la kami dua, 2 tahun pengalaman Hari Raya Aidilfitri dan
Aidiladha. Tu yang saya nak kongsi pada semua cara balut ketupat palas ni. Raya
pun dah nak dekat, kan.
Untuk makluman korang semua,
kita perlu balut dulu daun palas sebab nak lentur daun palas tu bagi dia ada
bentuk ketupat. Selain tu nak bersih la cikit daun tu dari habuk2 yang ada
dalam dia. Untuk mula2 ni, daun palas ni kita balut permukaan luar ke dalam,
dan permukaan dalam ke luar. Nanti bila nak masukkan pulut, baru tukar balik
permukaan daun tu seperti biasa. Baru la senang nak balut dengan pulut.
Meh saya tunjuk cara balut
ketupat ni Step By Step, siap gambar
lagi.
Step
1:
1st sekali,
kenalah kenal daun palas dulu ye. Inilah rupa daun palasnya, semua tu dalam 1
ikat. 1 ikat ada yang harga RM4, RM5, RM6 masa beli tahun lepas, harga ikut
panjang daun palas. Beli yang pendek pun sudah ok lingkungan kurang 1 meter,
kalau panjang pun nak buat apa, lebihan kena potong. Membazir tu. Tapi sama ja,
yang penting elok daunnya. 1 ikat biasanya dapat balut 1-2kg pulut susu.
Kat mana nak beli Daun Palas??? Pasar Pagi, Pasar Malam, Bazar Ramadhan. Seminggu nak raya, lagi banyak orang jual daun palas ni. Rasanya Negeri2 di Utara yang TOP Daun Palas ni bila hari raya.
Kat mana nak beli Daun Palas??? Pasar Pagi, Pasar Malam, Bazar Ramadhan. Seminggu nak raya, lagi banyak orang jual daun palas ni. Rasanya Negeri2 di Utara yang TOP Daun Palas ni bila hari raya.
** Foto Kredit: mknaceunlimited.blogspot.my **
Step
2:
Gunting sikit bagi sama di
hujung daun palas, baru nampak comel daun kita. Ada jugak yang tak gunting hujung daun tu, macam tak bersih ja. Buka daun tu dan lap dengan tuala lembap untuk buang segala
habuk.
Gambar di bawah ni adalah bahagian dalam daun palas yang mana nanti nak isi pulut bahagian ni la. Nak tahu luar ka dalam, perhatikan tulang daun tu timbul (luar) dan yang nampak suci daun tu (dalam). Tak reti la nak cerita, korang beli daun palas, korang rasa sendiri daun tu ok. Mesti korang tau mana luar mana dalam.
Gambar di bawah ni adalah bahagian dalam daun palas yang mana nanti nak isi pulut bahagian ni la. Nak tahu luar ka dalam, perhatikan tulang daun tu timbul (luar) dan yang nampak suci daun tu (dalam). Tak reti la nak cerita, korang beli daun palas, korang rasa sendiri daun tu ok. Mesti korang tau mana luar mana dalam.
Nampak suci kan daun dia
** Ni belah luar daun palas
**
Untuk balut ketupat kosong ni, kita pastikan tulang daun palas tu (timbul) mesti berada di dalam. Bila nanti nak
masukkan pulut baru ubah tulang daun tu berada di luar.
Step
3:
Mula2 lipat dari bucu kanan
ke dalam, seperti dalam gambar di bawah.
Step
4:
Kemudian, lipat sekali lagi
jadi macam gambar kat bawah ni.
Boleh paham dak??? Bolehlah kot no. Kalau tak faham, renung gambar betul-betul. Jangan jadi juling sudah. Hehehe...
Step
5:
Dah lipat kali kedua tadi,
tarik sikit ke sisi kanan bagi ada bucu macam ni. Bentuk kon, kononnya ada
ruang nak masukkan pulut lah. Ingat, bucu akan kekal berada di luar sehingga
habis proses membalut.
Step
6:
Lepas tu, ambil bahagian
daun bawah tu, tarik naik menegak ke atas.
Step
7:
Tarik dan naikkan ke atas
sebelah kanan bucu tadi. Turun ke bawah pulak.
Step
8:
Terbalikkan daun tu. Bucu akan berada di arah kanan. Pusing ke belakang jadi macam dalam gambar di bawah. Pusing terus bagi
tutup bucu kecil.
Step
9:
Masukkan hujung daun tu ke dalam celahan pusingan tadi.
Step
10:
Tarik bagi kemas bentuk ketupat tu. Tarik sampai daun tu menutup bucu kecik tu.
Ok, selesai sudah Ketupat
Palas Jantan. Korang macamana, boleh ka ikut???
Tak pa, belajar pelan2,
fokus betul2 setiap gambar di atas tu. Ok...
Ni gambar bentuk Ketupat
Palas Jantan yang dah siap. Gambar dari arah depan dan belakang.
Jadi bila semua dah siap
balut, simpan la ketupat tu dalam tuala lembap agar daunnya sentiasa segar dan
tidak kering sementara tunggu nak isi pulut pulak.
Seeloknya, malam hari yang sama masak pulut dan isi pulut dalam ketupat tu. Jangan biar ketupat tu lama2, rosak daun dia nanti.
Seeloknya, malam hari yang sama masak pulut dan isi pulut dalam ketupat tu. Jangan biar ketupat tu lama2, rosak daun dia nanti.
Habis dah entri tentang Cara
Balut Ketupat Palas Jantan.
Oh ya, untuk Resipi Pulut Ketupat Palas Dan Cara Balut
Ketupat Daun Palas Bersama Pulut boleh klik DI SINI, resipi gubahan isteri saya.
Dia belajar dari internet juga tapi dia adjust
bagi sesuai rasa utara dan rasa lebih enak, emmmmmm dap nyeeeeee....
Untuk Raya Tahun 2021 ini,
Paparea ada buatkan video Ketupat Palas di Youtube Channel kami, MamaPapa Rea YouTube. Klik Video di bawah ni ya. Jangan lupa Subscribe, Like , Share & Komen ya.. TQ
CARIAN YANG BERKAITAN:
- Ketupat Daun Palas
- Ketupat Palas Jantan Betina
- Cara Balut Ketupat Daun Palas
- Cara Mengayam Ketupat Palas
- Buat Ketupat Palas
- Teknik Balut Ketupat Palas Yang Mudah
- Ketupat Palas Utara
- Ketupat Palas Hari Raya
Jumpa lagi di entri seterusnya dan terima kasih sudi membaca.
By,
PapaRea
Tq so much...saya dh pndai buat ketupat palas antaranya blajar dr blog ni...
BalasPadamTQ visit My Blog 😊😊😊
PadamTrima Kasih sudi belajar dari blog kami.
BalasPadamAssalamualaikum...terima kasih sudi tunjuk step by step :-) dr sya buat selalu jd ketupat bertina sampai la dapat buat ketupat jantan,sya share...moga rezeki awk sekeluarga lebih bertambah ye :-).
BalasPadamWaalaikumussalam Unknown, 17 Julai 2018 7:42 PTG
PadamAlhamdulillah, serba cikit kita pakat2 kongsi sama2. Tahniah Anda berjaya.
yeahhhhhhh.....
Mintak izin gambar untuk esaimen ya cik
BalasPadamHi, Ya boleh². TQ visit My Blog 😊😊😊
Padamnak minta izin save gmbr utk assignments ya :)
BalasPadamOk, boleh saja. Mohon Kreditkan Blog kami ya. TQ visit my blog, plz Subscribe My YouTube MamaPapaRea ya.😊😊😊.
Padam