Jumaat, 6 November 2015

CARA MINUM ESP SHAKLEE


Assalamualaikum semua,

Sebelum ni dah cerita tentang pengalaman saya minum ESP ini dalam seminggu lebih macam tu. Tapi saya dah jatuh cinta. Nak tahu kenapa terus jatuh cinta? Boleh klik SINI

Jadi, nak cerita cara minum ESP Shaklee dengan betul pula k. Mudah ja. Masa mula-mula tu, tak berapa tahu tekstur serbuk soya dalam canister ESP tu kan. Tetapi dah terbayang macam susu tepung. Jawapannya, sama tapi tak serupa. Hehe.Bila bancuh kena guna shaker atau apa-apa sahaja bekas air berpenutup. Sebab nak kena shake it, shake it..shake it..sambil goyang badan ciket..boleh...a’ah tak boleh..hehehe..Sebab apa nak kena shake shake shake, untuk melarutkan serbuk ESP tadi agar tidak berketul-ketul.

Tapi sebelum itu, saya nak cerita serba sedikit tentang sebab ESP Shaklee menjadi salah satu produk paling laku dan disukai ramai. Antaranya kerana ;

1) ESP membantu jadikan kita awet muda, kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri.
2) ESP membantu menghilangkan parut jerawat yang disebabkan kekurangan protein untuk membentuk sel baru yang sihat bagi menggantikan sel mati
2) ESP membantu menganjalkan semula payudara yang kendur dan mengembalikan kecantikkan payudara anda
3) ESP memberi tenaga, menjadikan tubuh badan lebih cergas dan bertenaga
4) ESP sebagai milk booster(bantu cepatkan penghasilan susu badan yang lebih pekat) bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Lebih kebaboom diambil bersama Alfalfa Complex Shaklee.
5) ESP bantu perkembangan fetus yang sihat bagi ibu-ibu mengandung.
6) ESP bantu tingkatkan kesuburan rahim.
7) ESP membantu dalam pengurusan berat badan kerana cepat kenyang dan tahan lebih lama. Bagus untuk gastrik seperti saya.
8) ESP berkesan mengurangkan ekzema dan masalah kulit

Tips bancuh ESP

1 bancuhan sama dengan 3 sudu besar/ 3 skop dengan segelas air sejuk/suam. Air panas dan air berkafein tak boleh k, nanti nutrisinya terjejas.

Tapi untuk saya, saya ambil 1 sudu besar/skop campur dengan apa-apa campuran sesuai yang saya dah cuba setakat ini dan diambil pada awal pagi (sarapan) sebab saya gastrik tak boleh silap pilih makanan sarapan. Kalau sarapan dah silap, memang sepanjang hari tu lah perut sakit macam ada ribut taufan di dalam. So, sebab itu saya ambil jalan mudah saya mulakan hari saya dengan ESP Shaklee yang terbaik ni. Lagi satu sebelum makan tengahari/malam. Tak boleh ambil lebih daripada 3 skop kerana akan membebankan fungsi ginjal. So, nak senang buat macam saya.
Antara resipi yang saya selalu buat adalah seperti berikut:

1. 1 skop ESP + air suam

2. 1 skop ESP + milo

3. 1 skop ESP + Sunquick



4. 1 skop ESP + Susu Dutch Lady Strawberry


5. 1 skop ESP + Susu Dutch Lady Coklat



Tak sempat beli yang susu punya.hehe. Sedangkan favourite sebenarnya susu Dutch Lady Fresh Milk


Antara resipi lain yang boleh dicuba dan saya pun nak cuba nanti..adalah seperti berikut:


ESP + Horlicks/ Horlicks 3 in 1

ESP + Nestle Bliss




ESP + Susu Dutch Lady Milk

ESP + Nesvita 3 in 1

ESP + susu tepung + buah-buahan segar

ESP + Ribena

ESP + Meashake/Performance Drink/Cinch Shake



Banyak lagi resipi anda boleh cuba asalkan sesuai digabungkan dengan nutrisi ESP okey. Tapi sekarang untuk optimumkan fungsi ESP, saya lebih suka ESP + air suam sahaja. Mula-mula sahaja rasa pelik, lepaih lepaih tu..tak rasa pelik dah. I just love shaklee. ESP sangat sesuai dengan keperluan kesihatan tubuh saya. Alhamdulillah, dengan izin Allah saya jarang demam dan selesema walaupun cuaca tidak menentu. Cubalah makan vitamin organik bagi mengekalkan dan menambah baik kesihatan anda. Tak salah mencuba.hehe.



Julia Sia
019-4101586
Continue Reading

ESP SHAKLEE YANG SUPER HOT..SAYA JATUH CINTA LAGI

Assalamualaikum semua..

Cerita pasal ESP yang hot ni..tang mana hotnya..ek..
Saja, nak ajak anda semua jatuh cinta dengan ESP yang super hot ni macam saya.
Baru sahaja saya consume mungkin tak sampai seminggu..First time cuba..yakkk..macam makan serbuk soya, siapa tumbuk kacang soya ni..hehehe..mula-mula ja aiiii...tak lama. Bagi yang tak suka bau soya boleh je campur dengan sunquick ke, milo, horlick, anda tak akan rasa lagi soya tu. Tetapi, bila dah 2-3 hari, macam dah tak ada apa...minum dengan air suam saja pun dah ok. Sedap pula dah..sebab apa sedap..sebab khasiat dia.
Mula-mula tadi kan, macam pelik je rasanya, lama-lama tak pelik. Lama-lama suka...Sebab, ESP tolong saya.


Kenapa saya jatuh cinta pula dah dengan ESP ni?...
Saya ada gastrik yang teruk. Teruknya alahai sampai tak boleh silap sikit makan. Sat lagi kembung, senak, pedih ulu hati, cirit, sembelit, sakit kepala, sesak nafas, menggeletar..tekanan darah tak stabil..semua berpunca dari gastrik. Gastrik ada dari kecil, selalu skip makan masa tunggu kelas tambahan dulu ni. Tak ada duit woo nak beli makan. Cerita lama. So, sekarang bila saya silap makan pagi @ terskip sarapan pagi @ terlambat makan sikit @ makan banyak asam@asid @ makan terlalu pedas @ makan banyak rempah @ makanan berminyak @ makan/minum sejuk @ makan/minum terlalu panas @ makan terlebih masin/manis/perasa..automatik akan sakit. Kadang-kadang dah elok-elok makan pun tetap sakit. Saya nak buat macam mana?? Tak payah makanlah..eh..takkan kot.hehe.Jadi tibai je nak makan apa asal perut kenyang. Kalau dah terlampau sakit kan, saya ngap halia...bagi keluar angin, biar pahit pedesss asal hilang sakit perut, ok jugalah. Lagi satu awat yang suka makanan yang tak boleh makan. Salah satu simptom gastrik adalah loya. Asyik loya, Jadi, bila makan ia lebih suka kepada makanan yang masam sikit, pedas sikit, sambal belacan tu salah satu favourite la itu...ko ni bah. Sambal belacan pun mo juga. Yala. ko kenapa kan. Next..hehe
Awat tak makan ubat? ang ni pun...Ibu-ibu, bapa-bapa, kakak-kakak, abe-abe weiiii..minum/kemam ubat gastrik dulu ni dah terlalu banyak. Sebab takut efek sampingan, sanggup tahan sakit je. Tahan lapar pun sakit apalagi sakit gastrik..aduh. Rambut asyik gugur bila makan banyak sangat ubatan kimia. Kalau dah rambut gugur tu ada yang tak kena la tu dalam kepala..otak dak..otak masih waras. hehe..
Jadi, PENGALAMAN SAYA CONSUME ESP YANG HOT NI, yang dulu saya rasa..mak aii, ape yang hebat sangat dengan ESP ni..ESP SHAKLEE ni..Kini, barulah ku tahu..gituuuu..Saya buat macam mana. Awal pagi bangun, minum ESP dulu, mula-mula tu sebab rasa dia macam pelik jee..macam tak sedap jee...saya minum ESP+Sunquick, ESP+Milo, tapi lama-lama dah biasa, minum dengan air suam lagi bagus..hehe..So, sarapan completed. Kenapa complete? sebab 1 hidangan ESP (3 sudu besar dibancuh dengan segelas air sejuk/suam) bersamaan dengan 2x hidangan daging, 4x hidangan telur dan 12x hidangan susu sebab itu bila minum ESP ni, rasa kenyang lama, jadi bolehlah manage berat badan. Nak kuruih ka, nak berisi sikit ka, cubby sikit ka..mana-mana pun boleh, tapi ada caranya. Dah beli baru bagitahu.Heeeee



So, saya ajak minum bukan sebarang ajak, sebab saya dah rasa kesannya. Nak ajak lah semua rasa kebaikan ESP ni. Bukan soya biasa tau sebab soya yang digunakan adalah non-GMO (non-Genetically Modified Organism) jadi bila tak diubahsuai, tak ditambah gen lain maka eloklah soya tu, tak de bahan toksik yang terhasil. Untuk menjimatkan kos biasanya banyak syarikat yang hasilkan soya secara genetik dan tanpa disedari ianya mempunyai toksik. Lagi pula, soya dicuci dengan menggunakan air dan bukan alkohol bagi mengekalkan tahap isoflavones yang berfungsi untuk kurangkan risiko kanser. Bila cuci dengan alkohol, memang cepat dan jimat kos, TETAPI, alkohol akan memusnahkan kandungan isoflavones tu la kan..Rugi je makan soya kalau nutrisinya dah musnahkan..kan..kan..kan…Hati-hati pilih soya na…
Lagi satu, ia diproses dengan suhu yang rendah bagi memastikan setiap khasiat yang ada tidak musnah sama sekali kerana suhu yang tinggi. Contoh sayur-sayuran, banyak vitamin C, tapi bila kita masak dengan suhu tinggi, kuranglah khasiatnya. Tu yang saya pesan top up sikit dengan vitamin organik.
ESP menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita sendiri. Setakat ini, tiada produk lain mampu menandingi nutrisi yang disediakan oleh produk ini. Anda tahu tak sebelum ni? Samalah saya pun tak tahu, itu yang saya cari info dulu, baru saya nak minum ESP.
Paling penting juga, soya itu mesti ditambah dengan kalsium. Serbuk soya mengikut kajian bersifat asid yang boleh menyebabkan kerapuhan tulang..Maka, kalsium yang mencukupi ditambah ke dalam serbuk soya ESP ini bagi meneutralkan balik asid dalam soya tu. Terdapat serbuk soya di pasaran tidak ditambah dengan unsur kalsium. So, sekali lagi hati-hati pilih serbuk/minuman soya na..Jangan anggap oo, soya baik untuk jantung, terus beli dan consume tanpa kenal pasti kandungannya. Nanti kesihatan kita terjejas okey.
Itu saja saya mengomel untuk hari ni. Banyak khasiat lagi ESP ni. Jika taip ESP SHAKLEE sahaja kat google, banyak sangat info kebaikan tentangnya. Setakat ini, melalui pengalaman saya, itu sahaja yang saya kongsikan pada anda semua. Nanti, kalau ada perkembangan lain saya share dengan anda semua. Okey.

P/S : Jangan lupa order k, sms/whasapp saya na..

Julia Sia

019-4101586
Continue Reading

Selasa, 3 November 2015

CARA MENGATASI JERAWAT DENGAN BERKESAN DAN SELAMAT : CETAPHIL

Assalamualaikum semua..apa khabar?

Cerita tentang jerawat ni memang dah lama berkampung dalam draf, tetapi selalu tak berkesempatan untuk edit bagi tatapan umum yang nak info serba sedikit pasal cara mengatasi jerawat dengan berkesan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya sendiri. Okey. Kita cerita dari mula-mula na..

Bermulanya bagaimana aku mengenalmu...CETAPHIL

Dulu saya memang tak percaya pada mana-mana pihak yang beritahu skincare itu..skincare ini...tak elok untuk kulit...ada banyak bahan kimia misalnya merkuri dan hidrokuinon yang paling famous digunakan dalam bahan kosmetik. Dalam hati.."yola tuuu...mentang-mentang muka dia flawless bak telur rebus dikopek..mesti tak nak tengok muka saya ni plowlesss cam diaaa,” dalam hati je la masa tu. Dah kena baru tahu.hehehe

So, lama juga bertahan dari tak beli produk tu..then, terrrrrrbeli jgk...(ye..salah saya L)...nak santek sangat kan!!!...Itupun balik-balik baca testimoni yang muka bermacam-macam masalah akhirnya jadi indah dan cantik, menarik, tertarik kau memang the boom...sebenarnya masalah jerawat saya menjadi-jadi sejak study dulu sebab perubahan cuaca yang mendadak, dulu duk hutan tukar tepi laut, berjaga kadang 24 jam siapkan assignment, stress dan kesilapan terbesar saya adalah tidak suka minum air masak atau air putih. Minum pun sekadar hilangkan dahaga. Tetapi selepas habis belajar, masalah jerawat semakin berkurangan sehinggalah sudah kahwin. Malangnya masalah kulit muka menjadi-jadi semasa mengandung anak pertama. Kulit kusam, tompok-tompok hitam dan jerawat bernanah di wajah. Maka selepas bersalin dan anak tidak menyusu lagi, saya pun decided nak cuba skincare pemes tu. Beli dengan puas hati, sebab layanan penjual online pun so kebaboom...melihat wajahnya jugak  flawless, i think, i'm right..dalam hati kata..tak lama lagi muka saya jadi halus mulus, berseri, pipi pinkish dan tak payah pakai mekap lagi..

Dengan keyakinan tinggi terhadap produk tu, hari pertama penggunaan mmg sangat berdisiplin, ikut je arahan dalam kertas yang disediakan dalam tu. Penggunaan 1-2 hari dah nampak perbezaan, muka mula mengelupas sikit demi sikit, tetapi stiap kali cuci muka, pakai toner..adoiii pedihnye buka kepalang, macam kena cabai wooo..tak pela...berpegang pada prinsip..beauty is painnnnn..memang painnn la sangat..tapi bersabarlah saja kan, sebab rata-rata testimoni produk tu bagitahu benda yang sama..1minggu dah nampak beza..wajah makin bersih dan kulit semakin cerah..2 minggu lagi bersih dan lagi cerah, 3 minggu lagi la bersih..saya ikut pantang, tak boleh pakai mekap dalam sebulan..tapi kejap je pantangnye...tetap pakai jugak keluar sb nampak pale..hehe..

Tak sampai sebulan, wajah memang flawlessss gitcuuuu...semua orang perasan, suami pun perasan pori-pori dah mengecil, tak nampak langsung, tak ada blackhead, whitehead segala-galanya dah cerah berseri..tang mukee je la...so, i'm very happy..sebab suami puji..hehe...2 bulan, 3 bulan..skincare dah nak habis..so, fikir-fikir balik harganya yang mahal macam tak de bajet saja nak maintain..Kebetulan ternampak kawan pakai  skincare yang sama function macam skincare tadi, cuma harganya jauh lebih rendah, berlipat-lipat kali ganda lebih murah..jadi, saya pun, buat keputusan beli saja yang murah. Yela..ramai dah berjaya dapat kulit cantik, saya pun nak jugak....hehe. Masa tu sangat lemah dari segi ilmu pengetahuan tentang kesihatan kulit, main hentam je pakai apa asalkan masalah kulit cepat selesai. Tak fikir pun kesan jangka panjang terhadap kesihatan kulit wajah dan tubuh badan.

Dah beli 1 set, terus pakai sama macam skincare sebelum ini yang saya pakai..okey, 1 minggu 2 minggu..macam takde kesan je..cuma kekalkan keadaan wajah saya..makin cerah tidak, makin kusam ada...saya guna dan patuh arahan, tak payah pakai mekap sepanjang penggunaan, guna krim siang je yang ada dalam set tu sebab katanya dah siap sunblock..so, dengan bangganya, walau matahari memancar tika pergi pasar tani ka naik moto (jimat..hehe), pergi mana-mana hanya pakai krim tu, tak pakai sunblock, tak pakai bb cream seperti sebelum ni..kulit makin lama makin kusam, pigmentasi makin terang (pigmentasi dah start masa mengandungkan anak pertama tapi pudar selepas penggunaan skincare mula-mula tadi, yang mahal), saya dah gelabah..kelupuq dah..dan serta merta stop..sebab saya paling tak suka ada pigmentasi.macam peta di muka. NOOOO....buruk kakak-kakak abe-abe weiiii...

Bila dah stop, muka dah naik kusam, jerawat dah start naik semula sikit demi sikit. Kemudian saya pun start "menggoogle" untuk info tentang skincare yang sudah utuh di Malaysia sebab menggunakan bahan-bahan halal dalam produknya. Jadi, saya anggap bila tak ada bahan kimia, mungkin keadaan kulit saya akan lebih baik. Saya beli satu set, semua ada, pencuci muka, pelembap siang dengan SPF, pelembap malam, krim kecantikan, bb cream dan serum. Seminggu pemakaian muka saya semakin cerah tetapi lagi oily . Wajah saya memang jenis sensitif dan berminyak. Memang sangat berminyak. Tak pernah lah tak berminyak. Tak tahu dah nak hilangkan macam mana. Tetapi itulah jenis kulit saya, saya kena terima dan kena pandai handle jenis kulit macam ni. Saya pakai dengan teratur dan berdisiplin, tetapi jerawat saya makin teruk, tak dapat sertakan gambar kerana tak ambil gambar pun masa tu. Jerawat di bahagian dagu bernanah dan pedih, di rahang lagilah teruk penuh. Malunye nak keluar, tapi keluar juga bila nak beli barang keperluan dapur, keperluan anak..tapi terpaksa pakai mekap..Nasib baiklah kat pipi tak naik jerawat tapi nak tutup pigmentasi yang makin teruk, hmmm..susahnyeeee...saya down, tersangatlah down. Give up dah nak cari skincare untuk pulihkan balik. Ada yang sesuai, sesuai, ada yang tak sesuai, tak sesuai..terpulang kepada kulit muka masing-masing kan...

Saya teruskan juga pakai set yang baru beli, tapi pakai macam tu je,tak ada apa-apa perubahan pun cuma semakin cerah sajalah. Jerawat tetapi naik..naik..naik macam cendawan tumbuh lepas hujan. Bernanah tu yang tak tahan sebab rasa nyut nyut nyut..bila dah pecah, basuh muka pedihlah pula.sabar sajalah..ni bahagian saya, jenis berjerawat..huhuhu

Dalam keadaan yang down, stress...saya tetap “menggoogle”..(thanks google tempat bertanya itu ini), cari, korek, semua pasal jerawat dan cara menghilangkan jerawat, makanan yang perlu dielak untuk wajah berjerawat, berminyak, semua saya cari, tiap-tiap malam selepas anak tidur, cari, baca..baca..dan gali, gali..gali..sampailah saya search tentang pencuci muka untuk jerawat. Saya tak ingat blog mana satu tetapi terlalu banyak blog yang baik hati share pasal cara mengatasi jerawat dengan berkesan. Akhirnya saya terbaca tentang cetaphil yang banyak respon positif mengenainya. CETAPHIL..nama pun sudah unik. Berminggu-minggu jugalah study pasal jerawat, punca jerawat, ubat jerawat dan sebagainya yang berkaitan dengan jerawat. Saya ikut rejimen yang disarankan oleh blogger yang berjaya menyelesaikan masalah mereka.

Banyak info yang saya dapat tentang jerawat, jadi saya pun dah bersedia mencuba Cetaphil. Fikir banyak kali juga sebab macam mana dengan set skincare yang saya beru beli tu. Lama juga berbincang dengan suami tentang cara penyelesaian masalah saya ni. Yela, dah baru tukar, nak tukar lagi...tak ke dia marah.hehehe..Akhirnya saya beli juga pencuci muka CETAPHIL Gentle Skin Cleanser. Pencuci muka sahaja mula-mula.

Mula-mula pakai alamak, ape ni..macam lotion tak ada buih langsung..bila rub kat wajah..lembut saja. Perasaan tu macam pelik, sebab bersihkah pakai pencuci muka ni. Betul apa orang lain cakap, macam tak puas cuci muka, tetapi kali ini saya sudah nekad untuk bersabar sahaja. Seminggu wajah saya rasa selesa..tak pedih, tak gatal. Jerawat mulai mengecut. Seterusnya, ubat jerawat saya beli. Untuk permulaan saya beli Benzoyl Peroxide 5%, tetapi setelah habis saya pakai Ubat Jerawat TIDACT (sekarang) yang boleh didapati di farmasi. Saya ikut aturan begini untuk menyelesaikan masalah kulit wajah saya.



Cetaphil pertama yang saya beli tahun lepas. Special tentang pencuci muka ini kerana ia non-comedogenic dan fragrance free serta sering disarankan oleh pakar kulit untuk mengatasi jerawat


Pelembap saya mula-mula



Bantu pudarkan pigmentasi


Gel jerawat


Sunblock pertama saya guna tahun lepas juga non-comedogenic (itu yang penting)..hehe


REJIM PENJAGAAN MUKA SAYA SETIAP HARI

Pagi:
1.      Cuci muka - CETAPHIL GENTLE CLEANSER
2.      Pakai pelembap (penting pakai pelembap) - CETAPHIL dan ORGANIC AID VIT E
3.      Pakai krim/gel jerawat - BENZAC AC 5%
4.      Pakai sunblock - CETAPHIL kemudian sekarang ganti NEUTROGENA SUNBLOCK

Petang @ Malam :
1.      Cuci muka - CETAPHIL GENTLE CLEANSER
2.   Pakai krim pigmentasi - MELAQUIN beli kat farmasi (Pemakaian disarankan tidak lebih daripada 6 bulan, bila dah hilang atau pudar terus stop, kerana kandungan hidrokuinon 4% untuk rawat pigmentasi yang dibenarkan oleh farmasi)
3.      Pakai krim/gel jerawat - BENZAC AC 5% (Sapu pada bahagian berjerawat sahaja sedikit bila jerawat dah tiada tak perlu pakai)


Apabila kita pakai mekap semasa keluar, jangan lupa tanggalkan mekap dengan makeup remover yang yang tidak mengandungi alkohol, wangian dan pengawet kerana boleh memburukkan lagi keadaan kulit. Cuci muka hanya dua kali sehari, tapi time nak solat tu, kalo rasa masih tak bersih, cuci dengan pencuci muka, kalo tak pakai apa-apa, cuci macam tu saja.Oleh kerana dia gentle, boleh lah cuci beberapa kali tapi lepas solat pakailah pelembap semula okey..Lain kali saya cerita kenapa pelembap dan sunblock sangat penting walaupun kulit berminyak. InsyaAllah.



Tengoklah berapa banyak dah guna, ada lagi yang dah buang..hehe (nak jimat beli time promosi kat watson/guardian)


Bertukar kepada pencuci muka NEUTROGENA secara kebetulan. Yang penting, dia seakan-akan Cetaphil kerana tidak menyumbat pori dan hypo-allergenic formula. Paling penting dalam pemilihan pencuci muka untuk kulit sensitif dan berminyak/berjerawat ialah pencuci muka yang non-comedigenic

Bila keadaan kulit kita semakin baik, bolehlah tukar kepada pencuci muka yang berbuih tetapi gentle atau mild cleanser sahaja untuk kulit sensitif dan berminyak macam saya. Sekarang, dua minggu lepas saya telah menukar pencuci muka kepada NEUTROGENA Pure Mild Cleanser. Guna sikit sahaja dan gosok tapak tangan sampai berbuih dan sapu kat muka perlahan-lahan kemudian bilas bersih-bersih. Kulit lebih lembut. Alhamdulillah jerawat memang dah banyak surut jika dibandingkan dengan dulu kecuali time nak period lah kan.hehe...Ini pun secara kebetulan sahaja beranikan diri tukar pencuci muka sebab Cetaphil Gentle Skin Cleanser habis time cari kat Watson dan Guardian Kangar, yang tinggal Oily Skin Cleanser. Nak cuba juga tapi mahal. Tengah gawat time tu tapi nak kena pakai pencuci muka sebab kat rumah dah habis.


Yang ni adalah gambar sebelum pakai CETAPHIL tahun lepas dan sekarang. Kedua-dua gambar saya pakai BB Cream, tetapi berbeza kerana tak dapat cover cela langsung dulu. Gambar yang lagi banyak jerawat kat dagu sebelum tu tak sempat ambil, sebab muka tak elok, malu nak ambil gambar hehehe..Banyak tompok hitam, pigmentasi dan bekas jerawat kan. Jerawat bernanah tepi rahang tak nampak. Sekarang oklah sikit kan walaupun tak dapat kulit halus mulus macam dulu-dulu. Alhamdulillah. 

Sekarang bila dah kenal SHAKLEE, consume vitamin C pun kulit dah semakin elok dan bertambah cerah. Banyak manfaat makan vitamin C Shaklee di samping pengambilan air masak tidak kurang dari 2 liter sehari. Air sangat penting okey. Saya dah ubah pola pemakanan saya yang sebelum ini kurang minum air supaya toksin dalam badan keluar. Vitamin C pula sangat bagus dalam membantu menghilangkan jerawat apatahlagi diambil bersama vitamin E Complex Shaklee. Lagilah best. VITA-LEA juga sangat sesuai dengan saya kerana tekanan darah yang kurang dan anemia. Bila consume VITA-LEA, saya dah tak alami simptom jantung berdebar, pitam, pening dan sebagainya. Alhamdulillah. Masalah kesihatan saya semakin hari semakin pulih sejak mengenali Shaklee. Thanks Shaklee. Now, saya baru start consume ESP..so nanti saya akan bagitahu kesannya okey.

UPDATE : PENCUCI MUKA CETAPHIL LAGI

k bye.
me, Mrs. Fzy

Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...