Sabtu, 21 November 2020

CARA MENGATASI MASALAH LIPAS DALAM KERETA/RUMAH YANG PALING TERBAIK



اَلسَلامُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ… ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اَللهِ ÙˆَبَرَكاتُÙ‡ُ


Hai semua, apa habaq korang? Harap semua dalam keadaan sihat ya.


Nak tanya hampa semua yang pakai kereta, pernah dak kereta hampa masuk serangga macam lipas ka semut ka??? Korang pakai pertua apa nak halau benda tu?


Semakin hari semakin banyak pulak. Tambahan pulak kita yang ada anak² kecik ni, tak sah la kalau tak makan dalam kereta. Kalau korang boleh disiplinkan diri serta anak² bila berada dalam kereta memang kawe TABIK SRPING la.


Bila dah ada anak² kecik ni, paham²la noo, cikedis memang tak dan tunggu makan di rumah, nak jugak makan dalam kereta. Bila dah makan tau² la tumpah semua. Mana dan nak vacumm hari² kan. Dulu masa bujang bersih ja kereta, sekarang anak dah 3, nahh... stress oooo.


Paparea nak share la tips cara nak halau lipas dari menumpang kereta kita. Boleh baca sampai habis okay…


Cara Mengatasi Masalah Lipas Dalam Kereta/Rumah Yang Paling Terbaik.


Sebelum ni, Paparea banyak la GOOGLE, macam² petua dari blogger. Katanya jimat dari segi RM dan guna bahan yang x merbahaya pada kanak². Banyak petuanya contoh:


1. Lemon


Hiris lemon ni, letak di dalam kereta di bahagian mana laluan lipas tu. Nanti dah kering ganti yang baru.bila lipas terkena lemon ni, dia akan lari lintang pukang, katanya.


2. Daun Pandan


Daun pandan ni korang potong kecik² dan masukkan ke dalam uncang yang jarang tu (gift kenduri tu). Letak dalam kereta. Bila dah kering tukar yang baru. Daun ni dia mengeluarkan bau pandan, lipas tak suka bau² macam tu.


3. Botol Air Minuman


Botol air minum yang 500-600ml tu. Korang tinggalkan sikit baki air dalam tu letak di celah kerusi. Jangan sampai tertumpah k. Biar la 2-3 hari, nt tengok ada tak lipas terjun dalam tu. Lipas kan suka air manis lemak berkrim termasuk semut.


4. Minyak + Susu Pekat + Marjerin


Campurkan ketiga² bahan ni dan korang letak la di mana² tempat yang korang rasa situ jalan lipas. Bahan ni menaikkan selera lipas nak makan. Ni kira JERANGKAP SAMAR.


Ni pendapat Paparea setelah try tips di atas ni.


No.1 takla menjimatkan, mahal jugak lemon tu 1 biji RM1.00++. Lepas tu bila dah hiris lama² dia buruk, kotor pulak ruang dalam kereta.


No.2 pulak, bagus jugak bau pandan ni, tapi bila kereta park bawah matahari (panas), bila masuk dalam kereta punya la perit hidung sebab terlalu kuat bau dia, boleh naik poning ooo. Nak halau lipas, kita pulak yang Terkono.


No.3 ni lagi masalah. Kita bila ada anak² ni boleh dikatakan selalu la guna kereta, bila dah ada botol air terbuka, mudah tumpah. Lagi haru nak mencuci kesan tumpah tu. Lipas zaman la ni cerdik ooo. Memilih air.


No.4 ni paling Paparea stress, dah la guna minyak, susu & marjerin. Dah tu mesti letak dalam bekas kecik leper kan. Mana nak letak? Mesti bawah kerusi. Masalahnya, sekor pun tak kena. Paling teruk bila TER-tumpah, bayangkan jadi macamana. Pernah jugak letak bawah kabinet dapur, lama punya duk bawah tu sampai terlupa. Kita sapu la guna penyapu jerami, habis berminyakkkk...!@#$%^&*@&^%$#! Terkorbanlah wahai penyapu...


Korang semua boleh la try tips² di atas ni, jika menjadi ok la. Mungkin cara Paparea buat salah kut. Apa²pun TQ pada yang berkongsi.


Cara Mengatasi Masalah Lipas Dalam Kereta/Rumah Yang Paling Terbaik.


Tips ni memang betul² menjadi Paparea guna. Tapi perlu RM la. Semua perlu duit kalau nak berkesan. Bahannya adalah:


Korang mesti tau kan, selalu orang jual di Nat, pasar malam / pagi. Harga 1 pek tu RM0.50. Sebelum ni guna untuk halau semut saja. Kebetulan tabur di dapur sebab semut banyak, 2-3 hari tu rasa pelik, lipas semut semua dah takda. Jadi inilah UBATNYA.


Bahan dia ni serbuk roti halus, jadi tak perlu la risau anak² nak kutip. Takkan nak letak dalam piring kut. Mesti la di bahagian tersembunyi, lipas kan suka tempat macam tu.


Ni Paparea tabur dalam kereta celah pintu, atas kusyen. Sesuai letak malam, lepas dah tak guna kereta. Lipas suka keluar dinner.

** Ni celah pintu kereta **

** Ni tengah² dekat gear **

 ** Tabur atas kusyen **

** Ni sarang lipas banyak, buka & selak pelapik, tabor dalam tu **


Lepas korang tabor, tunggu semalaman, esok korang buka tengok. Ni kereta Paparea, terkezut ooo.

** Ni belum kutip² lagi tau **



Ni Paparea dah kutip semua, ni betul² lipas dalam kereta tau. Bukan pi kutip luar mai kumpul dalam ni, yaa..


Ni semua hasil kutipan SATU MALAM SAHAJA. Gemok² oo lipas ni.


Semua ni dah boleh cuci la buang semua lipas & yang serbuk tu, jangan pulak tinggal macam tu ja, sapu ke bawah di pelapit kaki tu. Tapi kalau pelapit jenis karpet baik tak payah, vakum saja semua.


Sarang lipas ni terutama bawah kusyen & dalam bonet belakang kereta d tayar spare, tempat sempit. Korang tabor saja. Nanti terhapus la lipas mana yang ketegaq nak lari keluar.


Paparea dah siap standby kat rumah serbuk ni, beli online saja 1 kotak RM15, ada 50 peket.


Ni bukan nak promote brand ni, tapi klu jenis lain pun boleh asalkan ada hasilnya.


Ok korang yang ada masalah ni korang boleh cuba, murah ja serbuk ni taklah mahal pun, yang penting hilang lipas. Kalau nak ikut tips yang ramai blogger share macam yang atas tu pun boleh cuba.


Korang jangan lupa pulak LIKE, KOMEN & SUBSCRIBE video² kami di MamaPapa Rea Youtube Channel yaa…


Semoga setiap perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua. Terima kasih. Jumpa lagi di lain² entri dari kami Blog MamaPapaRea Blogspot Dot Com.


Bye²


By:

 

PapaRea

Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...