Jumaat, 31 Januari 2020

CARA MENUNTUT E-TUNAI RAKYAT RM30 YANG PALING MUDAH


Assalamualaikum semua, hai apa habaq korang semua?

Korang tau dak tentang insentif kerajaan nak bagi pada kita e-Tunai Rakyat RM30.00, mesti ramai yang tak tau tentang ni. Paparea pun tau pun sebab member yang tanya. Masa tu baru la kita godek² benda apa pulak tu e-Tunai Rm30. Mungkin Paparea dah lewat kongsi, ramai dah blogger awal² lagi post entri ni. Biarla, ni hanya sekadar nak kongsi saja.

Ramai yang tanya, macam bahaya ja, takut la aplikasi ni sebab kena bagi MyKad dan gambar kita. Kalau nak cakap tentang ni, sekarang ni, data kita dah banyak tersebar. Kita nak daftar apa² saja pun semua perlu no IC kita, peraduan di pasaraya, Facebook, Shopee, Lazada macam² la lagi. Boleh dikatakan semua berlumba² wujud app QRpay ni.

Kalau untuk transaksi bank@kewangan, apa² yang melibatkan IC ni semua perlu thumbprint kan. Kebanyakkan guna sistem ni di kaunter bank kan. Kalu pakai app di phone  memang kena lebih hati². Yang perlu kita jaga, akaun bank iaitu no Pin, Password, kad Debit ATM. Benda² ni kalau kita abaikan, lebur la duit kita. Yang penting ada sikap BIJAK MENILAI & BIJAK BERBELANJA. 


Awal² masa keluar ja e-Tunai ni, macam² ja orang kongsi keburukan benda ini melalui group Whatsapp apa semua. Ni yang dapat dari Group Whatsapp...


Padahal orang yang share ni percaya la sangat², kutuk KAW KAW PEDASS punya, last² dia yang paling awal claim duit tu, senyap² pulak tu. Dan² puji pulak sebab dah dapat. Ceh, poraahhh...

Nak penjelasan, ada ni perkongsian tentang e-Tunai ni tentang Data Peribadi kita di curi, klik LINK di bawah.


Okay, amacam, korang dah faham tentang ni? Jangan bimbang okay. Setiap data kita akan diberikan Perlindungan Data Peribadi oleh kerajaan. Sekarang ni, boleh dikatakan 90% semuanya pakai smartphone. Jadi dah layak untuk e-Tunai ni tak kira tua @ muda, janji dah layak, dapat la tu.

Paparea guna TNGo eWallet  ja, dah claim & dah dapat pun RM30, 1 hari je dah approved. Jom kita kongsi. Untuk claim e-Tunai RM 30 ni, lebih mudah guna TNGo e-Wallet berbanding Grab, pandangan Paparea ja, korang ikut mana korang mudah guna.

Step 1:

Untuk maklumat tentang e-Tunai Rakyat. Ini adalah HADIAH kerajaan kepada rakyat untuk berbelanja bagi menggalakkan budaya digital dan peralihan masyarakat tanpa tunai.

Kelayakan Umur : 18 tahun ke atas
Tempoh Sah : Sebelum atau pada 14 Mac 2020
Jumlah Tunai : RM30.00 (dibayar One-Off)
Aplikasi : Touch ‘n Go eWallet, Boost dan Grab



Nak habaq jugak la pada korang, warga emas pun dapat tau. Mak Paparea, umur 2020 dah masuk 66 tahun, pun dapat jugak. Terus tebus bayar bil air rumah. Settle...

Step 2:

Pilih salah satu app yang korang rasa nak install dalam tel korang.
Ada 3 Aplikasi : Touch ‘n Go eWallet, Boost dan Grab.

Antara 3 app ni, ada kelebihan masing² dari segi ganjaran cashback $$$ semua. Paparea hanya install 2 app ni saja, TNGo sebab dulu ingatkan boleh pakai kad TNGo, tapi sampai sekarang tak boleh link dengan highway PLUS. Grab seperti biasa la, semua orang tau la kan³.

Step 3:

Buka aplikasi Touch ‘N Go e-Wallet @ Grab. Bagi permulaan, korang kena daftar dulu maklumat nama, password, no. telefon, email dan seterusnya.

Ini paparan depan TNGo e-Wallet. Ada baki RM4, 1st topup RM10 saja test. Lepas tu, tak boleh topup kad TNGo, haru betoiii la. Jadi wat bayar bil air ja RM6, hahaha...

Dan ini pulak paparan Grab app.

Step 4:

Korang klik pada Claim now >


Step 5:

Bahagian ni, korang tanda dalam petak kecik bawah tu, tanda korang dah faham & setuju. Klik Claim Now!

Grab dia lain dari TNGo. Klik Start Now.

Ada tambahan sikit. Masukan nama penuh korang.

Masukkan pulak No. IC.

Step 6:

Di sini, dia minta kita tunjukkan IC. Pilih salah satu, Malaysian OR Foreigner. Klik Take ID Photo.

Untuk Grab pulak. Klik Ok, Let’s Go.

Step 7:

Amik korang punya MyKad, tangkap gambar IC tu biar JELAS macam Profesional punya ok. Rasa ok, klik Submit.

Sama jugak.

Rasa puas hati, klik Use It. Kalau tak, klik Retake.

Okay, Done.

Step 8:

Seterusnya, depa nak gambar muka kita pulak, apalagi, selfie lekaih.
Klik Let’s Go. Gambar mesti JELAS.

Masa nak selfie gambar muka, Paparea cuba nak screenshot, tak boleh, kena sekat. Try pulak Screen Record, boleh, bila replay semula, di selfie tu naik black screen. Di sini memang dah nampak ada sekatan.

Step 3 bagi Grab. Klik Get started.

Keluar paparan ni. Korang boleh la edit nama. Then, klik Launch camera.

Bagi yang guna app Grab , bahagian selfie ni berbeza, mesti berselfie bersama² IC kita, korang amik gambar sama pegang IC. Contoh macam gambar bawah ni.

Minta kawan ka, isteri @ anak tolong amik gambar korang. Klik Use This.

Loading upload ni. Lastly klik Submit.

Step 9:

Lepas selfie berjaya, mai pulak bahagian maklumat peribadi kita. Yang mana berkaitan, isi je la. Selesai, klik Submit.

Grab pulak perlu update details saja. Okay. DONE untuk app Grab.

Step 10:

Okay, selesai sudah. Anda berjaya...

Permohonan korang dah berjaya hantar, tunggu pengesahan dan kelulusan dari semakan pihak kerajaan. Korang boleh la semak apa yang patut.

Di dalam inbox pulak ada mesej ni.

Korang tunggu la, mana tau kut² GAGAL. Boleh submit semula apa yang kurang JELAS.

Step 11:

Tunggu sehari, buka semula app tu, semak di inbox.


Okay, dah dapat...

Untuk yang guna app Grab, sama jugak step TNGo, tunggu dan semak inbox korang.

Last Step:

Tunggu apalagi, berbelanja la sebelum tamat tempoh pada 14 Mac 2020. Lepas ja tarikh tu, baki dari RM30 tu @ tak guna, automatik burn la duit tu.

Kalau korang tengok pada app TNGo atas ni, ada bahagian Services, kat situ macam² ada kita boleh buat. Bayar bil, topup, macam² lagi. Cer buka.

Opss, rasanya masih ramai yang orang yang tak berani guna benda alah ni termasuk la penggunaan kad debit ATM. Dulu Paparea sama jugak macam tu. Korang jangan bimbang k, mula² memang akan rasa janggal takut nak guna, duit mudah hilang la apa la. Bila korang dah mula guna, memang memudahkan. Apa²pun, benda yang mudah ni pun ada menyusahkan jugak, bergantung pada korang yang handle sendiri.

Yang penting korang tau berapa baki duit dalam akaun, jangan asyik nak scan @ swap ja, beli barang penuh troli, last baki tak cukup, tak ke menyusahkan. Tak payah ramai² not dalam dompet, cuma perlu spare sikit. Bukan semua tempat @ kedai ada guna sistem ni.

CARIAN YANG BERKAITAN:

  1. Cara Claim e-Tunai Rakyat pakai Touch ‘N Go e-Wallet.
  2. Cara dapatkan RM30 e-Tunai Rakyat.
  3. Cara Daftar dan Tebus e-Tunai Rakyat RM30 guna app.
  4. Dapat duit RM30 dari Kerajaan e-Tunai Rakyat.

Jadi fikir²kanlah mana yang perlu mana yang penting untuk korang. Ok nantikan tips di lain² entri lepas ni. Semoga perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada semua sahabat ye. 

Bye² Gaessss

By:

PapaRea
Continue Reading

Rabu, 15 Januari 2020

MASALAH LUPA PASSWORD (KATALALUAN) E-PRASEKOLAH YANG PALING MUDAH




Hai semua, apa habaq korang semua? Amacam sekarang?


Pakat semua dah mula sesi persekolahan anak² kan, mesti sibuk semua dari pagi sampai ke malam. Famili paparea pun dah mula ubah gaya hidup dari awal pagi hingga la malam nak tidur, 100% berubah. Dah tak boleh enjoy² lagi.


Okay, kali ni Paparea nak kongsikan tentang masalah terlupa password @ katalaluan untuk Protal E-Prasekolah. Almaklumlah web ni setahun boleh dikatakan hanya 2 kali sahaja buka, semasa pendaftaran dan semasa semak keputusan.

Untuk tahun 2021 ni, pada korang yang dah pernah guna E-Prasekolah ni yang berminat nak mendaftar masuk anak seterusnya ke prasekolah untuk tahun 2022 dan berikutnya mesti ada SATU masalah kan. Masalah yang paling ketara adalah korang terlupa apa PASSWORD @ KATALALUAN website ni.  Bukan itu jugak, pada yang nak semak keputusan pun tetap lupa jugak, hehehe... Pada yang save dalam phone kira selamat la. Pada yang tak, meh kita cerita cara²nya.

Okay, jom mula...

Step 1:

Mula² korang buka portal E-prasekolah di http://eprasekolah.moe.gov.my/.


Step 2:

Masukkan No KP di petak atas dan password/katalaluan di petak bawah. Mykad mesti betul semuanya kan³..

Bila password yang korang masukkan tadi salah, dia akan keluar notification seperti gambar di bawah ni.

Jadi masalah sekarang ni ialah password @ katalaluan korang dah salah. Mungkin dah lama tak pernah buka, tu la puncanya kan³...

Kalau No KP salah, dia akan tunjuk seperti gambar di atas. Takkan No KP pulak salah kan, tak logik kalau tak ingat IC sendiri, huhuhu...

Step 3:

Dah cuba 2 3 kali tak jugak berjaya ingat password, korang klik pada perkataan Lupa Katalaluan.

Step 4:

Di bahagian ni, korang masukkan no KP dan juga email yang korang 1st daftar mula² dulu.

Lepas korang masuk IC dan email, terus klik butang > Seterusnya

Step 5:

Ini adalah bahagian Soalan Keselamatan.

Ingat tak semasa 1st mendaftar dulu, korang diberi pilihan untuk pilih soalan dan jawapan soalan tersebut.

Bahagian ni adalah paling rumit, banyak orang FAIL. Sebabnya ingatan seseorang ni kadang kala bukannya dapat ingat sangat benda² lama nie, macam Paparea ni, hahaha. Tapi kalau korang ada simpan maklumat ni kira bagus.

Masa tu, Paparea pilih soalan paling mudah, Apakah nama ibu anda? Anak mak, mesti 100% ingat, aduhhh.... Taip jawapan tu dan klik //Hantar.

Step 6:

Bila semua betul, terus terpapar katalaluan kita.

Simpan la password ni kat mana nak simpan @pun buat screenshot dan simpan dalam phone.

Step 7:

Kembali ke page Log Masuk. Masuk semula IC dan Katalaluan korang tu.

Okay, berjaya sudah masuk.

Step 8:

Sekiranya korang ada masalah di bahagian Soalan Keselamatan (Step 5), korang boleh buat aduan tentang masalah terlupa katalaluan, soalan dan jawapan iaitu dengan hantarkan emel ke Aduan Teknikal Sistem (eprasekolah@moe.gov.my). Pihak diorang akan membantu akan permasalahan korang tu.

Okay, amacam semua, boleh kut nooo. Setakat ini la saja Paparea dapat kongsi tentang masalah lupa password @ katalaluan e-prasekolah ni. Kalau masalah lain tu boleh direct emel diorang yee...

CARIAN YANG BERKAITAN :

1. Masalah Terlupa Password / Katalaluan E-Prasekolah
2. Lupa Katalaluan Password Untuk Website Prasekolah
3. Cara Untuk Dapat Password Prasekolah Yang Senang
4. Macamana Terlupa Password Prasekolah?

Sekian saja untuk entri ni, nantikan pelbagai lagi tips, resipi, kesihatan dan macam2 lagi di entri seterusnya dari kami MamaPapaRea. Bye2 dan jumpa lagi.

Wasallam...

By:

PapaRea.



Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...