Isnin, 27 Mac 2017

SUPLEMEN/VITAMIN MENGANDUNG TERBAIK


Baru teringat, hari tu saya lupa cerita pasal vitamin yang saya makan ketika mengandungkan Daniyal. Mula-mula tu, saya buat ERPOC atau lebih senang faham cuci rahim, lepas tu saya beli Alfalfa Shaklee sebab perut asyik kejang kesan cuci rahim. Selain itu, saya consume Vitamin C tumpang sekali sebab suami resdung. Alfalfa dan SR Vita-C memang berkesan dalam merawat resdung dia. Alhamdulillah. Oh ya, tona kulitnya pun makin cerah berbanding sebelum ni.

Saya tak perasan pun rahim dah tak rasa kejang. Eh eh, tak rasa sakit pun bila bangun. Eh, takkanlah kan. Rupanya benda semulajadi ni selalu kita tak sedar perubahan positif yang berlaku. Apalagi, saya terus jadi ahli sebab tengok UPLINE saya pula dapat bonus ribu-ribu sebulan. Hehe. Tapi saya tak fokus bisnes, saya fokus makan suplemen Shaklee dulu sebab effect yang terbaik buat kami sekeluarga.

Tak lama kemudian, saya beli ESP pula sebab tujuan utama nak stabilkan kulit muka yang dah breakout lepas salah guna produk skincare. Alhamdulillah kulit kusam, pigmentasi dan jerawat dah kurang sangat-sangat.

Alhamdulillah rezeki kami suami isteri bila saya disahkan mengandung lagi 5 bulan dari tempoh cuci rahim. Risau sangat takut jadi macam yang lepas. Jadi kali ni, saya nak sangat ambil suplemen Shaklee sebab memang risau akan berulang lagi kisah lepas yang ,mana saya memang tak makan suplemen untuk baby. Susu pun tak minum masa tu. Tau-tau je sakit sangat rupanya baby dah stop berkembang lagi pula saya jalan jauh ikut suami pergi kursus masa tu. Takpelah.

Ok, masuk balik point penting. Hehe

Biasanya masa kita mengandung, simptom atau  masalah yang sering kita hadapi masa trimester pertama ialah :-

1. Morning sickness
2. Anemia ( saya mild anemia due to thalassemia carrier)
3. Mood tidak menentu / sensitif
4. Keja nak tidur memanjang

Biasanya simptom kehamilan sangat mengganggu aktiviti rutin harian. Tapi tak perlu risau sebab keadaan tersebut hanya sementara.

Simptom kehamilan boleh diatasi dengan pengambilan nutrisi yang diperlukan dan cara yang betul.
Jadi kalau boleh saya tak mahu terlalu teruk sangat alahan, saya nak bertenaga sebab anak pertama kecil lagi tak sampai 2 tahun jadi kena bangun juga uruskan dia. So, saya amalkan suplemen untuk bantu kekalkan tenaga dan nak bagi yang terbaik untuk baby juga. Alhamdulillah suami banyak membantu agar saya peroleh rehat yang cukup. Thanks husband.

Oh ya, hari tu dah ada pengalaman baby takde heartbeat, jadi kali ni nurse pesan jaga kandungan betul-betul dan jangan angkat berat. Tapi terangkat jugalah benda-benda berat terutama Rea Hanna. Haha. Dia makin berat. But still berjaga-jaga.


So, beberapa suplemen yang saya amalkan ketika mengandung ialah :-


1. Energizing Soy Protein (ESP)




Protin adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia.  Kekurangan protin menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air dalam badan, kehilangan kepejalan otot, membantutkan pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormone dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ sekaligus boleh membawa maut.

Jadi, protin amat penting kepada kita tau, mengandung atau tidak mengandung tetap penting. Kalau mengandung lagi penting untuk tumbesaran baby dalam kandungan.

ESP memberi tenaga kepada ibu mengandung, macam saya, morning sickness memang teruk tapi tak seteruk mengandungkan anak pertama dulu. Saya mula-mula tak dapat makan minum dengan baik disebabkan alahan tapi saya cuba juga consume ESP sebab saya ada gastrik yang teruk. Dengan ESP barulah gastrik dan pedih ulu hati tu akan baik dengan cepat. Memang tak sampai setengah jam. Saya memang tak ambil apa-apa ubat ketika mengandung sebab risau menjejaskan kandungan.

Tapi, adalah juga terskip hehe. Masa alahan makin teruk, nak makan minum pun malas. Bila malas tu, hormon lagi kucar kacir, maka tumbuhlah jerawat banyak-banyak. Air putih pun tak sanggup nak telan. Habis morning sickness barulah ok. Jerawat makin ok. Muka nampak berseri sebab walaupun anemia, tenaga tetap ada. 

ESP ni juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat serta untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.

Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu pertumbuhan plasenta dan penghasilan susu.

So, ringkasnya ESP untuk :-
- beri tenaga kepada ibu mengandung
- bantu atasi masalah pedih ulu hati dan gastrik ibu mengandung
- membekalkan asid amino untuk membentuk otot dan organ bayi
- Penting untuk tumbesaran baby dalam kandungan
- kuatkan otot rahim untuk ibu mengandung tapi bataskan pergerakan di awal trimester
- memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat serta untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.

Ops! Lagi satu yang saya suka sangat dengan ESP ni ialah bukan je kulit ibu makin berseri dan cantik, tapi kulit baby yang lahir cun melecun. Gebu dan cerah. Beza warna kulit dengan yang sulung. Cuma saya tak terlalu warkan ini sebab semuanya atas izin Allah jua. Cuma apa yang boleh disimpulkan kebanyakan ibu mengandung yang consume ESP, kulit babynya cerah dan gebu.

Ini baby shaklee saya.





2. Vitalea




Vitalea ini special bagi saya. Saya memang suka sangat dengan vitalea sebab ia membantu naikkan paras hemoglobin (HB) dalam sel darah merah saya. Saya tak sesuai dengan vitamin klinik dan Iberet Folic. Anak pertama, walaupun saya makan iberet, paras HB saya tetap makin menurun dan ada juga naik tetapi SEMBELIT jangan cakaplah disebabkan kandungan ironnya yang cukup tinggi. Hampir buasir dibuatnya. Saya seimbangkan dengan pengambilan sayur dan buah-buahan yang banyak tapi tak dapat tetap sembelit dengan jayanya. Saya memang consume dari awal kehamilan sampai bersalin. Seingat saya kandungan ironnya adalah 105mg selain folid asid, vitamin c &B dan tinggi kandungan zat besi (Ferrous fumarate). Sembelit sokmo. Saya tak kenal shaklee masa tu. Kenal tapi lalu macam tu je. Tak berminat sebab degil. Tak kenal maka tak cinta kan. Dah kenal baru jatuh cinta terjelepok.

Masa anak kedua ini memang doktor rekemen Obimin atau iberet tapi masa awal-awal tu saya consume vitalea. Saya bagitahu doktor dan katanya, boleh amalkan tapi kalau HB makin turun, dia sarankan beli Iberet sebab kandungan iron pada iberet adalah 3-4x ganda berbanding Vitalea hanya 19mg sahaja.

Untuk info, anemia ni satu keadaan di mana berlakunya kekurangan HB di salam sel darah merah yang mana HB berfungsi sebagai pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Jadi, bila kita alami anemia, tisu badan akan jadi tidak bertenaga disebabkan kurang oksigen.

Doktor juga menerangkan tentang kesan anemia kepada ibu mengandung dan bayi.

Antara risiko anemia termasuklah:-
  • -          Keguguran
  • -          Tumpah darah semasa hamil atau selepas bersalin
  • -          Kematian
  • -          Tumbesaran bayi terbantut
  • -          Kelahiran bayi pra-matang
  • -          Bayi kurang berat badan dari berat badan normal
  • -          Bayi meninggal dalam kandungan
Simptom anemia yang saya selalu rasa pula ialah :-
  • -          Jantung berdebar
  • -          Sesak nafas
  • -          Pening /pitam
  • -          Loya
  • -          Letih dan tak larat (nak duduk saja sampai orang kata malas.haha)


Simptom anemia ini memang buat saya tak larat sebab sekali dengan pakej PEMBAWA TALASEMIA, memang dari kecil saya dah lalui simptom ini yang saya ingatkan dahulu saya sakit jantung. Mungkin sesetengah orang larat, saya tidak. Bila jantung berdegup laju je, sakit dan sesak nafas. Saya kena duduk rehat jika tidak saya akan pitam dan bila bergerak pandangan akan nampak gelap. Biasanya saya akan rebahkan diri, kemudian tunggu pandangan jelas baru bangun. 

KENAPA SAYA JADI BEGITU?

Sebab bila kekurangan HB dalam sel darah merah yang mana berfungsi mengangkut oksigen ke seluruh tubuh badan tak cukuplah oksigen makan jantung bekerja keras pam oksigen. Tapi tak cukup akhirnya jantung berdegup kencang, mata berpinar nak pitam. Ambil masa yang lama untuk jadi normal balik. Kadang-kadang tersilap posisi nak ambil barang yang jatuh atas lantai pun jantung boleh berdegup laju. Bila dah start tu memang saya akan duduk saja. Mood memang ke laut. Jangan ganggu. Cara saya duduk, dan ambil nafas sedalam-dalamnya bagi oksigen masuk ke dalam tubuh. Degupan akan berkurang sikit demi sedikit.

Bagaimana cara saya naikkan HB dengan Vitalea boleh cek DI SINI

Alhamdulillah dengan pengambilan Vitalea, HB saya makin naik sedikit demi sedikit. Orang lain kalau anemia sahaja dengan pil zat besi klinik pun HB akan naik elok tau.  Kalau kes macam saya ni mungkin ada yang serasi dan ada yang tak serasi. Lagi-lagi saya sakit gastrik. Bila makan semasa perut kosong Ya Allah sakit perut sangat-sangat. Makan masa perut beralas kurangkan serapan pula.

Setiap tablet Vitalea ni mengandungi 28 nutrisi harian lengkap iaitu 12 vitamin dan 7 mineral penting yang disarankan oleh RDA. Antaranya termasuklah Vitamin A, D, E, C, B1, B2, B3, B5, B6 dan B12, asid folik, biotin, kalsium, iodin, zat besi, magnesium, zink dan banyak lagi.


So, penting vitalea ini sebab membantu :-

  • Naikkan HB ibu hamil sebab mengandungi iron (zat besi) yang cukup untuk ibu yang mengalami masalah anemia.
  • Pengambilan multivitamin (Vitalea) yang lengkap penting dalam membekalkan vitamin dan     mineral kepada ibu dan seterusnya kepada anak dalam proses tumbesarannya
  • Tambah tenaga ibu
  •  Menjaga fungsi organ jantung, hati dan buah pinggang kerana kandungannya yang sangat seimbang
  • Pentiing untuk perkembangan baby sehingga lahir. Ibu anemia boleh amalkan terus untuk cukupkan nutrisi semasa penyusuan.


3. B-Complex



B-Complex Shaklee ini memang unik sebab ia lengkap dengan asid folik dan 8 kumpulan vitamin B. Apa yang saya perasan ketika consume B-complex ialah mood kita sangat baik sebab vitamin B berfungsi elakkan stress tau. Ia juga sangat membantu menangani simptom anemia.
Lengkap pula dengan asid folik yang mana penting untuk elak kecacatan janin dan spina bifida iaitu risiko kecacatan saraf pada bayi. 

Jangan terkejut kalau bila kita consume B-Complex air kencing kita berwarna kuning. Hehe. Tak ada apa-apa masalah. Just banyakkan minum air kosong. Lebihan tu dikumuhkan melalui urin kita.

B-Complex sangat penting tau sebab :-
  • Membantu melawan simptom dan punca kemurungan dan tekanan
  • Cegah simptom anemia ibu hamil
  • Membekalkan tenaga juga
  • Memelihara kulit, rambut, kuku dan oto yang sihat sekaligus membantu perkembangan baby
  • Pengambilan asid folik menunjukkan pengurangan risiko wanita melahirkan anak dengan kecacatan otak dan saraf tunjang.
  

4. Ostematrix



Paling best sebab hilangkan sembelit juga, lenguh-lenguh badan, sakit pinggang dan kurangkan kaki cramp ketika mengandung. Sangat-sangat membantu. Bangun pagi rasa segar tau. Banyak sangat manfaat ostematrix terutama kepada ibu mengandung, menyusu dan berpantang.  

Kalsium penting tau untuk tulang dan gigi kita. Penting sangat terutama untuk bina tulang dan gigi baby juga.

(letak gambar kandungan kalsium)

Ostematrix penting untuk ibu mengandung sebab :
  • Kurangkan risiko kehilangan gigi pada usia muda (ibu) sebab baby ambil kalsium kita maka kita tak cukup kalsium.
  • Membantu bayi bina tulang dan gigi yang kuat tanpa ganggu kalsium ibu
  • Menguatkan tulang ibu menampung janin yang makin membesar
  • Mengurangkan risiko pre-eklampsia( hipertensi atau senang cakap tekanan darah tinggi yang tidak terkawal)
  • Mengurangkan risiko osteoporosis
  • Mengurangkan komplikasi semasa meneran
  • Membantu menguatkan otot rahim juga
  • Elak kekejangan otot semasa mengandung



5. Vitamin C



Vitamin C ni sangat penting untuk meningkatkan kadar serapan zat besi bagi mengelak anemia berterusan.  Vitamin C ni kena makan sekali dengan Vitalea. Oh ya, Vitalea ni tak boleh dimakan bersama kopi, teh, susu, minuman berkola dan bercoklat. Walaubagaimanapun tetap kena ambil kalsium tapi jarakkan tempoh pengambilan dengan Vitalea+Vitamin C Shaklee. Barulah berkesan.

Ringkasnya khasiat vitamin C Shaklee termasuklah :

  •                Menyokong pembentukan sel darah merah
  •          Mengelakkan alergic dan eczema pada bayi
  •          Membantu meningkatkan penyerapan zat besi
  •          Menguatkan sistem imun tubuh
  •          Mengelakkan kulit kusam
  •          Elak gusi berdarah.




6. Omega Guard ( *Diambil semasa Trimester kedua dan ketiga sahaja)

Banyak kelebihan Omega Guard ni tau untuk ibu mengandung. Cuma ia dimakan selepas habis trimester pertama. Masuk bulan keempat baru boleh consume.

KENAPA TRIMESTER PERTAMA TAK AMBIL OMEGA GUARD?



Sebabnya ialah masa trimester pertama, suplemen asas macam asid folik, vitamin C, B-Complex, Vitalea, Ostematrix atau susu sangat diperlukan untuk pertumbuhan janin. Jadi tak disarankan pengambilan Omega Guard lagipun kandungannya iaitu minyak ikan salah satu fungsinya ialah mencairkan darah dibimbangi akan mengalami risiko keguguran. Namun, pengambilan minyak ikan yang kaya dengan DHA & EPA sangat penting untuk perkembangan otak dan pergerakan baby.
Suplemen Omega Guard Shaklee ini merupakan suplemen minyak ikan terbaik di dunia sebab bebas merkuri dan mempunyai kandungan DHA & EPA yang tinggi sesuai dengan keperluan tubuh badan kita.

Ringkasnya, Omega Guard ni penting untuk diambil sebab:-

  • Minyak ikan tulen dan terbaik sangat diperlukan dalam membantu tumbesaran dan pembentukan otak bayi dari peringkat awal.  
  • DHA yang terkandung dalam Omega Guard mempunyai nutrien utama untuk otak, sistem  saraf dan retina bayi
  • Dapat mengawal kolestrol ibu hamil
  • Membantu mengawal berat badan berlebihan
  • Meningkatkan sistem imun ibu juga di mana kesihatan ibu selalu berada dalam keadaan yang baik dan jarang  dijangkiti demam & selesema



Meh saya ringkaskan set mengandung untuk 1st trimester, 2nd trimester dan 3rd trimister

1ST TRIMESTER (KANDUNGAN 1-3 BULAN)
1. B-complex (asid folik)
2. Ostematrix
3. Vitamin C
4. Vitalea (bagi mereka yang mengalami anemia sangat sesuai)
5. ESP – untuk kuatkan Rahim
Nota : Bagi mereka yang tidak ada masalah ketika hamil, eloklah ambil set asas sahaja iaitu ESP, Ostematrix (kalsium) dan B-complex (asid folik lengkap)


2ND TRIMESTER DAN 3RD TRIMESTER ( KANDUNGAN 4-9 BULAN)
1. B-complex (asid folik)
2. Ostematrix
3. Vitamin C
4. Vitalea (bagi mereka yang mengalami anemia sangat sesuai.
5. ESP – untuk kuatkan Rahim
6. Tambah : Omega Guard (mengandungi DHA & EPA penting untuk pembentukan otak dan mata bayi

Ok, di sini saya senaraikan set yang mungkin bersesuaian dengan keperluan dan bajet anda.

Set 1                          : B-complex, ESP dan ostematrix        



      
Set 2                          : B-Complex, Ostematrix, Vitalea dan Vitamin C



Set 3 (Lengkap)     : B-Complex, ESP, Ostematrix, Vitalea, Vitamin C dan Omega Guard (Omega Guard untuk trimester 2&3 sahaja)






Yang bestnya produk Shaklee ni sebab tiada pewarna tiruan, perasa, pemanis, pengawet tambahan. Semuanya natural. SEMULAJADI. Itu yang kita mahu untuk diri kita dan terutama sekali baby yang bakal lahir ke dunia.

Kita nak kan yang terbaik untuk baby kita so kenalah berkorban sikit telan suplemen sebab ia akan membantu dalam perkembangan baby secara sihat dengan sokongan pola pemakanan, aktiviti harian dan gaya hidup sihat ibu itu sendiri. 

Kita hanya usaha tau, ikhtiar semampu kita dan Allah lah jua yang mengizinkan segala-galanya. Doa untuk anak sihat amalkan setiap hari. Tak kira di mana amalkan sahaja. Allah maha mendengar. Saya percaya dengan kuasa Allah sebab semasa anak dalam kandungan songsang dan ada masalah lain di luar kuasa kita, hanya Allah tempat mengadu dan meminta. Alhamdulillah Allah izinkan jua bersalin normal dan anak sihat. Terima kasih ya Allah. Semoga anak-anak membesar sihat sempuna sampai selamanya. Amin.

Untuk pertanyaan lanjut boleh lah hubungi saya melalui Whatsapp ok. Segala pertanyaan akan dilayan dengan baik dan saya akan guide cara makan secara ekslusif. Harga juga ekslusif untuk mereka yang ambil set-set hamil atau set lain daripada saya. Ok. TQ sudi membaca.

   Julia Shaklee @ mamapaparea
019-4101586
Founder of Rea Empire
FB: Mamapapa Rea
IG : Mamapaparea




Continue Reading

Sabtu, 18 Mac 2017

SOYA TERBAIK DAN SELAMAT UNTUK KELUARGA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat berhujung minggu semua…

Nak Tanya anda semua…

Dah pilih soya yang betul-betul baguih dak?





 Sebelum tu Kak Lea nak bagi keterangan ringkas berkenaan apa itu GMO dan non-GMO

GMO - Geneticly Modified Organism bermaksud tumbuh-tumbuhan atau tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan dengan teknik bioteknologi penggabungan gen.

1 proses pengambilan gen daripada 1 spesies dan kemudian memasukkannya ke dalam 1 spesies lain, tujuannya untuk menghasilkan suatu bentuk sifat atau ciri-ciri yang diingini.

Dalam proses ini, jurutera genetik selalu akan jumpa kesan-kesan sampingan yang tak diingini, antaranya

TUMBUHAN
>> menghasilkan toksin
>> bertindakbalas dengan keadaan cuaca yang berbeza
>> mengandungi sama ada terlalu banyak atau sedikit nutrient
>> tumbuhan berpenyakit atau rosak kemudian mati

BINATANG
>> ketumbuhan sel berpotensi pra-kanser
>> kerosakan system imunisasi
>> otak, hati dan teksikel lebih kecil
>> kemerosotan hati
>> bentuk sel nucleus yang ganjil
>> kehamilan palsu & kadar kematian yang lebih tinggi

MAKA, kena cari yang non-GMO. Dulu, Kak Lea tak perasan pun, asalkan soya teguk je sebab bermanfaat untuk jantung. Rupanya proses dibuat tak sama.

Dengan ESP ni, proses dia non-GMO iaitu bahannya tidak diubah secara genetic atau lebih senang faham, bahan makanan yang tidak dicampurkan dengan bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan anda.

 

Pilih yang terbaik untuk kesihatan anda tau. Meh order lekaih. COD Perlis Sahaja. Pos seluruh Malaysia.

Join Rea Empire Now.

Julia Shaklee
019-4101586
SID pilihan anda

Instagram @mamapaparea
Continue Reading

Jumaat, 17 Mac 2017

NASI AYAM SIMPLE MAMAPAPAREA PASTI SEDAP


Akhirnya siap juga resipi nasi ayam yang paling simple daripada hasil ayiaq (air) tangan saya. Saya ni jenis suka resipi yang simple dan mudah nak buat. Selalu la jugak saya masak nasi ayam ni sebab anak saya gemarkan nasi dan sup ayam, lebih2 lagi yang tersayang ketua family ni memang peminat tegar lauk ayam. Kalau buka je peti sejuk, tengok bahagian freezer, penuh stok ayam. Memang ayam la jadi menu utama setiap hari. Tapi lauk lain pun ada jugak, ikan, daging dan sayur2. Kalau hari-hari hadap ayam je, naik muak jugak,kan2.

Sebelum ini, memang saya tak berapa pandai dengan masakan semenanjung ni. Biasala Sabahan punya masakan memang berbeza sangat. Kalau nasi ayam ni, semua negeri lebih kurang nak sama ja, cuma gaya persembahan ja lain2. Tapi dah suami orang perlis, utara mai dia kata, semestinya la kena pandai masakan sini.

Saya selalu jugak belajar cara memasak masakan dari facebook, blog2 dan buku-buku masakan. Macam2 cara masakan dan ada juga yang banyak bahan nak digunakan.

Untuk entri kali ni, saya nak share cara yang paling simple yang saya selalu masak di rumah dengan citarasa saya sendiri dan ikut apa yang ada dalam peti sejuk. Hehehe…

NASI AYAM SIMPLE MAMAPAPAREA

** wah, sedap ni. Tengok je pun dah telan air liur kan. **
Kita yang tengah menaip ni pun telan air liur, hahaha…
Rasa tak sabar ja nak memasak.

Jom saya cerita Resipi Nasi Ayam Simple MamaPapaRea.

Untuk lebih mudah dan korang tak keliru mana satu korang nak mula.

Mula2 sekali korang rebus ayam dulu. Bila ayam dah masak, keluarkan dan tos sekejap dan kemudian terus perap. Barulah kita masak nasi dengan air rebusan ayam tadi (tambah air sikit kalau masak nasi banyak). Sambil tunggu nasi masak, baki dari air rebusan ayam tadi, korang boleh la buat sup. Tambahla apa2 bahan yang sepatutnya. Lepas tu, buatla sos sambal dan sos kicap. Barulah goreng ayam ataupun goreng ayam dulu baru buat sosnya. Siap. Nak lebih terperinci, rujuk kat bawah na. 

Step 1:

Merebus Ayam 

Bahan untuk rebus ayam:

1 inci halia
2 biji bawang putih
1 kiub knorr @ 1 sudu kecil perasa Pasti Sedap (perasa lain pun boleh guna)

1. Masukkan air, bawang putih dan halia (cukup sekadar korang nak makan).
2. Setelah mendidih, masukkan ayam (boleh potong sederhana atau tidak perlu potong).
3. Masukkan perasa.
4. Rebus ayam hingga masak sepenuhnya. 
5. Keluarkan ayam dan tos sekejap.

Step 2:

Perap Ayam

Selepas tos ayam tadi, masukan bahan2 perap pada ayam tu seperti di bawah.

Bahan Perap:

1-2 sudu kicap lemak manis @ manis (apa2 jenama kicap pun boleh).
1 sudu kicap cair
1 sudu sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan (nak bagi bau wangi, mmmmmmm)

1. Sapu rata bahan perap pada ayam yang siap tos tadi. 
2. Simpan di dalam bekas tertutup sebab nak elak dari dihinggap tetamu tak diundang, si lalat. Simpan dalam peti sejuk lagi baik. Tunggu beberapa minit atau sejam-2 jam lagi sedap sebab bahan perap tu masuk sepenuhnya dalam daging ayam.

Step 3:

Nasi 

Bahan untuk nasi ayam:

4 pot beras - basuh dan tos
1 helai daun salam
1-2 helai daun pandan
Minyak daripada lemak ayam (goreng lemak ayam sampai keluar minyak, kemudian keluarkan lemak ayam) atau guna minyak sedikit + planta 1 sudu besar
Bawang 2 ulas - tumbuk halus
Halia setengah inci - tumbuk halus

1. Tumis bawang dan halia guna minyak lemak tadi hingga wangi, masukkan daun salam, daun pandan.
2. Masukkan beras yang ditos tadi, goreng sampai sebati.
3. Masukkan 4 pot air ayam + sedikit air.
4. Masak atas dapur gas, dengan api sederhana. Bila dah jadi nasi (perlahankan lagi api, kecil je), gaul dan rasa sama ada dah masak atau masih ada yang keras. Jika ada yang keras, tuangkan sedikit air dan kacau rata.

Step 4:

Sup Ayam

Bahan untuk sup:

Lebihan sup rebusan ayam tadi
Daun bawang
Daun sup
Kiub sedikit
Garam
Tambah air lagi 

1. Tambah bahan untuk sup dan adjust bagi rasanya sedap. Ok.
2. Siap.


Step 5:

Goreng Ayam

1. Sebelum nak goreng sapukan dengan madu nanti ayam akan rasa manis sedikit, sedap tau.
2. Panaskan minyak. Minyak tu agak2 la letak sekadar ayam kita tu tenggelam. Goreng ayam sekejap saja, jangan lama sebab ayam dah masak cuma nak bagi garing luaran dia saja.
3. Siap, toskan minyak.

Step 6: 

Sos Sambal

Bahan untuk sos sambal:

3 biji  cili merah
1 sudu teh cuka
2 ulas bawang putih
1cm halia 
1-2 sudu gula ikut besar cili
1 sudu kecil garam
Air setengah cawan atau 2/3 cawan 
Campur sedikit air rebusan ayam tadi

1. Blend semua bahan.
2. Masak sehingga pekat (kalau cair juga, boleh letak tepung jagung - bancuh dengan air sejuk dulu baru tuang ke sos).
3. Rasa pedas, manis, sedikit rasa garam, masam sedikit cuka ok. Siap...

Step 7: 

Sos Kicap

Bahan untuk sos kicap:

2 sudu kicap pekat lemak manis
Sos tiram sedikit
Sedikit gula
Sedikit garam
Air sedikit
Boleh campur lebihan perapan ayam tadi

1. Campur kesemua bahan2 di atas dan masak sekejap saja atas dapur dengan api pelahan.

Step 8:

Bahan Hiasan

1. Salad
2. Hirisan timun
3. Hirisan tomato
** Memang simple yang amat **

Dah pun siap NASI AYAM SIMPLE MAMAPAPAREA, Pasti sedap, mmmmmmmm...
** Tengok tu tangan My Princess Nana **
Tak Sabar nak dia nak yam yam...

Ini koleksi yang sempat ambil gambar. Nasi ayam ni memang selalu sangat jadi menu sehari dalam seminggu. Hehehe...

Untuk lebih terperinci berkenaan resipi nasi ayam ni, klik entri di bawah ni. Nasi Ayam yang sebenar-benarnya lengkap. Fushh... Lagi Sedap....

NASI AYAM SPECIAL MAMAPAPAREA

CARIAN YANG BERKAITAN:
  • Nasi Ayam Simple
  • Nasi Ayam Mudah
  • Nasi Ayam Senang
  • Nasi Ayam Paling Senang
  • Nasi Ayam Goreng
  • Nasi Ayam Sedap
  • Nasi Ayam Yang Enak
  • Nasi Ayam Kegemaran
  • Nasi Ayam Special
  • Nasi Ayam Pasti Jadi
  • Nasi Ayam Mesti Sedap

Ok. Jumpa lagi...

By

MamaRea
Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...