Ahad, 10 Oktober 2021

KEBENARAN RENTAS NEGERI BERMULA ESOK 11 OKTOBER 2021


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Apa khabar hari ini. Semoga semuanya baik-baik sahaja. 

Hari ini ada khabar menggembirakan namun tetap selalu berjaga-jaga ok.  Alhamdulilah, kebenaran rentas negeri oleh kerajaan akan bermula esok 11 Oktober 2021 selaras dengan kadar vaksinasi tahap dewasa yang telah mencapai 90%.  InsyaAllah kalau kes semakin reda, kewangan semakin mencukupi, maka boleh Mamapaparea family balik ke Sabah menziarahi orang tua dan adik beradik yang ada di Sabah. Hehe. Terlalu rindu dengan kampung halaman tempat Mamarea dibesarkan dahulu. 




Ok, di sini saya selitkan beberapa point penting tentang SIDANG KHAS MEDIA PERDANA MENTERI pada pukul 3 petang tadi untuk rujukan ringkas buat pembaca setia Mamapaparea Blog.











Semoga kita semua sentiasa berjaga-jaga dan amalkan SOP di mana jua. Elakkan tempat yang sesak nah. Bye. 


Love,

MamaPapaRea

Continue Reading

Sabtu, 9 Oktober 2021

CARA ATAU PANDUAN KENALI JENIS KULIT

 CARA KENAL JENIS KULIT KITA




Sebelum ni kita dah tahu ada 5 jenis kulit kita kan.  Jadi, sekaran kita nak tahu macam mana nak kenal jenis kulit kita samada:-


  •  Normal
  •  Berminyak
  •  Kering
  •  Kombinasi
  •  Sensitif


Setiap daripada kita mempunyai jenis kulit berbeza dan ada keunikannya tersendiri.

Terdapat juga pengaruh lain membuatkan kulit kita berubah-ubah termasuk:-


  • Cuaca/Iklim (suhu), 
  •  Gaya hidup (stress dan lain-lain), 
  •  Keseimbangan hormon, 
  •  Kesan ubat-ubatan mahupun 
  •  Kesan daripada bahan produk yang kita guna. 
  •  Terdapat juga faktor lain seperti genetik dan sebagainya. 

So, macam mana nak kenal?

☝1st kena ada BLOATING PAPER atau kertas minyak. 

LANGKAH 1

Basuh muka dari sebarang kekotoran. Sebarang kekotoran maknanya dari segala jenis mekap, krim, pelembap, sunscreen atau apa saja.


LANGKAH 2

Tunggu sekitar 30 minit atau lebih dan jangan sentuh muka.


LANGKAH 3

Ambil 5 helai kertas minyak dan lekat pada dahi, kedua-dua pipi, hidung dan dagu. 


LANGKAH 4

Perhati elok-elok hasil dari lekatan kertas minyak tadi. 


HASIL


  • Jenis kulit normal -  Ada sikit atau tiada kesan minyak pada kertas.


  • Jenis kulit berminyak - Terdapat kesan minyak pada kertas sehingga nampak lutsinar. 


  • Jenis kulit kering – Kertas minyak bersih dan kering. Tiada langsung kesan minyak pada kertas minyak.


  • Jenis kulit kombinasi - Kertas berminyak pada dahi, dan hidung. Ada sedikit atau tiada kesan minyak pada pipi dan dagu. 


  •  Jenis kulit sensitif - Tak dapat dikesan melalui cara ini. Caranya hanya dengan buat PATCH TEST. Apa yang dimaksudkan dengan PATCH TEST ya? Patch test ni adalah kita uji sendiri kamdungan atau bahan sesuatu produk yang kita nak guna tu ke atas kulit kita samada sesuai atau tak sesuai. Contohnya kita sapu di kulit leher, kawasan rahang atau pergelangan tangan dengan sedikit sapuan, jika dalam beberapa tempoh masa naik radang contohnya bengkak, gatal-gatal atau kemerahan maksudnya tak sesuai lah tu ok. InsyaAllah akan dikongsi cara-cara patch test nanti ya. 

Opss...saya tak tahu bloating paper sis.Tak kenai la. Nak beli mana. Boleh p cari kat drugstore atau beli online nah, nah klik terus sini nah  kalau nak beli online

 => Beli bloating paper di sini (SHOPEE)


Tak tahu juga...??? boleh guna tisu ok. 


CARA 2 : MENGGUNAKAN TISU 


LANGKAH 1 

Ambil 5 helai tisu dan lekat tisu kat muka 5 bahagian muka tadi. 


HASIL


  • Jenis kulit normal -  Semua tisu melekat sekejap dan jatuh. 


  • Jenis kulit berminyak - Tisu semua lekat elok aih kat muka.


  • Jenis kulit kering – Semua tisu jatuh tak lekat2 dah tekan pun tak lekat juga.


  • Jenis kulit kombinasi - Dalam masa yang sama ada yang melekat/melekat seketika kemudian jatuh dan ada yang jatuh tak lekat langsung.

  •  Jenis kulit sensitif - Tak dapat dikesan melalui cara ini. Caranya hanya dengan buat PATCH TEST

So, apalagi jom try cek kulit masing-masing. Share jika bermanfaat ya😊

#SkincaretipsbyMamarea

Jangan lupa follow media sosial Mamapaparea ok. Terima kasih semuanya. 

INSTAGRAM MAMAPAPAREA => https://www.instagram.com/mamapaparea


FACEBOOK MAMAPAPAREA => 

http://facebook.com/mamapaparea


YOUTUBE CHANNEL MAMAPAPAREA => 

https://www.youtube.com/c/MamaPapaRea


Love, 

MamaRea 

Continue Reading

KENALI JENIS KULIT : 1001 TIPS SIHAT CANTIK MAMAREA


Macam mana nak tahu JENIS KULIT ?




Hai, assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Semoga semuanya sihat-sihat sahaja nah. 

Hari ini, kita masih pkp (MCO3.0) ( waktu entri ini ditulis) duduk rumah pun kulit buat masalah huhu maklumlah pola tidur pun dah ke laut. Ngam pula dengan tentera dalam umah buat aktiviti cergas dan cerdas, pdpr pula...maka bertambahlah kedutan mak-mak di rumah ni. Huhuhu. Tapi tak mengapalah, ujian hidup ini kita redha sajalah hehe.

Ok, hari ini Mamarea nak buat ringkasan tentang 5 jenis kulit kita. Walaupun orang dah lama share, sayapun nak jugalah share manatahu ada pembaca yang suka baca blog kami yang tak seberapa ini. 

Untuk masalah kulit memang kita kena hadaplah dan kena fahami apa kemahuan kulit kita ni. Kadang dah ikut betul produk yang disarankan dan dinasihatkan untuk masalah kulit kita, tapi tetap masalah kulit sendiri sukar diatasi. Kadang elok kadang tak elok adui tak faham kan..Hehe. Tapi saya percaya ianya berkait dengan pelbagai punca dan keadaan. Jadi kita kena sentiasa kenali punca atau sebab kenapa jerawat atau masalah kulit lain terjadi, barulah kita dapat kawal dan perbaiki dari hari ke hari. Umur dah meningkat ni pun masih hadapi benda sama dengan anak-anak muda sekarang. Untuk yang takde masalah kulit tu memang rezeki ampa. Syoknyaaa hehe. 


Oklah, jom masuk kepada point entri kali ini.


Ada 5 jenis kulit yang biasa kita jumpa ye iaitu NORMAL, KOMBINASI, KERING, BERMINYAK dan SENSITIF.


1. NORMAL

- Sedikit pori terbuka pada bahagian Zon-T, jarang sekali alami breakouts. 

- Tak terlalu berminyak/kering


2. KOMBINASI

- berminyak dan kering pada masa yg sama pada bahagian tertentu. Biasanya berminyak di bahagian Zon-T iaitu dahi, hidung dan dagu tapi kering di bahagian pipi. 


3. KERING 

-  Kering dan tiada kilatan.

-  Saiz pori sangat kecil dan tidak kelihatan. 

- Mudah gatal/mengelupas/iritasi/kemerahan jika terlalu kering disebabkan cuaca sejuk dan faktor tertentu. 

- Lagi kering seiring bertambahnya usia apatahlagi selepas menopaus. 


4. BERMINYAK 

- Liang pori kelihatan. 

- Kulit berkilat saja tak kira masa. Pori terbuka dan mudah terjadi jerawat.

- Boleh berubah ikut cuaca dan hormon tubuh badan.


It's meeeee. Pori besar kawah, berminyak boleh mendadar telur. Hehehe. 


5. SENSITIF


- Kulit mudah naik ruam dan iritasi bila pakai produk yang kulit tak nak terima.

- Hanya anda yang kenal tahap mana sensitif kulit anda (mungkin alergik, eczema, atau alah pada bahan tertentu dalam produk yang anda pakai) 

- Kena betul2 peka untuk untuk kulit sensitif.



So, korang jenis kulit macam mana? Please tell me here, kita kongsi ya. Korang solve macam mana? Kadang Mamarea suka baca page-page yang bincang pasal tips skincare. Dekat IG, FB, TIKTOK, TWEETER ramai beautician yang rajin share tips kan. Mamarea takde follower sangat hehe, cuma apa yang saya tahu saya kongsi k...Huhuuu. 


Next insyaAllah saya bagitau cara nak tau kulit kita jenis macam mana. Lagu manaaa nak tau dia ni. Sat berkilat, sat macam keringgg semacam, sat naik ruam campur berkilat. Aduh pening lah mana satu.. Penting rujuk jenis kulit dulu sebelum pening-pening masalah bercampur baur. Baru kita boleh tau cara nak perbaiki dan sihatkan kulit kita ok. 


p/s : Kesihatan dalaman membantu juga untuk kita merawat kulit secepatnya. Contohnya Vitamin C dan Vitamin E ikut keperluan tubuh. 

#skincaretipsbyMamarea

JEMPUT FOLLOW : 

Terima Kasih banyak sudi membaca, 

MamaRea

Continue Reading

Isnin, 4 Oktober 2021

RESIPI SAMBAL BELACAN PALING SIMPLE DAN SEDAP MAMAPAPAREA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Ini entri kedua hari ini. Banyak sangat entri yang tidak dipublish jadi hari ini, saya siapkan yang mana mampu hehehe. 

Kebetulan tengahari tadi makan nasi buat sambal belacan sebab belacan yang diberi oleh abang ipar warnanya merah, bersih dan sangatlah sedap. Nanti kalau habis nak cari belacan macam tu juga sebab sedapppp yang amat. Korang suka belacan yang macam mana ye? Hehe, bolehlah share di komen supaya kita boleh berkongsi minat dan citarasa, ok. 

Ok, hari ini saya masak ni untuk makan tengahari. Kalau ada sambal belacan, nasi laju je makan kan. Hehe. 




Jom layan resipi sambal belacan paling simple dari Mamarea tumbuk-tumbuk je siap. Resipi ni untuk dua orang makan ok. Kalau nak buat banyak, boleh tambah apa yang patut ok. 


Bahan-bahan :

1 biji bawang merah*

2 biji cili merah besar*

3 biji cili merah kecil (kalau takde boleh ganti 5 biji cili hijau@melaka)*

1 inci belacan merah (bakar boleh tak bakar pun boleh)*

1 biji limau kasturi@ limau nipis ( perah setengah sahaja)

1 sb Gula (atau ikut citarasa)

1 st Garam (atau ikut citarasa)

Perasa jika mahu ( saya tak letak)


Cara menyediakan: 

1. Tumbuk bahan bertanda * ikut citarasa ( tumbuk kasar atau sederhana )

2. Masukkan gula dan garam dan perasa. Rasa dan tambah mana tak cukup. 

3. Masukkan perahan limau. Siap untuk dihidang.


Taraa, dah siap. 



SELAMAT MENCUBA !


Love,

Mamarea







Continue Reading

RESIPI NASI TOMATO SIMPLE TAPI SEDAP

Hai assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Semoga hari ini baik-baik saja. Alhamdulillah hari ini rajin sikit update resipi. Resipi ni lama dah simpan kat Instagram tapi lupa simpan dalam blog ni untuk rujukan bila teringin nak makan nasi tomato. Hehe.

Saya masak simple dan biasanya ikut selera sendiri, kalau rasa sedap maka saya akan simpan resipi tu hehe. Kalau kalian nak cuba, boleh adjust ikut citarasa masing-masing ok. Ada tiga bahagian dalam menyediakan nasi tomato iaitu memasak nasi tomato, lauk ayam masak merah dan acar timun nenas. 

Tanpa membuang masa jom tengok bahan-bahan dan cara menyediakannya. 


1. Nasi Tomato

- 5 pot beras basuh dan tos

Bahan tumis

  • 4 sekawan
  • Daun salam / bay leave (kalau ada)
  • 1 1/2 sb tomato puree (apa-apa jenama saya pakai kimball)
  • 1 sudu besar susu pekat manis (kalau tak nak boleh guna susu cair 1 cawan)
  • Daun pandan (gunting / koyak dan ikat)
  • 1 sudu kecil garam 
  • 1/2 kiub knorr atau apa pun perasa 
  • 1 biji tomato potong dadu/blend
  • 1/2 bawang holland hiris
  • 2cm halia dan 2-3 bawang putih (tumbuk)
  • 1 1/2 sb mentega @ minyak sapi 

Caranya :

1. Cairkan mentega/minyak sapi, yang ni saya guna mentega ya. Campur sedikit minyak, masukkan 4 sekawan dan daun salam. Tumis bawang halia dan bawang putih.

2. Masukkan tomato puree dan tomato yg didadu. 

3. Masukkan daun pandan. Gaul kejap.

4. Masukkan susu pekat atau susu cair saya guna susu pekat 1 sudu saja.

5. Masukkan beras yg ditos. Gaul kejap. Masukkan dalam ricecooker. Masuk garam dan kiub. Gaul rata. 

6. Tunggu hingga masak..Jangan lupa gembur bagi sekata. Masak mcm nasi biasa cuma kurangkan sedikir air drp biasa. Tapi kalau nasi putih kita selalu masak ngam2 saja tak lembik dan tak keras. So ikut saja sukatan biasa kita guna ok.


2. Ayam Masak Merah 

  • 1 sb tomato puree
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb sos cili
  • Gula + gula melaka
  • Garam 
  • Blend : 1 biji tomato, cili kering 21 tangkai (rebus dan kisar), 1 biji bwg holland, 1 bwg merah sederhana besar, 4 ulas bwg putih, 2cm halia.
  • 10 ketui ayam potong sederhana

Caranya :

1. Ayam letak garam dan kunyit, goreng setengah masak.

2. Minyak lebih buang tinggalkan ngam2 untuk nak buat ayam masak merah tomato. 

3. Tumis bahan kisar dan tomato puree. Masukkan sos tiram, sos cili, gula dan garam. 

4. Masukkan secawan air. Tunggu hingga mendidih dan kurang airnya. Masukkan ayam kacau sebati dan biar sampai pecah minyak. Api sederhana jangan sampai hangit

5. Bila dah pecah minyak boleh buh bawang holland dgn tomato pun boleh. 


3. Acar Timun Nanas

  • 1 biji Nanas saiz kecil (hiris nipis)
  • 1 biji Timun (garpukan kulit, belah dua dan hiris nipis)
  • 1 cili merah ,hiris
  • 2-3 bwg merah hiris
  • Sedikit cuka
  • Gula 
  • Garam

Caranya :

1. Hiris semua dan satukan dalam bekas makanan.

2. Masukkan garam, gula dan cuka. Gaul sebati. Tak perlu campur air. Sejukkan dalam peti ais. 


ok dah siap. Gambar dari Instagram saya hehe. Kalau sudi, sila follow IG, FB kami dan Youtube kami juga nah. 


Nasi Tomato dengan Ayam Masak Merah dan Acar Timun by Mamapaparea.

SELAMAT MENCUBA 


Love, 

MamaRea





Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...