Friday, 6 November 2015

CARA MINUM ESP SHAKLEE


Assalamualaikum semua,

Sebelum ni dah cerita tentang pengalaman saya minum ESP ini dalam seminggu lebih macam tu. Tapi saya dah jatuh cinta. Nak tahu kenapa terus jatuh cinta? Boleh klik SINI

Jadi, nak cerita cara minum ESP Shaklee dengan betul pula k. Mudah ja. Masa mula-mula tu, tak berapa tahu tekstur serbuk soya dalam canister ESP tu kan. Tetapi dah terbayang macam susu tepung. Jawapannya, sama tapi tak serupa. Hehe.Bila bancuh kena guna shaker atau apa-apa sahaja bekas air berpenutup. Sebab nak kena shake it, shake it..shake it..sambil goyang badan ciket..boleh...a’ah tak boleh..hehehe..Sebab apa nak kena shake shake shake, untuk melarutkan serbuk ESP tadi agar tidak berketul-ketul.

Tapi sebelum itu, saya nak cerita serba sedikit tentang sebab ESP Shaklee menjadi salah satu produk paling laku dan disukai ramai. Antaranya kerana ;

1) ESP membantu jadikan kita awet muda, kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri.
2) ESP membantu menghilangkan parut jerawat yang disebabkan kekurangan protein untuk membentuk sel baru yang sihat bagi menggantikan sel mati
2) ESP membantu menganjalkan semula payudara yang kendur dan mengembalikan kecantikkan payudara anda
3) ESP memberi tenaga, menjadikan tubuh badan lebih cergas dan bertenaga
4) ESP sebagai milk booster(bantu cepatkan penghasilan susu badan yang lebih pekat) bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Lebih kebaboom diambil bersama Alfalfa Complex Shaklee.
5) ESP bantu perkembangan fetus yang sihat bagi ibu-ibu mengandung.
6) ESP bantu tingkatkan kesuburan rahim.
7) ESP membantu dalam pengurusan berat badan kerana cepat kenyang dan tahan lebih lama. Bagus untuk gastrik seperti saya.
8) ESP berkesan mengurangkan ekzema dan masalah kulit

Tips bancuh ESP

1 bancuhan sama dengan 3 sudu besar/ 3 skop dengan segelas air sejuk/suam. Air panas dan air berkafein tak boleh k, nanti nutrisinya terjejas.

Tapi untuk saya, saya ambil 1 sudu besar/skop campur dengan apa-apa campuran sesuai yang saya dah cuba setakat ini dan diambil pada awal pagi (sarapan) sebab saya gastrik tak boleh silap pilih makanan sarapan. Kalau sarapan dah silap, memang sepanjang hari tu lah perut sakit macam ada ribut taufan di dalam. So, sebab itu saya ambil jalan mudah saya mulakan hari saya dengan ESP Shaklee yang terbaik ni. Lagi satu sebelum makan tengahari/malam. Tak boleh ambil lebih daripada 3 skop kerana akan membebankan fungsi ginjal. So, nak senang buat macam saya.
Antara resipi yang saya selalu buat adalah seperti berikut:

1. 1 skop ESP + air suam

2. 1 skop ESP + milo

3. 1 skop ESP + Sunquick



4. 1 skop ESP + Susu Dutch Lady Strawberry


5. 1 skop ESP + Susu Dutch Lady Coklat



Tak sempat beli yang susu punya.hehe. Sedangkan favourite sebenarnya susu Dutch Lady Fresh Milk


Antara resipi lain yang boleh dicuba dan saya pun nak cuba nanti..adalah seperti berikut:


ESP + Horlicks/ Horlicks 3 in 1

ESP + Nestle Bliss




ESP + Susu Dutch Lady Milk

ESP + Nesvita 3 in 1

ESP + susu tepung + buah-buahan segar

ESP + Ribena

ESP + Meashake/Performance Drink/Cinch Shake



Banyak lagi resipi anda boleh cuba asalkan sesuai digabungkan dengan nutrisi ESP okey. Tapi sekarang untuk optimumkan fungsi ESP, saya lebih suka ESP + air suam sahaja. Mula-mula sahaja rasa pelik, lepaih lepaih tu..tak rasa pelik dah. I just love shaklee. ESP sangat sesuai dengan keperluan kesihatan tubuh saya. Alhamdulillah, dengan izin Allah saya jarang demam dan selesema walaupun cuaca tidak menentu. Cubalah makan vitamin organik bagi mengekalkan dan menambah baik kesihatan anda. Tak salah mencuba.hehe.



Julia Sia
019-4101586

ESP SHAKLEE YANG SUPER HOT..SAYA JATUH CINTA LAGI

Assalamualaikum semua..

Cerita pasal ESP yang hot ni..tang mana hotnya..ek..
Saja, nak ajak anda semua jatuh cinta dengan ESP yang super hot ni macam saya.
Baru sahaja saya consume mungkin tak sampai seminggu..First time cuba..yakkk..macam makan serbuk soya, siapa tumbuk kacang soya ni..hehehe..mula-mula ja aiiii...tak lama. Bagi yang tak suka bau soya boleh je campur dengan sunquick ke, milo, horlick, anda tak akan rasa lagi soya tu. Tetapi, bila dah 2-3 hari, macam dah tak ada apa...minum dengan air suam saja pun dah ok. Sedap pula dah..sebab apa sedap..sebab khasiat dia.
Mula-mula tadi kan, macam pelik je rasanya, lama-lama tak pelik. Lama-lama suka...Sebab, ESP tolong saya.


Kenapa saya jatuh cinta pula dah dengan ESP ni?...
Saya ada gastrik yang teruk. Teruknya alahai sampai tak boleh silap sikit makan. Sat lagi kembung, senak, pedih ulu hati, cirit, sembelit, sakit kepala, sesak nafas, menggeletar..tekanan darah tak stabil..semua berpunca dari gastrik. Gastrik ada dari kecil, selalu skip makan masa tunggu kelas tambahan dulu ni. Tak ada duit woo nak beli makan. Cerita lama. So, sekarang bila saya silap makan pagi @ terskip sarapan pagi @ terlambat makan sikit @ makan banyak asam@asid @ makan terlalu pedas @ makan banyak rempah @ makanan berminyak @ makan/minum sejuk @ makan/minum terlalu panas @ makan terlebih masin/manis/perasa..automatik akan sakit. Kadang-kadang dah elok-elok makan pun tetap sakit. Saya nak buat macam mana?? Tak payah makanlah..eh..takkan kot.hehe.Jadi tibai je nak makan apa asal perut kenyang. Kalau dah terlampau sakit kan, saya ngap halia...bagi keluar angin, biar pahit pedesss asal hilang sakit perut, ok jugalah. Lagi satu awat yang suka makanan yang tak boleh makan. Salah satu simptom gastrik adalah loya. Asyik loya, Jadi, bila makan ia lebih suka kepada makanan yang masam sikit, pedas sikit, sambal belacan tu salah satu favourite la itu...ko ni bah. Sambal belacan pun mo juga. Yala. ko kenapa kan. Next..hehe
Awat tak makan ubat? ang ni pun...Ibu-ibu, bapa-bapa, kakak-kakak, abe-abe weiiii..minum/kemam ubat gastrik dulu ni dah terlalu banyak. Sebab takut efek sampingan, sanggup tahan sakit je. Tahan lapar pun sakit apalagi sakit gastrik..aduh. Rambut asyik gugur bila makan banyak sangat ubatan kimia. Kalau dah rambut gugur tu ada yang tak kena la tu dalam kepala..otak dak..otak masih waras. hehe..
Jadi, PENGALAMAN SAYA CONSUME ESP YANG HOT NI, yang dulu saya rasa..mak aii, ape yang hebat sangat dengan ESP ni..ESP SHAKLEE ni..Kini, barulah ku tahu..gituuuu..Saya buat macam mana. Awal pagi bangun, minum ESP dulu, mula-mula tu sebab rasa dia macam pelik jee..macam tak sedap jee...saya minum ESP+Sunquick, ESP+Milo, tapi lama-lama dah biasa, minum dengan air suam lagi bagus..hehe..So, sarapan completed. Kenapa complete? sebab 1 hidangan ESP (3 sudu besar dibancuh dengan segelas air sejuk/suam) bersamaan dengan 2x hidangan daging, 4x hidangan telur dan 12x hidangan susu sebab itu bila minum ESP ni, rasa kenyang lama, jadi bolehlah manage berat badan. Nak kuruih ka, nak berisi sikit ka, cubby sikit ka..mana-mana pun boleh, tapi ada caranya. Dah beli baru bagitahu.Heeeee


So, saya ajak minum bukan sebarang ajak, sebab saya dah rasa kesannya. Nak ajak lah semua rasa kebaikan ESP ni. Bukan soya biasa tau sebab soya yang digunakan adalah non-GMO (non-Genetically Modified Organism) jadi bila tak diubahsuai, tak ditambah gen lain maka eloklah soya tu, tak de bahan toksik yang terhasil. Untuk menjimatkan kos biasanya banyak syarikat yang hasilkan soya secara genetik dan tanpa disedari ianya mempunyai toksik. Lagi pula, soya dicuci dengan menggunakan air dan bukan alkohol bagi mengekalkan tahap isoflavones yang berfungsi untuk kurangkan risiko kanser. Bila cuci dengan alkohol, memang cepat dan jimat kos, TETAPI, alkohol akan memusnahkan kandungan isoflavones tu la kan..Rugi je makan soya kalau nutrisinya dah musnahkan..kan..kan..kan…Hati-hati pilih soya na…
Lagi satu, ia diproses dengan suhu yang rendah bagi memastikan setiap khasiat yang ada tidak musnah sama sekali kerana suhu yang tinggi. Contoh sayur-sayuran, banyak vitamin C, tapi bila kita masak dengan suhu tinggi, kuranglah khasiatnya. Tu yang saya pesan top up sikit dengan vitamin organik.
ESP menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita sendiri. Setakat ini, tiada produk lain mampu menandingi nutrisi yang disediakan oleh produk ini. Anda tahu tak sebelum ni? Samalah saya pun tak tahu, itu yang saya cari info dulu, baru saya nak minum ESP.
Paling penting juga, soya itu mesti ditambah dengan kalsium. Serbuk soya mengikut kajian bersifat asid yang boleh menyebabkan kerapuhan tulang..Maka, kalsium yang mencukupi ditambah ke dalam serbuk soya ESP ini bagi meneutralkan balik asid dalam soya tu. Terdapat serbuk soya di pasaran tidak ditambah dengan unsur kalsium. So, sekali lagi hati-hati pilih serbuk/minuman soya na..Jangan anggap oo, soya baik untuk jantung, terus beli dan consume tanpa kenal pasti kandungannya. Nanti kesihatan kita terjejas okey.
Itu saja saya mengomel untuk hari ni. Banyak khasiat lagi ESP ni. Jika taip ESP SHAKLEE sahaja kat google, banyak sangat info kebaikan tentangnya. Setakat ini, melalui pengalaman saya, itu sahaja yang saya kongsikan pada anda semua. Nanti, kalau ada perkembangan lain saya share dengan anda semua. Okey.

P/S : Jangan lupa order k, sms/whasapp saya na..

Julia Sia

019-4101586

Tuesday, 3 November 2015

CARA MENGATASI JERAWAT DENGAN BERKESAN DAN SELAMAT : CETAPHIL

Assalamualaikum semua..apa khabar?

Cerita tentang jerawat ni memang dah lama berkampung dalam draf, tetapi selalu tak berkesempatan untuk edit bagi tatapan umum yang nak info serba sedikit pasal cara mengatasi jerawat dengan berkesan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya sendiri. Okey. Kita cerita dari mula-mula na..

Bermulanya bagaimana aku mengenalmu...CETAPHIL

Dulu saya memang tak percaya pada mana-mana pihak yang beritahu skincare itu..skincare ini...tak elok untuk kulit...ada banyak bahan kimia misalnya merkuri dan hidrokuinon yang paling famous digunakan dalam bahan kosmetik. Dalam hati.."yola tuuu...mentang-mentang muka dia flawless bak telur rebus dikopek..mesti tak nak tengok muka saya ni plowlesss cam diaaa,” dalam hati je la masa tu. Dah kena baru tahu.hehehe

So, lama juga bertahan dari tak beli produk tu..then, terrrrrrbeli jgk...(ye..salah saya L)...nak santek sangat kan!!!...Itupun balik-balik baca testimoni yang muka bermacam-macam masalah akhirnya jadi indah dan cantik, menarik, tertarik kau memang the boom...sebenarnya masalah jerawat saya menjadi-jadi sejak study dulu sebab perubahan cuaca yang mendadak, dulu duk hutan tukar tepi laut, berjaga kadang 24 jam siapkan assignment, stress dan kesilapan terbesar saya adalah tidak suka minum air masak atau air putih. Minum pun sekadar hilangkan dahaga. Tetapi selepas habis belajar, masalah jerawat semakin berkurangan sehinggalah sudah kahwin. Malangnya masalah kulit muka menjadi-jadi semasa mengandung anak pertama. Kulit kusam, tompok-tompok hitam dan jerawat bernanah di wajah. Maka selepas bersalin dan anak tidak menyusu lagi, saya pun decided nak cuba skincare pemes tu. Beli dengan puas hati, sebab layanan penjual online pun so kebaboom...melihat wajahnya jugak  flawless, i think, i'm right..dalam hati kata..tak lama lagi muka saya jadi halus mulus, berseri, pipi pinkish dan tak payah pakai mekap lagi..

Dengan keyakinan tinggi terhadap produk tu, hari pertama penggunaan mmg sangat berdisiplin, ikut je arahan dalam kertas yang disediakan dalam tu. Penggunaan 1-2 hari dah nampak perbezaan, muka mula mengelupas sikit demi sikit, tetapi stiap kali cuci muka, pakai toner..adoiii pedihnye buka kepalang, macam kena cabai wooo..tak pela...berpegang pada prinsip..beauty is painnnnn..memang painnn la sangat..tapi bersabarlah saja kan, sebab rata-rata testimoni produk tu bagitahu benda yang sama..1minggu dah nampak beza..wajah makin bersih dan kulit semakin cerah..2 minggu lagi bersih dan lagi cerah, 3 minggu lagi la bersih..saya ikut pantang, tak boleh pakai mekap dalam sebulan..tapi kejap je pantangnye...tetap pakai jugak keluar sb nampak pale..hehe..

Tak sampai sebulan, wajah memang flawlessss gitcuuuu...semua orang perasan, suami pun perasan pori-pori dah mengecil, tak nampak langsung, tak ada blackhead, whitehead segala-galanya dah cerah berseri..tang mukee je la...so, i'm very happy..sebab suami puji..hehe...2 bulan, 3 bulan..skincare dah nak habis..so, fikir-fikir balik harganya yang mahal macam tak de bajet saja nak maintain..Kebetulan ternampak kawan pakai  skincare yang sama function macam skincare tadi, cuma harganya jauh lebih rendah, berlipat-lipat kali ganda lebih murah..jadi, saya pun, buat keputusan beli saja yang murah. Yela..ramai dah berjaya dapat kulit cantik, saya pun nak jugak....hehe. Masa tu sangat lemah dari segi ilmu pengetahuan tentang kesihatan kulit, main hentam je pakai apa asalkan masalah kulit cepat selesai. Tak fikir pun kesan jangka panjang terhadap kesihatan kulit wajah dan tubuh badan.

Dah beli 1 set, terus pakai sama macam skincare sebelum ini yang saya pakai..okey, 1 minggu 2 minggu..macam takde kesan je..cuma kekalkan keadaan wajah saya..makin cerah tidak, makin kusam ada...saya guna dan patuh arahan, tak payah pakai mekap sepanjang penggunaan, guna krim siang je yang ada dalam set tu sebab katanya dah siap sunblock..so, dengan bangganya, walau matahari memancar tika pergi pasar tani ka naik moto (jimat..hehe), pergi mana-mana hanya pakai krim tu, tak pakai sunblock, tak pakai bb cream seperti sebelum ni..kulit makin lama makin kusam, pigmentasi makin terang (pigmentasi dah start masa mengandungkan anak pertama tapi pudar selepas penggunaan skincare mula-mula tadi, yang mahal), saya dah gelabah..kelupuq dah..dan serta merta stop..sebab saya paling tak suka ada pigmentasi.macam peta di muka. NOOOO....buruk kakak-kakak abe-abe weiiii...

Bila dah stop, muka dah naik kusam, jerawat dah start naik semula sikit demi sikit. Kemudian saya pun start "menggoogle" untuk info tentang skincare yang sudah utuh di Malaysia sebab menggunakan bahan-bahan halal dalam produknya. Jadi, saya anggap bila tak ada bahan kimia, mungkin keadaan kulit saya akan lebih baik. Saya beli satu set, semua ada, pencuci muka, pelembap siang dengan SPF, pelembap malam, krim kecantikan, bb cream dan serum. Seminggu pemakaian muka saya semakin cerah tetapi lagi oily . Wajah saya memang jenis sensitif dan berminyak. Memang sangat berminyak. Tak pernah lah tak berminyak. Tak tahu dah nak hilangkan macam mana. Tetapi itulah jenis kulit saya, saya kena terima dan kena pandai handle jenis kulit macam ni. Saya pakai dengan teratur dan berdisiplin, tetapi jerawat saya makin teruk, tak dapat sertakan gambar kerana tak ambil gambar pun masa tu. Jerawat di bahagian dagu bernanah dan pedih, di rahang lagilah teruk penuh. Malunye nak keluar, tapi keluar juga bila nak beli barang keperluan dapur, keperluan anak..tapi terpaksa pakai mekap..Nasib baiklah kat pipi tak naik jerawat tapi nak tutup pigmentasi yang makin teruk, hmmm..susahnyeeee...saya down, tersangatlah down. Give up dah nak cari skincare untuk pulihkan balik. Ada yang sesuai, sesuai, ada yang tak sesuai, tak sesuai..terpulang kepada kulit muka masing-masing kan...

Saya teruskan juga pakai set yang baru beli, tapi pakai macam tu je,tak ada apa-apa perubahan pun cuma semakin cerah sajalah. Jerawat tetapi naik..naik..naik macam cendawan tumbuh lepas hujan. Bernanah tu yang tak tahan sebab rasa nyut nyut nyut..bila dah pecah, basuh muka pedihlah pula.sabar sajalah..ni bahagian saya, jenis berjerawat..huhuhu

Dalam keadaan yang down, stress...saya tetap “menggoogle”..(thanks google tempat bertanya itu ini), cari, korek, semua pasal jerawat dan cara menghilangkan jerawat, makanan yang perlu dielak untuk wajah berjerawat, berminyak, semua saya cari, tiap-tiap malam selepas anak tidur, cari, baca..baca..dan gali, gali..gali..sampailah saya search tentang pencuci muka untuk jerawat. Saya tak ingat blog mana satu tetapi terlalu banyak blog yang baik hati share pasal cara mengatasi jerawat dengan berkesan. Akhirnya saya terbaca tentang cetaphil yang banyak respon positif mengenainya. CETAPHIL..nama pun sudah unik. Berminggu-minggu jugalah study pasal jerawat, punca jerawat, ubat jerawat dan sebagainya yang berkaitan dengan jerawat. Saya ikut rejimen yang disarankan oleh blogger yang berjaya menyelesaikan masalah mereka.

Banyak info yang saya dapat tentang jerawat, jadi saya pun dah bersedia mencuba Cetaphil. Fikir banyak kali juga sebab macam mana dengan set skincare yang saya beru beli tu. Lama juga berbincang dengan suami tentang cara penyelesaian masalah saya ni. Yela, dah baru tukar, nak tukar lagi...tak ke dia marah.hehehe..Akhirnya saya beli juga pencuci muka CETAPHIL Gentle Skin Cleanser. Pencuci muka sahaja mula-mula.

Mula-mula pakai alamak, ape ni..macam lotion tak ada buih langsung..bila rub kat wajah..lembut saja. Perasaan tu macam pelik, sebab bersihkah pakai pencuci muka ni. Betul apa orang lain cakap, macam tak puas cuci muka, tetapi kali ini saya sudah nekad untuk bersabar sahaja. Seminggu wajah saya rasa selesa..tak pedih, tak gatal. Jerawat mulai mengecut. Seterusnya, ubat jerawat saya beli. Untuk permulaan saya beli Benzoyl Peroxide 5%, tetapi setelah habis saya pakai Ubat Jerawat TIDACT (sekarang) yang boleh didapati di farmasi. Saya ikut aturan begini untuk menyelesaikan masalah kulit wajah saya.



Cetaphil pertama yang saya beli tahun lepas. Special tentang pencuci muka ini kerana ia non-comedogenic dan fragrance free serta sering disarankan oleh pakar kulit untuk mengatasi jerawat


Pelembap saya mula-mula



Bantu pudarkan pigmentasi


Gel jerawat


Sunblock pertama saya guna tahun lepas juga non-comedogenic (itu yang penting)..hehe


REJIM PENJAGAAN MUKA SAYA SETIAP HARI

Pagi:
1.      Cuci muka - CETAPHIL GENTLE CLEANSER
2.      Pakai pelembap (penting pakai pelembap) - CETAPHIL dan ORGANIC AID VIT E
3.      Pakai krim/gel jerawat - BENZAC AC 5%
4.      Pakai sunblock - CETAPHIL kemudian sekarang ganti NEUTROGENA SUNBLOCK

Petang @ Malam :
1.      Cuci muka - CETAPHIL GENTLE CLEANSER
2.   Pakai krim pigmentasi - MELAQUIN beli kat farmasi (Pemakaian disarankan tidak lebih daripada 6 bulan, bila dah hilang atau pudar terus stop, kerana kandungan hidrokuinon 4% untuk rawat pigmentasi yang dibenarkan oleh farmasi)
3.      Pakai krim/gel jerawat - BENZAC AC 5% (Sapu pada bahagian berjerawat sahaja sedikit bila jerawat dah tiada tak perlu pakai)


Apabila kita pakai mekap semasa keluar, jangan lupa tanggalkan mekap dengan makeup remover yang yang tidak mengandungi alkohol, wangian dan pengawet kerana boleh memburukkan lagi keadaan kulit. Cuci muka hanya dua kali sehari, tapi time nak solat tu, kalo rasa masih tak bersih, cuci dengan pencuci muka, kalo tak pakai apa-apa, cuci macam tu saja.Oleh kerana dia gentle, boleh lah cuci beberapa kali tapi lepas solat pakailah pelembap semula okey..Lain kali saya cerita kenapa pelembap dan sunblock sangat penting walaupun kulit berminyak. InsyaAllah.



Tengoklah berapa banyak dah guna, ada lagi yang dah buang..hehe (nak jimat beli time promosi kat watson/guardian)


Bertukar kepada pencuci muka NEUTROGENA secara kebetulan. Yang penting, dia seakan-akan Cetaphil kerana tidak menyumbat pori dan hypo-allergenic formula. Paling penting dalam pemilihan pencuci muka untuk kulit sensitif dan berminyak/berjerawat ialah pencuci muka yang non-comedigenic

Bila keadaan kulit kita semakin baik, bolehlah tukar kepada pencuci muka yang berbuih tetapi gentle atau mild cleanser sahaja untuk kulit sensitif dan berminyak macam saya. Sekarang, dua minggu lepas saya telah menukar pencuci muka kepada NEUTROGENA Pure Mild Cleanser. Guna sikit sahaja dan gosok tapak tangan sampai berbuih dan sapu kat muka perlahan-lahan kemudian bilas bersih-bersih. Kulit lebih lembut. Alhamdulillah jerawat memang dah banyak surut jika dibandingkan dengan dulu kecuali time nak period lah kan.hehe...Ini pun secara kebetulan sahaja beranikan diri tukar pencuci muka sebab Cetaphil Gentle Skin Cleanser habis time cari kat Watson dan Guardian Kangar, yang tinggal Oily Skin Cleanser. Nak cuba juga tapi mahal. Tengah gawat time tu tapi nak kena pakai pencuci muka sebab kat rumah dah habis.


Yang ni adalah gambar sebelum pakai CETAPHIL tahun lepas dan sekarang. Kedua-dua gambar saya pakai BB Cream, tetapi berbeza kerana tak dapat cover cela langsung dulu. Gambar yang lagi banyak jerawat kat dagu sebelum tu tak sempat ambil, sebab muka tak elok, malu nak ambil gambar hehehe..Banyak tompok hitam, pigmentasi dan bekas jerawat kan. Jerawat bernanah tepi rahang tak nampak. Sekarang oklah sikit kan walaupun tak dapat kulit halus mulus macam dulu-dulu. Alhamdulillah. 

Sekarang bila dah kenal SHAKLEE, consume vitamin C pun kulit dah semakin elok dan bertambah cerah. Banyak manfaat makan vitamin C Shaklee di samping pengambilan air masak tidak kurang dari 2 liter sehari. Air sangat penting okey. Saya dah ubah pola pemakanan saya yang sebelum ini kurang minum air supaya toksin dalam badan keluar. Vitamin C pula sangat bagus dalam membantu menghilangkan jerawat apatahlagi diambil bersama vitamin E Complex Shaklee. Lagilah best. VITA-LEA juga sangat sesuai dengan saya kerana tekanan darah yang kurang dan anemia. Bila consume VITA-LEA, saya dah tak alami simptom jantung berdebar, pitam, pening dan sebagainya. Alhamdulillah. Masalah kesihatan saya semakin hari semakin pulih sejak mengenali Shaklee. Thanks Shaklee. Now, saya baru start consume ESP..so nanti saya akan bagitahu kesannya okey.

UPDATE : PENCUCI MUKA CETAPHIL LAGI

k bye.
me, Mrs. Fzy

Tuesday, 20 October 2015

ALFALFA COMPLEX : Vitamin Pelbagai Khasiat

Assalamualaikum all readers...hehe

Niat di hati yang utama beli alfalfa untuk cuba selesaikan masalah resdung suami. Saya sebagai isteri nak tumpang makan sekali.hehe. Tak sangka apa yang dikatakan oleh pelbagai testimoni tentang alfalfa sebagai 'jamu moden' berkesan.hehe..Saya pula belum pulih sepenuhnya selepas melakukan ERPOC (cuci rahim orang kata) lima bulan yang lalu dan saya boleh merasakan rahim saya belum betul2 sihat apabila berlaku pendarahan sedikit tapi tidak selalu dan tidak menentu. Bila dah makan produk ini, saya rasakan kelainan dalam badan saya kerana rahim saya tidak berasa ngilu lagi, dan tidak ada pendarahan walaupun sedikit. Sebelum ini risau bila ada spotting darah bila melakukan aktiviti-aktiviti rumah dan sebagainya. Saya rasa seperti rahim saya kembali sihat seperti sebelum cuci rahim sebab tak ada rasa macam kejang lagi. Lagi satu apa yang saya perasan bila kita amal dengan konsisten, kita jadi lawas. Satu bonus untuk mereka yang selalu sembelit. Saya on off. Kadang-kadang lawas kadang-kadang tidak. Jadi, sangat membantu hehe. Sebagai vitamin cinta yang orang borakkan juga pun ye. Anda akan rasa sendiri bila konsisten makan.hehe

Lagi nak cerita, saya ini sukar sendawa atau buang angin. Saya selalu rasa kembung. Bila makan ini, saya rajin sendawa. Best sangat bila dapat keluarkan angin dari dalam badan sebab saya selalu kembung dan jadikan gastrik saya makin teruk. Bila dah angin dilepaskan, perut pun rasa selesa. Ono pengalaman saya ambil alfalfa. Sangat berpuas hati. 

Saya dan suami ambil alfalfa rasanya dah hampir sebulan lebih. Seperti yang pernah saya ceritakan alfalfa sangat berkesan mengatasi masalah resdung suami saya yang sudah lama mencari jalan penyelesaian. Yang paling penting juga, gatal-gatal dan bengkak (kelopak garam) pada seluruh badan suami yang asyik tergaru-garu hingga kadang-kadang luka telah hilang seperti yang saya telah ceita dalam entri ini (KLIK SINI). Betul!, saya cakap benar, sebab saya dah nampak sendiri. Suami memang sukakan alfalfa walaupun sebelum ini dia memang tak yakin. Selalu saya membaca pasal review testimoni tentang produk ini di internet..Bila kita consume sendiri, barulah kita rasa kesannya terhadap tubuh badan kita..Saya tak nak lah makan produk yang tiada kesan terhadap diri saya, sebab saya sudah pernah membeli macam-macam produk internet terutama dalam mencantikkan tubuh badan tetapi tiada kesan langsung (tak semua tak ada kesan, ada yang berkesan) malah yang dapat saya rasakan saya selalu mengalami jantung berdebar, sesak nafas dan sakit kepala. Maklumlah saya seorang pembawa talasemia dan sakit gastrik teruk pula tu. Bila makan produk yang tidak terjamin dan berlambak di pasaran, sebenarnya boleh menjejaskan tahap kesihatan kita tau....So, dengan Shaklee, saya merasakan perubahan sedikit demi sedikit kerana saya dapat merasakan kesihatan rahim saya apabila tidak ada pun pendarahan bila saya melakukan aktiviti berat. Macam-macam lagi perubahan yang saya dapat rasa berbeza dengan sebelum ini.Vita-Lea pun sangat baik untuk mempertingkatkan performance diri saya. Berbeza dari sebelum ini. Jika kita belum cuba, memang kita tak akan tahu kesannya terbaik untuk tubuh badan kita, tapi bila dah cuba, anda akan rasa nak kongsi dengan mereka yang tidak tahu keberkesannya seperti saya sekarang. hehe. Bukan semata-mata nak menjual tetapi nak sama-sama merasa kebaikannya terhadap tubuh badan kita. Untuk kesihatan, lebih baik kita berusaha sebaik mungkin untuk jaga sebab bila dah jatuh sakit, duit kena keluarkan lebih banyak lagi kan..tak nak lah macam tu kan. Nak sihat ajee

Berbalik kepada Alfalfa tadi, sebenarnya banyak manfaat yang kita dapat daripada menggunakannya, antaranya adalah;

★ Mencuci hati, darah dan usus – ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh 
    mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan 
    hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
★ Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air
    (athlete’s foot) dengan berkesan.
★ Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran 
    penghadaman seperti kembung, hyperasiditi, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
★Menyingkirkan lemak dan kolesterol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang 
   daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, 
   strok dan darah tinggi. ★ Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak
   sebagai serat yang menyerap kolesterol.
★Melawan tumor – Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-
   sel kanser dan membuang tumor.
★ Melegakan keletihan dan kelesuan – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan     penyakit
★ Membantu Mencegah/ merawat atritis – Melegakan sakit sendi dan belakang serta kesakitan lain
★ Membantu membuang angin 
★ Mencuci usus bagi membuang toksin dalam badan
★ Membantu merawat kencing kotor dan masalah pundi kencing
★ Memberi kelegaan semasa period
★ Membantu merawat masalah keputihan pada wanita
★ Bertindak sebagai 'kacip fatimah'
★ Memulihkan urat selepas bersalin
★ Memperbanyakkan susu ibu
★Menegangkan payudara
★ Meningkatkan stamina lelaki
★ Membantu mengurangkan paras gula dalam darah
★ Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
★ merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
★ Menyah toksik dalam tubuh badan.
★ Meningkatkan kesihatan prostat.
★ MERAPATKAN HUBUNGAN INTIM SUAMI ISTERI@ VITAMIN CINTA
★ Membantu tingkatkan kesihatan lelaki.

So, jom try..sms/whatsapp me to order ok. Jangan malu dan jangan segan. Saya pasti membantu anda untuk menyelesaikan masalah anda. Jangan risau okey. Cuma pastikan betul-betul tiada penyakit kronik yang memerlukan ubat sahaja. Ingat, suplemen bukan ubat tapi suplemen untuk memantapkan tahap kesihatan anda sekarang. 

YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR,
JULIA SIA
019 4101586

OMEGA GUARD SHAKLEE : SIAPA PERLU AMBIL?

Assalamualaikum semua n hye sahabat gojessss...

PROMOSI OKTOBER 2015 : OMEGA GUARD ( 7 AT 6 )




Hari ini nak cerita ringkas tentang Omega Guard Shaklee yang mana setiap kapsulnya mempunyai asik lemak Omega-3, EPA dan DHA. Mudah faham Omega ialah minyak ikan yang sangat bagus untuk perkembangan otak yang sihat. Omega dihasilkan daripada proses proprietari penyulingan molukel berganda dan bertujuan untuk meningkatkan kepekatan asid lemak Omega-3 dan pada masa yang sama menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang sering mencemari spesis ikan. Omega merupakan minyak ikan tulen berkepekatan tinggi melepasi gred farmaseutikal yang asli dan tulen. Omega Guard membekalkan spektrum luas asid lemak Omega-3 yang terdiri daripada tujuh komponen utama, termasuk EPA untuk kesihatan keseluruhan dan DHA untuk fungsi dan perkembangan minda yang normal. 


Omega Guard sesuai diambil oleh ;

Ibu Yang Mengandung
★Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan
★Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang (bayi tak cukup bulan)
★Mengurangkan risiko meroyan oleh ibu selepas melahirkan bayi
★Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

Ibu Menyusu
★Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
★Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu
★Kulit jadi cantik juga tau sekali dengan anak yang dapat kahsiatnya.

Kanak-kanak
★Tumbesaran dan otak yang sihat.
★Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
★Memperkuat sistem imunisasi badan-sesuai untuk anak yang mudah sakit seperti demam selesema,
   batuk dan asma.

Kesihatan yang bermasalah
★Mengurangkan berat badan sebab Omega 3 tingkatkan hormon Leptine yang mengawal selera 
   makan dan akan terasa kenyang dalam masa yang lama.
★Batuk berkahak, selesema berterusan
★Sakit-sakit sendi
★pecahkan lemak dan kolestrol

Jika anda berminat, meh order dengan saya k. Saya bagi harga membooo...heee..1 botol ada 90 biji..kualitinya yang berkesan tanpa ragu.belum cuba belum tahu. Rasakan perbezaan tubuh anda dengan Shaklee OMEGA GUARD sebab ia benar-benar berkesan. Dapatkan 7 botol dengan harga bagi 6 botol sahaja. Sebotol lagi dapat percuma. Boleh kongsi dengan rakan-rakan. Sangat berbaloi tau.

Your Shaklee Independent Distributor,
JULIA SIA(1212635)
019 4101586

Monday, 19 October 2015

FUNGSI-FUNGSI kebaikan dan kelebihan PRODUK SHAKLEE Superb vitamin!!!!! PART 2


COLLAGEN POWDER
15 paket/Harga : RM 315.00

Shaklee Collagen Powder adalah kolagen hebat yang mengandungi 4000mg proprietary RSS (Red Snapper Scale) Collagen iaitu kolagen berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada  sisik ikan merah dan dicampur dengan tujuh bahan utama seperti ekstrak biji benih Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, Kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus Acidophilus, vitamin C dan Vitamin B yang memberikan pelbagai khasiat seperti berikut;

·         Sebagai anti-penuaan - mengurangkan liang-liang pori dan kedutan
·         Melembapkan, melicinkan, menganjal, memutihkan kulit, serta menegangkan payudara
·         Kesihatan sendi, mata dan tulang
·         kesihatan kuku jadi lebih kuat dan rambut yang  tebal dan bersinar
·         Menghidrat dengan melembapkan kulit bagi mengurangkan rasa kering dan mengelupas pada muka
·         Nota : Produk ini tidak sesuai untuk ibu mengandung


VIVIX

150 ml/Harga : RM 503.00

Vivix kini menjadi perhatian pengguna seluruh dunia kerana kebaikan kandungannya selain melawan pelbagai jenis penyakit. Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol (kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksida dan sel antipenuaan)

·         Untuk kanser (diambil selepas berhenti dari kemoterapi)
·         Untuk cyst, darah tinggi, alergi, menurunkan berat badan, menghilangkan ketagihan merokok, kawal stress serta memberikan anda tenaga
·         Anti-penuaan dan anti-kanser (merencat sel kanser dari menjadi semakin serius)
·         Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
·         Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
·         Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
·         Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
·         Membantu merawat penyakit parkinson
·         Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
·         Meningkatkan kesihatan imum badan
·         Menggalakan kesihatan keseluruhan


NUTRIFERON
30 paket/Harga : RM 192


Nutriferon merupakan produk berpaten dengan campuran ekstrak tumbuhan yang terbukti secara klinikal dapat menguatkan sistem imunisasi. Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh penemu interferon iaitu Dr. Yasuhiko Kojima selepas lebih dari 40 tahun penyelidikan dan hanya boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.

·         Sesuai untuk resdung/selesema/kerap demam.
·         Ekzema (orang dewasa)
·         Ibu menyusu yang anaknya kerap demam/selesema/ekzema/asma


PENJAGAAN PERIBADI HARIAN

HERBAL BLEND
113g
Harga : RM 29

Penjagaan peribadi harian anda sangat baik dimulakan dengan Herbal Blend dalam memanjakan kulit tubuh kerana ia merupakan krim diperbuat daripada  ekstrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut, yarrow dan rosema ryang sesuai mengatasi masalah kulit. Secara amnya ia digunakan untuk;

·         Melembutkan kulit kasar dan tumit pecah serta menyelesaikan masalah kulit gatal/ ekzema
·         Menghilangkan parut, termasuk parut campak serta menghilangkan ruam pada bayi
·         Memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam
·         Boleh digunakan sebagai losyen untuk kegunaan harian


SET-SET PRODUK YANG BOLEH DIAMBIL

1. SET KESUBURAN

Suami - Vit e, Zinc
Isteri - GLA comples, Alfalfa

Kongsi - B-Complex, Vitalea, Vita-C, ESP

2. SET IBU HAMIL

Lengkap semua zat yang diperlukan oleh ibu hamil, semulajadi(bukan sintetik) dan tidak memberi sebarang kesan sampingan. Bonus- kesihatan dan kecantikan.

Vita-Lea Iron Formula, Vita-C, B-Complex, Ostematrix, Omega Guard

3. SET BERPANTANG

Menyembuhkan luka, memberi tenaga, memulihkan kesihatan dengan cepat supaya ibu kekal sihat cergas dan bertenaga semasa proses berpantang.

Vita-Lea Iron Formula, Vita-C, B-Complex, Zinc

4. SET MENYUSU

Membekalkan nutrien lengkap untuk ibu dan bayi. Proses penyusuan menjadi lebih mudah.

Vita-Lea Iron Formula, Vita-C, B-Complex, Ostematrix, Alfalfa, ESP


5. SET ALAHAN/RESDUNG

Mengurangkan alahan pada cuaca, habuk, hidung berair dan mencantikkan kulit.

Alfalfa, Vita-C, B-Complex, Nutriferon

6. SET UNTUK SISTEM PENGHADAMAN

Melegakan sembelit, menyahtoksinkan badan dan menyokong kesihatan usus. Meningkatkan kesihatan sistem penghadaman. Membantu mengurangkan berat badan. Melegakan perut tidak selesa.

Peppermint Ginger Plus, ESP, Alfalfa, Herb Lax

7. SET SENDI

Menyokong kesihatan sendi supaya dapat kembali aktif dan selesa dengan rutin harian.

Omega Guard, Ostematrix

8. SET ANTI-PENUAAN

Membekalkan khasiat untuk kulit berseri, rambut yang tebal, kuku kuat dan otot yang sihat. Mengurangkan tenaga dan menguatkan sistem imun.

Vivix, Nutriferon, ESP

9. SET DETOKS

Menyingkirkan toksin untuk tubuh yang sihat, bertenaga dan wajah yang berseri.

Alfalfa Complex, DTX Complex, Garlic Complex

10. SET KESIHATAN KELUARGA

Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh, menambahkan tenaga dan menguatkan sistem imun.

Vita-Lea Iron Formula, Vita-C, B-Complex, ESP

11. SET KESIHATAN & IQ ANAK

Memastikan sokongan nutrisi untuk tumbesaran yang optimum dan meningkatkan daya kepekaan.

Chewable Vita-C, Mealshake, ESP, Omega Guard

12. SET KECANTIKAN

Mengatasi masalah tubuh badan dan mencantikkan kulit. Mengatasi masalah alahan dan berjerawat.

Vita-C, Vita-E, Gla Complex


UNTUK ORDER:

1.      Harga Produk Shaklee di atas adalah HARGA SELEPAS GST 6% (Tak perlu tambah 6% lagi ok)
2.      Harga Produk Shaklee untuk seluruh Malaysia (SM/SS) adalah sama bezanya cuma KOS PENGHANTARAN iaitu RM10.60 untuk Semenanjung Malaysia (SM) dan RM21 untuk Sabah dan Sarawak (SS)


Jadi, bagaimana? Sudi tak nak beli produk Shaklee secara online? sudilah kan sebab beli online hanya bayar, tunggu barang sampai rumah dan guna. Senangkan. Tak perlu keluar cari sebab tolak campur kos beli online lebih murah berbanding beli di kedai+kos perjalanan lebih kurang saja..kannnn...hehehe

Memang harganya nampak mahal tetapi ia tahan berbulan-bulan Jika bajet betul-betul, memang lebih jimat. Berbanding harga dengan kualiti produk yang diakui keberkesannya, ia
amat berbaloi dengan keperluan untuk kekalkan kesihatan anda.

Saya akan berikan khidmat nasihat percuma penggunaan produk, cadangan set produk Shaklee mengikut kemampuan anda. Beli satu-satu produk saja pun boleh asalkan bersesuaian dengan keperluan kesihatan dan dapat menyelesaikan masalah anda.
SO, MEH LAH ORDER DARIPADA SAYA.....


DAPATKAN HARGA YANG TERBAIK DARIPADA SAYA DAN KONSULTASI PERCUMA OKKK!!!!!
SMS/ WHATSAPP 019-4101586 (JULIA SIA)

Your Trusted Shaklee Independent Distributor,
Julia sia (1212635)
019-4101586