Khamis, 29 Oktober 2020

RESIPI CEKODOK PISANG SIMPLE PASTI SEDAP

 

Hai semua, hampa semua apa habaq, sihat ka? Dah makan belum? Ka belum lagi masak? @ pun korang blurr tak tau nak masak menu apa.


Sama la dengan Mamarea ni, hari² masak lauk yang sama mana tak jemu makan hehehe…


Untuk entri kali ni, Mamarea nak kongsikan resipi cekodok pisang untuk menu di waktu lapang, iaitu….


CEKODOK PISANG SIMPLE PASTI SEDAP


Okay, jom Mamarea nak tunjuk cara buat Cekodok Pisang Simple / Mudah je insyaAllah SEDAPPP.


Yang pertama mestilah kena sediakan apa bahan² yang wajib ada:


Bahan-bahan :-


1.  7 biji Pisang ranum

2.  3 sk gula

3.  5 sb tepung gandum

4.  1 sb tepung jagung

5.  1 sk yis

6.  1 sk garam


** Boleh tambah/kurangkan gula garam ikut citarasa anda ok..


Untuk mendapatkan kesedapan cucoq ni, perlulah buah PISANG yang ranum. Tak terlebih masak sangat tau.


Cara Menyediakan :-


1. Buang kulit pisang.


2. Kemudian, lenyek semua pisang tu sampai penyet lenyek. ikut suka korang nak lenyek sampai tahap mana. Sebab ada yang suka tak terlalu hancur nak ada sikit² ketul² pisang tu.


Sampai jadi macam ni.


3. Masukkan sedikit gula. (Pisang jenis ni kurang manisnya). Masukkan ikut citarasa korang sendiri.


Lebih tu, gaul lagi sampai gula tu sebati.

4. Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan yis. Gaul sebati.


Masukkan tepung gandum.

Masukkan tepung jagung.

Kemudian masukkan YIS.


Seterusnya, gaul kesemua bahan² tadi tu hingga sebati.


5. Ni kira dah siap gaul. Biar selama 15-30 minit supaya adunan naik sikit. Nanti bila nak goreng dia akan bulat elok.


6. Lagi, tambahkan pula garam supaya ada rasa lemak.


Seperti biasa la, gaul lagi hingga sebati.


Panaskan minyak. Ikut suka nak letak minyak banyak @ sikit, ikut kesesuaian belanga korang k. Lagi banyak, lagi masak cantekk cucoq kita.


7. Boleh guna cara Jemput² atau pakai sudu adunan.


8. Goreng hingga keperangan.



Dah masak, bolehlah angkat dan toskan minyak.


Okay, dah siap untuk dihidang bersama teh atau milo panas.

Walaaaa....


Ni kalau makan panas² sedap hingga tak terkata kan, tambah² lagi bila time sejuk hujan & tengah lapaq, perhhh…


Kalau PapaRea pulak mesti cari ikan temenung/kembung goreng buat inti cucoq ni.


Ni gaya turun termurun dari Family PapaRea.


Tapi tak selalu la MamaRea buat macam ni sebab takde beli ikan, hehehe...

MamaRea 1stime cuba makan, memang nampak pelik, bila masuk mulut, kunyah & telan, punya la sedap. Patutla PapaRea suka sangat, anak² pun suka sangat makan macam papa depa.


Amacam, korang pernah makan ka macam ni? Boleh cuba la nanti.


Jangan lupa cuba resipi ni tau..


Kalau nak tengok video CARA BUAT CEKODOK SIMPLE PASTI SEDAP bolehlah klik video di bawah ini ya,


Maaf andai ada kelemahan juga kekurangan.


Mohon support channel kami dengan SUBSCRIBE, LIKE dan KOMEN ok...


Terima kasih semua.


Jangan lupa ikuti video kami yang akan datang nah...


Bye Bye


MamaRea

Continue Reading

Khamis, 15 Oktober 2020

TIPS PERKONGSIAN KEMAS RUMAH UNTUK CHANNEL YOUTUBE BY MAMAREA



Hai, assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera semuanya.


Semoga hari ini semuanya sihat dan baik-baik saja.

Lama tak update blog. Bukan takde nak kongsi tips atau apa-apa tapi sibuk memanjang... Alasan sungguh noh...hehehe

** Keadaan rumah setiap pagi begini **

Jadi, Mamarea buat entri hari ni nak bagitahu Mamarea ada upload video kemas rumah sebagai "cleaning motivation" untuk sesiapa saja sudi menonton. Link video nanti ada di bawah sekali, hehehe...

Bukan apa, sebelum ni Mamarea bila anak dah tiga, sibuk dia macam mengalahkan mama anak 5-6 malah 10. haha. Rumah kemas ala kadar saja. Tak betul-betul ada semangat nak bagi kemas betul-betul macam sebelum ni. Banyak benda rasa nak buat. Masa macam tak cukup dari pagi sampai ke malam.

** Peneman MamaRea, Rea Junior, Adik Darwish **

Dulu, biasanya Mamarea akan kemas rumah waktu malam selepas anak-anak tidur. Gagahkan diri bangun untuk mengemas dan bersihkan semua. Kali ini mengantuk sangat. Anak lena kita pun lena.

** Tinggal kami berdua, kaka & abang dah sekolah **

Dari pagi, sidai kain, lipat kain, mandikan anak, masak, sapu dan kemas rumah, mop lantai, mengemas rumah ringkas berulang kali dan masak pula petangnya... wah banyak kerja oo hehe. Siapa kata kat umah goyang kaki? hehe...Ada pembantu rumah mungkin boleh. hehehe...

** Tempat HARTA KARUN SI CILIK adalah belakang langsir, bawah sofa & kabinet/rak **

Pernah satu masa sungguh malas, rumah terbiar saja tak berkemas. Hati tak senang bila rumah tak kemas. Serabut rasanya. Walau tiada mood pun mesti buat juga.

** Salah 1 benda yang paling stress, COKLAT **

Satu hari tengok orang post IG bagitahu depa duk tengok cleaning motivation video supaya ada semangat nak membersihkan rumah setiap hari.

Jadi kita pun google la apa dia cleaning motivation tu. Buka video. Tengok dan tengok...

Selepas tengok tu macam ada semangat baru nak mengemas rumah sebersih bersihnya seperti orang yang bersihkan rumah tu. Perasaan dan mood malas tu berubah jadi semangat yang berkobar-kobar untuk terus bersihkan rumah macam depa buat. Malah depa tunjuk pula deep cleaning punya video yang lagi seronok nak tengok. Sampai sekarang 2 kali seminggu Mamarea buat deep cleaning. Sedut habis habuk-habuk yang mudah capai. Debu-debu pun selalu lap supaya tak berhabuk.

** Dah siap menyapu, mengemop pulak **

Bila dah hari-hari tengok, timbul pula minat untuk cuba sendiri buat video supaya kita pun dapat disiplinkan diri untuk buat benda tu setiap masa setiap hari tanpa gagal, insyaAllah sebab Mamarea yang sebelum ni kurang disiplin buat benda tu setiap hari.

** Dah bersih. Ringkas punya mengemas **

Mamarea buat jadual macam dulu dan set setiap masa itu sangat berharga. Bila rumah bersih mood kita jadi baik, maka kita pun tenang je duduk rumah barulah dinamakan "Rumahku Syurgaku".

Jemputlah tonton nah.

Klik link / video di bawah je terus. Jangan lupa support Mamapaparea channel tau dengan SUBSCRIBE, LIKE, SHARE dan KOMEN, okay...

** Meh pakat tengok YouTube kami yee **

Terima kasih buat anda semua yang sudi membaca blog kami selama ini.

Untuk video yang lain boleh klik link ni.☺☺☺


Nantikan lagi entri² yang bermanfaat untuk kita semua dari kami MamaPapaRea. Banyak lagi video untuk tontonan di YouTube tengah dalam pembikinan. Masih bertatih nak up. Hehehe...

Terima Kasih uollsss

By:

 Mamarea
Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...