ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA
Hari ni nak buat resipi acar timun nanas yang paling saya gemari dari dulu tapi sekarang jaranglah buat. Sekali sekala saja.
Jom layan resipi k
Bahan-bahan :
1 biji nanas saiz kecil
1 biji timun tak besar
1 biji bawang merah sederhana
1 biji cili merah
1 biji lobak merah/carrot (saiz sederhana)
2-3 sudu besar gula
1 1/2 sudu kecil garam
9 sudu bsr cuka
Nota penting : Jangan ditambah air
cara Menyediakan :
1. Hiris nanas, timun, carrot, cili merah dan bawang merah.
2. Masukkan dalam bekas atau mangkuk. Masukkan gula, garam dan cuka bergantung kepada citarasa korang. Kuantiti kat atas tu citarasa saya. hehehe
3. Gaul dan gaul. Kejap lagi air timun dan nanas tu akan keluar sebati dengan cuka.
4. Sementara nak tunggu lauk lain siap, bolehlah disejukkan dalam peti ais kejap.
Sedap makan nasi panas-panas juga di samping Ayam masak Rose tak rose sangat.hehe. Resipi simple saja.
Selamat Mencuba k
Love
Mama Rea
Tq atas resipi ni. Bulan2 posa ni tetiba je teringin. Blh try ni. Tq
BalasPadamHye, blh try acar ni, pmbuka selera berbuka ni. Tq Visit My Blog 😊😊😊
Padammohon share ya sis
BalasPadamHye, ok, sila². TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamSalam sis.. Sedapnyee.. Nmpk menyelerakan.. Tp nenas xde la.. Huhu..
BalasPadamWsalam, nenas xde xapa. Boleh ja. TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamAsmlkm....sy share yer...tq
BalasPadamHye Nasuha10. Ok boleh². TQ visit My Blog 😊😊😊
PadamSalam
BalasPadam