Ahad, 26 Februari 2017

CARA MEMPERBAIKI PRINTER TIDAK BOLEH PRINT / CETAK


Salam semua, hari ni 15 Feb 2017, sejuk sangat pagi ni memang liat nak bangun pi keja. Sebelum masuk keja, sarapan la dulu kan, yang penting mesti ada ESP Shaklee. Baru segar sampai ke malam. Biasa la, my wife jual Shaklee. Sapa nak order, follow la dia, tu ada kat tepi kanan, klik ja kat situ. Shaklee memang TERBAIK. huhuhu....

Nie nak cerita la masalah di pejabat, kawan tanya, kenapa printer dia tak boleh print padahal bila tekan butang start nak test print, mau la pulak. ok je kertas keluar, scan pun ok jgk. kalau print dari komputer takda respon. Pelik-pelik.

Saya ni bukannya reti sangat tentang masalah macam ni. Saya cuba godek-godek printer dia, Jeng Jeng Jeng... Punca dia, status printer ‘PAUSED’. Saya pun usaha la mencari masalahnya. Dari duk merapu panjang baik la saya direct terus la share cara baiki printer yang tidak boleh cetak ni.

Step 1:

Kalau kita tengok lampu power di printer memang menyala normal dan kabel USB terhubung dengan baik antara CPU dengan Printer. Keadaan printer memang dalam keadaan baik (tidak rosak) mungkin hanya pengetahuan tentang printer oleh penggunanya masih kurang sehingga tidak dapat mengatasi masalah ini.

*Ni brand printer kawan saya, HP Deskjet Ink Advantage 2135.

Step 2:

Cuba tengok bahagian Device And PrintersKlik Start and klik pada Device And Printers.


Step 3:

Bila kita halakan pointer mouse pada icon printer, ia akan tunjuk seperti gambar bawah.

Status Printer: Offline

Masalah - Printer tak bersambung ke pc (usb kabel printer ke pc) @pun lupa nak ON printer.


Status Printer : Paused

Ni masalah sebenar yang nak di cerita. Puncanya jadi status PAUSED.


Disebabkan status printer Paused, memang segala urusan untuk mencetak tidak dapat dicetak. Kalau menunggu seharian pun takkan keluar punya.

Penyelesaian masalah ini adalah kita perlu ubah status Paused menjadi Ready, barulah printer boleh berjalan kembali dengan biasa.

Step 4:

Jadi next step terus klik kanan pada icon printer yang masalah tu. Klik pada ‘See what’s printing’.


Keluar la bahagian printer ini. Klik pada tab Printer. Puncanya dah jumpa. Ada tanda pada Pause Printing, kan. Ok, buang tanda tu (unmark). Simple kan cara dia.

>=> Ni Windows 7/Vista              >=> Ni pulak Windows XP

Caranya - klik tanda Pause Printing (hilangkan tanda tu).

Jadi selesai la masalah printer nie.

Sudah boleh print seperti biasa.

Status Printer: Ready


Bagi orang yang tak berapa tahu sangat tentang perkara ni, memang dah syak printer rosak and hantar pi kedai check, kena tipu dengan tauke kedai pulak. Habis duit sedangkan mudah sangat setting dia.

CARIAN YANG BERKAITAN:



  • Cara Baiki Printer Tak Boleh Print
  • Cara Setting Printer yang Tak Boleh Print
  • Cara Repair Printer
  • Setting Printer yang Tidak Boleh Print
  • Printer yang Tidak Boleh Cetak / Print
  • Kenapa Printer Tak Boleh Print
  • Sebab Printer Tidak Boleh Cetak
  • Printer Status Paused
  • Print Kertas Tak Keluar
  • Printer Tak Berfungsi


Selamat mencuba, serba sedikit dengan ilmu yang tak seberapa ni dapat membantu untuk yang mengalami masalah seperti ini.

By,

PapaRea
Continue Reading

Sabtu, 25 Februari 2017

CARA BUANG VIRUS SHORTCUT DI DALAM PENDRIVE / EXTERNAL HARD DISK - PART 2


Hari ni 23 Feb 2017 adalah hari yang penuh bermakna, hari yang paling bahagia bagi penjawat awam, berpusu-pusu mencari ATM. Sungguh lama menanti saat sebegini, sebulan lama menunggu nooo...

Hmm, lupakan la. Entri kali ni saya nak sambung kongsi masalah cara buang virus shortcut di dalam pendrive/external hard. Ni adalah cara yang kedua kalau korang semua tak berjaya dengan cara pertama di entri yang sebelum ni. Kalau mana yang nak tengok cara sebelum ni, klik di SINI.

Untuk kali ni saya share pada korang semua tentang penyelesaian masalah ni dengan bantuan software yang paling mujarab dan membuatkan perasaan kita jadi seperti ni...

Muka riak betul kartun ni...

Meh saya cerita satu per satu cara dia.

Step 1:

Cuba buka pada USB tersebut seperti biasa. Akan timbul sesuatu yang mengejutkan seperti gambar di bawah.


‘There was a problem starting\\\\\\\\\\@~%@~%@~%@~%@~%@~%%%@.1’
Memang MASALAH ni……

Jangan bimbang, kita (manusia) yang buat dia, Penyelesaiannya adalah pastinya ada….

Step 2:

Download software UiTM Virus Shortcut Remover.


Untuk makluman korang semua, software ini merupakan aplikasi percuma yang direka oleh student UiTM. Yang paling penting software ni memang membantu dalam menyelesaikan dan sangat berkesan untuk membuang virus shortcut pada pen drive mahupun hardisk korang.

Korang boleh download software UiTM SHORTCUT VIRUS REMOVER v3.1  link di bawah:



Step 3:

Cara menggunakan software ni amat mudah. Software ni tak perlu diinstall, just double klik terus launch. Jadi macam gambar di bawah.


Step 4:

Klik pada bahagian yang bermasalah di ‘Pen Drive’ atau ‘Computer’. Gambar di bawah ni adalah pilihan ‘Pen Drive’. Klik pada ‘Select Device’ untuk Pen Drive korang yang sakit tu.


Step 5:

Klik ‘Scan’ dan klik ‘Yes’. Tunggu apa hasilnya.



Step 6:

Setelah selesai imbasan tadi akan terpapar hasilnya. Dan teruskan klik’OK’ and klik ‘Yes’ untuk delete virus tadi. Kalau bahagian di sebelah kanan pun ada jugak virus tu, klik 'Select All' and than klik 'Delete'.




Ok, selesai sudah proses penghapusan bakteria alam maya ni. Close la software remover tu. Nak meyakinkan virus tu betul2 hilang, cuba buka kembali Pen Drive korang tu, apa yang terjadi.


Jangan panik ye dengan keadaan icon Folder jadi macam gambar ni. Korang rename balik folder tu. Semua fail yang hilang sebelum ni sudah kembali ada. Jadi senyum la kembali seperti dulu.


Step 7:

Sekiranya keadaan pen drive korang masih ada lagi tak dapat buang virus tu, cuba run software remover dalam keadaan Safe Mode.

Habis dah ilmu yang dapat saya kongsi dengan korang semua tentang perkara ni. Apa yang kita tau, haruslah kita share antara satu sama lain. Betul tak.

Ooo, sebelum terlupa, diingatkan pada semua. Untuk mengelakkan virus-virus ini terjadi atau merebak, korang perlu ready defender komputer ataupun laptop dengan vaksin iaitu install la apa-apa perisian Anti-Virus seperti AVG, Kaspersky, dan seangkatan dengannya.

Yang Free Edition pun boleh, takda masalah cuma tak Full Security tapi mesti kena selalu update setiap minggu, baru power.

Kalau yang ada bajet lebih tu, beli je yang jual di kedai, Anti-Virus Original, Lesen setahun Full Version. Memang takkan risau dah masalah virus ni.

Haaa, lagi satu, jangan download fail-fail dari sumber yang tidak diketahui atau mencurigakan.
Jangan cucuk pendrive pada komputer yang telah dijangkiti shortcut virus.

Buat salinan backup fail atau data dari satu pen drive ke satu pen drive yang lain sebagai langkah keselamatan berjaga-jaga dari berlaku masalah macam ni, ok.

Ok, terima kasih semua, berjumpa lagi dengan tips-tips yang lain pulak.

By,

PapaRea
Continue Reading

CARA BUANG VIRUS SHORTCUT DI DALAM PENDRIVE / EXTERNAL HARD DISK - PART 1




Hari ni saya nak share tentang masalah yang selalu terjadi di pejabat atau pun pada sesiapa saja yang menggunakan USB Pendrive / External Hardisk. Masalah dia, asal masuk ja USB ke komputer, semua fail atau data dalam USB tu hilang. Korang pernah terjadi tak masalah macam ni???...

Benda ni memang kerap terjadi akibat computer mahupun laptop yang digunakan tu tak ada anti-virus atau yang expired sudah (tak update). Macam di pejabat saya ni memang komputer versi lama punya spec. Klu nak kata, segala mak nenek virus ada dalam komputer ni, Biasa la komputer GUNASAMA...

Paling menyakitkan hati, waktu nak buat presentation mesyuarat, keja banyak dan time yang tersangat busy, masa tu la pendrive buat hal, hilang segala fail and data yang penting semua dalam pendrive tu. Perasaan masa tu dah macam separuh gila, jadi tak ketahuan hala. Korang yang pernah jadi macam ni memang tak tau habaq no perasaan masa tu.
  
Sebelum kita mula, korang tahu tak apa itu virus shortcut?


Untuk pengetahuan korang semua, ia adalah salah satu virus yang tidak jugak bahaya, tetapi boleh menyebabkan perasaan kita berubah dari macam ni J bertukar jadi macam ni LVirus ni kadang kala mampu merosakkan fail-fail penting di dalam drive (external hard disk / pendrive / komputer) kita. Selalunya fail-fail yang terkena virus ini akan bertukar icon menjadi seperti dalam gambar di bawah yang berformat .lnk.


Ok, meh kita nak share macamana nak kembalikan fail @ data yang hilang tu. Saya cerita step by step k.

Step 1:

Masukkan USB macam biasa. Kalau USB tu ok, akan ada terpapar macam gambar di bawah tu.


Tetapi kalau USB tu tak muncul2 sampai ke sudah, jawapannya cabut, dan ucapkan “Selamat Tinggal Sahabat Ku” dan pegi cari tanah, semadikan dia dengan sempurna. Kesian, lama dia berjasa menyimpan dosa and pahala kita.hahahaha...
Jangan buat macam tu, KESABARAN separuh daripada IMAN. Ada cara dia...

Step 2:

Buka USB tu dan dalam ada satu fail Shortcut. Semua fail dan data hilang. Hairan bin Ajaib ni


Klik pada Tab di atas kiri ‘Organize’, klik pada ‘Folder and search options’


Step 3:

Pada Folder Option ni, klik pada tab ‘View’. Keadaan Default folder macam gambar di bawah.


Tukarkan dan Hilangkan tanda dalam bulatan merah tu seperti gambar di bawah. Klik ‘Apply’ dan ‘OK’.



Fail yang hilang sudah telah kembali semula tetapi dengan keadaan ‘Hidden’ atau tersembunyi.


Step 4:

Check pada fail yang kelabu tu dengan Klik Kanan ‘Properties’ .


Pada Tab General, bahagian Attributes buangkan tanda pada kotak ‘Hidden’. Then klik ‘Apply’ and ‘OK’.


Kalau cara ni masih tak berhasil jugak, tetap berstatus ‘Hidden’ ataupun tanda 'Hidden' tu tak boleh buang, maka puncanya bukan USB korang masalah, komputer korang tu kena LEMPORRR dalam API.... ☺☺☺☺☺☺☺☺

Jangan marah ye, nanti kita cuba cara kedua plak ye.

CARA BUANG VIRUS SHORTCUT DI DALAM PENDRIVE / EXTERNAL HARD DISK - PART 2

Ok, bai bai uollsss.....

By,

PAPAREA
Continue Reading

Khamis, 9 Februari 2017

KELEBIHAN JADI AHLI DAN TIPS BISNES SHAKLEE

Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera semua.

Sebelum tu, angkat tangan siapa
suri rumah sepenuh masa?
student?
pekerja awam?
pekerja swasta?
pekerja part time?
Pasai apa nak kena angkat tangan pula? Hee, saja je test sebab nak habaq..
semua orang boleh berbisnes Shaklee sebab bisnes Shaklee ni senang je kalau faham cara.

Bayangkan dalam team kami Bijak Sihat Legacy, ada doktor, ada pakar nutrisi, ada nurse, cikgu, kerani, peguam, dan banyak lagi jenis kerjaya yang berkecimpung dalam shaklee. Tak lupa suri rumah sepenuh masa yang mengambil banyak tempat dalam Shaklee untuk menjana pendapatan di mana permulaanya hanya berkenan kat set menyusu Shaklee yang sangat best tu. Macam-macam pengalaman manis menggunakan produk shaklee yang sekarang lagi manis berpeluang menjana pendapatan dengan Shaklee juga.  

Jadi kali ni saya nak cerita serba sedikit tentang kelebihan jadi ahli shaklee, bisnes Shaklee dan juga sedikit tips untuk kita berbisnes insyaAllah sampai jadi. Tips banyak-banyak meh lah join ahli. hehehe. Nanti saya cerita banyak-banyak. Kelas dalam whatsapp je. advance sekarang ni. Dulu mula-mula ingat nak kena masuk kelas untuk study ilmu bisnes shaklee. Rupanya kelas dalam whatsapp sangat-sangat best. Alhamdulillah ilmu yang diperolehi memang sangat-sangat membantu.

Jom baca tips buat bisnes Shaklee dulu baru kita cerita cara nak daftar ahli last k. Macam tak kena dengan tajuk je. Takpelah. Teheee

Ok.

1. Kena rasa kebaikan produk shaklee

Menjual sesuatu produk kena ikhlas sukakan produk tersebut. Lagi best kalau kita dah rasa sendiri keberkesanan produk tersebut.

First kenal shaklee masa saya cari produk tentang cara merawat resdung suami yang teruk rasanya sebab macam-macam kami dah cuba sedaya upaya untuk pulihkan suami macam biasa, sampai bawa pergi jumpa orang ada ilmu sembuhkan penyakit, (orang suruh sebab tak sembuh-sembuh, mungkin kena buatan orang), rawatan resdung, ubat kampung, kapsul herba online, kapsul untuk resdung di kedai jamu, ubat macam-macam ubat.

Akhirnya ubat klinik jadi tumpuan. Tapi, resultnya tetap sama malah lebih buruk apabila suami tiap hari mengantuk yang amat buatkan kepala lebih pusing dan pening. Saya sebagai isteri tentulah risau pula efek pengambilan ubat dalam tempoh yang lama.

Selalu sangat dah search kat google tapi tu lah tak tergeraklah pula hati nak cuba Shaklee ni. Tapi kali ni saya surrender sebab bila baca betu-betul tentang kandungan sesuatu produk, kata mereka lebih baik gunakan produk semulajadi untuk merawat punca penyakit. Saya tengok produk Shaklee ni adalah berasaskan bahan semulajadi yang berkesan dan tiada efek kepada organ lain.

Sebelum ni, suami beli borong kapsul (herba kampung) yang dikatakan merawat resdung dengan sangat berkesan. Ya, memang cepat sangat kesan dia, tapi tetap mengantuk. Jadi, kalau ubat kampung kenapa ye efek dia hampir sama dengan ubat klinik. Kemudian kami baru tahu bila abangnya yang bekerja sebagai Inspektor Kesihatan mendapati ia dicampurkan bahan merbahaya ke dalam ubat tersebut, (dadah steroid untuk hentikan alahan). Yela. kelulusan KKM juga tiada kan, silap kami juga sebab suka cari produk yang nak cepat berkesan saja. sehari dua tak de kesan, memang out of the list lah kan. kalau boleh, betul-betul ada kesan antara before and after lah kononya. sama macam sayalah bila tergoda tengok before and after testimoni, terus nak grab cepat-cepat produk tu. boleh baca SINI tentang masalah jerawat saya dulu.

Sehinggalah perkara yang paling meluat, cemuih org utara kata, akhirnya menjadi usaha yang terbaik. itulah, pernah dengar ayat ni, jangan membenci sesuatu jika ia adalah baik untukmu. dan jangan pula kamu suka sesuatu sedangkan ia tak baik untuk kita kan. Jadilah kat kami yang ketegaq ni.

Tiap-tiap hari saya search pasal produk terbaik, hari-hari lah keluar nama shaklee ni. Ia menonjol dan lebih dipercayai berbanding brand lain.

So, okla try lah kan, sebab katanyeee berkesan sangat. hehe. Tak perasan mula-mula. Just makan macam tu je sebab semulajadi kan kesan dia perlahan-lahan tapi sangat selamat.

Rupanya semulajadi itu lebih baik. tak perlu risau tentang efek kepada organ lain, malah bila dia selesaikan satu-satu masalah kesihatan,  dia akan memperbaiki secara keseluruhan tahap kesihatan. Betul. suami resdung, asyik demam, bila consume alfalfa alhamdulillah jarang demam dan tak la timbul alergic yang tak berkesudahan macam sebelum tu. Nah, bila dia konsisten consume vitamin yang meningkatkan imun terhadap penyakit, dengan sokongan persekitaran yang baik (contoh, ubah pola pemakanan, ubah aktiviti kepada yang lebih sihat), lagi bertambah-tambah baik tahap kesihatannya. Alhamdulillah.

Jadi, alang-alang dah jatuh cinta dengan produk shaklee ni, teruslah saya masuk jadi ahli. tak susah pun, hanya bayar Yuran Keahlian sebanyan RM79.50 (starter kit + postage) dan saya bergelar Shaklee independent distributor dengan tawaran istimewa yang hebat. Apa tawarannya?

a) cash back - bonus berupa wang tunai dimasukkan ke dalam akaun bank kita

Selain itu, yang paling best anda akan menikmati harga 20-30% lebih rendah daripada harga runcit di pasaran. (Sekarang kena jadi ahli baru boleh dapat harga ahli). Bonus pula diperolehi daripada UV terkumpul kita setiap bulan.

Saya tunjuk perkara paling senang nak faham tentang UV produk untuk dapatkan pulangan bonus berbentuk wang tunai daripada shaklee. Setiap produk ada UV, Jika terkumpul dalam sebulan sebanyak 150UV maksudnya kita beli untuk kegunaan sendiri atau kita dapat jual barangan shaklee sebanyak RM480 ke atas, kita akan dapat bonus masuk dalam akaun bank sebanyak RM24, dan ini belum ditambah untung runcit daripada jualan kita tadi. Sebab kita jual dengan harga runcit kecuali, kepada ahli Shaklee yang lain. Jika untung runcit pada masa tu RM50, maka untung kita pada bulan tu dan rm74. Dah boleh beli 1 suplemen untuk keluarga. Mudah kan.

*Jadi ahli mudah nak terang secara terperinci. Meh jana pendapatan bersama saya di REA EMPIRE.


kredit to google

Saya tunjukkan antara bonus tertinggi dalam team kami sebagai pembakar semangat untuk kita semua.




TIDAK MUSTAHIL ANDA JUGA BOLEH DAPAT BONUS RIBU-RIBU DALAM SEBULAN DENGAN SEMANGAT DAN AZAM YANG TINGGI, BELAJAR SAMBIL MENGEMBANGKAN BISNES. BOLEH, MESTI BOLEH. DULU PUN, SAYA RASA MUSTAHIL, TETAPI. LIHATLAH SEORANG DARIPADA MASTER KAMI DAPAT BANYAK INI DALAM SEBULAN!!!!! JADI, KITA PUN KENA BERJAYA SEPERTI DIA.

Ini saya, baru aktif bisnes tahun ini sebab saya nak jadi macam depa ni, nak buat sehabis baik dan berkongsi kebaikan suplemen Shaklee kepada semua di samping menjana pendapatan yang lumayan walaupun duduk rumah je. Sekarang semua boleh buat di hujung jari je tau.


Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Jangan putus asa. Kita cuba cari jalan untuk keluar dari belenggu masalah kewangan. Saya perlukan suplemen sebab saya ada anemia. Jika saya terus mengharapkan suami saya tentu sekali tidak mencukupi. Dia seorang menanggung beban keluarga, jadi saya sebagai isteri nak bantu dia. Shaklee pilihan tepat jika anda ingin berbisnes untuk menjana pendapatan. 


b) car bonus - Shaklee akan bayarkan kereta yang kita impikan jika anda berjuang untuk memilikinya. Ada caranya.



*pic credit to google



Semoga saya juga akan dapat car bonus tak lama lagi. Doakan saya ye kawan-kawan, walaupun tak de lesen kereta lagi. Haha.

Tapi kan, tak semestinya bonus tu nak beli kereta je tau, nak beli rumah ke, tanah ka boleh je, nak sedekah banyak-banyak untuk bekal akhirat pun lagi baik, shopping benda teringin kita nak beli dari dulu ka, apa-apa sahaja yang anda impikan.  Shaklee bayarkan. Kalau kita komited, memang tak mustahil dengan izin Allah.

c) Convention - Berpeluang mengikuti program konvensyen yang dianjurkan oleh Shaklee secara percuma termasuk latihan, motovasi, penanugerahan, umrah, percutian dan sebagainya semua ditanggung sepenuhnya oleh shaklee. Anda hanya bawa bantal busuk je. hehe.

*pic credit to google

Tu lah kelebihan jadi ahli shaklee tau. Banyakkan.

2. Tanamkan minat berniaga

Ok, tips kedua nak bisnes pula. Apabila ada minat yang mendalam terhadap bisnes semuanya menjadi senang.

Saya adalah sikit pengetahuan tentang perniagaan masa study dulu, tapi realiti saya takde pengalaman. Dengan ilmu yang sangat sedikit ini, tapi kerana nak cari duit terus saya minat sangat berbisnes. Dulu tak tahu, tak reti. Macam mana saya nak mula ni, apa depa bua dapat duit banyak ni. Untungke, customer mai mana.

Banyak persoalan dalam kepala. Kerana nak cari wang saya tanamkan minat yang mendalam untuk berbisnes. Saya tak boleh bermalas-malasan mencari maklumat tentang bisnes.

Jadi pointnya di sini adalah minat berniaga kena ada. kalau tak minat pun, boleh jadi ahli untuk menikmati harga ahli. Jimat banyak tau. Untuk kekalkan kesihatan kita, suplemen penting sebab kita ni makan jenis ikut suka, macam saya.hehe

3. Ilmu berniaga kena gali

Tak ada ilmu, asal ada minat memang boleh bawa pergi jauh TETAPI ilmu perlu juga digali untuk kekalkan business performance kita. Bukan nak kekalkan je, tapi nak tingkat dan tingkatkan lagi bisnes kita. Mula-mula bisnes ilmu saya tak cukup. ilmu tak ada senang cerita, sistem online pun saya tak tahu bagaimana, tetapi mentor sangat-sangat penting dalam membantu meningkatkan ilmu Shaklee Independent Distributor (SID) baru. Penting juga bagi SID itu sendiri rajin mencari dan menggali ilmu, dengan syarat ILMU itu WAJID APPLY, WAJIB BUAT!!!.Senang cerita, kedua-duanya memainkan peranan penting dalam memulakan bisnes ke arah kejayaan. So, kena cari mentor yang boleh sokong kita k. Jangan salah pilih tau, menyesal. Team kami mengalu-ngalukan anda semua untuk mendaftar jadi ahli. 

Sebagai suri rumah macam saya, tentu tidak mustahil menjadi seperti mereka yang duduk rumah (suri rumah sepenuh masa) tetapi income sama dengan makan gaji. malah ada yang lebih. Bulan januari 2017 ini sahaja, income @bonus tertinggi ialah RM99K lebih hampir mencecah 100K dalam 1 bulan sahaja. Maka, walaupun kita suri rumah sepenuh masa tetap dapat membantu beli keperluan rumah dan kurangkan beban suami. Tengok je lah purata pendapatan bulanan Shaklee ni. Saya nak freedom time, tapi nak duit

 Saja letak gambar, untuk semangat. Doakan saya berjaya naik ranking sampai atas nun. hehe.


Sekarang ilmu boleh klik di hujung jari je tau. Banyak informasi yang diberikan oleh master-master group kami yang sangat supportive dan selalu beri ilmu tak henti-henti. Saya juga tambah ilmu yang semuanya datang daripada pengetahuan serba sedikit dari internet. Minat bisnes juga melalui internet. klik-klik pom!!! semua ada.

Jadi jangan bimbang tentang ilmu. permulaan menjadi ahli sahaja pun dah ada starter kit business walaupun kita just nak masuk ahli tau. Product Guide, Business Manual, senarai harga, semua boleh baca dan fahamkan. Tapi tak de guru tak boleh juga kan,. Jangan bimbang ye ada guru untuk beri ilmu. tanyalah apapun, memang akan dijawab sebaik mungkin. doktor, pakar nutrisi, nurse, guru, semua profession hampir lengkap dalam 1 team. Kerana kepercayaan terhadap produk semulajadi inilah, menjadikan mereka tidak letih untuk berkongsi kebaikan walaupun mereka sibuk dengan tugas hakiki mereka. Bukannya tak ada gaji, tapi kerana minat mendalam untuk beri yang terbaik kepada masyarakat, mereka dapat apa yang mereka buat. Bonus berkepuk-kepuk dalam poket. Yang kita ni, rajin scroll ig, scroll fb.hehe. itu saya dulu. baik kita update pasal produk kita jual. duit dapat. kebaikan produk pun dapat. 

5. Pandai dan rajin menggunakan medium sosial dengan aura positif



Fb, ig, blog, twitter dsb sangat-sangat membantu dalam bisnes. semua boleh kita buat. marketing kena ada. Medium ini sangat penting bagi meningkatkan bisnes kita dan orang ramai tahu kita mengamalkan produk yang SELAMAT, SEMULAJADI dan BERKESAN.

Aura positif?, maksudnya..kita menggunakan medium ini dengan cara yang sihat bukan tempat meluahkan rasa cemuih, benci dan dendam. kita nak berniaga kan, kalau kita ada masalah mental, negativiti dan sebagainya...macam mana orang nak beli produk kita. 

Eh, takutlah nak beli daripada dia, post dia tadi bunuh kucing sebab kucing kencing kat depan kereta. hahaha. contoh je ye. jadi, benda-benda macam itu tak sesuai dalam sikap seseorang penjual produk. tak mau publisiti murahan ye. heee. 1 lagi, kena jujur dan ikhlas dalam sharing. Berilah yang terbaik untuk kita cuba kongsikan kepada semua. Tentu lambat laun orang akan sedar kejujuran kita dalam berbisnes. 

6. Kena register perkhidmatan online perbankan untuk manage bisnes dengan lebih efisien




Sekarang ini lagi mudah dengan maybank2u, cimbclicks, dan lain-lain untuk anda berbisnes dari rumah.

Baru-baru ini kad kita dah ditukar kepada debit kan. So, lagi mudah. just register untuk online banking sahaja. Jadi, bila customer bank in duit, kita dah boleh cek terus. Untuk yang tak ada stok kat rumah, boleh terus order kat HQ pula melalui internet. Kita bertuah sebab sekarang ini, segala maklumat boleh didapati di hujung jari. Semua kita boleh buat jika kita bersungguh-sungguh nak buat. Asalkan rajin.

7. Usaha

Apa-apa yang kita buat kena usaha. Cabaran, halangan dan ujian itu perkara biasa. Dalam meniti kejayaan jalan kita tu bukan lurus je tanpa kegagalan. Tapi jangan asyik bermuram durja. Hari ni takde customer, merajuk tak mahu buat dah. Orang kutuk, terus down. Jangan. Kita buat sesuatu tentulah dengan niat untuk berkongsi kebaikan, kemudian nak berjaya. Nak bantu pula orang lain untuk berjaya. Jadi, kita kena usaha walau apapun halangan kita lalui. Jangan mudah mengalah dan jangan cipta alasan. Buat je k.


Bisnes ni point dia lebih kepada usaha mengikut strategi yang dirancang supaya terus konsisten. Kalau anda BERUSAHA, KEJAYAAN PASTI MILIK ANDA. InsyaAllah. Jom kita sama-sama mengorak langkah secepat mungkin untuk sampai ke destinasi kejayaan.


8. Bimbingan berterusan daripada mentor


Perkara ini pun sangat penting. Sebab ini biasa berlaku, mentor tinggalkan protegenya terumbang-ambing. Pilih yang betul-betul layan kita dan beri perhatian kepada kita. Selepas tu, kita copy ape sahaja mentor buat untuk success. InsyaAllah kalau anda join jadi ahli saya, tentu saya akan tolong untuk kita sama-sama berjaya. Saya target nak berjaya sampai dapat apa yang saya nak capai. Jom sekali, sama-sama.


Jangan bimbang ilmu yang telah saya pelajari, saya nak curah kepada anda yang berminat dan bersungguh-sungguh supaya anda tidak terlambat untuk bermula dari sekarang tau. Nanti baru setahun dua income korang entah-entah lebih 10k siapa tahu sebab income mereka yang dah berjaya sekarang purata 70k. Siapa usaha lebih dia dapat. Kalau anda lebih SMART, tentu anda akan lebih berjaya.

9. Ibadat yang sempurna



Ye, tak semua ilmu kita sempurna, tapi perkara WAJIB ini kita kena WAJIB laksanakan. InsyaAllah apa sahaja doa yang kita kirimkan kepadaNya akan dimakbulkan tepat pada masanya. Allah Maha Pemurah dan tiada yang lebih berkuasa selain Dia untuk kita mohon pertolongan.

Selain itu, amalan menjemput rezeki salah satunya solat sunat dhuha akan dipermudahkan segala urusan oleh Allah swt bila kita buat bersungguh2 dalam ibadat. Tahajud pun bagai magic kesannya pada diri kita.

Ingatlah, segala yang kita dapat adalah daripada Allah SWT. 

Bila kita buat yang ini, insya Allah segalanya akan dipermudahkan. 

OK.

Mana nak cari customer dah ramai SID dalam malaysia?

Ada je. tak semua suka pada seseorang je, favourite lain-lain, dan rezeki masing-masing. saya ambil contoh, ramai yang jual air di bazaar ramadhan. tapi semua tempat masing-masing punya penggemar. Maka, jangan bimbang. mulakan dengan sharing kebaikan produk. baru slowly masuk bab menjual. itu permulaannya. kena pandai. tak pandai, boleh belajar. Mula-mula buat blog ini saja saya tak pandai, terkial-kial, tapi saya search tutorial macam mana nak buat blog. Semua ada sekarang ini. Pilih mana yang terbaik je.

Dari saya seorang pembaca blog sendiri, alhamdulillah makin meningkat dan meningkat. Kita share kebaikan untuk dikongsi supaya mereka yang lain pun dapat manfaat daripada perkongsian kita. Benda baik kita kongsi. Kita berjaya selesaikan masalah, kena tolong yang lain pula selesaikan masalah. 

Macam mana nak jadi ahli Shaklee?

Ada dua cara :-

1) Bayar yuran keahlian sebanyak rm79.50 ( RM68.90 untuk starter kit + postage RM10.60) untuk aktifkan ID anda.

2) Keahlian percuma dengan UV terkumpul sebanyak 200UV. UV ni adalah unit value yang terkumpul daripada pembelian produk shaklee. 1 produk ada beberapa UV mengikut nilai harga yang telah ditetapkan. Biasanya rm3.* dapat 1UV.

Macam mana nak kumpul banyak tu. ok, saya bagi contoh, boleh pakat-pakat dengan keluarga atau kawan-kawan beberapa orang untuk beli produk Shaklee sampai cukup 200UV. Meh whatsapp kalau nak tahu macam mana. Panjang pula nak hurai. hehe.

Kepada anda yang berminat tawaran hebat shaklee ini, boleh cari saya ok. saya daftarkan anda terus secara online.

Perform dalam Shaklee, bina organisasi, bantu ramai orang lain then enjoy your unlimited reward 😍

whatsapp/tele kak lea di 0194101586 ok.

*jangan malu jangan segan. mulakan melangkah sekarang, tiada istilah terlambat bagi mereka yang inginkan kemenangan* 
- love, julia -

" TOMORROW IS TOO LATE, YESTERDAY IS OVER AND NOW IS EXACTLY THE RIGHT MOMENT, SO, LET START" 





Julia shaklee 
FOUNDER OF REA EMPIRE

ID 1212635
019-4101586
fb : mamapaparea
IG : mamapaparea
fb page : mamapapa rea vitamin shoppe




Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...