Rabu, 16 November 2016

PENCUCI MUKA CETAPHIL LAGI : MASALAH JERAWAT MELANDA TAK HENTI


Assalamualaikum wbt semua,




Sebelum ini, saya dah tukar pencuci muka daripada Cetaphil kepada Neutrogenakan. Memang sesuai sangat dah. Kulit muka lebih bersih. Sampailah alami morning sickness, perubahan hormon mengandung menyebabkan kulit saya berminyak kaw-kaw punya. Goreng telur mata kerbau aja boleh. Penjagaan muka memang saya tak hiraukan masa 1st trimester, basuh muka ala kadar, mandi juga ala kadar, rasa nak tidur saja. Air masak/kosong memang tak lah disentuh sebab rasa mulut pahit, bertambah-tambah pahit dengan air masak. Selalunya saya minum yang manis, bagi rasa sikit kat mulut, tapi last-last tetap rasa pahit juga. Pemakanan juga tidak menentu. Gastrik teruk. stress. Perubahan hormon mendadak sebabkan leher naik biji-biji merah, kemudian bernanah, akhirnya jadi jerawat putih-putih. Daripada situ, naik ke rahang naik ke tepi telinga, ke dagu, dan merata di dahi. Alahai teruknya lah.

Ni gambar hujung 1st trimester, ini pun dah kira berkurang daripada awal trimester hari tu, memang down hidup saya tika itu.
jerawat bawah pipi dan sikit rahang kanan

jerawat bawah pipi dan sikit rahang kiri


Maka, disebabkan kegatalan melampau pada jerawat-jerawat sekalian, saya pun belilah pencuci muka Cetaphil semula. Oleh kerana harga Oily mahal tapi sedikit, saya beli je gentle punya. Lagipun saya dah pernah guna dulu dan jerawat akan berkurangan gatalnya. Takdela menggaru sangat kat bahagian rahang sebab bahagian inilah paling gatal. Lagi-lagi pakai tudung kawasan tu tertutup, bila kepanasan keluar peluh..memang gatal gila-gila dan jadikan keadaan bertambah buruk, merebak banyak. Paling perit bila sakit telinga yang amat disebabkan jerawat juga tumbuh di dalam telinga. Teruknya lah. Menangis tak berlagu. Sebab mengandung, saya tak ambil apa-apa ubat.

Vitamin juga dilupakan. Memang tak lalu. ESP pun terpaksaminum itupun sebab gastrik melanda. Alhamdulilla memang sangat-sangat membantu. Walau macam mana pun jika kita kurang minum air, macam mana kulit nak bersihkan.

Pemakaian cetaphil memerlukan kesabaran yang tinggi, almaklumamlah, dia tak bersifat sabun, jadi rasa macam tak cuci pun, tapi sebenarnya ia dah bersihkan wajah. Bila cuci muka tak lah rasa gatal sangat. Saya tanya nurse boleh tak saya pakai krim jerawat sebab jerawat teruk. So, dia kata, boleh sebab sapu kat luar je kan tapi jangan terlalu banyaklah. Itupun masa kandungan bulan ke4 saya start pakai balik. Saya cuma sapu setipis yang mungkin untuk kecutkan dan keringkan jerawat yang bernanah dan merah-merah yang cukup gatal. Alhamdulillah, semakin kecut dan kecut. Walau bagaimanapun, jerawat jadi hitam-hitam tapi semakin kering. Yang penting tak gatal. Nanti bekas parutnya saya usaha guna minyak yang sesuai untuk pudarkan parut jerawat.

Cetaphil moisturizer juga membantu. Selepas saya cuci muka saya akan sapu moisturizer tu ke seluruh wajah, Jadi memang kurang gatal. Tambahan dengan krim jerawat menampakkan perubahan yang positif pada kulit wajah saya.

Selepas habis 1st trimester, alahan tetap ada cuma sudah kurang. Saya start makan vitamin C, minum air masak banyak-banyak, makan dengan teratur, basuh muka dengan teratur. Maka, kulit wajah saya semakin hari semakin pulih terutama bahagian rahang yang sangat gatal hari tu. Bekas jerawat tu memang nampak hitam-hitam tetapi dah tak gatal langsung. Rasa jerawat dah semakin kering dan selesa sikit pakai tudung bila keluar kan. Nasib baiklah ada tudung, dapatlah cover bahagian yang tak elok itu.


Suplemen untuk rawat dalaman

Bulan ke5 kandungan barulah alahan saya hilang. Jadi, saya konsisten minum air kosong banyak2 dan konsisten dengan vitamin C, Vitamin yang sebenarnya banyak membantu menyembuhkan dari dalam.

Walaupun tak sembuh sepenuhnya lagi, tapi tetap bersyukur ia dah makin pulih. Jika menggunakan skincare yang ada proses pengelupasan yang macam pernah saya pakai dulu memang akan jadi elok balik. Tapi saya mengambil langkah selamat, sebab produk merbahaya macam tu lah yang buat kulit saya tambah teruk. Tak pelah, perlahan-lahan pulihkan kulit. Walau tak segebu dan sehalus telur rebus, walau bak kawah-kawah di bulan, asalkan ia dah semakin sihat. Hehe...Dah tak rasa senipis dulu. Saya percaya ESP dan suplemen lain sangat-sangat membantu sebab pengambilan ESP secara konsisten buat kulit bertambah cerah. Juga produk selamat yang banyak di farmasi akan membantu, Saya kadang tergoda nak cepat pulih, tapi fikirkan jangka masa panjang kentalkan diri tak nak ambil dah. Tak mahu di luar nampak elok, tapi dalaman tak elok. hehe. Maksud saya, ambil yang selamat lah untuk tubuh badan kita. Itu saja okey.

Sekarang pakai neutrogena fine fairness kembali. Dari mula dah pakai 3 tiub dah. Yeayy. Dah sembuh. Alhamdulillah.





Now...lepas berpantang

Saya mekap bb cream, kadang-kadang krim foundation untuk asas, kemudian, compact powder, eyeshadow warna brown, kening rapikan sedikit kalau tidak macam sin chan suami kata, mascara Norafurla, blusher dan gincu sedikit.

Oh ye, parut jerawat lubang-lubang saya usaha sapu bio oil juga. Sangat-sangat membantu. Pigmentasi berkurangan tapi tetap ada. Sesiapa yang pernah ada pigmentasi, lepas tu hilang, bagitahu saya pakai produk apa tau.

Untuk produk shaklee, saya guna berdasarkan pengalaman dan juga sebagai pengedar. Jadi, kepada sesiapa yang berminat boleh je whatsapp saya.

JULIA
019-4101586
TRUSTED SELLER
Shaklee Independent Distributor 
ID 1212635



Continue Reading

Rabu, 19 Oktober 2016

CONTACT LENS LAWA-LAWA DAN SANGAT SELESA : Jom join Group Lens Whatsapp


Dah baca? hehehe

Sesiapa yang suka sangat pakai lens macam saya, meh lah join group whatsapp kite. Huhuhu. Lebih mudah nak tengok sebab kadang-kadang nak buka FB/IG banyak betul data nak guna. So, saya rasa lebih baik update kat dalam group whatsapp. 

Nanti dalam tu, bolehlah saya update pasal lens terbaru, colour yang available, power available dengan harga-harga sekali.

Meh la join. whatsapp je saya di 019 4101586 (Lealens_Sweethouse)


Sementara tu, saya nak tunjuk lens terbaru yang tengah hangat di pasaran kali ni. NEW STOCK. Warnanya yang lebih natural sangat menggamit hati. Saya bagi details sikit k.

Brand...Hydrocor series by Molicon Signature
Diameter...14.5mm
Lengkungan...8.6mm
Warna...Silver, Ash Gray, Brown, Golden, Jade Gray dan Marine Aqua
Power
0.00 - 8.00 ( bergantung kepada stok )

Pilih mana kegemaran warna anda!!!









Bye! Jumpa lagi.
Continue Reading

Rabu, 28 September 2016

PENGALAMAN BERSALIN ANAK KEDUA

ASSALAMMUALAIKUM SEMUA,

Alhamdulillah, hari ni baby dah berumur 2 bulan 18 hari. Benarlah apa yang dikata, pengalaman melahirkan berbeza-beza untuk setiap anak. Nurse ada bagitahu, kalau ada anak 10, 10 10 tu tak sama tanda nak bersalin. Yang itu mungkin betul cuma cara melahirkan bergantung kepada saiz bayi, keadaan bayi, keadaan ibu dan semuanya ketentuan Allah s.w.t. Saya tetap bersyukur walaupun kali ini dengan bantuan vacum. Yang penting adalah, anak sihat. Syukur alhamdulillah.

Jadi, kat sini saya nak kongsikan serba sedikit pengalaman semasa melahirkan anak kedua ni sebab hari tu masa saya tengah tunggu hari, saya banyak search tentang pengalaman melahirkan anak kedua secara induce, memandangkan due dah nak dekat, tapi tanda tak de langsung. Harap-harap yang tersinggah blog ni dapatlah serba sedikit info pasal bersalin secara induce. Lagi satu, nak simpan sebagai memori pada masa akan datang. Maka bila anak-anak dah membesar, dapatlah anak-anak baca macam mana mereka dilahirkan dan mama pun boleh baca untuk ingat balik kenangan semua ini andainya dipanjangkan umur, InsyaAllah.

Masa tu, sakit senggugut tu ada sekali sekala tapi tak de tanda darah mahupun air ketuban pecah. Takut sangat bila baca pengalaman kawan-kawan blogger yang cerita pasal pengalaman melahirkan secara induce. Saya memang asyik mengharap ada tanda samada darah atau air ketuban. Tapi tak de. Risau sangat. Anak pertama dulu ada tanda darah dan sakit macam senggugut kerap dirasa masa minggu akhir nak bersalin tu. Kakak dilahirkan awal 3hari dari due. Jadi, saya anggap yang ini tak dan habis posa. hehe. Rupanya, puasa penuh. Yeahhh. Due 9hb julai, raya pula 6hb pula maka dapatlah beraya beberapa hari. Makan puas2. Tapi dua hari je dan (bahasa utara dan = sempat). Balik dari wad hari tu, asyik terliur tengok ketupat palas, kuih muih, biskut-biskut raya. Hmmm, sabar sajalah. Nyesal kot tak habiskan sebalang. Heee...

8hb Julai, saya kena admit ward sebab due 9hb. Walaupun tak de tanda bersalin kena masuk wad juga. Not allow to post date sebab saya ada mild anemia dan salah seorang pembawa talasemia. HB sangat rendah kadang cecah bacaan 8, nasib baik SHAKLEE banyak bantu. Berkesan kepada saya sebab tu saya suka dengan produk ini. Ini tak tipu, ia berdasarkan pengalaman saya. Kalau ada duit banyak-banyak memang saya nak beli kesemua produk SHAKLEE. Nak cuba semua sebab tak de bahan kimia. All natural. Satg sembang pasai shaklee tak habis pula. Hee. Kalau nak tahu pasal shaklee boleh je whatsapp kiteee k.

Ok. saya cerita secara kronologi la senang.

8hb Julai 2016

12.30 tengahari - Sebab dah tak de tanda saya pun berlengah-lengah dari pagi sampailah tengahari. Sebenarnya nak nangis tinggal kakak Nana. Sangat-sangat sebak terkenangkan anak sulung. Belum masuk wad dah rindu dia. Saya tengok dia, mesti sebak. Entahlah kenapa. Ada sesuatu perasaan macam tak nak tinggal dia. Korang semua pun macam tu ke kalo bersalin anak kedua? Mungkin sebab selama ni, dia je duk bermanja, dijaga, dilayan tak sampai hati tinggal dia. Kejap lagi dah dukung adik, kakak tak leh manja dah dengan mama. Rasa kesian sangat kat dia. Asyik tengok dia je. Haiiiiii, cakap pasal perasaan pula. Tapi serius, memang sedih sebak semua ada. 12.30 tengahari baru bertolak dari rumah ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Dewan bersalin tempat baru best. Suami boleh masuk tengok kita berhempas pulas nak melahirkan.

12.50 tengahari - Sampai kat hospital, daftar masuk wad dulu.  Ambil urin dan tukar baju. Doktor terangkan tentang prosedur melahirkan secara induce. Kita sign-sign je. Suami pun diberi peneraangan yang sama.

1.20 petang - Buat CTG pula. Cek jantung baby selama 20minit.

2.00 petang - Doktor buat VE pula, cek jalan dan pasang drip kat tangan. Adoi, sakit. Cek BP.

5.00 petang - Masa melawat. Rindu sangat kat anak dan suami. Lepas depa balik, saya pun mandi, solat dan makan. Tak de rasa sakit langsung.

7.30 petang - Nurse datang cek BP lagi. Masa tu nurse pesan kena puasa start 4.00 pagi sebab nak masuk ubat 6pagi kalau tak de sebarang bukaan. Kalau ada bukaan tak kena induce.

8.00 malam - Adalah sedikit saja  contraction lepas doktor buat VE.. Rasa mengeras sikit-sikit je. (Irregular contraction pain)

8.40 malam -Doktor datang nak scan baby. Jadi dianggarkan berat baby 3.2-3.3kg macam tu. Perut saya tinggi sangat bila baring. Semua doktor@nurse yang tengok akan terkejut. Haha. Besar sangat perut saya. Berat bila berjalan dan satu lagi semua orang akan tegur bila tengok keadaan perut saya sebab dah rendah sangat. Kalau duduk tu, memang dah duk atas peha. Malah, tak leh duk elok, kena buka sikit dah sentuh sofa pun kalau duduk. Betapa rendahnya perut saya kali ni. Saya asyik terfikir keadaan anak di dalam. Dah terlampau sangat ni, macam mana keadaan dia nak keluar nanti. Tapi takpe. Saya berserah saja. Kemudian, doktor tanya perihal kandungan terdahulu, berat baby berapa, cara melahirkan macam mana. Saya pun bagitahulah, anak lahir normal dan berat 3.18kg. Dalam kepala saya asyik ingat cara teran dengan baik untuk elak koyakan semua.

1.50 pagi - Contraction (sakit macam senggugut tu) dah start waktu ni. Sakit sungguh tapi tak konsisten tapi rasa happylah sikit daripada tak de rasa apa-apa macam sebelum ni. So, saya dapat tidur-tidur ayam je. Sakit pinggang jangan cakap. Pinggul sekali sakit sangat macam nak patah tulang-tulang support perut.

4.00 pagi - Buat CTG, 20 minit pertama baby tidur pula. Bila dah kejut gerak tak berhenti juga. Jadi bacaannya putus-putus. maka sambung lagi 20 minit untuk sesi seterusnya.

7.20 pagi - Buat lagi VE untuk cek bukaan. Alhamdulillah, buka 2cm. Tetapi doktor decided nak masukkan ubat tapi setengah je sebab buka 2cm je. Nasib baik setengah. Hehe.  Kena suruh rehat dan baring je atas katil.

9.00 pagi - Buat CTG lagi selama 20minit.

11.00 pagi - start puasa.

1.00 petang - Buat CTG 20 minit.

2.30 petang - Doktor buat VE. Cek dah 3cm jadi doktor kata tak payah dah bubuh ubat. Alhamdulillah. Sebab orang kata induce sakit, jadi asyik risoooo je. Lepas tu, doktor kata dia tolong buat bukaan. Adoi sakit juga. Lebih sakit dari buat VE. Tapi lembikkan je badan. Nanti kalau keraskan badan lagi sakit. Relaxkan saja tapi tetap sakit. Tak apalah, dah nak bersalin, sakit memang sakit. Tahu dah. Hehe. Saya cuba tahan je biarpun kening berkerut-kerut. Doktor ulang-ulang sebut maaf puan maaf puan. Saya kata, takpe takpe. Nak wat macam mana. Tahan sajalah kan.

3.00 petang - Makan. Solat. Mohon agar dapar bersalin normal. Takut. Berserah saja.

4.00 petang - Cek BP dan cek jantung baby. Ok. Contraction selang 5-10minit. Sakit aduhai. Berpuluh-puluh kali ganda dari senggugut bagi yang pernah rasa senggugut.

8.00 malam - Masuk ke labor room. Tukar baju, pakai baju khas bersalin yang seksi sangat bahagian belakangnya. Bersalin punya pasal, malu duk tepi. Bawa baju dan seluar baby sehelai dan pampers. Suami masuk kemudian kami berborak-borak sementara tunggu doktor dan nurse siapkan apa-apa yang patut. Saya tak lupa minta maaf dan ampun pada suami. Suami kata " Tak ade apa. Jangan risau, saya maafkan semua dah." Wah, ayat tu bah..macam memang banyak salah ni.haha. Ampun suamiku.

Time ni doktor cek laluan masih 3cm. Hmm, tapi sakitnya Ya Allah hanya Allah yang tahu. Saya tak berhenti berzikir tetapiiiiii dek kerana kesakitan kali ini terlalu sakit, hanya erangan je yang keluar. hanya sebut Allah Allah Allah...rasa nak putus nyawa menahan sakit kali ini. Sakit nak bersalin tak de, tapi sakit contraction terlalu kuat sampai bacaan contraction tu dah tahap paling tinggi. Masa tu saya cuba pujuk hati dan munasabah diri mengingati Allah. Allah bagi sakit ini untuk padamkan semua dosa lalu. Allah bagi ini di dunia, tak mengapa. Janganlah di ketika akhirat nanti. Sakit kali ini sangat-sangat berbeza daripada anak sulung. Nurse asyik ulang tanya ada rasa nak terberryyy ke. No. Tak de langsung. Hanya sakit kontraksi je. Sakit macam senggugut tapi beribu-ribu kali ganda. Bukan ratus-ratus lagi. Sakit yang amat tak dapat dah baring elok-elok. Dah jadi macam cacing kepanasan menahan. Kalau dulu, dapat juga tahan kontraksi tu dengan hanya genggam besi katil sampai hilang kemudian datang lagi. Ini tidak, tak sampai setengah minit, SETENGAH MINIT...dah sakit lagi. Saya cuma berserah sepenuhnya pada Allah. Kesakitannya memang luar biasa. Saya cuba tahan, airmata mengalir. Sakit sampai gigi dah grrrrrr...Doktor tanya nak ubat tahan sakit tak. Saya kata tak yah dulu. Tetapiiii dah makin sakit makin sakit akhirnya saya minta doktor ubat tahan sakit. Tapi nurse kata, lebih baik dia bagi ubat bagi sakit supaya ada rasa nak teran. Hati saya berbelah bagi sebab dah sakit sangat kalau tambah sakit lagi, alamak. Nurse kata, dia masukkan ubat tambah sakit lah. Saya pun iyakan saja. Dalam hati mungkin akan ada rasa nak teran bila kontraksi sakit sangat. Tapi tak, hanya sakit sakit lagi sakit. Seriously, bahagian saya sakit. Mungkin yang lain ok.

11 malam - Bukaan 6cm, kemudian, doktor tengok saya berhempas pulas, cek lagi bukaan 7cm. Ya Allah tapi kesakitannya terlalu sakit. Nurse ulang-ulang tanya ada rasa nak b**** tak. Tak de. Langsung takde. Hanya sakit kontraksi yang amat sangat. Berpeluh-peluh dah saya. Nurse suruh teran sikit-sikit. Saya cuba teran tak de rasa nak keluar. Dia suruh teran masa contraction. Saya tunggu sakit, tapi tak bersatu. Tak de rasa nak keluar. Sakit saja. Memang tak dapat nak teran keluar.

Doktor datang siapkan semua peralatan sebab dah contraction sangat tinggi, dia pun suruh teran kuat-kuat sambil dia bantu masukkan tangan. Tangan doktor memang duk situ je entahlah dia buat apa, tapi sakitnya sama macam contraction. Mungkin dia nak buka laluan. Memang tak dapat teran. Saya dah teran sampai 30 minit sampai saya dah letih macam nak putus nyawa orang kata. Saya memang letih yang teramat. Saya dah tak mampu. Tapi memandangkan suami saya di sebelah ada, dia bagi kata-kata semangat yang buat saya cuba juga teran sampai saya sakit kaki, tangan. Tak de rasa nak keluar pun walaupun saya cuba teran sekuat mungkin lebih kuat dari anak pertama. Anak pertama 3x teran dah keluar. Ini, tak de. Macam ada benda sangkut kat dalam. Nurse pun bagi kata-kata semangat. but, memang tak leh teran. Dalam hati saya. Tolonglah buat cara lain, asalkan dapat lahirkan bayi dengan selamat. Doktor cakap, ada 15minit lagi kita tunggu untuk buat bantuan lain. Saya teran lagi tapi betul-betul tak larat. Hanya nama Allah saya sebut. 15 minit kemudian, takde apa-apa perubahan maka doktor buat keputusan buat vacum dan episotomi. Suami mungkin kasihan tetapi dia kata saya dah tak larat sangat. Rambut nampak tapi memang macam susah nak keluar. Laluan kecil. Tak apelah. vacum pun vacumlah. Tetapi vacum ni kena buat sekali dengan sucture. Turih sedikit bahagian tu. Oh...sakitnya. Pedih sangat bila kena turih pelan-pelan sebab ikut saiz bayi.

*** Kena makan kalsium supaya kulit bahagian tu tak mudah tear. Nurse bagitahu kulit bahagian bawah tak koyak langsung walaupun doktor duk seluk baby hampir sejam. Tapi baby besar kena episotomi juga. Kalau tidak lagi teruk koyak sebab kena vacum. Ibu-ibu rajin makan kalsium atau minum susu tau. ESP juga membantu. Vit C pun. Senang cerita, makan makanan yang seimbang k. Yang saya pernah cerita berkaitan urutan perineum tu pun buat k. Saya buat seminggu sebelum bersalin (lambat)***

Sambung tadi...
Doktor kata, kita buat sama-sama. You, kena ikut teran sekali.  Dia tolong dengan bantuan vacum. Ok. Start, saya teran sekuat hati saya. tapi susah. Tak rasa nak keluar. Then, doktor kata teran lagi, saya teran sekuattttttt hati saya sebab ada rasa macam nak keluar tapi sangat susah. macam stuck. Akhirnya seorang doktor dengan nurse tolong tolak perut bagi keluar bayi. Adoi, depa tolak perut macam tolak keta. kami semua sekali sama-sama tolak. Saya teran, depa tolak, doktor vacum, nurse sorang lagi sambil turih. Entah beberapa minit. Akhirnya keluar juga hero Malayaku.....Alhamdulillah. Baby keluar pada 10hb Julai 2016 pada pukul 1.27pagi dengan berat 3.72kg. Patutlah macam stuck kat laluan. Besarnya baby saya daripada yang di estimated. Dah tu muka dia dulu. alahai lah anak. Patutlah, patutlah, patutlah takde rasa nak teran bukan sebab tak reti teran, baby besar dari laluan tapi Syukurlah semuanya selamat. Doktor letak kat dada. Nampaklah baby yang comel. Nurse gerak-gerak badan baby lepas tu eekkkkkkkkk. Nurse tanya baby apa. Saya pun jawablah boyyyyy...

2.00 - 5.00 pagi -Kemudian mereka hantar kepada suami untuk diazan dan iqamat. Nurse datang bagi baby menyusu. Alhamdulillah. Dia pandai hisap susu. Kemudian , doktor terangkan baby kena masuk ward sebab ada luka bahagian kepalanya akibat vacum. Tak pelah. Sedih tapi takpelah. Yang penting dia dirawat. Takut ada pendarahan kata doktor.

Saya letih yang teramat sangat. Kaki saya menggeletar sampai ke paha. Saya minta turun kaki daripada besi tempat letak kaki tapi tak boleh. Proses nak keluarkan uri pula. Ohhhhh, letih yang teamat. Habis kaki saya menggeletar. Keluarkan uri, kemudian buang darah. Lama juga buang darah dalam rahim. Siap tu, proses jahit pula. Adoi. Jahit bahagian dalam tak sakit sebab dicucuk sikit-sikit bius. Tapi bahagian luar tak perlu bius. Oh, sakit dan pedih. Tahan sajalah. Dah siap semua, saya rehat dalam bilik yang sama. Nurse bagi minum air milo dan makan ubat tahan sakit.
*Saya tak pandai teran kaki angkat letak tempat khas. Dulu pegang kaki je kat buku lali kuat-kuat.


5.00 pagi - Balik semula ke katil. Allah, badan saya sangat-sangat sakit kesan meneran lama. Lenguh habis. Tangan kaki menggeletar bila bergerak sikit saja. Nak ubah posisi ke kiri ke kanan pun sakit. Bawah pun sakit. Hanya kuatkan semangat untuk bangun ke tandas. Kalau tak tak leh balik pula.

1.00 petang - Cek jahitan

3.00 petang - Dah boleh discharge. Alhamdulillah.

Pengalaman yang berbeza ini buatkan saya jadi sangat-sangat bersyukur.

Dua tiga hari saya makan kalsium dan urut-urut badan sikit baru hilang lenguh.

Alhamdulillah, anak keluar dari NICU pada hari ke lima. Kepalanya dah okey. Kena jaundice selama 2 hari pula. Alhamdulillah. Senang jaga.

Inilah dia anakku yang baik. Semoga jadi anak yang soleh berjaya di dunia dan akhirat bersama kakak Nana k. Amin.


REA ADAM DANIYAL






2 months...


Dengan kakak Nana...Rea Hanna Sophea...

Mama dan papa sayang kamu.




Ok, sambung next entry pula k. Nanti saya cerita pasal berpantang dengan shaklee dan afiat. Saya suka sangat SHAKLEE sebab luka cepat sembuh. Best sangat.

Follow my FB / IG @mamapaparea

&
@lea sweethouse

Love, Mama Rea



Continue Reading

Sabtu, 18 Jun 2016

KEHAMILAN : BRAXTON HICKS ATAU TANDA NAK BERSALIN

Pengalaman dulu perut asyik mengeras, tapi tak tahu minggu ke berapa, cuma yang saya ingat, sakit senggugut yang berpanjangan dari malam hingga ke pagi, itulah tanda bersalin bila diiringi lendir bercampur darah sedikit.

Kali ini perut asyik mengeras dari minggu ke 35 tapi tidak konsisten, kemudian menghampiri minggu ke 37, ia disulami rasa sakit senggugut tapi mild dan tidak tetap juga. Jadi saya anggap ini cuma Braxton Hicks Contraction. Waktu sakitnya tu tidak menentu. Tanda darah mahupun air ketuban masih tiada. Walaupun sudah ada pengalaman, tapi dah lupa.hehe.


Perbezaan antara Kontraksi Braxton Hicks dan Kontraksi Sebenar


BRAXTON HICKS

◆ Rasa sakit tidak lebih dari satu@dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari
◆ Rasa sakit biasanya berhenti bila bertukar aktiviti ( berjalan bila sakit masa duduk dan sebaliknya)
◆ Tidak teratur@tidak konsisten dan hanya untuk sekejap sahaja
◆ Tidak tahan lama ( kurang dari seminit )
◆ Tak boleh diduga dan tidak beritma, tidak bertambah intensiti
◆ Kontraksi yang tidak kuat (Mild )

KONTRAKSI SEBENAR

◆ Rasa sakit dan mengeras yang lama
◆ Teratur dan konsisten
◆ Lebih kerap dan lebih sakit
◆ Berpanjangan dan lebih berkala sakitnya
◆ Keluar tompokan darah dari vagina
◆ Plag mukus tertanggal
◆ Air ketuban pecah

So, saya assume, yang selalu saya rasa tu adala Braxton Hicks, tapi tetap berhati-hati. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita. Amin.
Continue Reading

Khamis, 16 Jun 2016

CONTACT LENS CANTIK, MURAH DAN SELESA DIPAKAI

Assalammualaikum semua,

Nak share pasal lens. Sebagai penggemar lens, saya cukup suka war2kan IG lens saya @lealens_sweethouse untuk anda add dan pilihlah mana suka k. Baru jadi dropship saja.hehe. Jangan lupa add k. Saya memang guna dan sangat2 berpuas hati sebab bukan sahaja murah tapi berkualiti sebab selesa dipakai cuma kita kenalah jaga kebersihan semasa cuci dan pakai lens tu. Yang paling penting, jangan pakai lama sangat. Cukup 8jam dah boleh buka. Saya dah pernah beli lens murah hingga mahal sampai ratus2 beli di kedai cermin mata, masa kahwin saya guna. Bila guna tetap sama, kadang pedih juga. So, maksudnya di sini, kalau kita pakai ikut waktu tak kira brand mahal ka murah sama saja. Yang penting mesti jaga kebersihan dan tengok kita sampai bila boleh kita pakai k. Tapi, tapi....tetap kena hati-hati pilih lens yang dijual online k. Kena beli dari mereka yang jual brand betul-betul punya. Terlalu murah pun macam pelik je kan. So, cari yang murah berpatutan k. Brand paling laku tentulah nobluk. So, please follow my IG k.

INSTAGRAM @lealens_sweethouse


Continue Reading

KEHAMILAN : ~37 MINGGU

Alhamdulillah, sesungguhnya Allah Maha Besar.

Hari ini scan lagi, sebab nurse check perut minggu lepas, baby melintang. Doktor bagitahu, mengikut dapatan scan sebelum ini, yang baru juga masa 34-35minggu kepala baby dah turun ke bawah. Jadi baby memang tetap di situ. Tapi, doktor kata, takpelah, kita tengok sajalah. Alhamdulillah, kepala baby di bawah. Doktor hanya cek jantung dan denyutannya 134.

Semoga baby sihat2 saja k. We love u so much.

Doakan semuanya dipermudahkan ye kawan-kawan, Amin.


Continue Reading

Isnin, 6 Jun 2016

RAMADHAN 1437H / 2016



Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak semua.

Semoga Ramadhan kali ini adalah yang lebih baik dari  Ramadhan yang lalu.

Semoga kita bertambah dekat dengan Allah SWT selalu.

Amin Ya Rabbal Alamin.


Selamat berpuasa.


Love,

MamapapaRea


￿
Continue Reading

Sabtu, 14 Mei 2016

KEHAMILAN : 31w 4d

Alhamdulillah.

Hari ini dah 31w lebih. Masih tertanya-tanya adakah baby girl atau baby boy. Semasa scan masih tak dapat tengok. Tak mengapalah yang penting sihat dan dipermudahkan segala urusan ye nak. Amin. Mama, papa dan Kakak Nana sayang kamu dan tak sabar nak bermain dengan adik. InsyaAllah.

Antara surah-surah yang boleh diamalkan sepanjang kehamilan ;



*pic from google


Doa Semasa Hamil :

"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. 

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W. dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam."

Amin ya Rabbal alamin.

Doakan saya ye kawan-kawan.

Belanja gambar sikit...

# 16 - 17w
Papa, Mama dan Kakak Nana.

# 29-30w

Bakal jadi kakak penyayang. InsyaAllah. 


Love,

Lea



Continue Reading

Rabu, 20 April 2016

SHAMPOO TERBAIK UNTUK MENGATASI RAMBUT GUGUR : HIMALAYA HERBALS ANTI-HAIR FALL

Assalamualaikum W.B.T. semua dan salam sejahtera, 

Bukan iklan shampoo. Just sharing produk yang membantu saya. 

Rambut saya selepas 3-6 bulan melahirkan anak pertama mulai luruh, mudah putus dan banyak sangat rambut gugur. Keguguran rambut mungkin normal bila sehari dalam 100 helai macam tu.tu pun kira banyak juga. tapi rambut saya, setiap kali mandi, setiap kali sikat rambut, rambut yang gugur sangatlah banyak..sangat-sangat banyak dan merisaukan. Sampailah anak pertama dah masuk umur 8 bulan pun masih gugur walaupun saya dah tukar bermacam-macam jenis shampoo anti hair fall. Malah, pada usia rea hanna 5bulan, saya dah potong rambut pendek. Rambut saya berterusan gugur sampailah rea hanna pun masuk setahun lebih. Saya potong lagi rambut. Walau bagaimanapun, potong rambut saja tak membantu. Tetap gugur juga. Bila tengok keadaan rambut yang semakin nampak kulit kepala@ botak. so, saya google shampoo yang berkesan untuk rambut gugur. Lama jugalah menggoogle sebab kali ni, nak beli shampoo yang betul-betul mujarab. Dalam kepala, nak pakai shampoo yang Jackie Chan pakai tu.heee...

Serum pun saya pakai beli kat salon masa potong rambut. Tetapi tak membantu sangat. Rambut tetap luruh banyak.

Try this
Bila google, rata-rata blogger dan baca kat forum bagi feedback positif terhadap Shampoo Himalaya anti hair fall. Cuma ada sebahagian kata baunya kurang menyenangkan, dan rambut tak sama macam kita pakai shampoo biasa. Yes, bila saya ambil keputusan untuk beli memang betul rambut mula-mula shampoo macam keras, dan macam tak habis minyak kat kepala dia cuci. Produk berasaskan herba memang macam tu kan,hehe. Pakai cetaphil pun yang sangat minima kandungan kimianya pun macam tak cuci, tapi at the end, sangat-sangat membantu.

Saya start pakai dalam bulan Februari tahun lalu kot, yakni Feb 2015. Rea dah masuk setahun sebulan. Disebabkan risau dengan keadaan kepala yang botak setempat setempat, jadi, baik bertindak cepat. Tapi tak cepat sangatlah. Untuk mendapatkan kesan yang baik dan selamat bukanlah dalam masa yang singkat. Jadi, saya bersabar. Seminggu pakai, kuranglah sikit rambut gugur, tapi tetap gugur. Saya start tak pakai conditioner. Mungkin sebab tu rambut jadi keras tak selembut sutera macam sebelum-sebelum ini. hehe...

Then, berbulan-bulan pakai, saya nampak anak rambut mulai tumbuh dengan banyak sekali. Rambut gugur juga semakin sikit. Ops sebelum saya lupa, kulit kepala memang gatal masa mula-mula pakai. Memang gatal, disebabkan anak-anak rambut yang mulai tumbuh dengan banyak. Asyik garu kepala saja. Tapi tahan sajalah, daripada tengok rambut terus botak.

Saya pakai anti hair fall kemudian try Shampoo Himalaya yang Protein. Tapi bau shampoo protein tak berapa syok banding anti hair fall. Jadi, saya teruskan pakai anti hair fall sampailah sekarang..Dah April 2016..Lama saya pakai dan mungkin akan terus pakai, sebab mana tahu rambut gugur pula lepas lahirkan anak nanti. Tambah conditioner sebenarnya rambut lagi cantik. hehe..

Conditioner menghaluskan rambut
Kesimpulannya, shampoo himalaya memang terbaik untuk mengatasi masalah rambut gugur. Selamat dan berkesan. Tiada lagi rambut gugur pun lepas tu. Alhamdulillah, saya jumpa produk yang serasi dengan saya walaupun harganya agak mahal sedikit berbanding shampo-shampoo yang saya cuba sebelum ini tapi sangat-sangat berbaloi. Lagipun, tak mahal banyak..sikiittttt je. Boleh beli di Watson@Guardian. Saya beli baru-baru ini dalam RM24.88 di Guardian. Love it. Sometimes, pengalaman orang lain sangat-sangat membantu kita yang kadangkala dah tak tahu nak buat apa, tak tahu nak pilih mana satu. So, saya tulis untuk sesiapa yang nak cuba atasi masalah seperti saya. Tapi kalau tak membantu, I am Sorry......ini menurut pengalaman saya sahaja k.


Secara ringkas,

Start pakai
1. kulit kepala gatal
2. rambut jadi keras sedikit tak seperti pakai shampoo lain, tapi kalau tambah conditioner, lagi bagus.

Lama-lama pakai
1. rambut gugur berkurangan hingga tak ada rambut gugur bila dah lama-lama pakai.
2. Rambut kembali lebat dan hitam.

So, anda semua pasti akan suka. Saya cuci rambut sehari sekali. Hehe. Tengok pada keadaan. paling lama, 2 hari sekali.

okey, sampai sini dulu. 

Love.



Continue Reading

Ahad, 13 Mac 2016

RESIPI AYAM MASAK BUTTER ( BUTTER CHICKEN ) SIMPLE DAN SEDAP..YUMMY!!!

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,




Hari ini saja nak share resipi yang adik saya ajarkan dulu pada saya. Cuma resipinya saya dah ubahsuai mengikut citarasa saya dan suami. Almaklumlah, suami saya tak suka isi ayam semata. Dia suka bahagian-bahagian tertentu dan tidak gemarkan dada ayam. Huhuhu. Saya dah banyak kali buat hidangan ini sebab saya suka susu. Jadi banyak makanan berkaitan susu saya akan makan. Resipi ini saya suka ia cair sedikit sebab saya suka kuahnya.

First time buat dulu, saya gunakan isi ayam. Bagi saya yang gemarkan isi ayam pula, rasanya tetap sedap. Ia bergantung kepada anda sama ada nak guna isi ayam atau bahagian-bahagian ayam lain seperti paha dan sayap ayam.  So, silakanlah mencuba jika teringin.

Bahan-bahan :

Ayam ( Paha dan sayap, nak guna isi ayam saja pun boleh )
Tepung jagung ( Jika tiada, boleh ganti tepung kentucky)
1 biji telur
1 SK serbuk kari
150ml susu cair ( atau ikut kuantiti ayam )
2 SB butter
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
3-5 biji cili padi ( ikut citarasa pedas )
1 SB gula
1 SK garam




Cara Penyediaan :

1. Perapkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kari.
2. Celup ayam ke dalam telur dan golekkan ke dalam tepung serta goreng hingga masak.


3. Apabila dah goreng semua, sediakan bahan untuk kuah.
4. Masukkan butter tadi. Api sederhana.

\

5. Masukkan bawang putih yang dicincang, kemudian masukkan cili padi.




6. Masukkan daun kari. Gaul hingga naik bau. Kemudian masukkan susu cair dan gaul rata.



7. Masukkan gula dan garam ikut citarasa anda.
8. Masukkan ayam yang sudah siap digoreng tadi dan gaul sebati.


Siap..Taraaa!!!!




Continue Reading

Sabtu, 5 Mac 2016

MOIST ROASTED CHICKEN PALING SIMPLE DAN SEDAP

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, hari ni menu simple saja yang terlintas dalam fikiran. Disebabkan suami saya peminat tegar ayam maka selalulah bereksperimentasi dengan pelbagai menu berkaitan ayam. Selama ni,dah buat nasi ayam, nasi lemak ada ayam goreng, ayam masak kicap, ayam masak sambal, kari, kurma, kunyit, halia, ayam bakar pun ada..tak tahu dah nak buat apa dengan ayam oo ayam...hehe.

Akhirnya saya pun buatlah resipi terlajak simple menggunakan bahan-bahan yang sentiasa ada kat dapur rumah. Mudah sahaja. Bagi yang suka ayam, sedap dimakan dengan nasi putih. Ni kali kedua saya buat. So, mari kita lihat resipinya yang saya create sendiri. hahaha. Gelak pasaipaa.

Bahan-bahan

Ayam (saya guna dua ketul sayap dan 1 paha ayam, boleh saja lebih sikit)

Bahan kisar :
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 SK lada hitam (ditumbuk kasar dahulu)
1/4 kiub ayam Knorr
1 SK gula
1/2 SK garam
1 SB sos cili
1 SK sos perasa Maggi
3 titik minyak bijan (bagi wangi)

***Saya guna pemanggang ajaib, maka aluminium foil kena ada k.

Cara Menyediakan :

1. Panaskan ayam sekejap dalam pan untuk keluarkan air lemak ayam yang boleh hanyirkan rasa ayam. Sehingga ayam nampak kering sedikit.




2. Masukkan ayam tadi ke dalam aluminum foil. Masukkan juga bahan kisar dan ratakan. Cantumkan bahagian hujung foil dan lipat. Semua bahagian tertutup.



3. Panggang dalam pemanggang ajaib selama 35 minit dengan api kecil.

Taraaa!!! dah siap..senang sangat kan.



Rasanya sedap. Alhamdulillah.

k,

Much Love.



Continue Reading

Khamis, 3 Mac 2016

Pengalaman ERPOC

P/S : dah lama taip, duduk dalam draf..ni baru dapat publish...

19hb MEI 2015, Saya admitted to Hospital Tuanku Fauziah(HTF) untuk prosedur Evacuation of retained products (ERPOC).

Mula-mula terima berita ini, pada usia kandungan almost 11 weeks. Ya Allah, hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya dalam dada ini sebab terlalu sebak. Sedih dan tertanya2 silapnya di mana. Akhirnya, saya redha dan akur dengan takdir Ilahi..Mungkin ada hikmah semua ini terjadi.Ada sesuatu Allah nak sampaikan kepada kami sekeluarga. Alhamdulillah..

Pengalaman ini memberi pengajaran yang sangat besar buat saya..walau nampak biasa namun meninggalkan kesan dalam hati saya untuk saya perbaiki diri dari ke hari..perbaiki solat..perbaiki sikap, perbaiki perkataan yang keluar dari mulut..perbaiki niat dan sebagainya. Janganlah kita asyik mengeluh bila sakit walau sikit pun..sakit itu satu kifarah. nikmat..yang tidak semua orang perolehi. Ia salah satu cara Allah menyampaikan rasa kasihnya kepada kita untuk kita menyedari perkara yang kita mungkin  tidak sedari sebenarnya tidak baik untuk kita amalkan. Kadang-kadang kita rasa dah cukup baik, tapi sebenarnya kita terlalu manjakan diri untuk nak merasa selesa dan gembira sahaja.. Kita lupa pada mereka yang sedang menghadapi kesulitan, kesakitan. Kita lupa untuk mendoakan mereka sekali.

oklah, saya masuk bab ERPOC la sebelum banyak sangat bercakap..huhu..

Untuk pregnancy kali ini, saya telah buat kad merah awal di Klinik bumbung biru kangar (Klinik kesihatan Kangar) pada seawal 6 minggu. Sebab suami ada kursus, jadi, saya tak mahu lewat sebab masa mengandungkan Rea Hanna, saya buat kad merah pd minggu ke7, itupun dah dikira lewat oleh doktor masa tu..So, saya pun..pergi buat awal..alahan dah start pada minggu ke6 tu..tapi tak teruk sangat cuma lemah longlai jee..

So, siap buat kad merah, akan ada appointment pada tarikh seterusnya dengn doktor yakni scan kali pertama. So, balik rumah...7-8minggu, alahan dah makin teruk, kembung jangan cakaplah..gastrik pn sakit. Masa tu suami kursus kami ikut sekali teman sambil ziarah adik beradik di Klang dan Temerloh Pahang..Badan sangat-sangat lemah..muntah-muntah..pening dan sebagainya. Lagi-lagi jalan jauh, Lagi sakit kepala..asyik nak tidur saja tak mau buat something pun. Tapi kerana jaga Rea Hanna, saya gagahkan diri juga untuk pesah dia. Bagi dia makan dsb. Untuk dukung dia, memang tak dapatlah..suami saja dukung.sb tak larat sangat-sangat mcm terumbang ambing bila jalan, tambahan saya pembawa talasemia, HB rendah, tekanan darah pun juga rendah jadi teruk sikitla badan macam nak pitammmmm je. Hanya orang yang mengalami akan rasa, wajah jangan cakaplah sembap, kusam, pucat lesi..aiii..serabainyelah..

So, habis kursus, balik rumah dan hampir minggu ke 9, saya pergi ke klinik untuk temujanji hari tu dan RCU yang pertama dengan doktor gynae. So, berdebar-debar tunggu scan. Saya tunggu lama dengan debaran makin kuat. Selalu tak berdebar macam tu..memang tunggu 2-3jam, tapi dah biasa. Kali ni, debar tu lain mcm. So, tiba turn saya jumpa doktor. Okey. Lepas tanya itu ini, doktor suruh baring atas katil untuk scan. Lama dia renung screen Mesin Pengimbas  tu doktor duk putar-putar kat bahagian bawah perut . Kemudian doktor kata tumbesaran baby okey, 8 minggu lebih..cumaaaa....jantung je tak nampak berkedip-kedip, tak jumpa pun jantung baby, selalunye dah nampak berkedip-kedip. Hati tiba-tiba macam stop kejap. Haaa...yeke...terkejut..tapi terus berdoa, moga-moga tak ada apa-apalah baby saya. Lama doktor cari, tapi tak jumpa pun. So, doktor kata, mungkin kecil lagi atau puan mengalami missed miscariage?haaaaaaa...lagi terkejut. Lalu, saya tanya "Doktor, maksudnya baby saya sekarang macam mana keadaannya. Doktor jelaskan, kemungkinan tak nampak lagi atau baby tak jadi. Glupppp!!! Hati siapa yang tak terkejut. Kemudian dia  tanyakan pendarahan ada tak. Saya kata tak ada apa-apa pendarahan hingga hari ini.  malah saya masih alah, perut pula makin besar. Saya tanya, ada tak kes macam saya ni. Ye, banyak katanya..Selalunya samada tak nampak lagi atau baby dah stop perkembangannya. Alahai hati saya risau bukan kepalang, berdoa dalam hati minta diselamatkan bayi dalam kandungan. Saya pujuk hati mungkin kecil lagi. Tak apa. Nanti scan lain.

Doktor tulis explanation dalam buku merah Klinik
untuk rujukan Klinik Pakar Obygyn nanti 
Doktor kata, saya akan dirujuk ke Klinik Pakar OBYGYN HTF..untuk scan dan pengesahan.

So, Pada 14hb Mei 2015, saya pun pergi ke klinik pakar untuk scan kali kedua. Hati memang tak sedap hmm. Takut semua ada, risau amat. Saya pergi dengan suami dan anak. Suami jaga anak. cek urin, masih positif hamil. Lega sikit perasaan. Tunggu punya tunggu, sampailah nama saya dipanggil. Okey, saya masuk dengan perasaan tak keruan. Berdebar sepanjang masa. Doktor pelatih yang cantik sedang handle kes saya. Dia tanya itu ini kemudian ajak pergi scan. Kali ni scan melalui bahagian bawah. So, bila dimasukkan scanner melalui alat sulit kita pesan saya kena relax dan jangan keraskan tubuh. Jadi, dia tak kan rasa sakit. Bila scan, terasa pula ngilunya sebab doktor pelatih gerak kiri ke kanan dalam rahim sebab tak jumpa kedipan jantung. Lama dia cari. Akhirnya, dia panggil doktor India yang sangat ramah. Dia scan sekali lg..lama juga cari kiri kanan atas bawah tak jumpa juga. Mesin Pengimbas (Ultrasound) pula black and white, dan kabur-kabur .So, doktor India tadi ajak naik tingkat atas, guna Mesin Pengimbas berwarna dan lagi advanced. Naik tingkat atas ikut dua orang doktor tadi dan seorang nurse. Saya baring lagi dan scan lagi..Lama juga scan. Lepas tu doktor kata, "Puan, baby puan tak nampak jantung. sepatutnya, kita akan nampak jantung berkedip-kedip tapi tak nampak langsung. Baby pula dah stop pembesarannya pada almost 9minggu. Hati saya makin duk dak dak berdebar kencang mendengar satu persatu perkataan yang doktor sampaikan. Dia cuba perlahankan dan berhati-hati ketika menjelaskan. Dia sambung lagi..

"So, baby puan dah tak ada". Tanpa dipinta, mata saya rasa panas. Walaupun saya cuba kuatkan hati untuk tidak menitiskan air mata tapi rasa sebak menyesakkan dada lalu akhirnya air mata jatuh juga. Lama saya tak dapat keluarkan suara, saya senyap dan cuba menahan tangis. Otak mula ligatberfikir, lepas ni, saya macamana, sakit tak prosuder seterusnya, saya dengar sakit yang amat. Lagi pula tak pernah dalam family pengalaman sebegini. Tapi sebab menahan sebak suara masih tak dapat keluar..Doktor bagi masa saya tenangkan diri. Thanks doktor yang sangat memahami. Selepas saya cuba hentikan tangisan, saya terus tanya apa saya kena buat selepas ini. So, doktor explain tentang missed abortion. Dia beri masa 3-4hari, kemudian suruh admit ward untuk pembedahan minor erpoc atau cuci rahim. Saya tanya sakit tak. Dia kata, tak. Saya akan dibius dan tak rasa sakit. So, saya bagitau tolong explain pada suami. Dia pun kata ok boleh panggil suami. Saya panggil suami. Suami macam hairan sedikit, nampak mata saya berair, tapi saya gagahkn diri tak menangis dan bagitau baby dah tak ada. Dia cuma mampu berkata.."jadi."suaranya longlai... (suami saya jenis lambat reaksinya, kaku terpana ja tak tahu nak cakap apa)...saya kata, kena buat pembedahan cuci rahim. Suami masuk skali dan dengar sama explaination dari doktor tadi. Alhamdulillah suami faham dan beri sokongan.

Penerangan doktor pelatih untuk diberikan sekali dengan resit kemasukan wad
Balik rumah saya google pasal ERPOC dan baca mengenainya. Ada blogger kongsikan pengalaman mereka dan sangat membantu saya dalam memahami prosedur erpoc yang akan saya lalui. Sebab itulah saya suka kongsikan pengalaman saya di sini, kerana daripada baca bloglah saya dapat tip yang banyak membantu. Terima kasih banyak.

Kemungkinan inilah prosedur ERPOC sama macam prosedur D & C
Hari isnin 19hb Mei tu, saya masuk wad. Kali ni sangat berdebar  pula selagi tak lalui erpoc tu. Semasa masuk wad, doktor akan terangkan prosedur pembedahan dan sign beberapa borang yang perlu sebab ada risikonya untuk jalani pembedahan. Saya baca dan sign saja. Kalau tak sign tak rela lah dibedah. 

So, masuk wad dapat kawan-kawan yang sangat ceria smpai saya asyik tergelak-gelak dengar lawak mereka. Terlupa sekejap masalah melanda,  walaupun masing-masing ada masalah kesihatan sendiri. Bila waktu tidur, pegang perut yang masih bulat, rasa hiba sangat, esok anakku akan dikeluarkan dari rahimku, maafkan mama nak kalo mama ada tersilap. Walaupun sementara tapi baby dah pernah menghuni ruang rahim ini. Rasa sebak akan kehilangannya.

12 jam sebelum pembedahan saya kena puasa. So, untuk kuatkan diri esok, saya minum susu banyak-banyak untuk elak lapar dan air kosong. Saya makan nasi sebelum waktu start puasa. Selepas pukul 8malam, saya tak makan nasi dah, cuma saya masih minum air..sebab takut dahaga. Alhamdulillah, minum susu dan air memberikan tenaga kepada saya sampai keesokan harinya. Tak rasa rasa lapar walaupun saya ada gastrik tak rasa sakit dan badan masih kuat. Alahan masih ada sikit. So, malam tu tidur cukup-cukup sebab nak bangun awal esok bersiap-siap untuk pembedahan esok.

Keesokan paginya saya bersiap-siap, doktor panggil untuk masukkan ubat ke bahagian belakang serviks(doktor kata) melalui liang faraj. Setahu saya, ubat itu untuk melembutkan bahagian serviks untuk memudahkan proses erpoc nanti. Tetapi, tak sampai sejam saya dah dipanggil untuk masuk ke bilik bedah sebab saya orang pertama untuk memulakan operasi pembedahan hari itu. Cuma, adalah rasa mild sikit cramp dekat bahagian bawah perut tapi sikit saja. Mungkin kalau lama, rasa sakit kot. Sayatak sampai sejam pun .Mungkin tak berapa nak absorb pun. Risau juga. So, saya disuruh buka semua baju dan pakai baju untuk pmbedahan. Baju putih dan bahagian belakang so seksiiii..adoi..rambut ditutup. Saya ditolak ke bilik bedah. Jauh juga di tingkat 1. Wad kami di tingkat 3. Sampai di bilik bedah seram sejuk rasanye..So, medical staff suruh saya sebut nama dan nombor ic. Tukar katil tapi tak perlu bangun. Kemudian buka baju. Cuma selimut saja. Masuk ke dalam ruang menunggu untuk masuk ke bilik bedah. Ada 4 bilik bedah, Saya d bilik bedah pertama. Sejuknye Ya Allah...saya menggigil-gigil sampai gigi terketap-ketap. Semasa menunggu, seorang staf lg tganya nama, ic dan pembedahan apa. Kemudian dia tanya ada masalah apa, gigi longgar ke, gigi tak ada ka , ada asma ka atau apa-apa. Saya kata, tak ada masalah cuma ada kahak sikit????hmm?mcm pelik je nurse tu. Tapi dia kata, oo ok. Masa tu tiba-tiba rasa sesak nafas, hidung tersumbatlah, macam-macam . Kemudian tiba-tiba rasa dalam hati..oo..selamatkah aku nanti (sebab pertama kali masuk bilik bedah)...hidup ini akan berhenti di sini ka..selamatkah proses pembedahan ini..macam-macam dalam otak fikiran, rasa macam nak mati pun ada. Rasa macam sat lagi sedar atau tak sedar terus. Berdoalah saya, minta ampun..mohon Allah selamatkan..mohon Allah ampunkan segala silap saya padaNya, pada ibu bapa, suami dan keluarga..sahabat handai dan sesiapa pun. Takut rasanya tak dapat melihat dunia lagi. Banyaknya lagi perkara yang perlu diperbaiki andainya dijemput maha pencipta..Tapi siapalah kita utk menidakkan.Semua adalah ketentuannya dan kita kena redha dengan Qada dan Qadar Allah. Melihat patient lain yang lebih teruk sakitnya dan akan melalui proses pembedahan yang lama, membuatkan saya merasa kasihan. Sedangkan saya lalui pembedahan minor saja pun rasa macam-macam, apelah yang sedang bermain di fikiran mereka. Selamatkanlah kami semua Ya Allah.

Sebelum masuk bilik bedah, air yg masuk dalam drip kat tangan dibuka kemudian dimasukkan ubat..wooooo..sakitnyeeee, sakit sangat bila tiba-tiba masuk ubat cecair sekaligus masuk dalam drip. Kemudian masuk sekali lagi. Ooo lemah badan, sakit sangat nak tahan tapi kerutkan muka je. Bila tiba masanya, saya ditolak ke bilik bedah. Di dalamnya saya nampak ada beberapa org mengeremuni saya. Seorang pasangkan wayar d dada, masukkan ubat ke dalam drip lagi yang tu tak tahan. Sakit sangat. Di sudut sebelah kanan ada seorang doktor tulis details mengenai saya. Nama, umur, pembedahan apa, masalah apa, siapa doktor handle. Saya tengok saja dalam hati berdebar kencang sebab takut sangat dalam hati. Tak pernah alami keadaan macam tu, tapi rasa insaf terus sebab rasa macam dah hampir dengan kematian. Begitulah mereka yang sedang sakit. Tak pernah kita tahu kesusahan mereka, gelodak perasaan mereka. Kita tengok je. Seorang pembantu doktor pasangkan gas ke mulut. Alahai tak selesanya, ada gas masuk mata. Saya tolak tangan dia, saya kata tak selesa dan macam tak dapat bernafas. Dia kata, tak pe, tak selesa sikit tapi dia terus tekap kat mulut sambil kira 1,2,3....luppp tak tau apa jadi, gelap gelita, Tiada apa-apa. Kosong. Tidur yang tiada mimpi, langsung tiada apa..rasa mcm dimatikan sekejap.

Sedar-sedar je, dah pukul1 lebih, operation mungkin dalam hampir pkul9 tadi. Tak sempat tengok jam sebab panik masa nurse buh oksigen tadi dengan gigilan yang ketara dengan bahu terhenjut-henjut kesejukan. Sejuk betul bilik bedah na. Bila bangun, oo patutlah saya tak sedar-sedar sebab saya diselimutkan dgn pek suam (macam lendir suam dalam plastik)..rasa selesanye nak tidur. Bila dah sedar nurse panggil..Julia..julia..lepas dh sedar pembantu datang ambil dan hantar ke wad. Alhamdulilah, tak rasa sakit apa dah. Mungkin sebab masih ada bius. Saya cuma rasa lapar tapi tak boleh makan lagi. So, makan ubat ikut waktu. Selepas tu, saya start minum susu suam. Nurse kata, minum sikit-sikit kalo tak muntah, nanti boleh makan. Saya minum sedikit demi sedikit. Alhamdulillah tak ada rasa nak muntah. Bila makanan dah disediakan saya nak makan tapi dihentikan oleh rakan sebelah, katanye keguguran sama macam kita melahirkan jadi kena pantang sebab lauknya ikan, tapi ikan apa tak ingat. Maka saya pun tak ambil, cuma makan roti gardenia. Hehe. Suami datang melawat bawa ikan bakar dengan nasi. Alhamdulillah, dapat makan.

Hari tu, tak boleh balik lagi tunggu esok untuk stabil sebab nak scan lagi. Nak tgk kalau ada apa-apa masalah dalam serviks. So, bertahan lagi untuk semalam sebab dah rindu sangat dengan anak. Keesokan harinya, doktor scan dan tak ada apa-apa semuanya ok. Jadi saya boleh balik. So, petang tu baru daapt balik setelah selesai proses keluar hospital. Lega dapat blk rmh....

Semasa discaj wad, doktor pesan kena tunggu 3 bulan baru boleh mengandung lagi, kembali ke klinik untuk perancang keluarga, dibekalkan asid folik selama 3 bulan dan sekiranya berlaku pendarahan kena datang cek balik. Saya tak amalkan perancang keluarga dan konsisten makan asid folik.

Di rumah, seminggu suami jaga sebab dia kerja Langkawi time tu, so tak boleh cuti lama. Saya berpantang macam biasa. pakai stokin, makan makanan yang sesuai untuk pembedahan, sapu minyak bersalin, dan urut sikit-sikit sendiri. Alhamdulillah, selepas sebulan, darah stop rasa sihat kembali. Tapi tak sihat sepenuhnya lagi tau, rahim masih tak stabil. Kekadang darah keluar setompok-setompok bila melakukan aktiviti berat. Tak menentu. Dah 3-4 bulan baru rasa pulih sepenuhnye, Itupun tak pulih sepenuhnya sebab selepas saya jalani erpoc, rahim saya selalu rasa kejang dan sakit.
Selepas saya cuba makan Alfalfa Shaklee sebab ia mengembalikan kekuatan otot rahim saya. Tak ada dah rasa sakit dan kejang tiba-tiba kat rahim. 


ALFALFA COMPLEX SHAKLEE
( Saiz S = 300 tablet, Saiz L = 700 tablet )
Sebulan consume Alfalfa, kemudian vit c, vita lea dan sekarang ESP, alhamdulillah, saya dapat rasa perbezaannya. Tak de dah nak cramp kat rahim atau apa-apa pendarahan. Saya nak sangat sihat jadi nanti jika diizinkan Allah, nak tambah anak lagi,suka anak ramai sebab adik beradik ramai.10 orang.

So, kepada wanita di luar sana ada masalah seperti saya atau masalah keputihan ataupun mengembalikan kemesraan hubungan intim, cuba lah Alfalfa Shaklee. Saya sendiri merasa kebaikan produk ini barulah saya yakin bagitahu pada anda semua. Kisah suami saya dan resdungnya ada DI SINI .Dulu saya tak tahu. Hubungi saya bila-bila masa k.

Bye.

JULIA SIA
019- 4101586

Continue Reading

Rabu, 2 Mac 2016

Sarapan Pagi Paling Ringkas :BREAD CELUP TELUR SEDAP


Assalamualaikum semua..

Kadang-kadang ada masanya saya tukar menu sarapan pagi. Hari-hari nasi goreng, kadang nak kelainan sedikit. Oleh itu, saya kongsikan resepi roti celup telur inti kaya saya pada anda. Rasanya sedap dan senang dibuat.

Bahan-bahan
1 biji telur
2 sudu besar planta
1 sudu minyak
kaya gardenia
6 keping roti gardenia
secubit garam

Cara penyediaan:

1. Ambil roti dan sapukan kaya. Sedikit saja tapi ratakan dan lipat.
2. Dah siap sapu kaya, pecahkan sebiji telur dan masukkan secubit garam. Kacau sebati.
3. Panaskan pan, kemudian masukkan 1sudu planta dan stgah sudu minyak utk masak 3 keping roti (kalau pan besar boleh masuk semua).
4. Celupkan roti dalam telur  tadi kedua-dua belah, kemudian masak.
5. Balikkan bila dah kuning keemasan
6. Ulang untuk 3 keping roti seterusnya.
7. Siap
























Taraa….Minum Milo pun sedap..




Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...