Khamis, 16 November 2017

Rindu Blog

InsyaAllah lepas ni, saya akan rajinkan diri update blog tentang kami dan juga bisnes Shaklee.

Nak tau pasal set produk shaklee just whatsapp number saya ok.

  • Set cantik
  • Set resdung
  • Set hamil
  • Set kesuburan
  • Set kolestrol
  • Set darah tinggi
  • Set gastrik
  • Set eczema
  • Set kanak kanak
  • Set kencing manis
  • Set asthma
  • Dan banyak lagi

Julia
019-4101586
Trusted SID
1212635

Follow terus tau...
FB / IG : Mamapapa Rea

Continue Reading

Isnin, 14 Ogos 2017

CARA BUAT KETUPAT PALAS PALING MUDAH FAHAM (GAMBAR DAN VIDEO) : EDISI RAYA 2017 PART 3

 
Hai, jumpa lagi kita di Part 3. Terima kasih kerana sudi layan blog ni. Untuk entri ni, Paparea kongsi tentang cara membalut ketupat palas bersama pulut. Untuk entri yang lepas, tak ada video. Kali ni punya Paparea letak video untuk korang. Mesti lebih mudah untuk balut ketupat nanti. Nak tengok entri yang lepas pun boleh, klik je LINK ni, CARA BUAT PULUT DAN CARA BALUT KETUPAT PALAS.

Seperti biasa, sedia semua barang2 yang diperlukan. Barang2 tu macam bekas air pencelup tangan (basuh tangan) dan gunting.
Mula2, bukakan dulu daun palas yang kita balut sebelum ni dan terbalikkan (tulang daun ke luar). Cara membalut sama macam balut untuk lentur daun.

Kasi belanja 2 gambar Paparea tengah membalut ketupat. Mamarea tolong snap. Huhuhu...
Meh kita belajar membalut, pakat tengok video yang Paparea sediakan di bawah ni.
Dah pun jadi Ketupat Palas Jantan, korang macamana, boleh? Mesti ok semuanya kan.
Bila dah siap balut, ikat dan gunting lebihan daun tu.
Ok, bab masak pulak. Masukkan ketupat ke dalam periuk yang bersesuaian dengan kuantiti ketupat. Masukkan air putih hingga sama paras ketupat. Rebus ketupat sampai betul2 masak hingga air rebusan tu kering.
Ooo sebelum terlupa, di Part 1 ada Paparea cakap tentang lebihan daun palas kan. Ni nak cerita Tips Merebus Ketupat. Sebelum memasukkan ketupat dalam periuk, amik beberapa helai daun palas yang lebih @ tak guna dan potong kepada beberapa keratan. Dan letak ke dalam periuk. Seterusnya masukkan ketupat letak di atas daun tadi.

Apa fungsi daun palas tadi? Fungsi dia ialah mengelak ketupat yang direbus tu dari hangit, semuanya masak sempurna. Yela, cara rebus ketupat ni sampai air rebusan tu kering baru dikatakan masak sepenuhnya kan. Kalau takda alas bawah, mestilah ketupat yang di bahagian bawah akan cepat panas dan hangit. Jadi daun palas tu bertujuan menghalang panas api direct pada ketupat. Dapat la elak dari hangit. Tu la fungsi dia.

Pembantu Paparea semua masih nyenyak tidur, mana taknye waktu subuh, nyenyak tidur la depa. Nak buat kerja pun senang and cepat tanpa ada gangguan.

Ok, semua sudah Paparea kongsikan untuk korang dari mula dengan daun palas sehingga la siap menjadi ketupat palas.

Itu saja la perkongsian Paparea tentang Ketupat Palas Utara untuk korang semua. Kalau ada apa2 nak dikongsikan bersama @ nak bertanya, silakan di ruang komen.

Untuk Raya Tahun 2021 ini,

Paparea ada buatkan video Ketupat Palas di Youtube Channel kami, MamaPapa Rea YouTube. Klik Video di bawah ni ya. Jangan lupa Subscribe, Like , Share & Komen ya.. TQ



CARIAN YANG BERKAITAN:

1. Video cara buat ketupat palas
2. Teknik belajar ketupat palas
3. Ketupat palas jantan
4. Cara buat ketupat palas utara
5. Cara balut ketupat palas
6. Cara mudah dan senang buat ketupat palas.

Sekali lagi Thanks uolls sudi layan Blog MamaPapaRea. Kalau ada info terbaru, nanti Paparea kongsikan untuk tatapan korang semua. Oh ya, nanti kita jumpa pula di entri seterusnya tentang Gulai Daging Untuk Hari Raya Versi MamaRea.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha / Hari Raya Haji


By:

PapaRea
Continue Reading

CARA BUAT KETUPAT PALAS PALING MUDAH FAHAM (GAMBAR DAN VIDEO) : EDISI RAYA 2017 PART 2

 
Hai semua, selamat kembali. Ni sambungan dari entri CARA BUAT KETUPAT PALAS PALING MUDAH FAHAM (GAMBAR DAN VIDEO) : EDISI RAYA 2017 PART 1.

Untuk kali ni Paparea nak cerita lebih detail siap dengan gambar setiap langkah. Sebelum ni pun sudah ada Paparea kongsi. Boleh klik LINK ini, CARA BUAT PULUT DAN CARA BALUT KETUPAT PALAS. Yang ni Edisi Raya Tahun 2016.

Kali ni yang terbaru tahun 2017 punya. Jom kita Start. Caranya sama dengan yang lepas, cuma kat sini Paparea tambah lebih gambar.

Step 1:

Mesti prepare bahan2 nak memasak. Bahan2nya adalah:

1.   Beras Pulut Susu (1 Kg) - apa2 jenis pun boleh
2.   Santan Kelapa Pekat (500 gm / 600 gm)
3.   Garam (secukup rasa asalkan ada rasa lemak)
4.   Daun Pandan (3-4 helai dikoyak dan disimpul siap2)
5.   Air sikit (untuk bergabung dengan santan pekat)
 
Step 2:

Beras pulut perlu dibasuh dulu dan direndam semalaman.
Dah siap rendam, basuh semula beras tu dan tapis air dia.
 
Step 3:

Mula memasak, panaskan api sederhana. Dan masukkan pulut yang direndam tadi bersama semua bahan2 di atas. Daun pandan tu kasi simpul, buh la 3-4 helai sesuai dengan pulut kita tu.
Step 4:

Masukkan Santan Pekat + Air hingga sama paras pulut.
Step 5:

Masukkan garam secukup rasa. Jangan terlebih garam, nanti naik Darah Tinggi pulok.
Step 6:

Kacau pulut sehingga pulut jadi 1/2 masak dan santan cukup sebati dengan pulut. Kena kacau selalu untuk elak pulut hangit dan bagi masak sekata. Api pun kena jaga juga ye.
Masak sampai pecah minyak, kalau korang kacau, tengok kat bawah  pulut tu ada minyak. Kira dah siap.
Macamana pulut korang, ok x? Paparea punya pulut macam ni.
Tutup api dan sejukkan dulu sebelum mula proses membalut ketupat.

Untuk proses seterusnya Cara membalut ketupat, boleh klik LINK di bawah.


Untuk Raya Tahun 2021 ini,

Paparea ada buatkan video Ketupat Palas di Youtube Channel kami, MamaPapa Rea YouTube. Klik Video di bawah ni ya. Jangan lupa Subscribe, Like , Share & Komen ya.. TQ



CARIAN YANG BERKAITAN:

1. Resipi pulut ketupat
2. Pulut ketupat palas
3. Ketupat palas jantan
4. Cara buat ketupat palas utara
5. Cara balut ketupat palas
6. Cara mudah dan senang buat ketupat palas.

Sekian, Thanks uolls sudi layan Blog MamaPapaRea.

Selamat mencuba...

By:

PapaRea
Continue Reading

CARA BUAT KETUPAT PALAS PALING MUDAH FAHAM (GAMBAR DAN VIDEO) : EDISI RAYA 2017 PART 1

 
Apa khabar semua? Hari ni Paparea nak kongsi Cara Buat Ketupat Palas Paling Mudah Faham untuk korang semua. Paparea kongsi siap sekali gambar dan video, memang mudahla korang buat nanti. Step yang paling senang, slowmotion punya video. Awal bulan September nanti dah nak sambut Hari Raya Haji @ Aidiladha, jadi entri ni sebagai persiapan kita untuk juadah raya. Video membalut ketupat palas ni Edisi Raya Tahun 2017, yang baru saja lepas. Yang entri sebelum ni punya edisi tahun 2016. Masa tu princess Paparea, Rea Hanna Sophea berumur 2 tahun. Kalau nak tengok entri tu, boleh klik LINK ni, CARA BUAT KETUPAT PALAS JANTAN PALING MUDAH.
Dia minat sungguh la kalau bab2 ketupat ni, tapi mengacau adala. Kita sebagai ibu bapa kena rajin2 la dedahkan pada anak2 supaya bila mai besar nanti, depa boleh buat sendiri. Juadah ni wajib tau dah jadi tradisi keluarga, tak ada ni tak raya lah. hehe

Okay, kalau korang tengok entri yang lepas tentang ketupat ni, Paparea hanya kongsi gambar bagi setiap step lipatan. Untuk kali ni lebih advance lagi lah siap dengan video. Memang lagi mudah korang faham.

Hye smua sahabat, hari ni 3 Jun 2019 Isnin, 2 hari lagi nak Raya. Lama dah tak update. Ni entri 2017. Ramai yang tengah mencari cara² buat ketupat palas kan. Apa²pun try the best k. 

Paparea & Sekeluarga ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN KEPADA SEMUA

Kita mulakan dengan...

CARA MEMBUKA DAUN PALAS DAN MELENTUR DAUN KETUPAT

Yang pertama semestinya korang perlu cari dulu daun palas. Cari yang sederhana saja. Macam gambar di bawah ni, Paparea beli di tepi jalan ja, Harganya RM4 seikat. Murah ja.
Masa memilih daun ketupat ni, perlu diingatkan beli yang sepatutnya. Amik yang perlu sahaja bergantung kepada kuantiti pulut yang kita nak masak nanti. Kalau nak buat sekilo pulut, beli seikat sahaja pun dah cukup.

Beli yang sederhana, panjang lebih kurang 60-80 cm macam tu. Tak payah panjang sangat nanti membazir. Daun tu jugak pilih yang gemuk2 (yang banyak daun) dan lebar daun tu lebih kurang 1.5 cm. Ni Paparea punya style kalau bab memilih daun palas ni.
Sebelum mula buka daun palas, guna la sarung tangan dan sediakan kain tuala yang bersih untuk mengelap daun dari habuk2 yang ada di dalamnya. Gunting pun kena ada.

Buka daun palas dan ceraikan satu per satu helaian daun. Kemudian, potong sikit di hujung daun tu.
Kenapa perlu potong hujung daun tu? Mesti la untuk lebih bersih dan lebih kemas.

Bila dah buka, lebarkan daun tu. Ni Paparea kasi tunjuk saiz daun yang paling sesuai dan cantik. Saiz lebarnya macam gambar di bawah. Kalau korang tak kisah saiznya, boleh saja, kecik ka besar ka, janji menjadi. Kalau ada daun yang besar, koyak sikit buang yang selebihnya tu, jadikan saiz biasa.
Nak Enterframe sikit, Paparea bersama Rea Adam Daniyal. Huhuhu...
Ni Cara balut Ketupat Palas, saksikan dengan penuh khusyuk.
Amacam, boleh faham tak? Kalau tak dapat, ulang lagi video ni sampai korang boleh buat ok. Kalau tak boleh ikut jugak try tengok entri sebelum ni.

Ni satu, My Baby Boy Daniyal ni takda kerja lain,  asyik mengacau ja. Ada anak kecik macam ni la kan. Kakaknya di ruang tamu tengok cerita favourite Movie dia, Minions. Hari2 nengok. Kita yang jemu pun layan jugak la sama2.
Bila dah siap balut, simpan untuk sementara tunggu masak pulut pula nanti.
Untuk menyimpan daun ketupat ni, perlu simpan dalam satu bekas @ raga dibalut dengan kain tuala basah @ lembap.
Kenapa perlu simpan dalam kain lembap? Sebabnya ialah untuk kekalkan kesegaran daun palas tu. Kalau dibiarkan di luar, daun palas tu akan kering dan layu, nanti susah nak buat ketupat.
Okay selesai dah cara balut daun ketupat palas. Lepas ni boleh la kemas2, buang habuk2, daun2 yang tak guna. Boleh la buat kerja lain pulak.

Ooo ya, daun palas yang lebih jangan dibuang ya, ada kegunaannya jugak. Tentang kegunaannya tu nanti Paparea kongsi di Part 3.

Next entri cara penyediaan pulut pulak, Sila klik LINK di bawah ini.


Untuk Raya Tahun 2021 ini,

Paparea ada buatkan video Ketupat Palas di Youtube Channel kami, MamaPapa Rea YouTube. Klik Video di bawah ni ya. Jangan lupa Subscribe, Like , Share & Komen ya.. TQ



CARIAN YANG BERKAITAN:

1. Balut Ketupat Palas Beserta Gambar
2. Balut Ketupat Palas Beserta Video
3. Cara Balut Ketupat Daun Palas
4. Cara Mengayam Ketupat Palas
5. Buat Ketupat Palas
6. Teknik Balut Ketupat Palas Yang Mudah
7. Ketupat Palas Utara
8. Ketupat Palas Hari Raya

Jumpa di entri seterusnya dan terima kasih sudi membaca.

By,

PapaRea
Continue Reading

Isnin, 7 Ogos 2017

CARA MELAJUKAN KIPAS SILING YANG PERLAHAN LEBIH MUDAH DAN MENJIMATKAN

Assalamualaikum kalian semua, ketemu lagi kita di sini ya , Blog MamaPapaRea. Hehehe...

Paparea nak tanya korang semua, pernah tak kipas siling rumah korang sebelum ni laju, sekarang dah makin slow. Pasang level full @ level 5 rasa macam pasang level 2-3 saja. Ada tak?

Paparea tanya sebab kipas rumah jadi macam tu buat kali kedua. Sebelum ni 3 tahun lepas kipas siling di ruang tamu jadi slow. Mula la fikir, kipas rosak ke ni? Masa tu MamaPapaRea belum lagi aktif Blog memBlog ni. Maklumla internet kawasan kampung Paparea ni No Coverage. Sekarang rumah Paparea pakai Streamyx. Hah, memang tak risau dah. No Data Limit. Tengok pusingan kipas ni, slow sangat walaupun sudah level 5. Ada 2 kipas yang jadi masalah ni.
 
** Ni bukan edit2 video Slowmotion punya ye, btul2 kipas tu berpusing level 5 **

Nak cerita la cikit, dulu memang cetek ilmu ni, tak tau menau tentang kipas ni. Hanya yang tau, ada tukang elektrik “ Abang Man Karan” umur dah pencen. Apa2 masalah semua halo dia. Masa tu mintak tolong dia la repair kipas ni. Punya la cepat dia buat. Datang rumah, pasang tangga, off elektrik, dah siap. Wahhhhhhhh.......

“Brapa Abang?” “Mai 50 dah la.” Wahhh, murah tu. Padahal aku yang tak tau kos repair tu tak sampai 10 ringgit pun. Tapi takpa la, kos upah dia mai rumah kita kan... Apa2 pun Trima Kasih Abang Man Karan. Tak da orang lain dah kalau bab2 elektrik rumah ni semua halo dia.

Ni kapasitor yang diganti tu.

Ok, jom start perkongsian Cara Melajukan Kipas Siling Yang Perlahan Lebih Mudah Dan Menjimatkan.

Kipas ni sama saja dengan barang2 lain. Bila baru semua mantop, fast and furious. Bila dah makan deq tahun, power pun dah kurang umrphhh.... Jadi semua ni puncanya adalah KAPASITOR nya sudah kurang power/lemah @ rosak. Kipas tak rosak. Korang tau tak apa itu Kapasitor?
** Ni Kapasitor Kipas Siling, Baru Beli **

Kapasitor (Capacitor) adalah komponan elektronik yang dapat menyimpan dan melepaskan muatan elektrik atau tenaga elektrik dalam tempoh masa sementara dengan unit kapasitansinya adalah Micro Farad (µF).

Kapasitor berfungsi dalam suatu rangkaian elektronik dengan cara mengalirkan elektron menuju ke kapasitor. Setelah kapasitor sudah penuh dengan elektron, berlaku perubahan pada voltan. Selepas itu, elektron yang ada dalam kapasitor tu akan keluar dan mengalir ke rangkaian atau komponen yang memerlukannya.

Nilai kapasitor akan berkurang @ lemah disebabkan usia kipas tu dengan jumlah penggunaan yang maksimun dan terus menerus. Itulah yang menyebabkan kelajuan kipas semakin berkurangan. Kapasitor yang berkualiti rendah, nilai Farad (µF) akan berkurangan setiap tahun.

Itula serba cikit penerangan tentang Kapasitor ni. Cukup kot noo.

Sebelum kita mula proses baiki kipas siling ni. Yang pertama sekali kenali dulu kipas korang. Selalunya Top Brand kipas siling ni semestinya jenama KDK. Macam rumah Paparea semua KDK.

Macam kipas ni kapasitor yang asal @ standard adalah 2.0 µF (Gold) dan 1.8 µF(Putih). Kalau korang tak tau nilai kapasitor kipas korang, cer buka dulu tengok. Lepas tu baru la boleh buat keputusan untuk beli terus.

** Peringatan:

Tukar/Ganti kapasitor dengan nilai Farad (µF) yang sama dengan yang asal @ nak up nilainya untuk tambah laju, jangan melampau2. Up sekadar, contoh 1.8 ke 2.0 µF, 2.0 ke 2.2/2.5 µF. Kalau lebih tinggi sangat nilai ÂµF, kipas akan pusing sangat laju, motor kipas menjadi lebih panas menyebabkan gelung dalam motor kipas rosak. Pastikan label voltan lebih dari 300VAC.

Kapasitor ni murah ja. Mana nak beli kapasitor ni? Semestinya la kedai elektrik. Ala kedai jual barang elektrik and repair radio tv. Murah ja. Paparea beli 2 kapasitor macam gambar di atas tu, RM14.00. Kapasitor 2.0 µF (RM6.00) dan 2.5 µF (RM8.00). Harga termasuk GST (Good And Services Tax). Mungkin korang boleh dapat murah lagi dari harga tu. Jadi nak langkah selamat, beli je nilai asal saja.

Sebelum mula proses penggantian dan pemasangan, sediakan barang2 yang diperlukan dulu.

a. Tangga 4 tingkat / 5 tingkat / lebih tinggi lagi bagus.
b. Screw Driver / Pemutar Skru Philips @ Mata Bunga
c. Test Pen / Pen Ujian (menguji arus elektrik)
d. Pemotong Wayar
e. Kapasitor Baru

Step 1:

Untuk keselamatan, off @ tutup suis kipas tu @pun nak selamat dan yakin tak ada arus elektrik, tutup terus suis utama (kotak fius rumah). Comfirm ok.
Enterframe dulu, hehehe... Paparea.

Step 2:

Buka dulu bahagian penutup atas tu. Ada 2 biji skru.

Step 3:

Cek dulu guna Test Pen, pastikan tiada arus elektrik.

Step 4:

Buka skru pada kapasitor tu dan keluarkan kedua2 wayar kapasitor dari penyambung wayar kipas tu.
Ada perbezaan kapasitor ni, yang asal / original dengan yang biasa. Yang asal besar dari yang biasa.

Step 5:

Tukar / Ganti semula kapasitor lama @ rosak dengan yang baru.

Kalau wayar kapasitor baru tu lebih panjang, potong la cikit.

Step 6:

Mula proses pemasangan semula sama seperti proses membuka tadi. Wayar kapasitor tu ikut sama seperti keadaan asal. Jangan salah pulak. Hehehe...

Ok, dah siap semua.

Opsss, ni la masalah bila jarang2 skali naik tengok bahagian atas.

Terpaksala cuci kipas ni dari habuk2. Kalau macam ni habuknya gunala vacum untuk sedut habuk tu. kalau takda vacum, pakai la berus. Jadi bertambah la kerja menyapu lantai akibat habuk berterabur.

Untuk TIPS CUCI KIPAS SILING PALING MUDAH TANPA HABUK BERSELERAK, sila ke LINK ini.

Bila dah cuci, try tengok hasilnya. Bezakan dengan video di atas. Laju ooo... Baru rasa angin.
 

Amacam ok tak tips ni. Korang yang ada masalah macam ni, boleh la cuba buat sendiri, dapat la menjimatkan wang. Yang penting ilmu perlu ada sebelum lakukan. Jangan memandai2, elektrik tak boleh bawa main. Very Dangerous. Be Careful ya kawan...

CARIAN YANG BERKAITAN:

a. Kenapa kipas siling jadi perlahan?
b. Punca kipas siling semakin perlahan.
c. Tips nak lajukan kipas siling yang perlahan.
d. Cara bagi laju kipas siling.
e. Cara baiki kipas siling pusing perlahan.
f. Cara tukar kapasitor kipas siling.
g. Apa itu kapasitor dan fungsinya pada kipas.

Terima kasih pada korang semua yang sudi layan Blog Mamapaparea.

Jumpa lain di entri yang lebih bermanfaat untuk kita semua. Bye2...

By: 

PapaRea
Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...