Khamis, 13 Februari 2020

CARA BUAT PINDAHAN ASB IBU BAPA KE ASB ANAK YANG MUDAH





Hai semua, apa habaq sahabat? Harap semua sihat sejahtera ye. Rasanya boleh lagi ye ucap SELAMAT TAHUN BARU 2020. Semoga tahun baru ini kita dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan diberikan kebahagiaan di samping keluarga yang tersayang serta dipermudahkan segala urusan kita semua, Aminnnnn...

Untuk entri kali ni, Paparea nak kongsikan tentang CARA BUAT PINDAHAN ASB IBU BAPA KE ASB ANAK YANG MUDAH.

Di awal tahun ni semua sudah dapat dividen kan, jadi ramai yang bertanya, macamana cara nak transfer duit dari akaun ASB ibu bapa ke akaun ASB anak melalui Portal myASNB @ myASNB app. Bila dah ada sistem online ni tak perlulah pergi ramai² beratur panjang di mana² cawangan ASNB dan juga ejen ASNB (bank). Maklumlah minggu pertama bulan Januari ni memang ramai orang nak keluarkan dividen tambahan lagi kena update butiran peribadi pulak.

Ok, jom mula...

Paparea nak transfer duit dari akaun ASB Paparea ke Akaun ASB anak². Paparea buat step by step, ok.

Step 1:

Buka website myASNB : http://www.myasnb.com.my/. Klik Log Masuk.

Pada yang belum daftar myASNB ni, boleh ke entri sebelum ni yang Paparea kongsikan link di bawah.

CARA DAFTAR ASB ONLINE MELALUI KIOSK ASB

CARA DAFTAR ASB ONLINE MELALUI PORTAL MyASNB

CARA LOG MASUK MyASNB SECARA TERPERINCI


Step 2:

Masukkan ID korang dan klik TERUSKAN.

Step 3:

Dah tu, jawab korang punya Frasa Keselamatan, YA / TIDAK.

Step 4:

Masukkan korang punya password pulak. Dan klik TERUSKAN.

Step 5:

Ini paparan UTAMA myASNB. Dicatat jumlah pelaburan korang yang terkini.

Untuk perkhidmatan ni, ada tempoh yang di tetapkan. Dalm tempoh masa itu saja yang boleh untuk urusan segala transaksi ASB.

Step 6:

Klik pada Portfolio untuk semak baki terkini pelaburan korang yang boleh korang buat pindahan.

Step 7:

Untuk pemindahan dari akaun ASB ke ASB lain, boleh klik pada bahagian Transaksi bawah baki Nilai Semasa.

Di sini ada 3 kategori iaitu Pelaburan Tambahan, Pemindahan dan Penukaran.
1.      Pelaburan Tambahan ni adalah transaksi dari akaun bank terus ke akaun ASB. Nak tau caranya boleh ke link di bawah.

ASB ONLINE (MYASNB) : CARA BUAT PINDAHAN (TRANSFER) UNTUK TAMBAH PELABURAN AKAUN ASB SECARA ONLINE

2.      Pemindahan adalah transaksi dari akaun ASB ke mana² akaun ASB yang lain. Pemindahan Unit antara Tabung Unit Amanah ASNB.
3.     Penukaran adalah menukar akaun saham ASNB ke mana² akaun saham ASNB lain. Penukaran Unit antara Tabung Unit Amanah ASNB, gitu...

Untuk keterangan lebih lanjut, korang boleh ke Portal ASNB. Dalam tu boleh korang baca di bahagian Soalan Lazim. Website ASNB : http://www.asnb.com.my/.

Step 8:

Di sini, korang pilih Ya / Tidak. Then klik SETERUSNYA.

Step 9:

Tang nie pulak, kalu rajin boleh baca, kalu malas, tanda ja dalam petak kecik bawah tu dan klik SETERUSNYA.

Jumlah minimum pindahan ni adalah RM100.00. Nak transfer mesti kena lebih RM100 ke atas. Kalu kurang dari tu, tak dapet den nak nolongnyoo. Kena p kaunter ASNB je la. Pindahan ni jugak tidak kena cas apa², free ja.

Step 10:

Korang isi butiran akaun dan jumlah untuk transaksi ni.

Bila korang nak isi no akaun anak, mesti tak tahu kan apa no dia. No akaun sendiri pun kita tak hafal, apatah lagi no akaun anak².

Step 11:

Sebelum korang buat pemindahan ni, sebaiknya korang salin dulu no akaun yang nak di transfer tu. Korang buka semula page utama dan klik pada bahagian Bijak / Remaja.

Kat sini korang boleh la catat no akaun anak.

Step 12:

Kembali semula ke Step 10, isi semula butiran tersebut. Dah lengkap, klik SETERUSNYA ke bahagian Pengesahan Telefon Bimbit. Di bahagian ni cuma perlu klik pada PERMINTAAN TAC.

Korang akan dapat mesej di telefon yang berdaftar dengan myASNB. Masukkan no TAC dan klik SETERUSNYA.

Step 13:

Okay, dah selesai. Ini Resit Transaksi pemindahan tadi. Segala rujukan semua tercatat di sini.

Kalu korang nak print untuk simpanan pun boleh, just klik pada CETAK. Kalu tak nak pun takpa, ada tersimpan dalam sistem nie. Siap dapat lagi mesej SUKSES.

Step 14:

Korang boleh semak Jumlah Nilai Pelaburan akaun korang di bahagian Rekod Urusniaga Terkini. Di situ tercatat semua rekod transaksi yang ada.

Step 15:

Untuk kepastian lagi, akaun ASB anak dah masuk, semak di akaun BIJAK / REMAJA pulak.

Untuk makluman korang, selepas selesai proses pemindahan tersebut, akaun ASB anak korang tidak mempunyai sebarang transaksi. Maksudnya, pemindahan tadi tidak berlaku untuk akaun ASB anak.

Jangan Panik ye, korang hanya perlu REFRESH dengan Log Keluar dan Log Masuk semula. Biasala sistem lambat update.

Step 16:

Klik pada Rekod Urusniaga Terkini dan pilih akaun anak korang.

Step 17:

Kat sini dah tercatat transaksi pemindahan tadi. Apa² transaksi tambah pelaburan, jualan balik, pemindahan, dividen dan semua la yang berkaitan dengan akaun akan tercatat di sini.

Okay, dah selesai proses ni. Boleh Log Keluar. Kalu ada lagi nak buat pemindahan ni, ikut ja cara yang sama. Harap korang boleh buat la ye, lepas ni dah tak payah nak sibuk² p beratur tunggu no di kaunter.

Setiap tahun, lepas ja dapat dividen Paparea dah boleh transfer ke akaun anak. Bila awal bulan transfer, untung la untuk dapat kiraan dividen bulan tu. Ni pegawai ASNB la gtau, nak buat simpan ke ASB, 1hb pagi² kena ada dah duit dalam akaun sebab pengiraan akan dikira baki semasa pada 1hb. Kalu ada tambahan selepas tarikh tu, kiraan hanya dikira pada 1hb sahaja.

Ok korang semua, lepas ni Paparea nak kongsikan cara melabur ASB setiap bulan menggunakan sistem AutoDebit. Klik tajuk link di bawah.

CARA BUAT AUTODEBIT AKAUN ASB YANG PALING MUDAH

Semoga setiap perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua. Terima kasih. Jumpa lagi di lain² entri dari kami Blog MamaPapaRea Blogspot Dot Com.

Bye²

By:

PapaRea
Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...